Serangan hendap yang berlaku pada petang tersebut tidak mendapat sebarang bantuan. Tuan Hj Mohd Isnan seterusnya menceritakan, setelah beliau terjatuh ke bawah tebing, dalam keadaan yang cedera beliau berusaha membalut luka di sebelah perut kirinya dangan "field dressing" yang dibekalkan kepada setiap anggota pasukan keselamatan yang membuat tugas operasi. Setelah itu beliau bergerak ke arah kawannya Pbt Khalid bagi memberi banrtuan.Namun beliau tidak boleh berbuat apa kerana Pbt Khalid telah terkorban. Beliau mencari perlindungan di bawah pokok di atas tebing dengan meninggalkan mayat Pbt Khalid. Sepanjang malam tersebut beliau berlindung di bawah pokok menanti bantuan tiba atau sebarang tindak balas dari gerila PKM. Pada besok harinya beliau telah menyusur sungai dan menjumpai kesemua jenazah kawan-kawannya.
Keesokan hari, seorang anggota seksyen yang terselamat, 17738 Pbt Yahya Jaafar, berjaya balik ke pangkalan di Sintok untuk memberitahu tentang kejadian tersebut. Ketua Kompeni telah mengarah Lt M Mohd Hassan dan anggota platun mengirinya pergi ke lokasi serang hendap. Walaupun Pbt Yahya Jaafar tidak perlu ikut bersama, namun beliau tetap mahu pergi ke lokasi. Menurut Lt M Mohd Hassan, apabila tiba di lokasi, 4 jenazah dilonggok secara bertindih di atas jalan. Ketika anggota platun, termasuk Pbt Yahya Jaafar, hendak mengangkat jenazah, tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan. Pengganas komunis telah meletak grenad tangan di antara tindisan mayat dan meletup apabila mayat diangkat. Letupan ini mengakibatkan Pbt Yahya Jaafar cedera parah dan meninggal dalam perjalanan ke hospital.
Apabila semua mayat akhirnya berjaya dibawa keluar dari kawasan tersebut, Lt M Mohd Hassan diarahkan untuk membuat 'search' di atas bukit. Beliau ditegah daripada mengguna jalan untuk mendaki bukit. Di belakang beliau dan platunnya, ada platun lain. Semasa mendaki bukit itu, 16585 L/Kpl Daud bin Othman (anggota platun di belakang Lt M Mohd Hassan), telah terpijak jerangkap samar dan terkorban. Lt M Mohd Hassan dan anggotanya berjaya ke lokasi di mana pengganas komunis melakukan serang hendap tersebut. Pada perkiraannya, serang hendap ini melibatkan lebih kurang 30-40 musuh.
Selain 6 terkorban dan 6 cedera, 4 RAMD juga telah kehilangan 2 laras senapang 'SLR', 1 laras 'SMG' dan 1 laras HBSLR. Pengorbanan 4 RAMD terbalas apabila pasukan keselamatan melancar operasi untuk memburu musuh dan berjaya menembak mati 4 musuh dan seorang cedera.
Wira-wira yang gugur...
14502 KPL AHMAD BIN HUSSAIN (Ketua Seksyen)
L/KPL DAUD BIN OTHMAN (Pen Ketua Seksyen)
18625 PBT KHALID BIN ABU BAKAR (Tinjau Pertama)
18626 PBT KASSIM@GHANI BIN SALLEH (No 2 LB/RIS)
18794 PBT ABDUL RANI BIN RAMLI (LB/RIS)
17738 PBT YAHYA JAAFAR (Tinjau ke2)
Wira-wira yang cedera...
10019 KPL MOHD NOOR
15450 PBT MOHD ABDUL
18262 PBT MOHD ISNAN
18969 PBT ABU BAKAR
17015 PBT SHAMSUDIN
18651 PBT WAN SAUPIL
Bersambung...InsyaAllah.
Al-Fatihah utk wira-wira yg gugur.....
BalasPadam