Pages

Jumaat, 18 Disember 2015

Hero Terpendam

Pada 12/2/06 saya telah beli buku terbitan 2004 oleh Utusan Publications semasa program Jom Heboh di Taman Tasek, Darulaman. Ya lah, harga buku RM12  saja lepas diskaun. Memang hebat bebeno Cawangan Khas (CK) sehingga termeterainya Perjanjian Damai yang ditandatangani oleh gomen Malaysia dengan PKM...Sungguh hebat.

Tapi, terfikir juga bagaimana semua ini boleh berlaku. Pemahaman saya tentang tulisan buku ini ialah kedua-dua pihak lebih banyak berbincang mengenai terma2 perjanjian. Ground works semua dah dibuat. Depa berbincang di hotel2 di Phuket, Hat Yai, dan Pulau Pinang. Persoalan yang bermain dalam kepala saya, bagaimana semua ini bermula? Mungkin saya silap le, tapi rasanya agak sukar anggota PK boleh menembusi kem PGK dan mengajak depa berbincang. Pasti ada orang yang memainkan peranan dan beliau ni diterima oleh kedua-dua pihak. Jika ya, siapakah hamba Allah ini?

Sorang member pula telah menghantar satu petikan dari sebuah buku yang mencatatkan "...Pada tahun 1985, Abu Samah bertemu dengan adik iparnya Haji Mokhtar bin Mahmud Baginda selaku Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Najib Tun Razak. Haji Mokhtar mengusulkan lebih baik buka jalan bagi menamatkan perang dengan mengusahakan satu perundingan ala Baling. Beliau ada jalan sekiranya pihak kita mahu meneroka jalan ini". 

Siapa Haji Mocktar bin Mahmud Baginda yang dimaksudkan ini? Tut...Tut, semasa pergi ke Popular Book Store di Tesco Jitra pada 24/11/15, ternampak buku ini....

Engkohnya, Dato' Mocktar ini adalah adik satu bapa kepada Siti Norkiah, isteri kepada Abu Samah Kasim, dan Zainab, isteri kepada Abdullah C.D. Para veteran era saya sudah pasti Abu Samah dan Abdullah C.D bukannya nama yang begitu asing, betul tak? Mocktar dibela oleh Siti Norkiah selepas 10 hari beliau dilahirkan sehingga Siti Norkiah masuk ke hutan ketika beliau berumur 10 tahun.Mokhtar terpaksa mendaki gunung untuk pi ke kem PGK di Weang. Ada satu ketika beliau terpaksa diusung dengan strecer oleh PGK untuk pi ke sana. Beliau terpaksa melakukan banyak trip sebelum ini. Abdullah C.D telah melantik beliau sebagai orang perantara. Setelah dipersetujui, perundangan diperingkat bawah diadakan di Hat Yai, diikuti di Pulau Pinang. 

Pagi tadi, tengah nak memikiokan apa yang nak dituliskan tentang buku ini, tut...tut...terbaca ulasan di Utusan Malaysia hari ini....
Baca le ulasan ini
Setelah membaca buku terbaru itu, saya heran mengapa Mocktar tidak dimaklum dan dijemput ke majlis di Hat Yai pada 2/12/89. Buku Zainuddin Maidin tidak langsung menyebut peranan yang dimainkan oleh hamba Allah ini. Mengapa ye? Mocktar hanya  mengetahui tentang perjanjian tersebut melalui akhbar saja. Saya dapat merasai perasaan beliau ketika itu...Sayang seribu kali sayang!!!!!

Khamis, 3 Disember 2015

Ops Bamboo - Bgh 3

Bersambung dari SINI...

 Seperti yang sudah dijangkakan, helikopter memainkan peranan penting semasa pembinaan kubu2 tersebut. Munurt ACM Sir Peter Le Cheminant, mantan Lt-Governor  Guernesey, "...Every bit of material, apart from timber, need to build airstrips and the living quaters, and to make them secure had to be flown by helicopter, as did the plant such as bulldozers, diggers and earthmovers" (Sir Peter Le Cheminant, The Royal Air Force - A Personal Experience, hlm. 42). Peralatan berat ini di'buka' dalam beberapa bahagian sebelum diterbangkan. Sebagai contoh,"...A Ferguson tractor was successfully broken down into seven helicopter portable loads and flown into Fort Shean by WV198" (Tom Browning, The Malayan Emergency - Jungle Forts and Airstrips, Lift Off Newsletter, No 6 Summer 2008). Menurut Cheminant lagi, "...The jungle forts played a very important part in the eventual defeat of the CTs". Kenyataan beliau berlandaskan kehadiran kubu-kubu menjadi pangkalan untuk PK melancar operasi menentang PGK di kawasan pedalaman.

Sepertimana yang dijelaskan sebelum, antara pasukan PDRM yang terbabit dalam Ops Bamboo ialah VAT 69. Antara kisah mereka seperti berikut...

Pasukan elit PDRM ini kerap diatur gerak ke kawasan operasi dari Lasah atau Ulu Kinta ke kawasan operasi tertentu seperti kawasan berhampiran Kubu Tapong, pos   Gob, untuk tempoh tertentu. Dalam satu operasi, bermula dengan sejumah 24 orang, anggota VAT 69 telah diterbangkan ke kawasan Kubu Tapong pada 7 Julai 1975; kubu ini  dijadikan Markas Taktikal. Kekuatan anggota bertambah kepada 93 orang selaraskan dengan tugasan memburu PGK. Satu pendaratan helikopter dibina untuk memudahkan penghantaran ulang bekal dan juga misi casevac/medevac.

Pada 28 Ogos 1975, kira-kira jam 1130, sebuah bot bersama empat orang Extra Police Constable (EPC) yang menyusuri Sungai Perak dari Grik ke Kubu Tapong telah diserang hendap. Mereka membawa bekalan untuk anggota VAT 69. Kesemua mereka telah diseksa sebelum dibunuh. Mereka yang terkorban ialah EPC 5272 Wan Marzuki Bin Wan Hassan, EPC 5247 Yeop Bin Omar, EPC 5244 Mat Alias Bin Mat Daud, dan EPC 5261 Mohd Sharif Bin Yaacob. PGK telah merampas senapang mangsa dan bekalan dalam bot tersebut.  Menurut Sjn Mej Hamzah Bin Hashim (Hamzah), patrol beliau yang diketuai oleh Inspektor Mohd Anuar Bin Md. Zain (Mohd. Anuar), telah diarah oleh Inspektor Mohd Zabri bin Abdul  Hamid (Mohd Zabri), pemangku Ketua Kompeni,  untuk menyiasat kejadian tersebut. Apabila tiba di lokasi tersebut pada 29 Ogos, mereka ditemukan  dua mayat. Menurut Mohd. Anuar, satu mayat diikat pada bot dan mereka menemui banyak tangkal apabila mereka membuka baju satu mayat tersebut  tetapi “...langsung tak ada kesan tembakan. Dia kebal. Tapi tangan dia kena ikat, dekat bot. Kena torture cukup-cukup lah kut [agak] sebelum mati” (Institut Integriti Malaysia, 2011, Warisan Darah Perwira - Sang Saka Biru (Jilid 111)Transkripsi wawancara sejarah lisan, hlm. 60). Manakala mayat seorang lagi pula dipenuhi peluru “... lebih kurang seratus sampai, lima puluh ke atas ada juga”. Mereka seterusnya telah membersihkan satu kawasan di tebing Sungai Perak berhampiran lokasi kejadian untuk pendaratan Nuri untuk mengambil kedua-mayat mayat tersebut. 

Tugasan bodevac ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kapt (U) Ismail Bin Saud. Beliau bersama kru, Lt (U) Senin Bin Jantan, dan Sjn Arumugam. Mereka telah berlepas dari Kuantan dengan sebuah Nuri, FM1703, dengan nama panggilan Gading 485, pada 29 September ke lokasi tersebut dan menurunkan kedua-dua jenazah di Gerik.

Selanjutnya, Sjn Mej Hamzah (B) memaklum dua mayat lagi dijumpai pada keesokan hari setelah mereka menyelam di sungai berhampiran dengan lokasi kejadian. Catatan Mohd Anuar mengenai kedua-dua mayat tersebut “...ada kesan peluru jugalah. Tapi ikan makan, ikan toman kut [agak]”. Jenazah tersebut diterbangkan oleh sebuah Nuri ke Gerik. Seterusnya, Mohd Annuar dan anggotanya kembali ke Kubu Tapong. 

Ikuti kisah isteri kepada EPC 5244 Mat Alias Bin Mat Daud berikut yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 2013...

Kejam sungguh PGK...Sungguh sedih

Bersambung.....

Jumaat, 13 November 2015

Ops Bamboo - Bhg 2

Bersambung dari SINI....

Operasi ini sinonim dengan pasukan Senoi Praaq dan Orang Asli (OA). Masa era darurat (1948-60), kepentingan Inggeris terhadap OA hanyalah sebagai bahan kajian oleh ahli antropologi dan diletakkan di bawah Muzium Taiping. Apa lagi, PKM mengambil kesempatan ini untuk mengeksploitasi keadaan ini. Mereka telah menubuhkan pasukan ASAL yang terdiri daripada OA. Golongan ini, sama ada dipaksa atau secara sukarela, membekal makanan, ubat-ubatan, dan juga maklumat tentang pergerakan PK kepada PGK. Objektif sebeno penubuhan pasukan ini ialah "...to create a labor pool to provide portage services and, more importantly, to supply armed combatants ready to fight along their side" (Davis, Jumper, 2007, Ruslan of Malaysia - The Man Behind the Domino That Didn't Fall). 

Inggeris mula memperakui peranan yang dimainkan oleh golongan OA. Gerald Templer mengaku bahawa  "...The aborigines of Malaya was that they had become a vital factor in the Emergency" (Holman, Dennis, 1959, Noone Of The Ulu). Ekoran kesedaran ini, Inggeris telah memindah segolongan besar OA ke penempatan baharu, selari dengan dasar penempatan semula dalam Pelan Briggs.

Masalahnya, Inggeris tidak memahami OA. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang begitu asing daripada tempat asal mereka. Kegiatan seperti memburu kini terbatas dan tidak lagi "...dapat merasai lagi daging tupai, kera dan burung" (Ho Hui Ling, 2010, Pembanterasan Komunis Di Tanah Melayu). Kesan penempatan ini mengakibatkan OA mengalami kemuruman sehingga ramai daripada mereka yang menghadapi masalah mental, jatuh sakit dan mati.

Menyedari kesilapan ini, Templer meminda dasar ini. Kini, beliau mengarahkan OA dipindah semula ke kawasan asal mereka. Untuk mengawal pergerakan golongan ini, beliau telah mengarahkan pembinaan 11 kubu di seluruh Tanah Melayu. Kubu-kubu ini dikawal oleh pasukan PPH. Selain PPH, kubu-kubu ini juga turut menempatkan staf Jabatan Orang Asli (JOA). Kemudahan perubatan turut diadakan. Beliau juga telah mengarahkan penubuhan pasukan Senoi Praaq. Turut menganggotai pasukan ini ialah bekas anggota PGK daripada golongan OA. Objektif tindakan ini semua adalah dengan harapan OA akan memihak kepada gomen dan memisahkan mereka daripada memberi sokongan kepada PGK.

Cukup le setakat ini. Akan disambung nanti, insyaAllah.

Jumaat, 16 Oktober 2015

Ops Bamboo

Saya sedang memerah otak untuk menulis tentang Ops Bamboo. Dah masuk 2 bulan masih terkapai-kapai mencari bahan. Mungkin ramai juga yang tak pernah dengar operasi ini. Untuk makluman, Ops Bamboo adalah yang 'tertua' dan 'paling lama' yang dilancarkan oleh Pasukan Keselamatan (PK) dalam usaha gomen menghapus pengganas komunis (PGK). Ops Bamboo telah dilancarkan pada Oktober 1959 di Perak (Jackson, Robert, 1991, The Malayan Emergency & Indonesian Confrontation, hlm. 63) dan berakhir pada 2 Disember 1989 setelah Perjanjian Damai di tangani di Hotel Lee Garden, Hatyai. Lama...kan?

Antara pasukan Commonwealth yang terlibat ialah 1 Royal Australian Regiment (1RAR), Royal New Zealand Infantry Regiment (RNZIR) dan 1/7 Gurkha Rifles (Cross, J.P., 2003, A Face Like A Chicken's Backside, hlm. 51). Dan elemen Senoi Praaq yang ditubuhkan pada 1956 (Muzium Orang Asli, Gombak). Bila pasukan tentera British berundur dari timur Suez, operasi ini diambil sepenuhnya oleh PDRM. Elemen PDRM yang terlibat ialah batalion 19 & 20 PPH (Senoi Praaq), Cawangan Khas (CK), dan VAT69. Senoi Praaq dan anggota CK ditempatkan di pos2, seperti Fort Chabai, Gob, Keled, Pasik, dll. VAT69 pula diatur gerak untuk operasi khas. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) turut menempatkan staf mereka di pos2 tersebut.

Penglibatan ATM pula hanyalah memberi perkhidmatan mobiliti udara dan penyediaan bekalan untuk guguran udara. Sebelum ketibaan pesawat Twin Pioneer TUDM pada Feb 1960, tugasan guguran udara dilaksanakan oleh pesawat Valetta dan Twin Pioneer kepunyaan RAF. Pesawat Rajawali mengambil tugas ini pada Julai 1960. Seterusnya, peranan ini diambil alih oleh Caribou pada 1969. Sebelum ketibaan Alouette 111 pada 1963, Whirlwind RAF dan Iroquois RAAF membantu untuk membawa anggota PPH masuk/keluar kawasan Bamboo.

Dengan kehadiran Nuri pada 1968, burung ini pun dikenali sebagai Bamboo Express oleh para penghuni hutan belantara. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Alouette 111 menjadi platform untuk Flying Doctor Service yang dikendalikan oleh JHEOA. Tentera Darat pula membabitkan pasukan 16 Hantaran Udara (16 HU) yang berpangkalan di Taiping.

Sumber: Cross, J.P

Ini pula kawasan operasi apabila diambil alih oleh PPH...

Sumber: A. Navaratnam

Cukup le buat sementara waktu. Akan disambung apabila bahan mencukupi, insyaAllah.

Jumaat, 4 September 2015

Helicopter Heroes (Nuri)

Sesiapa yang terlepas menonton Helicopter Heroes di History Channel pada 30/31 Ogos tempoh hari, boleh le tonton di sini.

Zaini Zaid....Terima kasih.

Jumaat, 28 Ogos 2015

'Helicopter Heroes'

27/8/2015 jam ~1100...Akhirnya,....tercapai juga impian saya, yang bermula semenjak 2009, agar sumbang bakti The Old But Faithful Iron Birds - NURI - terhadap keselamatan dan pembangunan negara diabadikan dalam bentuk filem dokumentari. Filem ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertahanan di auditorium, KEMENTAN, syukur alhamdullah.




Veteran yang hadir ialah Brig Jen Dato' Goh S.T., Lt Kol Mior Zubir, Mej Oon L.H., Kapt Tien, PW1 Patrick Lee, PW1 Pak Singh, dan PW1 Mohsain. Sebelum perasmian, sempat berjumpa dengan rakan seperjuangan....

Dari kiri: PW1 Mohsain, Lt Kol Mior Zubir, NIBS, Mej Oon L.H.

Dalam auditorium

Perasmian oleh Mentah




Bersama Zaini Zaid (Redz Productions) selepas perasmian

Momento dari Redz Productions

Sapa2 yang berminat, tontonlah di History Channel 555 seperti yang dicatatkan oleh  Zaini Zaid melalui kumpulan WhatsApp 'Nuri Warriors'...

"Helicopter Heroes

...This one hour documentary tells the story of crews and pilots who flew the Sikorsky S61 during the 1969 Communist insurgency and the evolution of its strategic role in protecting and building the nation.

UPCOMING AIRINGS:


SUNDAY,30 AUG, 2015 - 22:00

MONDAY,31 AUG, 2015 - 06:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 11:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 15:00"


Redz Productions....Saya tidak mewakili sesiapa tapi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan diatas initiatif anda mengabadikan sumbang bakti "NURI" terhadap keselamatan dan pembangunan negara tercinta kita yang satu ini....MALAYSIA. Selepas ini para pengkaji boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang 'Talian Hayat' kepada anggota Pasukan Kesalamatan di suatu ketika dulu di Arkib Negara. Untuk itu....TERIMA KASIH.

MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA

Khamis, 20 Ogos 2015

Mak...Pergi Buat Selama-lamanya


20/8/2015...Genap 8 hari mak kembali ke rahmatullah.

Pada 12/8, saya terima panggilan daripada adik saya, Ahmad Kamarudin@Mek, memaklumkan mak, RAHAMAH BT MAT WAHI, sedang nazak di rumahnya di Taiping. Walau pun sepatutnya nak celebrate segelas nescafe ice kurang manis kerana mengalahkan members, saya bergegas balik ke Taiping. Adik saya, Wahinuddin, sudah tiba dari Ipoh manakala kak, Intan dan Cik Su tiba lewat petang.

13/8, jam 1039....mak pergi buat selama-lamanya. Saya telah membuat laporan kematian di balai polis Taiping. Jenazah selamat dikebumikan di Tekah pada jam lebih kurang 1730.


Laporan polis

Saya tabik spring kepada Mek. Pada 2/8/2015 isteri beliau, NOREHAN, telah pergi buat selama-lama. Arwah disemadikan di Tekah juga. Arwah mak juga tinggal bersama Mek. 2 kematian dalam tempoh 12 hari! Sungguh besar ujianNya.

Iman (anak kak)  mengadap pusara mak sementara Bukhari (belakang berbaju hitam) mengadap pusara ibunya, Norehan

SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN MAK DAN NORIHAN DIKALANGAN ORANG YANG SOLEH  



Ahad, 9 Ogos 2015

Gathering of Super Veterans

7 August 2015, 2000 hr; Loc: Wisma Pahlawan, MINDEF... I drove to KL to attend a gathering of the 'super veterans' of an instrument of modern warfare.....HELICOPTERS. Actually, I don't like to travel to KL with all those suffocating jams.  Worse still, I'm no longer familiar with the roads. Nevertheless, this was one gathering I wouldn't want to miss since it was to honour  Mej Benjamin Lee and his wife, Ailsa Lee. He was formerly an Alouette 111 and Nuri pilot. He has migrated to New Zealand a long time ago and they came over for a visit. 

Frankly, I had never served under him when I was in the service. I knew him during my flying days at SEA Helicopter in 1973-74. He was then the OC Examining Unit. Throughout the flying course, I was checked by him on 4 occasions. 

During the course of gathering information for my research, I had to get in touch with him to obtain information regarding the formation of No.7 and 10 Squadrons since he was the first OC of No. 10 Squadron.

Among my correspondences with him....

 ben_lee@xtra.co.nz
 5 Aug 2014

Rabu, 22 Julai 2015

Abstract

Memang dah lama tak menulis untuk blog. Al-maklum saje le, bukan apa hanya buat2  sibuk menulis untuk kajian. Salah satu keperluan ialah pelajar kena tulis 2 rencana untuk jurnel tertentu. Veteran ini mana le pernah tulis jurnel yang berbentuk 'akademik', tulis untuk blog boleh le. Gaya tulisan tu pula 'talking-writing'. Anyway, suka tak suka suka terpaksa le menulis. Cuba punya cuba, terhasil juga le walaupun tak ada lansung  bunyi akademik. Ini abstraknya...he...he...he


Siap saje hanto pada supervisor untuk disaring sebelum dipanjangkan kepada penerbit UUM. Depa suruh saya pendekkan daripada 20 halaman kepada 15. Saya kata tak boleh nanti tak ada kesinambungan. Mind you, ini bahan sejarah complete dengan rujukan. Lepas tu, tak pula dengar apa2 berita dari supervisor. Harap2 depa  terima seadanya le, wallahualam.  

Ahad, 14 Jun 2015

Ops Mekong

Masa kerja bawa Nuri dulu, saya sebenonya kan kisah sangat tentang operasi-operasi yang saya sendiri terlibat. Kena detail untuk terbang....terbang. Kalau tak kena detail....tunjuk muka welfare kat Flight Commander supaya nama saya  dipertimbangkan...he...he....he. Jadi, ingatkan bila Nuri FM1715 kena tembak pada 26/4/76 yang mengorbankan 11 anggota PK, kisah tu tamat sajalah.

Engkohnya tidak. Ekoran Ops Gubir 11, hubungan Malaysia dengan Thailand menjadi tegang. Pada 1/5/76, penduduk Betong telah membuat demonstrasi di Betong supaya PPH yang berada di bandar tersebut diusir (The Straits Times, 5/5/76). Yang menjadi dalangnya ialah...tak lain dan tak bukan...PKM. PM Thailand yang baru menerajui gomen tunduk terhadap desakan ini. Lebih terok lagi, beliau membatalkan Perjanjian Keselamatan Sempadan Negara yang membolehkan kehadiran PPH di Betong. Duta kita dipanggil oleh Menteri Luar depa untuk menyampaikan keputusan supaya PPH berundur dan pembatalan perjanjian tersebut. PM kita masa tu, arwah Tun Hussein Onn, panggil balik duta kita untuk berbincang.

Dipendekkan cerita, Malaysia terpaksa akur dengan kehendak Thailand. Pada 6/6/76, seramai 378 anggota PPH dan 21 anggota Cwg Khas (Lt Kol Mohd Azam bin Hanif Ghows, 2014, Reminiscenes of Insurection - Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990) berjalan kaki sejauh 9 batu (14.4 km) dari kem depa di Betong menuju ke sempadan. Difahamkan pihak Thailand tidak membenarkan kenderaan untuk membawa orang kita balik ke Malaysia.




Sumber: Muzium PDRM 

Pengunduran ini, Ops Mekong (New Nation 12/6/76), melibatkan 4 buah Nuri dan 6 meriam siap sedia di landasan terbang Gerik. kesemua laras meriam dihala kepada laluan yang akan dilalui oleh konvoi nanti. Manakala, terup pula siap sedia untuk diterbangkan oleh Nuri. Di waktu yang sama, dua buah helikopter gempur Alouette 111 mengiringi konvoi dari sempadan. Selain itu, dua buah pesawat F5E membuat rondaan bagi menentukan tiada sebarang pencerobohan pesawat RTAF memasuki ruangangkasa negara.

Brig Jen Dato' Jaafar bin Onn, Panglima 2 Bde, memberi amaran kepada rakyat bahawa PGK akan menggiatkan lagi kegiatan mereka. Amaran ini berlandaskan kepada ketiadaan maklumat perisikan dari anggota CK (The Straits Times, 8/6/76). Kebimbangan ini turut diperkukuhkan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyatakan bahawa Betong akan didominasi oleh PGK sekiranya Thailand tidak menghantar pasukan keselamatan mereka bagi menggantikan PPH (The Straits Times, 7/7/76).

Saya masih tercari-cari maklumat tentang berapa orang anggota polis sempadan Thailand yang berada di Kroh dan bila mereka beredar dari bumi kita? Sapa2 yang ada maklumat, harap kongsi bersama le dengan saya. Untuk itu, didahului dengan ucapan Terima Kasih.

Supt Norizan bin Murad....Terima kasih.

Ahad, 7 Jun 2015

Memoir Lt Kol Dr Syed Othman

Dah lama betul tak menulis blog. Bukannya apa, fokus sekarang kepada penulisan kajian. Depa yang berkenaan komen gaya penulisan saya seperti mengarang 'cerita', bukannya penulisan akademik! Lepas tu, tulisan tu pula macam tembak saja ....bang...bang...bang. Straight to the point tanpa 'lenggok2'. Ingat menari saja ada lenggok! Almaklum sajalah, dah 25 tahun dalam tentera. Semuanya short and sharp. Prinsip yang digunakan ialah ABC: A - Accurate; B - Brief; C - Clear. Tak apalah, cuba dan terus mencuba.

Pada 5/6/15, saya terima buku hard cover ini dari Lt Kol Dr Syed Othman. Dari tahun sudah lagi, 2014, beliau telah memaklumkan pada saya yang beliau sedang berusaha untuk mencetak memoirnya dan sedang mencari penaja untuk membiayai pencetakan buku tersebut. Akhirnya, buku tersebut berjaya dicetak pada Mei 2015. Seperti saya juga, buku ini diterbitkan oleh beliau sendiri. Sebelum ini, 8  buku karyanya diterbitkan oleh penerbit2, seperti DBP.


Saya difahamkan buku ini tidak dijual di kedai2 buku. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di 019-2356190 untuk butiran selanjutnya. Saya harap para pembaca menyokong usaha beliau dengan membeli hasil karyanya itu. Terima kasih.

Dr Syed Othman....Terima kasih diatas pemberian buku tersebut.     

Sabtu, 25 April 2015

Darurat Ke2/2nd Emergency?

Saya sedang tercari-cari jawapan...Ada ke Darurat Ke2/2nd Emergency? Soalan ini timbul kerana ada literatur yang mengklasifikasikan tempoh 1968-1989 sebagai Darurat Ke2/2nd Emergency. Tak percaya? Lihat tajuk buku yang diterbitkan pada 2015 ni. Tajuk kajian PhD penulis juga tentang 2nd Emergency, boleh dibaca di sini.

Harga melalui Amazon - USD109.30. Dipinjam dari Perpustakaan UKM melalui pinjaman interlibrary.  

Sebaliknya, TDM tidak pula mengatakan tempoh tersebut sebagai darurat ke2...

Terbitan Markas TD, 2001

Setahu mejar pencen ni, rasa2nya gomen tak pernah mengisytihar darurat semata-mata kerana ancaman komunis sepanjang tempoh tersebut selepas darurat (1948-1960) diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.  Memang gomen ada isytihar darurat selepas 1960 tapi tak ada kena mengena dengan ancaman komunis. 3 pengisytiharan darurat adalah seperti berikut:

(a) 14 September 1966 (P.U.[A]339A/1966) di Sarawak bertujuan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak.

(b) 15 Mei 1969 (P.U.[A]145/1969) berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. 

(c) 8 November 1977 (P.U.[A]358/1977) di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik di Kelantan.

Ketiga-tiga proklamasi ini telah diungkai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak, semasa persidangan parlimen pada 24 November 2011 (Hansard, Bil. 62. 24 November 2011, hlm. 8. http://www.parlimen.gov.my).

Saya dah hubungi agensi dan orang2 beso tertentu untuk mendapatkan kepastian tetapi ......!!!!

Justeru, saya menghargai sekiranya ada pembaca dapat mencerahkan kemusykilan saya ini. Tapi, harap berikan documentary evidence bagi mengukuhkan pandangan saya. Terima kasih.

Ahad, 29 Mac 2015

Pasukan Semasa Darurat

Memang bebeno tak menulis. Maklum saje le....sibuk sikit dengan kajian. Ni pun nak minta tolong sekiranya ada pembaca yang boleh membantu. Di sini disenaraikan pasukan2 yang terlibat pada era darurat 1948-1960.





Sumber: National Archive of Australia, National Malaya & Borneo Veteran Association, UK, Royal Australian Navy, Royal New Zealand Navy

Tambahan:

~ Rejimen Kavalri (Peninjau)
~ Federation Signal Squadron
~ Field Squadron, Federation Engineers
~ Battery, Federation Artillery
~ Supply & Transport Branch
(Sumber: Markas TDM, Tentera Darat 1933-2008)

Dalam satu blog, ada dicatatkan unit2 seperti Transport & Supply, Ordnance, Medical, tetapi tak dicatatkan sumber rujukan. Al-maklum, pihak universiti tak terima blog sebagai rujukan. Depa kata OK untuk merujuk website tapi blog, wikipedia ...NO..NO. Sumber di atas semuanya portal rasmi.

Jadi, sesiapa yang tahu lain2 pasukan yang terlibat, harap le makklum pada saya, dan, please beri rujukan. Terima kasih.  

Sabtu, 31 Januari 2015

Nyaris Tak Ditembak!

Dah lama bebeno tak mencoret dalam blog ni. Kan apa, agak sibuk sikit dengan kajian tentang Burung Besi. Sekarang ni tengah memerah otak nak menulis draf  yang melibatkan misi casevac di waktu malam di Gubir pada 15 Mac 1986. Selalu tulis dalam bentuk 'talking-writing'...tut...tut... depa nak the so-called academic writing. Tercungap-cungap le jawabnya. Tapi, cuba tetap cuba...he...he...he.

Dalam satu insiden di kawasan operasi Ops Kota Charlie Delta, sejumlah 15 orang anggota Unit Combat Intelligence Squad (UCIS), 25 RAMD, telah membuat rondaan di luar kawasan pangkalan hadapan Hotel 1-Bar (H-) yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand pada 15 Mac 1986Anggota pertama yang berperanan sebagai peninjau, telah ternampak dua orang PGK dalam jarak kurang lebih 30-40 meter sedang memasang JS. Tindakan beliau seterusnya ialah menjerit mengenai kehadiran musuh di waktu yang sama mencari tempat untuk berlindung.  Jeritan itu membuat lain-lain anggota turut mencari tempat perlindung. Semasa mencari perlindungan, peninjau pertama telah terpijak JS yang mengakibatkan beliau mengalami cedera parah di kakinya manakala seorang lagi cedera di mata. Mangsa-mangsa terbabit ialah L/Kpl Ibrahim Bin Zainal dan Pbt Kamaruddin Bin Rauf. PGK pula berjaya meloloskan diri.
Sebuah Nuri dari No 3 Skuadron, TUDM Butterworth, telah ditugaskan untuk membawa dua orang mangsa terbabit  keluar dari lokasi kejadian ke Hospital Pulau Pinang dan diiringi oleh sebuah pesawat gempur Alouette 111. Nuri tersebut dikendalikan oleh Kapt (U) Revi Chandran TUDM (Revi Chandran), Lt (U) Tuan Mustapha Bin Tuan Hussin (Tuan Mustapha) (pembantu juruterbang), dua orang KU, F/Sjn Koey Hong Chen dan Sjn Jacob Oommen (Jacob Oommen), serta tiga orang anggota Paskau. Kru gunship pula dikendalikan oleh Kapt (U) Wan Baharuddin, Kapt (U) Norizan Bin Abu Bakar (Norizan) dan F/Sjn Azizan Bin Mat Saman. Kedua-dua pesawat berlepas dari Butterworth pada jam kurang lebih 6.00 petang yang ketika itu hujan lebat. Menurut Norizan, beliau percaya tugas dapat dilaksanakan pada petang itu juga dan kembali ke Butterworth sebelum jam 8.00 malam. Justeru, mereka mengejar masa untuk melaksanakan tugas casevac tersebut sementara waktu masih siang kerana gunship tidak boleh beroperasi di waktu malam. Dalam keadaan yang gelap adalah berbahaya bagi gunship mengiringi Nuri kerana jarak penglihatan yang terbatas. Penerbangan balik di waktu malam  ke Butterworth tidak menjadi masalah kerana beliau akan terbang formasi dengan mengekori Nuri.
Kedua-dua helikopter telah terbang terus ke lokasi kejadian. Namun demikian, mereka terpaksa membatalkan misi, sebaliknya terbang ke Gubir pada jam kurang lebih 7.30 malam disebabkan jarak penglihatan sangat terbatas dengan kehadiran kabus tebal di kawasan insiden JS tersebut. Ketika di Gubir, CO  menegaskan kepada kru bahawa kedua-dua mangsa telah kehilangan banyak darah dan UCIS telah kehabisan morfin untuk diberi kepada mereka bagi menahan kesakitan. Beliau menyuarakan harapannya kepada Revi Chandran dengan menyatakan “You are the captain of the aircraft Revi and I know the safety of the crew and the chopper is on your shoulder. But I really want you to try again and the get casualty out tonight”. Nuri telah berlepas dari Gubir  untuk kali kedua dalam usaha menyelamat dua orang mangsa pada jam kurang lebih 10.00 malam apabila kabus berkurangan. Jarak penglihatan bertambah baik dengan kehadiran cahaya bulan yang membantu kru melihat kontur permukaan bumi dan memudah navigasi ke lokasi walau pun awan di paras rendah. Penerbangan ini tidak diiringi oleh gunship. Norizan pula mengambil kesempatan untuk turut mengikuti penerbangan tersebut sebagai pemerhati.
Revi Chandran menghubungi terup apabila beliau menganggar berhampiran dengan lokasi kejadian melalui radio HF. Beliau telah meminta mereka menembak pistol very  (very pistol) bagi menentukan lokasi mereka. Norizan dan Jacob Oommen melihat suar dari arah kanan dan penglihatan ini telah dimaklumkan kepada Revi Chandran oleh Oommen. Ketika berada kurang lebih 100 kaki dari lokasi, kru ternampak banyak pergerakan cahaya berhampiran dengan lokasi terup yang memberi isyarat kepada pesawat lokasi terup. Revi Chandran menghubungi terup bagi memastikan cahaya itu berpunca dari mereka. Kru Nuri dimaklumkan bahawa mereka tidak menyalakan sebarang cahaya. Dengan penjelasan itu, Revi Chandran membuat keputusan untuk membatalkan sorti dan mendarat di Gubir hampir tengah malam. Beliau memaklumkan kepada CO mengenai penglihatan itu dan menyatakan bahawa beliau akan cuba mengambil kedua-dua mangsa pagi keesokan hari. Menurut CO, lokasi PK yang paling hampir dengan lokasi mangsa JS adalah kurang lebih 10 map squares. Beliau seterusnya mengarah ketua kompeni berhampiran untuk menghantar terup ke kawasan lokasi JS malam itu juga.
Pada keesokan hari, 16 Mac, kedua-dua helikopter telah berlepas dari Gubir sebaik sahaja matahari terbit dan setelah diberi taklimat mengenai kedudukan anggota PK yang berada di kawasan terbabit.  Seorang doktor dari pasukan tersebut turut dibawa bersama. Sebelum Nuri hover di lokasi berkenaan untuk mengambil kedua-dua mangsa, gunship yang dikendalikan oleh Norizan, telah membedil kawasan berhampiran. Nuri berjaya menaikkan mangsa-mangsa tersebut melalui kaedah winching dan mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang. Ketika dalam penerbangan, doktor telah menyuntik morfin kepada mereka berdua. Menurut Jacob, kedua-dua mangsa memaklumkan kepada beliau bahawa morel mereka adalah tinggi apabila menyedari Nuri telah cuba menyelamatkan mereka pada malam kejadian dan percaya Nuri akan mengambil keesokan hari. Gunship pula terbang balik ke Butterworth. Bagi Norizan, pengalaman mengikuti Nuri malam itu sebagai “...satu-satunya tugas yang agak mencabar”. 

Begitu le kisahnya.