Harga melalui Amazon - USD109.30. Dipinjam dari Perpustakaan UKM melalui pinjaman interlibrary.
Sebaliknya, TDM tidak pula mengatakan tempoh tersebut sebagai darurat ke2...
Terbitan Markas TD, 2001
Setahu mejar pencen ni, rasa2nya gomen tak pernah mengisytihar darurat semata-mata kerana ancaman komunis sepanjang tempoh tersebut selepas darurat (1948-1960) diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Memang gomen ada isytihar darurat selepas 1960 tapi tak ada kena mengena dengan ancaman komunis. 3 pengisytiharan darurat adalah seperti berikut:
(a) 14 September 1966 (P.U.[A]339A/1966) di Sarawak bertujuan
menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak.
(b) 15 Mei 1969 (P.U.[A]145/1969)
berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
(c) 8 November 1977 (P.U.[A]358/1977)
di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik di Kelantan.
Ketiga-tiga
proklamasi ini telah diungkai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Bin
Abdul Razak, semasa persidangan parlimen pada 24 November 2011 (Hansard, Bil. 62. 24 November 2011, hlm. 8. http://www.parlimen.gov.my).
Saya dah hubungi agensi dan orang2 beso tertentu untuk mendapatkan kepastian tetapi ......!!!!
Justeru, saya menghargai sekiranya ada pembaca dapat mencerahkan kemusykilan saya ini. Tapi, harap berikan documentary evidence bagi mengukuhkan pandangan saya. Terima kasih.
Di antara yang mencadangkan nama 2nd Emergency ialah Panglima 6 Briged, Brig Gen Mohd Zakaria Yadi ketika beliau di Naval Post Graduate School. Seorang lagi ialah Brig Gen Dato' Hasny Md Salleh ketika beliau di US Army War College
BalasPadam