Pages

Ahad, 10 Mac 2013

Bersatu Demi Negara

Saya beno-beno menyokong PM bahawa Malaysia tercinta ini akan mempertahankan walaupun seinci buminya dicerobohi. Memang sedih diatas gugurnya 8 orang pahlawan negara dek angkara kedurjanaan para pengganas yang begitu zalim. Namun demikian, saya sungguh terharu apabila melihat gambar ini....

Utusan Malaysia 9/3/2013
....Mana tidaknya, lihat saja bagaimana golongan muda, dengan semangat yang membara, menyanyikan lagu 'Barisan Kita'. Tragedi ini telah menyemarakkan semangat majoriti rakyat Malaysia, syukur alhamdulillah. 

Saya dah berbuih mulut dan sampai nak kematu jari-jemari mengetuk keyboard komputer dalam usaha mengetengahkan saranan kepada gomen agar proses memupuk kecintaan terhadap negara sepatutnya berterusan...bukannya bermusim/on-going process, not seasonal. Tapi apakan daya, siapa nak layan si mejar pencen ini...kesian saya! 

Pada 8/3, saya telah menghantar emel kepada Pak Menteri Penerangan. Petikan...'Saya berbangga dengan ketegasan kerajaan dan kewibawaan Pasukan Keselamatan menangani pencerobohan terhadap negara tercinta ini oleh para pengganas yang tidak berhati perut. Walaupun sedih diatas kematian 8 orang wira negara, namun demikian, pada pemerhatian saya, insiden ini telah menaikkan semangat patriotisme di kalangan majoriti rakyat, syukur alhamdulillah.

Sebagai seorang veteran, saya dan beberapa rakan seperjuangan sedia menyumbang tenaga melalu acara pengkisahan. Sekiranya agensi-agensi dibawah KPKK berhasrat menganjur majlis tersebut, kami sedia menceritakan pengalaman kami di era insurgensi, jika diundang.'  

Saya tidak kisah sama ada Pak Menteri atau pembantunya 'sedar' adanya emel tersebut. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Sebagai seorang pesara, ini sajalah yang termampu saya lakukan. 

1 ulasan:

  1. Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

    The LD incident - a blessing in disguise, Indeed, a wake-up call to all Malaysians – no matter who and what we are in profession. It demands us all to be alert. There may be perhaps many other ‘kirams’ , many other “tianchua” in West Msia who are “listening”.

    InsyaAllah Tuan…mudah2an masih ada lagi yang sayang dan tahu menilai dan membezakan mana satu intan mana satu kaca. Mana satu pahlawan, mana satu petualang sepertimana petikan kata2 ini, “ Know the enemy, thus, half the battle is won (Sun Tzu- The Art of War)”. We, Msians, have to trust the credibility of our armed forces and in unison honouring the nation’s warriors.

    Consequently, united we stand, divided we fall. Let us then pray for our soldiers as they go forth with courage and determination to face the forces of violence, weapons of destruction and hearts filled with hate. That our homeland will be preserved from violence and terrorism and that violence may be overcome by peace; that weapons of destruction be transformed into tools of justice, and hate give way to true charity. May the power of Allah’s love enable our soldiers to return home in safety, that with all who love them.


    KEPADA PIHAK BERWAJIB,

    ACT NOW BEFORE ITS TOO LATE…

    JASA PENGORBANAN, NYAWA, DARAH DN KERINGAT PERWIRA2 NEGARA TIADA DAPAT DI SETARAKAN DENGAN NILAI WANG RINGGIT DAN EMAS MENGGUNUNG. IANYA TIDAK DAPAT DIJUALBELI. PENGALAMAN BERJUANG KETIKA INSURGENSI YANG ADA PADA SETIAP PARA PERWIRA NEGARA KITA ADALAH BAK MUTIARA DALAM TIRAM YANG PERLU DICARIGALI DI DASAR LAUTAN DALAM. JUSTERU KITA SEMUA PERLULAH BERUSAHA MENCARIGALI TIRAM YANG AMAT BERNILAI INI DAN MENDAPATKAN MUTIARA TERSEBUT. RAKYAT DAN GENERASI YANG ADA KINI PERLU TAHU SEJARAH DAN KISAH SEBENAR PERJUANGAN PERWIRA2 YANG MASIH ADA INI DEMI MASA DEPAN NEGARA. JIKA TIDAK SEKARANG, BILA LAGI??? PERLUKAH KITA MENANGGUH PENCARIAN MUTIARA INI DAN BIARKAN IANYA DITELAN ARUS OMBAK LANTAS HILANG BERSAMANYA BEGITU SAJA ????!!!!.


    Tuan Mejar Nor Ibrahim,

    BRAVO TUAN. What u had done all this while - your persistence on this matter is commendable. Im definitely sure many are with you Tuan.

    p/s kepada para Pejuang/Pahlawan Negara, jika perspektif analogy yang saya gunakan ini tidak bertepatan dan menyinggung perasaan Tuan2/Dato2, ampun maaf bebanyak saya pohon ya.


    *** semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada pejuang2 negara/ perwira Islam yang terkorban di LD. Semogaa arwah semua tenang di sana..RIP ***

    BalasPadam