Pages

Selasa, 5 Ogos 2014

Lahirnya Skuadron Nuri

Kajian saya memerlukan saya mencungkil sejarah awal ketibaan Nuri dan penubuhan No 7 & No 10 Skuadron. Kedua-dua skuadron tersebut ditubuhkan pada  Januari 1968 dengan Sqn Ldr Mohamad Ngah (arwah. Bersara Lt Jen Tan Sri, xPTU) sebagai Ketua No 7 Skn dan Sqn Ldr Ben Lee (kini menetap di Auckland, NZ) sebagai Ketua No 10 Skn. Ben Lee adalah QHI pertama TUDM. Buat permulaan, skn2 tersebut ditempatkan di TUDM Kuantan. No 7 Skn hanya berpindah ke TUDM Kuching pada Jun 1969 dengan Sqn Ldr Ahmad Merican sebagai Ketua Skuadron (arwah. Bersara Mej Jen Dato', TPTU). Mohamad Ngah memegang teraju No 7 Skn hanya 4 bulan sahaja setelah beliau ditukar ke Kuching sebagai Pegawai Memerintah pada Mei 1968. Sebelum perpindahan skn ke Kuching, Ben Lee  memangku jawatan Ketua No 7 Skn.


Ihsan Buku Scrap No 3 Skn

Pada Mei 1968,  kesemua 10 Nuri yang ditempah telah berada di Kuantan. OCU (Operational Conversion Unit) ditubuhkan oleh Flt Lt Don Geddes (QHI), juruterbang RAF yang dipinjamkan ke TUDM. Seorang lagi QHI ialah Fg Off Mike Betts. Mereka ditugas melaksanakan kursus 'conversion' ke Nuri. Selain mentadbir 2 skuadron, Ben Lee turut membantu menkonversi para juuterbang. Dipendekkan cerita, sehingga Disember 1968, jumlah kru Nuri ialah seramai 31 orang untuk mengendali 10 buah pesawat untuk tugas utamanya memberi mobiliti udara kepada PK di seluruh negara. Mereka terpaksa membuat detasmen di Kuching, Labuan dan juga Butterworth. Pelopor-pelopor adalah seperti berikut:

A. Kapten:
  1. Sqn Ldr Ben Lee.
  2. Flt Lt Don Geddes (mendiang).
  3. Flt Lt Ahmad Merican.
  4. Flt Lt Peter Yuen.
  5. Flt Lt Oon Lye Hock.
  6. Fg Off Mike Betts.
  7. Fg Off David Bailey (RAF).
  8. Fg Off Derek Martin. Kembali ke Singapura setelah berpisah dengan Malaysia. 
  9. Fg Off Terry Loh (mendiang).             - sama -  
B. Co-pilot:
  1. Kapt Fauzi Hussain.
  2. Kapt Ahmad Azizah.
  3. Lt Nawi Alias.
  4. Lt Richard Jalleh (kini menetap di Perth, Australia).
  5. Plt Off Harun Ayob.
  6. Plt Off Mustaffa.
  7. Plt Off Peter Wong.
  8. Plt Off Stephen Ngiau (mendiang).
  9. Plt Off Selvakumar.
  10. Plt Off Eddy Yong.
  11. Plt Off Raja Mohamed.
  12. Plt Off Jamaludin (arwah).
C. KU (AQM):
  1. Sjn Mohd Isa.
  2. Sjn Abdullah Basirun.
  3. Sjn Ramli Hassan.
  4. Sjn Chin Kit Beng.
  5. Sjn Chong Ngit Seng.
  6. Sjn Lai Kam Tak (mendiang).
  7. Sjn Thesigan.
  8. Sjn Tharma Singh.
  9. Sjn Surinder Singh.
  10. Sjn Manoharan. 
Itulah secebis sejarah No 7 & No 10 Skn. Jika terdapat kesilapan fakta, harap maklum saya untuk diperbetulkan. Juga, saya menghargai jika terdapat para pembaca yang sedia menyumbang bahan2 sejarah, termasuk gambar, peta, dll. Harap emel pada saya di nibsny@yahoo.com. Terima kasih.

Dato Fauzi, Dato Nawi, Richard Jalleh, Ben Lee, Peter Yuen, Peter Wong, Raja Mohamed, Mohd Isa, Abdullah....Terima kasih.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan