Sambungan dari SINI
Hidup
dalam kurungan
Isnin, 16 Ogos 1948/11 Syawal 1367...
Rumah Tong
K.N. sesak dengan penduduk Kpg Pulai. Lebih kurang 100 orang diarah oleh
anggota Gurkha ke rumah Penghulu tersebut. Kemudian kelihatan barisan manusia keluar
dari hutan dan menuruni bukit. Kaum wanita, termasuk yang sedang menyusukan
bayi, mengangkat kedua-dua tangan mereka. Tidak ketinggalan budak-budak lelaki
dan perempuan melaku tindakan yang sama. Jumlah mereka yang ‘menyerah diri’
lebih kurang 300 orang. Mereka seterusnya disaring. Kaum lelaki yang terlibat
dalam serang di Gua Musang diasing dan digari. Apabila kehabisan gari, bakinya
diikat dengan tali.
Tawanan-tawanan tersebut seterusnya dibawa ke Gua Musang hari itu juga. Mereka tiba di pekan itu agak lewat. Namun demikian, proses ‘kawad cam (identification parade)’ dan soal siasat tetap dilakukan walaupun hari sudah malam. Pihak berkuasa terpaksa mengguna lampu picit semasa kawad cam. Hasil soal siasat, antara alasan yang diberi oleh mereka ialah:
“Saya
diberitahu oleh Komunis ‘ini senapang. Ikut kami atau kami tembak kamu.”
“Setelah
saya lontar satu grenad tangan pada rumah pasung, saya pergi ke sebuah kedai
dan beli satu tin ikan sardin, dan balik ke Pulai.”
“Selepas
saya tembak tiga das pada rumah pasung, saya tidur semula. Keesokan hari saya
balik ke Pulai.”[1]
*****
Hasil
siasatan, pihak berkuasa telah mengenal pasti 20 pengganas yang terlibat dalam
serangan tersebut. Kejayaan 2 RAM tidak kurang hebatnya. Mereka telah berjaya
menangkap perancang serangan ke atas Gua Musang, iaitu Kim
Siong@Soon Chin Sip. Dia ditangkap bersama selaras Sten gan dan 117 butir
peluru senjata tersebut.[2]
Di samping itu, pasukan gabungan juga telah berjaya merampas 72 laras raifal, 28 senapang patah, dua laras mesingun Vickers, tujuh Sten gun, dua Tommy gun, dan selaras mortar 2-inci. Selain itu, beratus-ratus butir peluru telah dirampas.[3]
*****
Isnin,
28 Ogos 1948/11 Syawal 1367...
Dengan
kejayaan ini, Mej Jen C.H. Boucer membuat
pengumuman bahawa operasi memburu dan memusnah yang melibatkan 2 RAM, 2/6 Gurkha Rifles dan Jungle Squad telah berjaya. Beliau
menyatakan: “I think the bandits in that area
have had enough. We have pretty well purged the area.”[4]
Pengumuman seterusnya sesuatu yang tidak dinanti-nantikan oleh pengganas komunis. Mej Jen C.H. Boucer menegaskan garison tentera akan ditempatkan di kawasan Gua bagi membanteras ancaman komunis. Dengan itu, beliau memaklum menamatkan operasi memburu dan memusnah pengganas komunis di kawasan Gua Musang dan trup akan balik ke pangkalan masing-masing.[5]
Peranan RAF dalam operasi ini tidak boleh dipertikai. Malahan Chin Peng akui buat pertama kali komunis melihat keberkesanan koordinasi antara pasukan keselamatan dan RAF. Dia mengakui: “Immediately they called in their planes, because we opened fire, our positions already exposed, so on the next round, they bring in two or three Spitfires, and bombed and strafed our position.”[6] Sesuatu yang mereka tidak mengalami semasa era Jepun. Di era itu, pesawat pejuang membedil kawasan komunis tanpa panggilan oleh daripada trup.
*****
Setiap
yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Apakah hikmah serangan komunis ke atas Gua
Musang? Serangan komunis itu membuatkan pihak berkuasa tersentak. Mereka sama
sekali tidak menduga komunis begitu berani menyerang Rumah Pasung Gua Musang
dan menawan Gua Musang, Bertam, dan Merapoh. Manakala Kpg Pulai sah sebagai
sarang komunis. L.D.E. Cullen (CPO Negeri Kelantan) mengambil tindakan untuk memperkukuh
rumah-rumah pasung yang terpencil seperti Gua
Musang dan Bertam dengan menambah kekuatan keanggotaan. Malahan, menyedari Kpg
Pulai sebagai sarang komunis, sebuah pasung akan dibina di situ. Dengan
pembinaan rumah pasung itu nanti, Penghulu Kpg Pulai tidak perli mengayuh
basikal sejauh lapan batu ke Gua Musang untuk melapor sebarang kejadian. Paling
utama sekali, rumah-rumah pasung diperuntuk set radio bagi memudahkan
perhubungan.[7]
*****
3
Februari 1949...
Apa
yang berlaku kepada Kim Siong@Soon Chin Sip dan 19
komradnya yang ditawan?
Pulau Pinang...
Perancang
serangan ke atas Gua Musang, Kim Siong@Soon Chin Sip digantung hingga mati di
Penjara Pulau Pinang. Rayuan terakhirnya untuk mendapat keampunan Sultan
Kelantan telah ditolak pada awal Januari 1949.[8]
Kota Bharu...
Pada
hari itu, 19 orang pengganas komunis didakwa di mahkamah di Kota Bharu. Mereka
didapati bersalah dan dihukum penjara untuk waktu yang panjang.[9]
*****
Kerana
ketaasuban terhadap perjuangan dan ideologi komunis, penduduk Kpg Pulai
terpaksa menanggung kesannya. Seperti yang dijanjikan oleh Mej Jen C.H. Boucer
mereka kini terpaksa ‘berjiran’ dengan satu detasmen tentera berhampiran Tokong
Kuang Yin pada Ogos 1948. Sementara menunggu Rumah Pasung Kpg Pulai dibina, pada
18 Mei 1949 British melancar operasi membersih ‘setinggan.’ Pada British,
penduduk Kpg Pulai adalah setinggan walaupun mereka telah bertapak lebih
daripada 200 tahun. Objektif operasi ialah “...to rid
this fertile area of undesirable squatter elements and allow the law-abiding
members of the community to resume their normal occupation.”[10]
Operasi pembersihan memindah penduduk yang disyaki penyokong komunis. Pemindahan membabitkan seramai 131 orang, iaitu 31 lelaki, 34 wanita, dan 61 kanak-kanak. Mereka dipindah ke Kluang, Johor.[11] Sementara itu, penduduk seramai lebih kurang 350 yang dianggap ‘bersih’ dipindah ke kawasan berhampiran Tokong Kuang Yin. Tong King Nyen pula kekal menyandang jawatannya sebagai Penghulu Kpg Pulai. Namun, kini pergerakan terbatas. Pada akhir 1949, penempatan mereka dikurung dengan dawai berduri.
Bagi memudah pengawalan pergerakan penduduk dan barang-barang, pihak berkuasa membuka tiga pintu; satu untuk ke Kuala Tuang, satu lagi ke Gua Musang, dan yang ketiga ke Sungai Galas. Waktu mereka bekerja di sawah padi dihad antara pukul 7:00 pagi hingga 5:00 petang. Ketiga-tiga pintu itu dikawal oleh anggota SC yang memeriksa keluar dan masuk penghuni di ‘penjara’ terbuka itu.
Jumlah mangsa yang KIA dan WIA dalam peristiwa Gua Musang
[1] Harry Miller, The Straits Times, Holy Men Fought With
Pulai Bandits sebelum ini.
[2] The Straits Times, Gua Musang Terrorists
Sentenced, 3 February 1949, hlm. 7. Lihat https://eresources.nlb.gov.sg/news
papers/digitised/article/straitstimes19490203-1.2.78 (diakses pada
22 Julai 2024).
[3] Ibid.
[4] The Straits Times, Kelantan Bandits Have Had
Enough, 29 August 1948, hlm. 1. Lihat https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers
/digitised/article/straitstimes19480829-1.2.9 (diakses pada 22 Julai
2024).
[5] Ibid.
[6] C. C. Chin & Karl Hack
(Editor). (2004). Dialogues With Chin Peng. Singapore: Singapore
University Press, hlm. 146.
[7] The Straits Times, Gua Musang Terrorists Sentenced sebelum ini.
[8] The Straits Times, Forces Advancing On
Kelantan Bandits sebelum ini.
[9] Ibid.
[10] The Straits Times, Fores Clear "Terrorist
Stronghold" 19 May 1949, hlm. 1. Lihat https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/
digitised/article/straitstimes19490519-1.2.18 (diakses pada
22 Julai 2024).
[11] The Straits Times, 389 Detained In 2 Sweeps,
4 June 1949, hlm. 1. Lihat https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised
/article/straitstimes19490604-1.2.4 (diakses
pada 22 Julai 2024); Tan Teng Phee, Oral History and People’s Memory of the Malayan Emergency (1948-60): The Case of Pulai sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan