Saya mengenali arwah semenjak berkhidmat di No 3 Skuadron, TUDM Butterworth, pada Januari 1978. Ketika itu beliau masih ko-pilot. Kali pertama saya terbang dengannya ialah pada 16/1/1978 selama 7 jam di kawasan operasi Ipoh/Grik/Kroh.
Ada satu penerbangan bersama beliau yang tak boleh saya lupai. Misi melibatkan penghantaran bekalan kepada trup di LP kawasan operasi Gubir. Ketika membuat approach dan sebelum 'critical speed', tiba2 salah satu enjin 'wind down'; 'engine gages' turun ke zero. Kata mudahnya, satu enjin mati. Saya telah mengarahkan arwah 'full power', iaitu kedua-dua 'Speed Selector Lever' (lebih kurang 'throttle') ke tahap maksima. Dan bersedia untuk 'hard landing'. Tapi, dengan kuasa-Nya, tiba2 enjin 'hidup' semula macam tak ada apa-apa pun! Saya batalkan sorti dan terbang balik ke Butterworth tanpa sebarang masalah. Juruteknik telah memeriksa enjin dan menyatakan tiada sebarang masalah dengan enjin. Saya juga telah mengabadikan pengalaman yang turut melibatkan arwah di sini; nama panggilan Nurinya ialah 'Juliet 3'.
Semasa saya menjawat Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan, arwah bersama saya sekali lagi sebagai 'Training Officer'. Penerbangan terakhir dengannya ialah pada 29/3/1984 selama 30 minit membuat 'air check'. Arwah telah bertukar ke Mawilud 2, Kuching, pada pertengahan 1984. Semenjak itu, saya tidak lagi bersua dengan arwah.
Duduk. Dari kiri: F/Sjn Azizan, Lt (U) Meor Wahab, arwah Kapt (U) Mohd Noor Rashid ( Noel Richard), Kapt (U) Ismail Bakar, NIBS, Kapt (U) Ajir Juman, Kapt (U) Lau MT, Lt (U) Abong (Judara), mendiang WO1 Lai .
Berdiri. Dari kiri: Sjn Saifuddin Choo, Sjn Jaafar, arwah Sjn Ibrahim, arwah Lt (U) Mohd Merejok, Lt (U) Kamarulzaman, Sjn Andy, Lt (U) Ridzuan, mendiang Lt (U) Tan EH, Lt (U) Shabre Hussein, mendiang Lt (U) James Tinggom, Lt (U) Kandiah, arwah Lt (U) Idris, Sjn Yeap. Diambil pada 21/3/1984
Saya difahamkan arwah berkhidmat dengan APMM secara kontrak. Sebelum ini, pernah menjadi juruterbang dengan Sabah Air, Kota Kinabalu.
Semoga Allah mencucuri rohnya dan ditempatkan dengan mereka yang soleh...Al-Fatihah.
Al-Fatihah, kenal arwah masa beliau in No. 5 Sqn dan saya di No. 8 Sqn Labuan.
BalasPadamCondolence to his family and friends. May his soul rest in peace.
PW(B)Mohd Faizul Abdullah
Alfatihah....kenal arwah semasa beliau di mawilud 2 kuching..
BalasPadamkapt (b) abdullah harun tudm- admin/handau
Assalamualaikum and hello.
BalasPadamJust checking out whether anyone has post/talk about my late dad for the past 2 years plus and so I found your article. On Behalf , I would like to say thank you to all for your prayers to my late dad and I hope god will repay everything you all had done on that day (17/12/2013). My late dad used to tell about this and sometimes when he`s flying , he said he would come back with bullet holes everywhere at the helicopter.It`s nice of you to write about this . well till next time , assalamualaikum
Love,
ArrisyaNR