Saya adalah mantan pilot helikopter nuri. Sepanjang menjalankan tugas sebagai pilot nuri, saya telah banyak terlibat secara langsung dalam operasi menentang pengganas komunis (PGK) di Semananjung Malaysia. Saya telah kehilangan ramai rakan seperjuangan dan melihat anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera parah dan terkorban. Nuri turut menjadi sasaran PK, malah saya sendiri pernah ditembak oleh mereka.
Saya akan menceritakan pengalaman-pengalaman yang mungkin ramai tidak ketahui. Terpulang kepada pembaca untuk memikirkannya.
PENGALAMAN PERTAMA
Semasa masih menjadi co-pilot di awal 70'an, kami (krew) ditugaskan untuk membuat 'troop lift (TL)' di Kem Gubir (KG). Sebelum terbang ke KG, kami telah singgah di Kem Sg Petani. Pegawai Risek(PR) telah menjemput kami untuk bersarapan di Mes Pegawai, 6 Briged. Beliau seterusnya memberitahu yang beliau akan ke KG dan akan berjumpa kami disana nanti.
Kami seterusnya terbang ke KG dan melakukan beberapa sortie TL sebelum berhenti, lebih kurang jam 1100. Tiba-tiba terdengar berbalas tembakan berhampiran KG. Ini diikuti sebuah Land Rover meluru masuk ke kem. Kenderaan tersebut ditembusi peluru. Pemandu memberitahu yang konvoi kekawasan operasi telah diserang hendap. PR terkorban dalam serangan tersebut.
Sebuah lagi nuri yang turut membuat TL, telah ditugaskan untuk mengambil mayat PR apabila keadaan telah reda dan kawasan tersebut disahkan selamat. Olehkerana krew nuri tersebut tidak pasti kawasan terbabit, saya telah diarahkan mengikuti nuri untuk menunjukkan arah. Nuri terpaksa 'hover' untuk 'winching' mayat kerana tiada tempat untuk mendarat. Saya sendiri telah menarik mayat tersebut kedalam nuri.
Bayangkan......hanya pagi tadi saya bersarapan dengan beliau, dan sekarang seluruh badannya kaku dan dilumuri darah!!! Flying suit saya juga dibasahi dengan darah.
Saya mengenali mendiang semasa kami menjalani latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Bersambung.......
tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Saya beras amat teharu apa yang saudara alami.Pengalaman yang saudara ceritakan telah membuat saya di atas perbuatan Chin Peng terhadap negara kita.Saya juga akan menentang Chin Peng kembali ke Malaysia di sebabkan dia terlalu kejam tetapi sampai bila harus kita membenci Chin Peng,persoalannya dengan menentang Chin Peng kita dapat menebus kembali orang2 yang telah mati dan terkorban. Bagi saya,saya akan memaafkan kesalahan dia dan memberi peluang kepada Chin Peng untuk menebus kesalahannya.Dalam pengajian Islam,walaupun seberat mana pun kesalahan seseorang itu kita tidak layak hendak menghukumnya,hanya yang MahaKuasa yang layak menentukan hukuman kepada seorang itu.
tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Saya berasa amat teharu apa yang saudara alami.Pengalaman yang saudara ceritakan telah membuat saya sedar di atas perbuatan Chin Peng terhadap negara kita.Saya juga akan menentang Chin Peng kembali ke Malaysia di sebabkan dia terlalu kejam tetapi sampai bila harus kita membenci Chin Peng,persoalannya dengan menentang Chin Peng ,Adakah kita dapat menebus kembali orang2 yang telah mati dan terkorban. Bagi saya,saya akan memaafkan kesalahan dia dan memberi peluang kepada Chin Peng untuk menebus kesalahannya.Dalam pengajian Islam,walaupun seberat mana pun kesalahan seseorang itu kita tidak layak hendak menghukumnya,hanya yang MahaKuasa yang layak menentukan hukuman kepada seorang itu.Edit
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Saya berasa amat teharu apa yang saudara alami.Pengalaman yang saudara ceritakan telah membuat saya sedar di atas perbuatan Chin Peng terhadap negara kita.Saya juga akan menentang Chin Peng kembali ke Malaysia di sebabkan dia terlalu kejam tetapi sampai bila harus kita membenci Chin Peng,persoalannya dengan menentang Chin Peng ,Adakah kita dapat menebus kembali orang2 yang telah mati dan terkorban. Bagi saya,saya akan memaafkan kesalahan dia dan memberi peluang kepada Chin Peng untuk menebus kesalahannya.Dalam pengajian Islam,walaupun seberat mana pun kesalahan seseorang itu kita tidak layak hendak menghukumnya,hanya yang MahaKuasa yang layak menentukan hukuman kepada seorang itu.Edit
"pengalaman ke-2" DAN "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"
BalasPadamSebagai rakyat Malaysia yang tahu akan perjuangan nenek moyang terdahulu, saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia. Manakan sama pergorbanan penentang komunis terdahulu yang sanggup megorbankan darah demi perjuangan anak bangsa kini untuk menerima komunis (Chin Peng) di negara yang kini aman dan sejahtera. Kejahatan dan kekejaman Chin Peng tidak dapat dibayar dengan rasa kesian rakyat Malaysia terutamanya pejuang terdahulu semata-mata membawa dia kembali ke Malaysia. Sanggupkah kita menjadi pengkhianat bangsa dan negara dengan membenarkan orang yang melakukan kekejaman hidup di bumi Malaysia ini. Mahukah kita kembali ke zaman penjajahan seperti dulu?
bagi saya kita sebagai rakyat Malaysia perlu mempertahankan maruah kita yang telah lama diperjuangkan oleh nenek moyang kita yang telah berusaha dengan pengalaman yang begitu pahit dan sedih sekali... kita perlu imbas kembali segala perbuatan yang dikatakan amat jahat yang dilakukan oleh CHIN PENG tersebut dan barulah kita faham betapa bencinya perasaan kita terhadap CHIN PENG... kita perlu mempertahankan keamanan yang ada pada masa ini dan bukan setakat pada waktu sekarang tetapi buat selamanya... kejahatan dan kekejaman yang dilakukan oleh CHIN PENG tidak akan aku lupakan...
BalasPadampertama sekali saya ingin memuji sifat keberanian serta sikap patriotisma yang tinggi dalam diri saudara yang berjuang untuk mempertahankan negara Malaysia..chin peng telah melakukan banyak kerosakan serta menyebabkan kehilangan banyak nyawa insan yang tidak berdosa seperti kanak-kanak..walaupun chin peng merupakan anak jati pulau pinang dimana ayahnya dahulu merupakan seorang penjual basikal di carnavon street penang,ini tidak bermakna beliau boleh dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya kita mengimbau kembali sejarah yang lalu serta apa yang telah beliau lakukan kepada Malaysia..walaupun kini beliau sudah berusia lanjut,ini bukan bermakna beliau tidak akan mendatangkan bahaya kepada Malaysia sekiranya di benarkan masuk ke Malaysia..konco-konconya masih ada dan sejarah mungkin berulang kembali..'precaution is better than cure'..sekiranya beliau dibenarkan pun kembali ke Malaysia adakah sebilangan rakyat Malaysia yang mempunyai semangat Patriotisme yang tinggi akan membiarkan beliau begitu saja?adalah lebih baik beliau berada di mana beliau berada sekarang dan tidak perlu membuat rayuan kepada kerajaan Malaysia untuk kembali ke Malaysia..ini adalah kebaikan untuk kedua-dua belah pihak..
BalasPadamDaripada :
Muhamad Nizam B. Shaik Jalal Din(No. Matrik 98876)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Tahun 3,
Universiti Sains Malaysia
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia"
BalasPadamSetelah saya membaca statement tersebut hati saya mula tersentuh terhadap penderitaan yang dilalui masyarakat dahulu yang dikejami oleh PK yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan. Cuba kita fikir dan renung sejenak tentang kekejaman PK terhadap negara kita dahulu.Adakakah tindakan mereka itu tidak memberi kesan sehingga ke hari ini.Sekirannya masih ada maka kita perlu pastikan sejarah dahulu tidak akan berulang kemabali. Kita perlu menentang Chin Peng daripada kembali ke Malaysia.Ini kerana manusia yang kejam memang secara signifikannya tidak layak untuk diberi peluang hidup di muka bumi ini terutamanya di bumi Malaysia . Hal ini kerana sikap kekejaman ini akan mendatangkan kerosakkan,kesengsaraan,penderitaan dan sebagainnya. Malaysia telah melakar dan membangun hasil daripada kemerdekaan yang sangat sukar dikecapi.Banyak tokoh-tokoh nasionalisme yang berjasa telah pergi meninggalkan kita.Jadi kita perlu mengenang kembali jasa-jasa mereka. Kenikmatan dan kemakmuran hidup kita hari ini adalah hasil daripada pengorbanan mereka. Jadi kita perlu memelihara dan mengekalkannya daripada penceroboh yang kejam yang ingin merosakkannya.Justeru, saya sangat menentang ChinPeng kembali ke Malaysia.Tidak mustahil luka dahulu akan berdarah kembali sekirannya kita tersalah langkah.
saya ingin memperbetulkan kesilapan yang telah saya lakukan dalam comment yang saya bagi tadi... dibawah ini disertakan dengan maklumat saya
BalasPadamnama : TAN SIANG YEW
no matrik : 95158
Terima kasih. Komen-komen anda sangat dihargai. Perlu diingati, Chin Peng tidak pernah mengistihar bahawa beliau telah menolak ideologi komunisme dan menyerah kalah.
BalasPadamMOHD NIZAM B. SABLI 95019
BalasPadamTajuk: "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
menentang Chin Peng kembali ke Malaysia.
Komen: isu mengenai Chin Peng kembali ke Malaysia sememangnya tidak harus wujud. Pesalah yang melarikan diri dari menerima hukuman, kembalinya hanya untuk menerima hukuman yang tertunggak.Sememangnya maaf adalah perkara yang baik, namun kesalahan yang dilakukan harus disertai dengan hukuman. Itu hukum Tuhan dan manusia seluruhnya mengakui mengenai prinsip itu. Apatah lagi kesalahan yang dilakukan melibatkan nyawa. Al-Fatihah buat pejuang Agama, bangsa dan negara.
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia"
BalasPadamselepas saya membaca dua artikel itu, saya berasa amat sedih kerana banyak nyawa telah terkorban akibat perbuatan Chin Peng yang begitu kejam. saya berasa semangat perjuangan yang ada pada saudara boleh dijadikan sebagai contoh pada generalisasi akan datang.cerita-cerita itu serta semangat saudara dan teman-temannya boleh disiarkan dalam buku sejarah dan boleh memberi generalisasi akan datang mengenali kes-kes yang telah berlaku pada masa lampau.bagi saya, saya juga tidak bersetuju Chin Peng kembali ke Malaysia. Chin Peng telah membuat banyak perkara kejam dan banyak nyawa telah terkorban atas perbuatannya. kalau Chin Peng balik ke Malaysia, mungkin Chin Peng akan mengulangi perbuatannya dan hal ini mungkin akan mengancam keselamatan rakyat Malaysia.
Nama : NG SIEW LING
No. Matrik : 95044
pusat pengajian sains kemasyarakatan
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia"
BalasPadamPada pendapat saya,saya juga akan menentang Chin Peng kembali ke Malaysia.Keadaan ini disebabkan Chin Peng yang mengetuai PKM adalah individu yang paling bertanggungjawab terhadap ribuan kematian yang berlaku akibat daripada keganasan gerilanya.Penderitaan rakyat Malaysia yang kehilangan orang tersayang akibat keadaan ini tidak akan terpadam dengan mudahnya.Di samping itu, pengembalian Chin Peng ke Malaysia kemungkinan besar akan menggugat keharmonian negara kita ini.
Daripada:
Nama:Sin Lay Ching
No.Matrik:95132
tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
pertama sekali saya ingin mengucapakan takziah kepada keluarga pejuang-pejuang negara kita, semoga tuhan memberi rahmat kepada roh mereka.saya amat tersentuh hati membaca cerita yang ditulis oleh Mejar(B)tentang 'pengalaman kedua' dan 'mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia.berdasarkan cerita yang telah ditulis oleh mejar,tragedi yang telah menimpa perajurit kita telah membawa seribu kesedihan dalam jiwa setiap rakyat dan anak serta isteri mereka. kezaliman yang dilakukan oleh Chin Peng telah menyebabkan ramai perajurit kita yang menderita,untuk pengetahuan Mejar, saya sebagai seorang pelajar akan menentang usaha yang dilakukan untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia. ini kerana sudah terbukti ketua komunis ini tidak membawa apa-apa faedah kepada negara malah telah terbukti akan memporak perandakan negara kita. saya akan menentang sekeras-kerasnya kemasukan Chin Peng kerana tidak mahu sejarah yang lampau akan menimpa keluarga dan rakyat negara ini.sama-sama kita jaga keamanan negara ini.dikesempatan ini, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Mejar(B) dan kawan-kawan yang lain kerana telah banyak berkorban tenaga dan bertarung nyawa untuk mempertahankan tanah air kita..jutaan terima kasih diucapakan dan kita akan sama-sama memastikan Chin Peng tidak kembali ke negara kita.
MUHAMAD ANWAR BIN YUSOF
95034
SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
Pertamanya saya begitu teruja membaca pengalaman peribadi seseorang yang terlibat secara langsung dalam agenda mempertahankan negara. penderitaan, kesedihan, ketabahan mahupun kesukaran sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam kita mencari sebuah keadilan. Chin Peng adalah satu nama yang tidak asing kepada masyarakat malaysia yang juga dulu dikenali sebagai 'tanah melayu'..namun harus diingat namanya bukannya untuk disanjung dek kerana perjuangannya namun selayakknya nama itu tidak disebut-sebut kerana entiti yang dibawanya bukanlah sesuatu yang membanggakan negara sebaliknya menghancurkan sebuah negara.
BalasPadamterkilan dan terkejut sekiranya ada dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri yang bermati-matian membela seorang pengkhianat negara, membela seorang pembunuh yang telah membunuh mungkin datuk kita,nenek, ayah, ibu mahupun adik-beradik serta generasi kita sendiri suatu masa dulu..
Alangkah lagi tekejut sekiranya ada golongan yang berpendapat Chin Peng bukanlah pengkhianat negara sebaliknya membebaskan negara dari penjajah. rasanya ramai sejarawan mahupun golongan terdahulu yang tidak pernah mendengar sebarang ucapan maaf dari Chin Peng yang penuh keegoaan. lantas selayaknya Chin peng tidak perlu kembali dan dibenarkan kembali ke Malaysia kerana kehadirannya tidak membawa banyak implikasi yang positif namun sebaliknya mungkin lebih banyak membawa perkara-perkara negatif yang tidak pernah terfikir di dalam minda kita. seharusnya kita berfikir apakah perasaan pewaris-pewaris mahupun ahli-ahli keluarga yang terkorban dek kerana kerakusan chin peng dalam memperjuangkan ideologinya dahulu.Lebih terkilan pengkhianat negara ini datangnya daripada negara sendiri yang sepatutnya berjuang bersama-sama mempertahankan negara suatu ketika dahulu, namun yang sebaliknya berlaku.
Rasanya tidak perlu lah di luar sana bermati-matian dan bersungguh-sungguh untuk membawa kembali Chin peng ke Malaysia kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting untuk kemajuan negara yang perlu kita sama-sama tuju dan sama-sama kita fikirkan untuk generasi akan datang..Mungkin kata-kata memaafkan itu mudah untuk dilafazkan di mulut namun di hati tidak mungkin ia terlupus.
salam takziah untuk pejuang-pejuang negara semoga roh kalian ditempatkan dalam kalangan orang beriman..amin...Al-Fatihah...
nama : shurianie binti rahim
matrik: 95131
Chin Peng. Tindakannya, perbuatannya telah meninggalkan impak yang begitu besar terhadap Malaysia.
BalasPadamTerima kasih ke atas perkongsian pengalaman-pengalaman yang berharga ini. Saya dilahir pada tahun 1987. Jadi, saya dapat segala maklumat tentang sejarah Malaysia dari buku. Apa yang saya dapat hanya 'facts', tapi, dengan pengalaman yang diceritakan, saya dapat tahu apa yang tidak direkod dalam buku. Perasaan. Chin Peng bukan sahaja membawa 'damage' terhadap Malaysia secara physically tapi mentally juga.
Walaupun saya rasa saya tidak mempunyai hak untuk menentukan sama ada Chin Peng harus dibenarkan untuk kembali ke Malaysia. Saya tidak mempunyai 'respect' terhadapnya. Dia tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah rasa berbangga lagi dengan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.
Vivian Tan She Nee (95161)
PPSK USM
saya berasa amat sedih dan terharu kerana kawan yang begitu baik dan baru beberapa saat sahaja meluangkan masa bersama telah meninggalkan saudara. walau bagaimanapun, saudara perlulah meredhakan pemergiannya walaupun pahit kerana pemergiannya pada asalnya adalah untuk mempertahankan negaranya yang tercinta sehingga membawa kepada hembusnya nafas terakhir walaupun dalam keadaan yang agak tragis..
BalasPadamdaripada
( Aifaief Binti Khairuddin )
94947
pusat pengajian sains kemasyarakatan
major kerja sosial
Takziah untuk semua yang kehilangan insan-insan tersayang sepanjang berlakunya tragedi dan kemusnahan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya dan sewaktu dengannya.Pendapat saya,Persoalan membawa balik Chin Peng Ke Malaysia tidak seharusnya timbul kerana sepatutnya dia tidak harus menagih simnpati pulang ke tanah air yang berdaulat ini di atas segala perbuatan yang dilakukannya dulu.Chin Peng tidak mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan sanggup membunuh ank bangsanya sendiri.Apa yang ditulis oleh Chin Peng dalam bukunya yang berbunyi " saya tidak menyesal berjuang di atas apa yang saya percaya dan ianya adil " adalah SALAH sama sekali kerana KEADILAN tidak ditegakkan melalui pembunuhan dan kemusnahan.Keadilan Bukan dapat dimiliki melalui sikap begitu..!!!!
BalasPadamFARIDAH BT AHMAD ( 94969)
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Saya berasa sedih ke atas apa yang telah diharungi oleh saudara. Kekejaman dan keganasan Chin Peng telah menyebabkan banyak nyawa terkorban. Hal ini telah meninggalkan kesan dan keingatan yang buruk kepada rakyat Malaysia.
Mungkin saya tidak dapat tahu bagaimana keadaan sebenar yang telah berlaku pada masa duhulu. Tetapi,inilah kenyataannya bahawa banyak nyawa telah terkorban kerana tindakan yang telah diambil olehnya. Hal ini memang menyakitkan hati saya.
Saya rasa dia tidak patut balik ke Malaysia kerana dia akan membawa banyak keingatan yang buruk kepada rakyat Malaysia.
Nama: Joann Ooi Chi Ying (94981)
PPSK
tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Bagi saya, perbuatan PK memang terlalu kejam. Bagi saudara yang banyak jasa itu, saya berasa amat hormat atas perbuatan saudara yang berani menghadapi masalah yang mungkin bawa kematian kepada diri sendiri. Dengan adanya PK, keselamatan negara telah terancam! Negara kita bukan sahaja kena menghadapi keancaman dari luar negara malahan juga dari dalam negara!Nyawa dan keselamatan rakyat tergugat, hidup dalam keadaan ketakutan. Tentang msalah permohonan kepulangan Chin Peng, bagi saya, saya rasa Chin Peng tidak patut untuk mohon untuk balik kerana rakyat Malaysia tidak dapat lepaskan tregedi yang telah berlaku itu dan banyak nyawa telah berkorban. Kepulangannya mungkin akan sekali lagi mengancam keselamatan negara!Rakyat Malaysia mungkin akan terfikir dan takut akan "pembinaan semula" PK!
Nama: Tan Lian Kah
No Matriks: 95157
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Tajuk: "mengapa saya menentang chin peng"
BalasPadamTerharu saya membaca blog ini dan ia membuatkan saya lebih yakin untuk menentang chin peng kembali ke malaysia setelah banyak kekejaman yang dilakukannya, walhal chin peng berasal dari Ipoh. Sememangnya, chin peng mestilah mempertahankan negara ini dari penjajah bukannya membantu penjajah.
Bukti keganasan chin peng ialah penganugerahan pingat oleh British (Order of the British Empire)kerana membantu british menentang Jepun di Tanah Melayu. Sepatutnya chin peng bergabung dengan penduduk tanah melayu menentang penjajah.
Pada saya, memang wajar untuk kita menentang chin peng kembali ke malaysia kerana banyak kekejaman yang telah dilakukan seperti membunuh penghulu dan imam untuk meluaskan pengaruhnya. Mereka yang bersetuju memberi chin peng kembali ke malaysia boleh dikatakan tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan.
Saya ada terbaca mengenai chin peng iaitu dia tidak pernah kesal memimpin parti komunis malaya dalam menentang Malaysia malah merasa bangga seperti yang tertulis di dalam bukunya.
Oleh itu, marilah sama-sama kita mempertahankan negara dengan menolak permohonan chin peng untuk kembali ke Malaysia. Ini kerana tidak mustahil perkara yang sama berulang kembali sama ada kepada generasi kita atau generasi akan datang....
komen ikhlas: siti rogayah bt sulong (95141)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (ANSOS)
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia"
BalasPadamMej(B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman, saya ucapkan tahziah di atas segala yang berlaku keatas mangsa nahas helikopter khususnya dan mangsa kekejaman penganas komunis(PK) amnya di serata negara. Perjuangan saudara dan semua yang berkhidmat semasa era komunis amatlah dihargai kerana tanpa ini semua mungkin kemakmuran sekarang bukan milik kita kini.
Mengenai wajarkan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng pulang ke Malaysia pada pendapat saya dan kebanyakan mangsa kekejaman komunis adalah sangat-sangat tidak wajar diterima pulang ke Malaysia.
Melalui pengamatan sejarah dan cerita dari golongan yang hidup di zaman dizaman kekejaman PK dapat disimpulkan bahawa mereka ini amat tidak berperi kemanusiaan.Maka untuk apa kita menggadaikan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sekarang demi menerima seorang pemimpin yang pernah membunuh beratus atau mungkin beribu-ribu orang di zaman kekuasaannya. Tidak mustahil masih ada golongan yang menyokong perjuangan Chin Peng(Pro-komunis) dan yang anti-komunis. Cuba bayangkan apa akan berlaku jika dua kumpulan ini berbalah semula?? Kemungkinan perang saudara akan berlaku, kemelut politik dan mungkin kita pula yang menjadi pelarian menumpang ehsan di negara lain.Ekonomi musnah, sosio-politik tergugat dan pelbagai lagi masalah akan wujud. Segala kesalahan haruslah dihukum, dan pada pendapat saya ini adalah antara hukuman(tidak dibenarkan pulang ke Malaysia) yang harus diterima Chin Peng.
Nama: Mohd Shahril Bin Basir
No Matrik: 91900
"pengalaman ke-2" DAN "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"
BalasPadamSebagai rakyat Malaysia yang tahu akan perjuangan nenek moyang terdahulu, saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia. Manakan sama pergorbanan penentang komunis terdahulu yang sanggup megorbankan darah demi perjuangan anak bangsa kini untuk menerima komunis (Chin Peng) di negara yang kini aman dan sejahtera. Kejahatan dan kekejaman Chin Peng tidak dapat dibayar dengan rasa kesian rakyat Malaysia terutamanya pejuang terdahulu semata-mata membawa dia kembali ke Malaysia. Sanggupkah kita menjadi pengkhianat bangsa dan negara dengan membenarkan orang yang melakukan kekejaman hidup di bumi Malaysia ini. Mahukah kita kembali ke zaman penjajahan seperti dulu?
Norasmahani bt abd aziz
95075
asmaraaziz@yahoo.com
tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
sebagai rakyat Malaysia, saya amat menghargai segala jasa yang tentera-tentera lakukan untuk melindungi negara kita. Sesetengah daripada mereka telah menghilangkan nyawa semasa menjalankan tugas mereka. Akan tetapi, perlukah kita menyimpan dendam ini sampai bila? mungkin sebab generasi saya tidak mengalami peperangan, saya tidak dapat merasainya. Akan tetapi, jika kita hendak negara kita maju, adakah kita perlu mempelajari "ampunan", iaitu kita hendak menyerap pengajaran dari sejarah dan menuju ke hadapan, bukan memandang ke belakang. Walaupun Chin Peng adalah orang yang berdosa, akan tetapi pada pandangan saya, kita boleh bagi dia balik ke negara dengan syarat yang tertentu. Contohnya, kita hadkan dia di sesuatu tempat. Dengan ini, kita dapat mengajar generasi yang seterusnya tentang kekejaman komunis dan peperangan. Dengan orang yang sebenar, kita dapat memberitahu sejarah yang sebenar kepada generasi seterusnya untuk mengelakkan kesalahan berlaku lagi satu kali.
Nama: Thor Bee Theng
No. matrik:95159
sy Juliah Binti Omar 98869 amatlah bersetuju agar chin peng tu tidak kembali ke Malaysia. Bila sy baca kembali pengalaman saudara sy amat terharu dan ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada orang baru macam kami sedikit sebanyak pengetahuan tetang apa yang telah terjadi pada negara satu ketika dahulu.setelah membaca pengalaman2 itu saya amat bersetuju agar chin peng tu tidak kembali ke Malaysia. Biarlh dia dimana dia berada sekarang. orang mcm dia tak layak kembali ke Malaysia, sepatutunya kita pertahankan negara tercinta kita ini bukannya khianati negara kita seperti yg telah dilakukan oleh beliau. Saya fikir kalau chin peng tu kembali ke Malaysia mesti dia tidk akan hidup lama kerana ramai lagi anak jati Malaysia yang berkobar-kobar untuk menghapuskan dia. jadi ada baiknya jika dia x kembali ke Malaysia.Walaupun chin peng di maafkan tapi dia tidak perlu kembali ke Malaysia kerana jika dia kembali samalah seperti dia meludah kena muka sendiri.
BalasPadamMemang tidak dinafikan bahawa chin peng merupakan pengganas dan musuh negara, oleh itu saya tidak bersetuju jika ketua parti komunis melaya itu di bawa pulang ke malaysia. jika kita mengimbas kembali sejarah lama di mana pada masa darurat yang mana keadaan pada masa itu tidak stabil dan berada dalam keadaan yang baik kerana berlakunya pertempuran antara pihak pengganas komunis sedang mengganas dan banyak rakyat tidak terkorban pada masa itu, Pada masa darurat banyak askar-askar kita terkorban ,cedera dan mengalami kecatatn kekal akibat jerangkap samar yang telah dipasang oleh pihak pengganas komunis .selain itu terdapat juga anggota masyarakat dan tentera kita yang telah diseksa oleh pengganas komunis . Baru-baru diuar-uarkan tentang berita terdapat sekelompok pihak yang ingin membawa balik chin peng ke malaysia , tindakan ini adalah tidak wajar kerana chin peng dan parti komunis malaya telah melakukan banyak kekejaman pada masa darurat, tindakan membawa balik chin peng ini adalah kerana salah faham segolongan pihak bahawa chin peng merupakan seorang wira yang telah berjuang untuk mendapat kemerdekaan , dari segi sejarah memang chin peng berjuang untuk membebaskan tanah malayu namun begitu perjuang chin peng adalah berideologi sayap kiri dan beliau ingin menubuhkan sebuah republik komunis di tanah malayu.oleh itu tindakan membawa balik chin peng adalah tidak wajar kerana ia akan mengugat kestabilan negara malaysia
BalasPadamMUHAMAD RIDHWAN BIN NOR RAHMAD
95036
GROUP :MOTOROLLA
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
salam tahziah kepada semua pejuang negara tidak kira dari tok janggut sehingga bapa kemerdekaan tanpa mereka siapalah kita...
BalasPadamSaya pernah bertanya kepada nenek saya apa perasaan beliau jika chin peng kembali ke Malaysia,beliau berkata"bodoh sungguh jika chin peng kembali ke Malaysia". Mungkin begitulah perasaan orang-orang yang pernah tinggal zaman chin peng dulu. Tapi hati kecil saya berbisik apa salahnya chin peng kembali ke Malaysia?. Saya bukan buta sejarah tidak tahu kekejaman yang pernah chin peng lakukan tetapi jangan pandang dari sudut yang negatif sahaja. Mengapa kita tidak bertanya mengapa chin peng melakukan perkara sedemikian. Kerana setiap perkara yang kita lakukan mesti bersebab dan semua itu adalah suratan atau kebetulan. Mengapa juga kita tidak mengambil langkah positif dengan mengambil ilmu atau pengalaman yang ada pada chin peng.Bukannya kita hendak jadikan chin peng sebagai perdana menteri, chin peng cuma datang sebagai warganegara Malaysia dan dia berhak mendapatkannya. Suka atau tidak chin peng juga adalah salah seorang pejuang kemerdekaan cuma caranya salah kerana menyebabkan ramai yang terkorban.Kita bukan sesiapa untuk menilai seseorang, kita juga jangan terlalu cepat melatah, apa juga sekalipun hidup ini perlu diteruskan dengan matlamat kita satu Malaysia.Maaf jika ada mana-mana pihak yang merasakan saya ini pengkhianat negara yang ku cintai ini. Akan tetapi jauh disudut hati ini untuk berbuat demikian. Marilah kita sama-sama buang yang keruh dan ambil yang jernih. salam
Farika Zana Binti Jaafar(94970)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
BalasPadamSememangnya masa telah berubah dan keadaan turut berubah tetapi membenarkan Chin Peng kembali adalah tamparan luar biasa kepada golongan yang telah banyak berkorban iaitu anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang pernah menjadi mangsa kekejaman PKM. Ia hanya akan membangkitkan kemarahan kepada bekas perajurit, yang air mata dan darah mereka tidak ternilai harganya. Kekejaman komunis sehingga kini masih segar dalam ingatan bekas perajurit yang mempertaruhkan nyawa bagi menyelamatkan negara ini. mereka masih tidak lupa bagaimana kekejaman komunis terhadap anggota keselamatan yang terbunuh akibat diserang hendap. Saya percaya generasi sekarang tidak sanggup andai berpeluang melihat apa yang diperlakukan komunis terhadap mayat anggota keselamatan yang dibunuh. Secara mudah, cuba kita bayangkan keadaan dan suasana negara kita hari ini jika PKM berjaya menggulingkan kerajaan pilihan rakyat melalui perjuangan kejamnya. Komunis ialah musuh kita dan kita berjaya mencapai kestabilan politik dan ekonomi seperti hari ini kerana mengalahkan mereka. Oleh itu tidak perlu pun kita cuba menghidupkan nostalgia Chin Peng.
KHAIRUL AIZAT BIN MOHD YUNUS
94986
SAINS KEMASYARAKATAN
Saya tidak akan megalu-alukan kepulangan Chin Peng. Chin Peng telah melakukan kesalahan serius dalam pandangan saya. Sama ada nak kata kami ni tidak bertimbang rasa atau sebenarnya melakukan apa yang patut, saya tidak akan menanti kepulangannya ke tanah air kita ni.Kematian yang tidak berdosa and tidak tersangka, apa yang boleh dijadikan gadaian? Pada hakikatnya, dengan alasan yang sangat sangat kukuh, kita juga tidak boleh membunuh. Apatah lagi membunuh untuk mengancam keamanan dan kesejahteraan negara? Mana perginya semangat patriotisme? Mana perginya berasa bersyukur kerana mempunyai tanah air yang di mana keluarga tersayang sendiri terbina? Saya tidak menyetujui peperangan ataupun pengorbanan nyawa besar-besaran sama ada semata-mata untuk tujuan politik, harta atau maruah. Chin Peng tidak boleh balik ke Malaysia buat selama-lamanya boleh dijadikan sebagai satu pengajaran kepada sesiapa yang merosakkan keamanan negara dan tidak menghargai keamanan dan kesejahteraan negara. Walaupun kita sepatutnya tidak boleh menyimpan dendam dan kejahatan Chin Peng dalam hati kami buat selama-lamanya, tetapi dengan menghalang Chin Peng bali ke ke tanah air kita sekurang-kurangnya boleh dijadikan serba sedikit sebagai tebusan kepada nyawa yang terkorban dalam pandangan saya.
BalasPadamDisediakan oleh,
Nama: LEE YUN QI
No. Matrik:94989
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Terharu dan sedih atas apa yang telah saudara alami. Kekejaman Chin Peng telah memisahkan ikatan kekeluargaan, telah memutuskan ikatan persaudaraan. Walaupun Chin Peng anak jati Malaysia, tetapi beliau tidak pernah menghargai tanah air sendiri. Malah beliau memusnahkan tanah air tercinta. Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran waras, kita perlu melihat kembali perjuangan-perjuangan nenek moyang terdahulu yang bermati-matian mempertahankan tanah air tercinta. Susah payah dan pengorbanan mereka tidak dapat kita balas dengan wang ringgit sebaliknya kita juga perlu mempertahankan tanah air kita daripada ancaman-ancaman luar. Saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia kerana walaupun umur beliau sudah lanjut, namun kuasa dan konco-konco beliau masih ada. Tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai agenda yang tersirat untuk balik ke Malaysia yang kita sendiri tidak tahu mengenainya. Oleh yang demikian, saya amat menentang Chin Peng kembali ke Malaysia kerana kekejaman yang beliau wujudkan suatu masa dahulu tidak mustahil akan berlaku semula pada hari ini walaupun Malaysia hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Dan tidak mustahil juga, luka yang berdarah dahulu kini akan bernanah pula dan meninggalkan kesan yang lebih dahsyat lagi.
BalasPadamDaripada:
Siti Mariam binti Mohd Janudin(95137)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM
Tajuk: "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"
BalasPadamSaya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia kerana dia telah melakukan banyak perkara yang mengugat keamanan dan keharmonian negara kita. Kekejamannya telah menyebabkan rakyat negara kita hidup dalam keadaan yang sengsara pada masa itu. Walaupun masa sudah berlalu, tetapi sejarah tidak akan berubah selama-lamanya. Kesesakan kehidupan yang dilalui oleh rakyat Malaysia pada waktu itu tidak akan lenyap dalam ingatan buat seumur hidup. Perbuatan Chin Peng telah menyebabkan negara kita menjadi huru-hara dan tindakannya telah memecahbelahkan perpaduan antara bangsa rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak berharap ketenteraman negara kita diancam oleh sesiapa. Chin Peng harus bertanggungjawab atas perbuatannya disebabkan dia telah mengorbankan banyak nyawa rakyat dan memusnahkan banyak keluarga. Tindakan yang kejam itu telah melukakan hati ramai orang. Rakyat Malaysia ingin mengekalkan ketenteraman negara kita. Oleh itu, kekembalian Chin Peng ditentangkan.
Nama: Chin Yoke Leng
No. Matrik: 94963
E-mel:yl.chin87@hotmail.com
Pusat Pengajian Sains Malaysia
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSejarah perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu sepatutnya dikenang,saya amat terharu dengan sikap rakyat Malaysia sekarang ini yang menghargai ataupun mengenang jasa dan pengorbanan besar perjuang tanah air yang terdahulu bersusah payah untuk mengembalikan hak penduduk Tanah Melayu pada ketika itu,hanya pada bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia mengimbau kembali bertapa peritnya pejuang-pejuang tanah air mendapatkan kembali hak mereka.Namun malangnya ianya hanya meningalkan kesan yang amat pendek,yang akan dilupakan oleh kita pada bulan-bulan yang lain.Pada saya, sekiranya Chin Peng kembali semula ke Malaysia adalah tidak mustahil ia akan mengulangi semula tindakannya yang tidak langsung mendatangkan keuntungan malah hanya menghuru-harakan keadaan yang telah sekian lama harmoni.Parut lama yang menjadi bukti kezaliman Chin Peng terhadap pejuang terdahulu akan kembali berdarah sekiranya kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.Hasrat Chin Peng yang ingin menubuhkan kerajaan komunis
BalasPadamhanya menzalimi penduduk-penduduk Tanah Melayu pada ketika itu.Berdasarkan pengalaman penulis,walaupun penulisan pengalamannya terhadap kekejaman Chin Peng ringkas namun, tindakan Chin Peng yang zalim itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Wan Nur Idayu Binti Wan Khalim
(95164)
Sains kemasyarakatan (kerja sosial),USM
“Bayangkan......hanya pagi tadi saya bersarapan dengan beliau, dan sekarang seluruh badannya kaku dan dilumuri darah!!! Flying suit saya juga dibasahi dengan darah.”
BalasPadamKehilangan adalah memeritkan tapi saya yakin saudara tersenyum puas saat kejayaan memihak kepada MALAYSIA( dengan kejayaan pada hari ini) kerana sumbangan saudara sangat kami hargai percayalah. Terima kasih atas pergorbanan saudara dulu.
Tp saya merasakan rakyat kita kini dijajah dengan sudut yang sangat berbeza yakni MINDA.jajahan ini lebih menakutkan kerana ianya sangat subjektif dimana tiada alat yang boleh megukur tahap penjajahan yang telah berlaku. Maklumat yang mudah didapati di hujung jari seakan-akan memakan MINDA rakyat secara senyap. Saya selalu ingatkan diri agar tidak mudah terpengaruh.
SEMOGA NEGARA SENTIASA AMAN DAMAI. (ARAISYAH BINTI MAT ARIF,94952)
setelah membaca blog saudara "mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia" baru saya tahu bahawa kekejaman yang dilakukan sangat tidak berperikemanusiaan dan sedih membaca luahan yang saudara ceritakan, sekiranya tiada orang seperti saudara untuk menceritakan kejadian sebenar dan berada di tempat kejadian maka generasi akan datang tidak mengetahui sejarah dan cerita yang sebenar. sebelum itu, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan pada masa kejadian. harap semua dapat menerima takdir yang telah tertulis oleh-NYA.
BalasPadamsetelah mendengar berita mengatakan Chin Peng yang merupakan ketua pengganas komunis ingin kembali ke Malaysia, menyebabkan ramai rakyat Malaysia marah terutama ahli keluarga askar yang terkorban ataupun askar yang masih hidup tetapi mengalami kecatatan. sebagai generasi Malaysia yang baru, walaupun saya tidak hidup pada zaman keganasan komunis, tetapi saya dapat merasakan keperitan askar-askar dan rakyat pada masa itu.
saya harap mereka yang menyokong chin peng kembali ke Malaysia sedar akan kekejaman yang telah dilakukan kepada rakyat pada zaman dahulu.
saya minta maaf kerana terlupa meletakkan nama. komen saya pada tarikh 31 julai 2009 4.32 PM
BalasPadamNAMA : NOOR SHUHADAH BINTI AHMAD
NO. MATRIK: 95052
"Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"
BalasPadamPerbagai liku-liku telah dilalui oleh pejuang kita untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kita. Mungkin generasi masa kini tidak melalui pahit getir pejuang terdahulu dan rakyat terdahulu menempuhi PK yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Generasi kini hanya melihat merdeka dari sudut kebebasan tapi tidak tahu apa erti kemerdekaan. Chin Peng merupakan musuh utama negara kerana dia sendiri pengkhianat yang kejam dan zalim. Dia tidak sepatutnya dibawa kembali ke Malaysia kerana ia lebih banyak membawa impak negatif berbanding positif. Chin Peng boleh menwujudkan pengaruh besar dalam negara misalanya pengaruh negatif dan boleh juga menwujudkan pengaruh perkauman yang kuat antara kaum2 di Malaysia. Malaysia negara yang aman tidak sesuai untuk Chin Peng yang mengkhianati negara, untuk apa kita meyimpan musuh sedangkan dia sebenar-benarnya musuh yang ingin menghancurkan negara. Tindakan untuk membawa kembali Chin Peng ke Malaysia sememangnya persolan yang tidak patut timbul. Ingatlah sejarah. Sejarah mungkin berulang disebabkan kita sendiri tidak memahami sejarah.
Nama : Nurul Farahana binti Mohamed Idris (no. matrik : 95109 )
Sains Kemasyarakatan ( 3P )
Universiti Sains Malaysia
tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Salam, pertama sekali terima kasih saya ucapkan kepada penulis kerana memberikan saya peluang untuk memberikan komen dalam blog ini. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapakan takziah kepada keluarga pejuang-pejuang negara kita, semoga tuhan merahmati mereka.Seterusnya perasaan saya amat tersentuh apabila membaca cerita yang ditulis oleh Mejar(B)tentang 'pengalaman kedua' dan 'mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia.Berdasarkan apa yang diceritakan oleh mejar(B),tragedi yang telah menimpa perajurit kita telah membawa kesedihan yang kekal dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kezaliman yang dilakukan oleh Chin Peng telah menyebabkan ramai nyawa yang tidak berdosa terbunuh(perajurit tanahair)disamping itu keluarga mangsa turut menderita(kerana kehilangan tempat bergantung)Bagi saya sebagai seorang pelajar dan bakal saintis sosial akan turut menentang usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia. Hal ini demikian kerana sudah terbukti ketua komunis ini tidak membawa apa-apa faedah kepada negara. Jika dibawa balik sekalipun hanyalah sebagai propaganda politik sesetengah pihak sahaja. Saya berjanji insyaallah akan menentang sekeras-kerasnya kemasukan Chin Peng kerana tidak mahu luka lama keluarga mangsa berdarah kembali termasuklah Mejar(B)sendiri.Jadi marilah kita sama-sama menjaga keamanan negara ini dan walaupun chin peng telah tua dan insaf dengan apa yang dilakukan, kita sepatutnya bersama-sama menentang musuh negara ini dari kembali ke Malaysia.Akhir kata jutaan terima kasih diucapakan kepada Mejar(B)kerana sudi meluangkan masa membaca komen saya ini, Insyaalah panjang umur saya akan memberikan komen saya lagi dalam blog ini, sekian.
IKMAL HAFIZ BIN ISMAIL
98954
SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam"Mengapa saya menentang Chin Peng kembali Ke Malaysia"
BalasPadamAssalamualaikum....dan Salam Sejahtera...
Terima Kasih sy ucapkan kpd phak yg mbngkitkan isu ini yang mperjuangkan agar ching peng dibawa balik ke malaysia. Anda telah mbngkitkan prasaan marah dan kecewa oleh msyarakat mlayu khususnya. Andakah phak tsebut tidak peka thadap prasaan mereka yg tertindas dan mangsa kekejaman oleh pihak komunis yg diketuai oleh chin peng? Pelbagai dugaan dan tentangan yang dilalui oleh pejuang2 kita untuk mempertahankan tanah air dari ancaman si keparat chin peng. Bukan shaja melayu malah kaum2 lain sperti kaum cina sendiri trut teraniayai, adakah patut kita mnerima dia kebali ke tanah air kita? Myarakat pada masa kini mungkin tidak pnah megalami kperitan hdup msyarakat ktika zaman Penentangan Komunis, jadi tidak hairan skiranya masih ada yang menyokong isu ini. Skiranya krajaan mmbenarkan chin peng kembali ke Malaysia, adakah kselamatan chin peng terjaga? Msyarakat mlayu yg telah skian lama memendam marah dan dendam mgkin tidak akan mlepaskan pluang utk mmbalas apa yg telah dilakukan chin peng. Musuh tetap dianggap musuh dan segala kekejaman yang dilakukannya akan tetap dikenang oleh msyarakat Malaysia. Walaupun ianya lupus dari ingatan generasi lama tetapi ia telah tertulis dalam sjarah kita dan ia menjadi ingatan dan pengajaran pada generasi masa kini.
Wan Mohd Zazuan Bin Wan Zahari
95162
Sains Kemasyarakatan ( Kerja Sosial )
Tahun 3
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
BalasPadamterlebih dahulu saya tidak menyangka yang akhirnya saya akan terbaca kisah yang begitu menyayat hati..first sekali saya berasa bangga dengan penulis blog ini kerana beliau seorang yang patriotisme, seorang tokoh yang kuat semangat demi mempertahankan tanah air tercinta..jasa-jasa insan yang telah banyak terkorban demi menyelamatkan bangsa dan tanahair tidak patut kita lupakan dan kita seharusnya berbangga dengan tokoh-tokoh tersebut..kerana sekiranya tanpa mereka kita tidak dapat hidup aman dan tenteram seperti sekarang.. semoga roh mereka dicucuri rahmat..AMIN..Sebagai seorang rakyat dan seorang hamba ALLAH S.W.T saya berpendapat bahawa saya sepatutnya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia. Walaupun kini Chin Peng telah menginjak usia namun dengan apa yang telah dilakukan dahulu tidak dapat menebus kembali semua kesalahannya. Lebih terkilan pengkhianat negara ini datangnya daripada negara sendiri yang sepatutnya berjuang bersama-sama mempertahankan negara suatu ketika dahulu, namun yang sebaliknya berlaku.
mungkin kita tidak merasai keperitan atau kesusahan yang ditanggung oleh tokoh-tokoh dahulu namun tidak wajar kita memaafkannya. kerana untuk menghalau Chin Peng keluar telah ramai tokoh dan orang ramai yang terkorban ,cedera dan terseksa..walaupun kita tidak dapat menebus kembali orang-orang yang telah mati atau terkorban namun kita kena kuatkan semangat demi mempertahankan negara kita dan bangsa-bangsa yang telah terkorban. ini kerana sudah terbukti ketua komunis ini tidak membawa apa-apa faedah kepada negara malah telah terbukti akan memporak perandakan negara kita lagi..jika dia kembali ke Malaysia..mungkin dia sudah tidak larat untuk menengtang tetapi mungkin ada konco-konco yang akan memporakperandakan negara ini. biarlah Chin Peng berada ditempat mana yang dia berada sekarang.kalu betullah Chin Peng sudah INSAF biarlah Chin Peng menebus kesalahan ditempT dia berada sekarang dan bukannya dengan kembali ke Malaysia.
Suzana binti Zamli (95154)
isu sesetengah pihak untuk membawa balik chin peng ke negara ini tidak sepatutnya diadakan kerana sudah pastinya hal ini akan mendapat tentangan yang hebat daripada para pejuang negara dan sesiapa sahaja yang memahami sejarah negara secara mendalam..
BalasPadamketua komunis tersebut tidak sepatutnya diizinkan untuk kembali ke negara ini kerana dikhuatiri dia bakal mencetuskan bencana di dalam negara ini..persoalannya..apakah sumbangan chin peng pada negara?
apakah manfaat yang akan dibawa oleh chin peng kepada negara kita?..tiada bukan...?..tiada untungnya membenarkan manusia seperti itu kembali ke malaysia..
nama- mohamad fareez bin husin
matrik- 95006
assalamualaikum dan salam sejahtera...
BalasPadamsetelah saya membaca dari pelangalaman saudara mengenai sejarah perbuatan Chin Peng keatas negara kita, saya berasa amat marah dan betul-betul terkilan diatas apa yang telah dilakukan oleh Chin Peng. jika saya berada ditempat saudara sekalipun, saya juga akan menentang Chin Peng untuk kembali ke Malaysia. Bagi saya, tanda kemaafan dari seorang penjajah adalah tidak berbaloi dan tidak mencukupi dengan apa yang dilakukan oleh beliau. beliau telah membunuh berjuta-juta nyawa rakyat serta pahlawan negara kita tanpa belas kasihan pun. saya juga akan menentang kehadiran Chin Peng ke negara kita kerana mengenangkan darah pahlwan yang telah terkorban dan nyawa yang tidak berdosa telah hilang demi kerana penjajah yang jahat itu. saya sayangkan negara malaysia dan berharap agar Chin Ping tidak akan dibenarkan datang ke Malaysia. Bagi saudara, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana saudara adalah perwira kami. tanpa saudara kami tidak akan hidup aman di Malaysia, buat rakan saudara dan pejuang-pejuang yang telah berkorban demi negara tercinta, saya akan sentiasa memberikan alfatihah kepada mereka. insyaallah.
semoga diberkati Allah.
yang ikhlas...
Siti Zarina Binti Md Yunus,
95148
Sains kemasyarakatan.
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia
BalasPadamKali pertama saya membaca artikel yang telah ditulis oleh Mejar (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman ia membuatkan saya terharu dan kagum dan telah membuka mata saya tentang betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oelh nenek moyang kita semasa menentang Parti Komunis tersebut. Beribu-ribu orang yang telah terkorban akibat daripada kekejaman yang dilakukan Chin Peng iaitu bekas pemimpin Parti Komunis ini.
Pada pendapat saya, saya menentang sekeras-kerasnya kepulangan Chin Peng ke Malaysia. walaupun kini kekejaman Chin Peng telah menjadi sejarah, namun ia telah menjadi satu kenangan pahit kepada negara kita.Biarpun terdapat pendapat yang menyatakan Chin Peng kini talah tua dan tidak mampu memberi ancaman keselamatan kepada negara dan patut dibawa balik atas alasan kemanusiaan, kita patut memikirkan perasaan rakyat negar, terutamanya golongan bekas tentera dan polis serta keluarga mereka yang telah terkorban mempertahankan negara. selain itu kepulangan Chin Peng juga pasti akan membangkitkan nostalgia pahit kepada rakyat Malaysia terhadap kekejaman yang telah dilakukan oleh Chin Peng dan Parti komunis Malaya.Bagi saya membawa Chin Peng kembali ke Malaysia ibarat meletakkan "telur di hujung tanduk" bererti meletakkan negara di dalam situasi yang membahayakan. walaupun usianya telah lanjut namun mungkin konco dan pengikutnya masih ada dan hanya menanti masa yang sesuai untuk menggugat kemananan negara.oleh itu saya menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan masyarakat menentang sekeras-kerasnya kepulangan Chin Peng kembali ke Malaysia.
WAN SUHAIZA BINTI WAN IBRAHIM
95165 PPSK
assalamualaikum...
BalasPadamsaya menentang Chin Peng kembali kerana pada suatu ketika dahulu dia telah menyebabkan ramai penduduk di tanah melayu terkorban disebabkan kekejaman dan sifat tidak perikemanusiaan dia sesama manusia. ramai nyawa tidak bersalah terkorban melalui gerakan PKM ( Parti Komunis Malaya). Jika dibenarkan dia kembali mungkin dia akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu kerana dia juga pernah diberi kemaafan tetapi dia menolak dan ingin terus dengan PKM. jadi, tidak wajar dia di beri kemaafan.
oleh:
Farhana Dayana Binti Samsudin Shah.
94968
sains kemasyarakatan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
BalasPadamSalam takziah saya ucapkan kepada tuan dan seluruh ahli keluarga prajurit-prajurit tanah air yang telah terkorban dalam misi mereka untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air kita yang tercinta 'Malaysia'...
Pertama kali saya membaca pengalaman tuan, saya sungguh terharu dan tersentuh. Betapa besarnya perjuangan prajurit-prajurit kita menjaga keselamatan tanah air hinggakan sanggup menggadai nyawa mereka sendiri.
Pengalaman yang telah tuan ceritakan itu telah menyebabkan saya juga menentang sekeras-kerasnya Chin Peng kembali ke Malaysia.
Chin Peng merupakan 'terrorist' yang telah memperkotak-katikkan maruah tanah air kita yang tercinta ini tanpa sedikit pun perasaan belas kasihan dan perikemanusiaan. Ketika Chin Peng mengganas di negara kita pada suatu masa dahulu, dia telah meninggalkan 1001 macam peristiwa hitam yang telah menjadi mimpi ngeri yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh penduduk tanah air kita termasuklah saya sendiri.
Pada zaman penjajahan Chin Peng di negara kita, banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban. Ramai penduduk kehilangan tempat tinggal, ramai wanita yang menjadi balu kerana kehilangan suami mereka dan juga ramai kanak-kanak yang tidak berdosa mati dan menjadi yatim piatu.
Persoalannya pernahkah Chin Peng berfikir kesan yang timbul daripada tindakan dia itu???
Jawapannya ialah tidak pernah sama sekali. Jadi adalah tidak wajar ia dibenarkan kembali ke Malaysia. Dia terlalu kejam dan dia seharusnya tidak dibenarkan sama sekali untuk kembali ke tanah air kita yang tercinta ini.
Perbuatan kejam Chin Peng ini telah menjadikan negara kita seperti "Padang Jarak, Padang Terkukur". Betapa sukarnya pemimpin negara kita berusaha untuk membangunkan negara kita semula hingga berjaya ke tahap yang boleh dibanggakan pada hari ini.
Kita semua tidak mahu mimpi ngeri dan pengalaman pahit yang pernah kita lalui pada masa dahulu berulang semula. Jadi kepulangan Chin Peng ke tanah air kita perlu ditentang untuk memastikan kelestarian dan keamanan negara kita untuk masa kini dan akan datang.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pejuang tanah air. Sesungguhnya hanya yang Maha Esa dapat membalas segala jasa-jasamu itu. Jasa-jasamu akan ku kenang hingga ke akhir nyawaku. Kepada prajurit-prajurit yang telah terkorban dan yang telah pergi menghadap Illahi hanya doa yang dapat saya kirimkan kepada kalian semua. Semoga kalian tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sekian, terima kasih.
Wassalam..
Ikhlas daripada,
Norshahila binti Salleh
95085
Sains Kemasyarakatan.
Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia, ini kerana Chin Peng merupakan pembelot dan pengkhianat negara. kekejaman Chin Peng menyebabkan ramai yang tidak berdosa terkorban. Chin Peng tidak harus kembali ke Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia sudah pasti kita mahu mengekalkan keamanan yang kita kecapi hari ini tidak menjadi seperti hari semalam.Segala pengorbanan perajurit tanah air kita sangatlah membanggakan negara!
BalasPadamMengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia, ini kerana Chin Peng merupakan pembelot dan pengkhianat negara. kekejaman Chin Peng menyebabkan ramai yang tidak berdosa terkorban. Chin Peng tidak harus kembali ke Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia sudah pasti kita mahu mengekalkan keamanan yang kita kecapi hari ini tidak menjadi seperti hari semalam.Segala pengorbanan perajurit tanah air kita sangatlah membanggakan negara!
BalasPadamNOOR ALLAME BT AWANG
95046
ASSALAMUALAIKUM.....
BalasPadamSememangnya, umum telah mengetahui bahawa tindakan yang telah dilakukan oleh pihak komunis menyebabkan ramai rakyat menderita. Banyak nyawa rakyat dan prajurit negara yang telah terkorban dalam perjuangan menentang komunis. Berdasarkan pengalaman yang telah saudara ceritakan, kita sememangnya mengetahui akan kekejaman yang telah Chin Peng telah lakukan ke atas tanah air kita. Kekejaman yang telah Chin Peng lakukan, tidak akan dapat kita lupakan dan maafkan sampai bila-bila pun. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersyukur dengan kemerdekaan dan keamanaan yang telah kita kecapi dan semoga ia akan berkekalan sampai bila-bila. Di sini, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya menentang akan kemasukan semula Chin Peng ke Malaysia...
Daripada,
LISA BINTI ARIF
94990
SAINS KEMASYARAKATAN.
Assalamualaikum...
BalasPadamSebagai rakyat Malaysia saya sememangnya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia. Bagi saya, kesalahan yang telah dilakukannya terhadap negara kita dahulu akan terus menjadi satu titik hitam yang tidak mungkin boleh dilupakan begitu sahaja. Apakah kepentingan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia?..sekadar untuk menghabiskan sisa hidupnya di tanah kelahirannya??..tetapi bagaimana pula dengan perasaan ahli keluarga para pejuang tanah air yang telah melihat sendiri kesengsaraan ahli keluarga mereka yang terkorban dan mengalami kecacatan akibat kekejaman chin Peng??..sememangnya kita sebagai rakyat Malaysia, bukanlah satu bangsa yang kejam, tidak berperasaan dan berdendam. Namun, andai kita dengan mudah menerima Chin Peng kembali maka dimanakah harga diri dan maruah kita???..Setelah pejuang-pejuang terdahulu bersusah payah mempertahankan negara daripada kekejaman Chin Peng..Oleh itu, bagi saya biarlah Chin Peng kekal di mana dia berada sekarang, tidak perlulah dia kembali...
daripada:
SITI SALWA BINTI AHAMAD
(95133)
SAINS KEMASYARAKATAN (KERJA SOSIAL)
pada umumnya, kita semua telahpun mengetahui perihal kisah Chin Peng yang amat kejam keatas tanah melayu. pada komen saya, Chin Peng tidak seharusnya dibawa pulang kembali ke Malaysia. kita perlu memikirkan kembali bahawa Chin Peng merupakan seorang yang paling kejam terhadap tanah melayu. disebabkan beliau, ramai tentera terkorban.jika kepulangan Chin Peng dipersetujui, tidak mustahil sekali lagi akan berlaku kekejaman. segala kekejaman yang dilakukan oleh Chin Peng semestinya akan diingati dan perlu dijadikan pengajaran untuk generasi masa depan.
BalasPadamHaslina bt Md Ramly
94974
Sains Kemasyarakatan
MoHD N0oRfAIz BIN SUDIN
BalasPadam95021
Salam perjuangan dan takziah kepada Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman, perjuangan anda amat kami semua hargai dan sanjungi. Berhubung dengan isu penentangan Cing Peng kembali ke Malaysia yang telah di uar-uarkan oleh Mej (B) dalam blog ini, saya menyokong penuh penentangan Chin Peng untuk dibawa masuk semula ke Malaysia. hal ini kerana Chin Peng telah banyak menyusahkan rakyat Malaysia dengan ideologi komunisnya. Bolehkan Chin Peng membayar semula hutang darah yang telah dikorbankan pada satu masa dahulu jika dibenarkan kembali ke Malaysia? ini bukan soal kemaafan tetapi soal sejarah yang nenek moyang kita perjuangkan selama ini. terima kasih diatas perjuangan Mej (B) menentang penjenayah negara selama ini AL-FATIHAH kepada pejuang negara yang terkorban. Allahuakbar..............
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Saya di sini mengucapkan takziah kepada keluarga pilot-pilot dan anggota TDM yang telah nahas terkorban dalam peeprangan..Perjuangan pilot pilot dan anggota TDM tersebut amat dihargai dan kami akan ingati jasa yang telah disumbangkan oleh pilot-pilot dan anggota TDM yang dihormati.
Menurut blog ini, saya baru sedar bahawa Chin Peng merupakan seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.Peristiwa ini kita tidak akan lupai dan akan dihantui oleh mangsa-mangsa yng tidak berdosa .Oleh itu, demi keselamatan dan keamanan negara kita, kita sebagai rakyat Malaysia harus menentang CHIN PENG kembali ke Malaysia supaya keamanan negara kita tidak tergugat.
Daripada,
Nama:Chan Yee Mei
No.Matrik:94962
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
setelah saya membaca kisah yang berkaitan dengan chin peng tersebut saya berasa amat terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang negara kita. sekiranya ditanya adakah chin peng patut kembali di malaysia saya membantah sekeras-kerasnya...pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang dahulu begitu berharga sehingga kita tidak mampu untuk membalasnya.kekejaman yang dilakukan oleh chin peng sehingga mengakibatkan pertumpahan darah berlaku memberi kesan yang mendalam kepada pejuang-pejuang dahulu. Hal ini kerana ada di antara pejuang sekarang yang masih hidup tetapi mengalami pengalaman yang amat sukar dilupakan oleh mereka. Ada di antara pejuang mengalami kecacatan fizikal disebabkan chin peng,adakah kita memahami keperitan yang dialami oleh mereka?oleh itu saya menentang chin peng kembali ke malaysia supaya pisang tidak berbuah dua kali...cukuplah penderitaan yang dialami oleh pejuang yang terdahulu..semoga roh mereka dirahmati Allah...
BalasPadamSITI AISHAH BINTI MUSA
95134
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Seperti yang semua maklum,memang sukar untuk negara kita yang tercinta ini untuk mendapat kemerdekaan.Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh para cendikiawan dan para pahlawan tanah air yang setia mempertahankan kedaulatan n
tanah air daripada diratah oleh orang yang boleh dikatakan sebagai musuh dalam selimut yang ingin sentiasa mencari muslihat dan ingin memusnahkan tanah air kita yang tercinta ini.Berdentuman darah dan air mata gugur di bumi malaysia yang tercinta ini dalam menegakkan tanah air.Chin Peng adalah seekor syaitan bertopengkan manusia yang lupa daratan dan gila kuasa.Akibat daripada kebodohannya yang tidak berperikemanusiaan,banyak nyawa pahlawan melayu dan para askar melayang demi negara.Saya menentang keras kehadiran Chin Peng ke negara saya yang tercinta ini.Kezaliman yang dilakukan oleh Chin Peng telah menyebabkan ramai perajurit kita yang menderita,dan maut di medan perang.Sebagai seorang pelajar di universiti Sains Malaysia dan rakyat Malaysia,saya akan menentang usaha yang dilakukan mane-mane pihak untuk membawa kembali Chin Peng ke Malaysia .untuk pengetahuan Mejar, saya sebagai seorang pelajar akan menentang usaha yang dilakukan untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia.Untuk pengetahuan Mejar (B),Chin Peng mendatangkan faedah kepada negara dan sebaliknya akan mengaktifkan semula fahamannya.Disini saya ingin memberi cadangan supaya chin peng dihukum dengan hukuman mati dan dikuburkan dinegara asal beliau.Akhir sekali,saya ingin mengucapkan takziah kepada pahlawan dan penjurit tanah air yang terkorban semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan disyurga yang kekal abadi.Saya memohon semua rakyat Malaysia agar bangkit menentang mane-mane pihak yang ingin membawa kembali Chen Peng ke Negara kita yang tercinta ini.
Nama:ZAID BIN ABU BAKAR
Matrik:95171
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia.
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Sebagai seorang rakyat yang cintakan keamanan dan inginkan ia kekal berpanjangan, saya rasa agak terkilan dengan sesetengah pihak yang entahkan dari mana datangnya rasa kegilaan untuk membawa pulang seorang manusia keji yang tidak mengenal erti kemanusiaan ini(tidak perlu untuk saya sebutkan namanya kerana tiada nilai pun untuk saya).
Membuat kerosakan dan durjana di bumi yang kita pijak hari ini pada suatu ketika dahulu pernah tumpahnya darah ribuan perwira pembela agama bangsa dek kerana kerakusan dan ideologi gilanya.
Walaupun saya tidak pernah hidup pada waktu penderitaannya nenek moyang kita dahulu, tetapi setiap kali mendengar cerita dari datuk di kala saya masih kecil dan buku-buku sejarah dari alam persekolahan lagi, saya dapat rasakan bahawa saya amat membenci pengganas komunis sejak dari hari itu, sekarang mahupun pada masa akan datang. Usahkan mahu membawa "kepala besar" PK itu pulang ke negara Malaysia yang kita cintai ini, untuk melihatnya merasai nasi kita dalam penjara pun saya tidak rela.....
Inilah pendirian saya....!!!!
Apakah anda sanggup membiarkannya?????
Berfikirlah secara waras.....
Sekalung Al-fatihah buat perajurit yang telah terkorban.
MOHD HASSAN HILMY BIN HASBULLAH
95015
SKW 320
SAINS KEMASYARAKATAN,TAHUN 3
Terima kasih kepada mantan pilot helicopter nuri kerana sudi berkongsi pengalaman bersama.Setelah membaca pengalaman yang dialami saya berasa amat terharu kerana ramai yang telah terkorban demi keamanan negara.Segala jasa yang diberikan tiada tandingannya.Saya secara jujurnya memnentang Chin Peng kembali ke Malaysia kerana dia merupakan pengkhianat negara dan tidak layak menjadi warga negara Malaysia.Ramai orang yang tidak berdosa telah terkorban kerananya dan kembalinya Chin Peng ke Malaysia diibaratkan seperti luka kembali berdarah.Saya sebagai rakyat Malaysia tidak mahu keamanan negara tergugat dan tidak mahu negara kembali kepada keadaan sebelum mencapai kemerdekaan dahulu.Biarlah Chin Peng berada di luar negara Malaysia.Kehadirannya akan menimbulkan keraguan,rasa ketakutan dan bimbang Chin Peng akan kembali mengulangi perbuatannya walaupun dia telah berjanji dan bersumpah tidak akan mengulanginya lagi.Kepulangannya adalah amat tidak berbaloi di atas apa yang berlaku terutama sekali yang melibatkan nyawa manusia.
BalasPadamAl-Fatihah kepada mangsa terkorban.
Sekian...
Nurul Belisa Binti Banjari,
Pelajar Kerja Sosial Tahun Akhir,
NO matrik 95108,PPSK,
USM.
Assalammualaikum..
BalasPadamPertama sekali saya menentang sekeras-kerasnya kedatangan Chin Peng iaitu seorang yang mengetuai Parti Komunis Malaya(PKM) dalam tahun 1940-an sebelum kemerdekaan Negara diishtiharkan. Sudah semestinya kedatangan Chin Peng ke Malaysia ditentang hebat oleh pelbagai kaum, bekas prajurit negara, bekas para pemimpin parti politik dan seluruh rakyat di Tanah Melayu atau Malaysia ketika ini. Saya mengucapkan takziah kepada seluruh prajurit serta rakyat yang terkorban dalam penentangan dalam memperolehi kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini iaitu yang ke-52. Isu kedatangan Chin Peng ke Tanah melayu atau Malaysia ketika ini sebenarnya tidak perlu diusulkan. Hal ini kerana sebagai musuh nombor satu Negara itu sepatutnya dibunuh oleh prajurit suatu ketika dahulu. Keperitan, kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat pada suatu ketika dahulu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bagi saya, kembalinya Chin Peng ke Malaysia adalah menjurus kepada politik dan isu kaum yang ingin ditimbulkan oleh Pihak pembangkang bagi memperoleh undi yang banyak dalam pilihanraya. Persoalan yang boleh diambil adalah, apakah kelebihan kembalinya Chin Peng ke Malaysia? dan apakah motif disebalik kedatangan beliau?. Jika ada prajurit yang masih hidup pada hari ini ketika pemerintahan PKM pada suatu masa dahulu, sudah semestinya Chin Penglah orang pertama akan dibunuh hidup-hidup.
SALEHUDDIN BIN SAID
95126
SKW 320
tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa terharu kepada saudara diatas peristiwa yang dilalui. Sememangnya amat sukar bagi kita untuk menerima bahawa rakan seperjuangan kita terkorban, tambahan kehilangan itu dilakukan olah seorang yang keji dan kejam. Seperti yang diketahui umum bahawa sebelum merdeka PKM telah menimbulkan pelbagai kekacauan dan kekejaman terhadap penduduk di Tanah Melayu. Ramai nyawa telah terkorban atas tindakan kejam yang dilakukan oleh PKM di bawah kuasa Chin Peng. Saya berpendapat, isu membawa balik Chin Peng ke Malaysia merupakan satu tindakan yang kurang baik. Ini kerana sekiranya penjenayah itu dibawa pulang, berkemungkinan akan membangkitkan kembali kebencian masyarakat dan ingin menuntut perbelaan atas semua kekejaman yang dilakukan oleh Chin Peng sekali gus menimbulkan keadaan yang hura-hara dan tidak tenteram . Setiap kekejaman yang dilakukan olehnya mungkin tidak dapat dimaafkan oleh sesetengah masyarakat walaupun mengetahui tindakan mereka itu tidak dapat mengembalikan nyawa yang telah terkorban.
Nama : Mohd Zuhairie B. Sahfii
No Matrik : 95029
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Tahun 3,
Universiti Sains Malaysia
Saya amat terharu dan berterima kasih kepada penulis blog ini dan rakan-rakan seperjuangannya yang pernah menyumbang bakti kepada negara dan mempertahankan tanah air kita. Saya juga berasa simpati dan sedih terhadap pengalaman-pengalaman yang susah dan pedih yang telah dialami oleh penulis ini.
BalasPadamNamun begitu, pandangan saya terhadap ’sama ada membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia’ adalah tidak selaras dengan pandangan penulis. Pada pendapat saya, Chin Peng patut dibenarkan balik ke negara kita, Malaysia. Sebab-sebab saya yang menyokong Chin Peng kembali ke Malaysia adalah seperti berikut:
Dari segi moral, saya berpendapat bahawa kita harus menyempurnakan hasrat seorang warga tua tanpa mengira kesalahan yang pernah dia melakukan! Kita sebagai rakyat Malaysia, patut mengamalkan nilai-nilai moral. Nilai moral yang ingin saya paparkan dalam isu ini (membantah atau menyokong Chin Peng balik ke Malaysia) ialah kemaafan. Seperti yang kita tahu, Negara Jepun dan British juga pernah menakluki negara kita, membunuh, menganiayai dan memperkosakan rakyat kita dengan kejam. Namun pada masa kini, kita bukan sahaja sudah berdamai dengan negara-negara tersebut, malah juga bekerjasama dengan mereka dalam membangunkan ekonomi (mengeksport dan import, pelancongan dan sebagainya) masing-masing. Jika kita boleh maafkan sesebuah negara asing, rakyat asing atau bangsa asing yang pernah membunuh, meyerang, memperkosa dan melaku lain-lain perbuatan yang bersalah terhadap negara kita, kenapa kita tidak boleh maafkan Chin Peng dan membenarkan dia pulang ke Malaysia? Lagipun, saya percaya bahawa ajalan agama di Malaysia sama ada agama Islam, agama Buddha ataupun agama Kristian, pernah mengajar kita selalu memberi kemaafan dan berminta maaf kerana dalam dunia ini, tidak ada manusia yang sempurna ataupun manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan.
Selain daripada segi moral, negara kita Malaysia juga akan mendapat manfaat sekiranya membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia. Pertama, perbelanjaan Chin Peng di Malaysia akan membawa masuk aliran mata wang asing ke dalam Malaysia. Pengaliran masuk wang asing ini akan merangsangkan pertumbuhan ekonomi kita. Kedua, negara-negara asing akan menghormati negara kita dan berasa negara kita merupakan sebuah negara yang bertamadun dan berhemah tinggi kerana sanggup memaafkan seseorang yang pernah mengkianati negara sendiri.
Kesimpulannya, pengalaman akan mempengaruhi pendapat dan cara pemikiran kita. Pendapat saya berlainan dengan penulis adalah disebabkan pengalaman kita yang berlainan.
Nama: Ong Yim Yim
No. Matrik: 95117
Salam takziah diucapkan kepada keluarga yang telah hilang ahli tersayang mereka dalam malapetaka tersebut dan jasa mereka akan dikenang untuk selamanya kerana telah menggadaikan nyawa mereka untuk mempertahankan negara.
BalasPadamPeperangan yang telah berlaku pada masa tersebut telah memberikan kenangan pahit kepada semua pihak yang terlibat dan sejurusnya tidak dapat dimaafkan oleh ahli-ahli yang terlibat.
Kehilangan kawan dan ahli keluarga yang tersayang merupakan sesuatu kejadian yang sedih dan pahit. Akan tetapi, tentera-tentera yang berjuang pada masa dulu sudah mungkin tahu bahawa nyawa mereka akan terkorban bila-bila masa dan mereka akan bersedia untuk menghadapinya.
Walaupun perbuatan Chin Peng merupakan sesuatu yang susah dimaafkan tetapi jika dia telah menginsafi perbuatannya, mengapakah dia tidak diberi peluang untuk menebus kesalahannya? Dengan memaafkannya, kita akan menerima pahala pada masa kelak. Jika kepulangan Chin Peng ke tanah air kita membawa bahaya kepada kita, maka wajarlah kita tidak mengalu-alukannya. Tetapi,ia merupakan satu-satu hasratnya orang tua ini untuk pulang ke tanah airnya untuk menebus kesalahannya. Sebesar mana kesilapannya pada masa dahulu, kita tidak patut menghukumnya. Kesalahan yang dibuat olehnya harus diadili oleh Tuhan.
Persoalannya ialah adakah para pejuang yang terkorban pada masa dulu dapat dihidupkan kembali? Walaupun mereka telah dikorbankan disebabkan oleh kepentingan seorang dan telah mengakibatkan ramai keluarga yang kehilangan orang yang tersayang, akan tetapi jasa mereka akan dikenang untuk selama-lamanya. Mereka telah meninggalkan legacy yang berharga dan sebabnya kita dapat hidup dengan aman pada masa kini adalha disebabkan oleh pengorbanan mereka pada masa dahulu.
Kita dapat melihat kematian mereka sebagai sesuatu yang dapat dielakkan jika bukan kerana Chin Peng. Akan tetapi, mereka telah meninggal dengan penuh makna dan bangga. Bukankah peninggalan tersebut lebih bermakna daripada kita meninggalkan dunia ini tanpa sebarang legacy atau impak kepada hidup orang lain?
Jesslyn Yeap
98868
Mungkin saya bukan seorang daripada anak-anak kepada pejuang negara kita, tapi sebagai seorang rakyat MALAYSIA saya rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan hak anak-anak pejuang negara...
BalasPadamBagaimana Hak-hak pejuang negara yang gugur tika berjuang mempertahankan tanah air?.... mungkin mudah bagi kita untuk memohon maaf,tapi bagaimana derita anak-anak yang kehilangan kasih sayang seorang bapa?, bagaimana adik yang kehilangan abang? dan bagaimana dengan ibu yang kehilangan anak-anak?..Tidakkah ia begitu perit untuk menghadapi kehilangan orang yang disayangi....Siapa sangka, orang yang selama ini mengkianati tanah air sendiri, kini terngadah mencari tempat untuk menghabiskan sisa hidup sendiri....tapi ingatlah, pengorbanan yang selama ini dilakukan oleh pejuang-pejuang tanah air akan sia-sia..KENAPA?..KERANA KEMBALINYA CHIN PENG....
NORAZNIZA BINTI MOHD NORDIN
95077
SAINS KEMASYARAKATAN (KERJA SOSIAL)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Salam, pada pendapat saya sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya menentang sekeras-kerasnya sekiranya "penjenayah negara" ingin kembali semula ke Malaysia. Bagi saya Chin Peng ini harus diharamkan dari memijakkan kaki ke Malaysia kerana dia telah menyebabkan beribu perwira kita terkorban dan da juga yang menanggung kesakitan seumur hidup. Untuk pengetahuan semua saya merupakan anak bekas seorang tentera dan saya banyak mendengan cerita-cerita dari kedua ibu bapa saya bagaimana sesuahnya prajurit-prajurit kita menentang komunis walaupun mereka tidak terlibat dalam menentang komunis. Dan saya juga terdapat ahli keluarga yang mengalami cacat anggota kekal akibat daripada perbuatan komunis semasa berjuang dahulu. Semua ini telah memberi 1 pengajaran kepada saya bahawa kita harus saling bekerjasama dan berganding bahu dalam menjaga keharmonian dan keamana nagara kita dijajah. Sekiranya kita tidak berbuat demikian tidak mustahil "Sejarah Mungkin Berulang" kembali.
BalasPadamSekali lagi saya tegaskan disini saya menentang keras Chin Peng kembali ke Malaysia.
NORSHAMIZA BINTI AZIZAN
MATRIK: 99096
Tajuk "Pengalaman ke2" dan "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
BalasPadamPerkara Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh anak saudara mangsa terhadap kekejaman Parti Komunis Malaya. Akan tetapi, adakah kita tidak menjalin hubungan dengan bekas penjajah tanah air kita? Jawapannya kita masih berkawan dengan mereka. Hal ini disebabkan kita menerima keikhlasan meraka terhadap menebus serba salah kelakuan dulu. Dengan itu, negara kita membangun dengan bantuan/kerjasama antara sama sekali. Tambahan, kita harap menuju tuju dunia harmoni.
Bagi pendapat saya, mereka lebih suka menggunakan cara paksaan seperti peperangan untuk menguasai sesuatu pada zaman dulu. Akan tetapi, semuanya sudah lalu. Kita harus memberi peluang Chin Peng balik ke negara dengan SYARAT tertentu untuk menunjuk kekesalan terhadap pembuatannya. Dengan undang-undang yang ketat mengawal keamanan negara. Pada masa yang sama, mungkin dia akan memberi sumbangan terhadap tanah air kita untuk menebus kesalahannya. Kesimpulannya, haraplah pembuatan memberi maaf akan mengharmonikan sedunia.
YEONG SHIOU LING, 95167
assalamualaikum..
BalasPadamsalam takziah keatas keluarga prajurit sekalian yang terkorban dalam menjaga kedaulatan negara kita. kepulangan Chin Peng kembali ke malaysia ada pro dan kontranya. saya bukan setuju kepulangan chin peng tetapi sy suka melihat kpd persoalan yang mugkin timbul.apa sumbangannya ke ats negara kita?apa perjuangannya? dan sbgnya. apa yg sy thu dari pembacaan ialah chin Peng yg merupakan pemimpin PKM turut membantu dalam membebaskan pendudukan jepun di tanah melayu.ketika itu mengunakan nama MPAJA dan bekerjasama dgn british menentang jepun. seblm pendudukan jepun juga PKM turut menentang British.dari segi sejarah Chin Peng turut membantu dalam menentang penjajahan dari luar.kalu kita melihat dari sumbangan pemimpin PKM ini mugkin kita blh bertolak ansur kepulangannya tetapi adakah kita terpikir akan pengaruhnya yang mungkin ada lagi. dari pengamatan sy pengaruh atau ideologi Chin Peng sudah lama terkubur kerana kita melihat kepada rakyat skrg yang ingin kepada keamanan dari mengangkat senjata untuk menentang atau menuntut sesuatu.sbg seorg insan sy menyerahkan kpd TUHAN utk menghukumnya dan di dunia ini pun dia sudah dihukum hidup di buangan.
Nama:RAJA MOHAMAD AMINUDIN B.RAJA ALMANAN
Matrik:95122
Tahun :3
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
First of all, thank you for sharing your experience, it's been most interesting.
I believe that everyone has the right to his/her own opinion. I respect all your opinions and other people's. However, I think that Chin Peng should be given a second chance. I mean, it's been so many years already. Isn't it time for us to move on and let the old wounds heal?
To condemn a person is not our job on earth. It is not our responsibility. To heal and to keep going strong TOGETHER as Malaysians, we should all stop picking at old wounds and scabs. Let the wounds heal. And it should start, one person at a time.
Marianne R. Chiam [Matriks: 94996]
salam, terutama sekali saya ingin mengucapkan takziah dengan pemergian pahlawan yang amat berjasa kepada negara kita.
BalasPadamsaya menentang cadangan membawa chin peng ke Malaysia kerana tiada maknanya dan hanya membuang masa,duit dan tenaga kerana membawa penjenayah kejam sepertinya. dengan segala kejahatan yang pernah dilakukannya membuatkan rakyat tanah melayu menderita sepanjang hidup mereka. banyak nyawa telah terkorban kerana perbuatannya. dan sehingga kini trauma tersebut masih terasa dalam kalangan keluarga yang pernah diseksa olehnya.
NOR SHUHANA BT ISMAIL
95067
PPSK (KERJA SOSIAL)
Assalammualaikum wbt
BalasPadamSaya rasa tidak wajar untuk kita membawa Chin Peng kembali ke Malaysia kerana apabila mengenangkan kembali kekejamannya pada rakyat Malaysia dahulu, terasa kembali luka dihati mangsa-mangsa kekejamannya.
Chin Peng telah melakukan banyak kekejaman dan telah mengorgankan banyak nyawa rakyat yang tidak bersalah. Para perajurit kita telah terkorban untuk mempertahankan nyawa. Saya berasa sunguh sedih takkala melihat cerita Tragedi Bukit Kepong dimana memperlihatkan kekejaman dan bagaimana rakyat kita terseksa. Ini memberikan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia tentang kejamnya komunis dahulu.
Chin Peng tidak patut diberi peluang kerana beliau sendiri tidak pernah memberi peluang kepada rakyat dahulu untuk hidup dengan aman. Bagaimana kita jika berada ditempat anak yang kehilangan ibu bapa dan ditempat keluarga bekas perajurit kita yang telah terkorban?. Pasti ia memilukan hati mereka.
"we can forgive but we can forget".Kata-kata ini sesuai untuk menjawab tentang isu Chin Peng ini.Kita boleh memaafkan Chin Peng tetapi tidak wajarlah beliau dibawa kembali ke Malaysia kerana luka lama pasti berdarah kembali.
NORFAHIZAH BINTI BAKAR
95078 (3P)
SAINS KEMASYARAKATAN,USM
Kejadian yang berlaku akibat perbuataan Chin Peng memang memberi kesan dan impak kepada rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menentang kedatangan Chin Peng kembali ke tanah air kita kerana kekejaman yang dilakukan dengan banyak nyawa telah terkorban tidak akan terpadam dengan mudahnya.Di samping itu, pengembalian Chin Peng ke Malaysia kemungkinan besar akan menggugat keharmonian dan keamanan negara kita.
BalasPadamRakyat kita seharusnya sedar dan perlu bersama-sama berganding bahu untuk menjaga keamanan negara kita sendiri agar kita tidak mengulangi kesilapan dahulu.
Nurlinda Othman
pusat pengajian sains kemasyarakatan
no id : 95101
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Assalamualaikum dan sekalung tahniah saya ucapkan kepada Mej(B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman yang sudi berkongsikan pengalaman beliau dengan semua pembaca. Saya sungguh teruja dan dapat merasa sedikit keperitan serta kesukaran atas pengalaman yang saudara dan rakan seperjuangan dalam mempertahankan negara yang tercinta.
Saya juga ingin berkongsikan sedikit kisah mengenai Chin Peng. Saya mengakui bahawa saya bukanlah seorang yang mempunyai pengetahuan luas mengenai sejarah dan memahami perjuangan ke arah mempertahankan negara. Saya juga tidak mengenali Chin Peng dan juga sama sekali tidak pernah terlibat dalam pertarungan yang menjadi trauma dalam masyarakat negara ini sebelum ini. Namun, nama yang tertulis di dada akhbar sebelum ini telah membuatkan saya ingin mengetahui siapakah sebenarnya Chin Peng dan mengapakah isu mnegenainya menjadi perdebatan dan pertelagahan daripada beberapa pihak. Saya berpeluang bertanya kepada ayah saya mengenai hal ini. Saya rasa agak berdebar kerana maklumbalas ayah saya membuatkan saya merasakan sangat marah nenek moyang saya diperlakukan dengan kejam oleh komunis yang didakwa diketuai oleh Chin Peng ini. Terfikir alangkah bertuahnya saya dilahirkan dalam zaman yang merdeka dan aman. Bagaimanakah keadaan saya jika saya sudah dilahirkan pada masa itu??Saya dapat melihat kesedihan dan ketegasan ayah saya yang tidak sekali- sekali bersetuju Chin Peng kembali ke Malaysia. Saya faham kerana ayah saya juga merupakan bekas askar. Alasan ayah, jangan sesekali mempertahankan pengkhianat negara. Kerana Chin Peng, ramai yang tidak berdosa telah terbunuh, tercedera, dan mengalami kecacatan kekal. Sebelum ini, askar- askar melayu bermati-matian cuba mempertahankan negara dari cengkaman Chin Peng, tetapi kini masih terdapat orang yang mahu membela Chin Peng??tidakkah ini akan melukakan hati banyak pihak???
Jika sebelum ini nenek moyang kita telah berusaha dan sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negara daripada komunis, jika Chin Peng masih dibela walaupun usianya sudah tidak memungkinkannya untuk mengancam negara kita, pernahkah kita berfikir apakah perasaan mereka yang pernah terlibat dalam usaha mempertahankan negara ketika itu??Ia seumpama tidak menghargai jasa- jasa dan seolah- olah memperlekehkan dan mensia-siakan sama sekali usaha yang telah dilakukan oleh perwira- perwira negara kita.
Kita mungkin tidak sedar akan keputusan ynag kita buat jika kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri semata-mata. Seharusnya, kita memahami perasaan orang lain sebelum membuat keputusan. Teringat saya pada artikel akhbar yang saya baca sebelum ini mengenai seorang bekas askar yang kudung kakinya kerana menentang komunis. Apabila diajukan mengenai cadangan untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia, beliau mengatakan bahawa beliaulah yang akan menjadi orang pertama menunggu Chin Peng di lapangan terbang,bukan untuk menyambut kedatangan Chin Peng, tetapi sebagai orang pertama yang akan menembak serta membunuh Chin Peng. Hal ini menunjukkan bahawa Chin Peng telah meningggalkan sesuatu trauma dan kesan dendam yang amat mendalam terhadap pengkhianat negara.
Sangat teruja mendengar pengalaman saudara serta kawan- kawan saudara yang terlibat secara langsung dalam peristiwa itu. Seharusnya kita golongan muda harus menghargai perjuangan perwira- perwira kita dan bukanlah membangkitkan sesuatu isu yang akan mengusik jiwa pejuang negara. Fikir-fikirkanlah...akhir kata, salam takziah diucapkan kepada perwira- perwira negara yang telah gugur demi syahid mempertahankan negara. Semoga pengorbanan kalian dihargai oleh mereka yang terleka. Al-Fatihah...
NOR AKMAL BINTI HAJI HUSSAIN
NO.MATRIK : 95057
PPSK,USM,PENANG.
Pada pendapat saya, individu seperti Chin Peng sememangnya perlu dihalang daripada memasuki negara ini. Hal ini kerana dia telah menyusahkan masyarakat di negara ini yang bukan sahaja telah kehilangan ahli keluarga yang tersayang malah terpaksa mengorbankan diri mereka sebagai askar semasa menentang keganasan yang dibawa oleh Chin Peng dan sekutunya dulu. Walaupun ada juga tentera kita yang selamat pada masa penentangan berlaku, namun kita amat bersimpati dengan mereka sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang kehilanagan anggota badan disebabkan mempertahankan pergerakan anggota Chin Peng daripada terus mengancam masyarakat dan negara. Kalau kita kaji secara umum, keganasan yang dibawa oleh mereka (Chin Peng) bukan sahaja mengugat kesemalatan masyarakat dan negara malah ia membuka ruang kepada pihak atau negara tertentu untuk campur tangan dalam bidang politik dan ekonomi dan menyebabkan negara kerugian, masyarakat ditindas serta hak moyang kita dirampas ketika itu. Beberapa bulan lalu kita mendapati beberapa orang ahli politik negara (pembangkang) berpendapat bahawa Chin Peng perlu diberi kemaafan dan peluang untuk berubah dan kembali di negara ini. Bagi saya, dosa yang dia buat dulu tidak cukup untuk menggantikan keperitan, nyawa serta kesengsraan rakyat masa itu. Alasan bertimbang rasa atas dasar perikemanusiaan tidak dapat diterima supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang mungkin sedang bercadang untuk mengikuti jejak kumpulan komunis ini. Walaupun kita ingin mendapatkan undi melalui penglibatan terhadap isu sbegini, tetapi kita perlu ingat kesan kepada negara dan generasi yang akan datang sekiranya Chin Peng masuk ke negara ini. Politik, pangkat dan populariti perlu ada batasan nya.
BalasPadamDANIEL UGIH ANAK ECHOH
94965
SAINS KEMASYARAKATAN
Pengalaman ke-2 dan Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia.
BalasPadamSalam Tuan,
saya sungguh berasa berbangga kerana negara kita mempunyai pejuang seperti Tuan.Bapa saya juga merupakan bekas anggota tentera dan pernah terlibat dalam bomby trap di selatan Thailand suatu ketika dahulu.Bapa saya juga menceritakan pengalaman beliau sewaktu dalam askar.Saya juga bersetuju dengan pendapat Tuan bahawa Chin Peng tidak seharusnya pulang ke Malaysia kerana dia merupakan pengkhianat negara. Justeru, jika kita membenarkan dia pulang,kemungkinan fahaman komunisme akan menular kembali,dan jika perkara itu terjadi, nescaya negara kita akan berada dalam ancaman.
Regards,
Nurul Farhana Ramli
95112
School Of Soc Scn,USM Penang
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
BalasPadammenentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Ramai yang mengetahui akan sejarah perihal kisah Chin Peng yang amat kejam keatas tanah melayu. pada komen saya, Chin Peng tidak seharusnya dibawa pulang kembali ke Malaysia. Walau apapun bangsa yang melakukannya namun, bagi yang salah tetap dikira salah. Malaysia negara yang aman tidak sesuai untuk Chin Peng yang mengkhianati negara, untuk apa kita meyimpan musuh sedangkan dia sebenar-benarnya musuh yang ingin menghancurkan negara. Tindakan untuk membawa kembali Chin Peng ke Malaysia sememangnya persolan yang tidak patut timbul. Ingatlah sejarah. Sejarah mungkin berulang disebabkan kita sendiri tidak memahami sejarah. Kita harus memikirkan betapa payahnya perajuri-perajurit negara kita yang sanggup mempertahankan negara malaya ketika itu.Tetapi apakah kita selaku waris yang ada pada dini hari melihat kelibat kembali pertempuran atau pertembungan ideologi yang bakal dilakukan. Tuduhan bukanlah dilemparkan namun inilah sebagai langkah berjaga-jaga. Sebagai kesimpulannya, tindakan tersebut sebagai menjaga maruah rakyat Malaysia dan lebih mengutamakan kedaulatan negara.
-Noraini Binti hmad Shah-
-95069-
sains kemasyrakatan(kerja sosial)
Saya ingin mengucapkan takziah kepada pejuang-pejuang negara kita atas semangat yang berani mempertahankan tanah air kita. Perbuatan Chin Peng yang kejam dahulu memang tak dapat dimaafkan oleh sebab dia rakyat kita pernah melalui detik detik yang amat dera, sakit hati akan tetapi kepulangan Chin Peng ke Malaysia bukan yang saya atau yang mereka lain dapat tentukan..Komen saya tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa, ini just simply my point of view.kepulangan Chin Peng bukan faktor utama yang akan mengelirukan ketenteraman di negara kita, kalau takut akan kepulangannya akan menjadi masalah kepada negara kita, maka ini bermakna juga lagi banyak faktor-faktor lain yang kita kena bimbang dan takut..akan tetapi adakah kita benar-benar bimbang tentang itu atau cakap-cakap saja?Apa yang cuba disampaikan ialah denga takut keharmonian negara dijejas, apa kata kita sendiri yang menwujudkan keadaan yang benar benar harmoni dahulu, dan ini bukan usaha individu malah ia memerlukan usaha keseluruhan rakyat negara. Kalau keharmonian antara rakyat betul betul dapat dipupuk dan wujd maka tiada sesiapun yang dapat melukakan sesiapa antara kita semua.
BalasPadamNAMA: TOH SIEW LING
NO MATRIKS: 95160
PUSAT PENGAJIAN:SAINS KEMASYARAKTAN
Assalamualaikum...kepada penulis blog Mej(B)Nor IbrahimBin Sulaiman. Saudara, ape yg ingin sy katakan adalah isu penentangan kembalinya chin peng ke malaysia. rata-rata rakyat malaysia membantah dan membuat penentangan jika chin peng pulang ke malaysia, sebagaimana yg diketahui semua semangat patriotik yg terdapat dalam diri kita dan maruah yg harus di pertahankan. Adakah kita membenarkan musuh yg telah memimpin satu gerakan komunis (MPAJA) yg menetang pihak jepun di malaysia pd mulanya. Walaubagaimana pun, dengan kekejaman oleh komunis dalam menyebarkan pengaruhnya dengan membunuh rakyat dan polis serta tentera yg menyekat dan menentang pengaruh komunis ini. Bagi sy sendiri, sy memang menentang kepulangan chin peng kerana keyataan yg beliau katakan iaitu beliau tidak pernah menyesal kerana memimpin gerakan komunis sehingga sekarang. Apa yg sy terkilan adalah pihak perbangkang sendiri (DAP) yg majoritinya adalah kaum cina, menyokong kepulangan chin peng ini. Adakah golongan DAP ini tidak patriotik kepada negara sendiri. Apa yg pasti adalah matlamat utama komunis di tanah melayu pd masa itu adalah anti-jepun Walaubagaimanapn majoriti masyarakat tanah melayu tidak mengokong fahaman komunis kerana kekejamanya dlm menyebarkan pengaruhnya. Apa yg sy ingin katakan di sini adalah jika chin peng memberi statement permintaan maafnya Atas kekerasan dan kekejaman yg telah dia lakukan. Adakah kita wajar menerima kemaafanya..?? dan menerima kepulanganya. Akan tetapi beliau tidak pernah menyesal malah akan aktifkan lagi fahamanya jika dapat kembali ke Malaysia. Bagi sy isu ini adalah antara isu yg perlu diberi perhatian yg sewajarnya. Walaubagaimanapun, malaysia telah mengalami perubahan yg amat pesat dlm pembangunan dan jika dilihat pertahanan dan keselamatan negara pada masa kini amatlah selamat tanpa digangu-gugat oleh mana-mana ansir luar yg cuba memecah belahkan kaum dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan isu lain, isu ini adalah terpencil dan kerajaan semestinya mempunyai cara ataupun keputusan yg terbaik dlm meyelesaikanya. Selain itu, anasir luar terutamanya dri segi penjajahan moden oleh barat mahupun negara2 yg pernah menjajah negara suatu ketika dahulu melalui kemasukan syarikat multinasional(MNC) , teknologi dan budaya2 negetif yg memberi kesan yg besar dan perubahan dlm aspek ekonomi, sosial dan politik. Keadaan ini harus di beri perhatian oleh kerajaan dan juga rakyat di negara ini. sy juga mengharapkan diri sy sendiri dan juga rakan2, serta penulis dapat berjuang bersama-sama dlm mencari jalan penyelesaian dan menangani kesan daripada penjajahan moden oleh pihak barat mahupun sekutunya dlm meluaskan lagi penharuh mereka demi generasi yg akan memimpin negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Apapun ketabahan, kecekalan, dan kekuatan yg ada dlm diri penulis amatlah sy kagumi. Usahanya tanpa pernah mengenal erti kesusahan demi memperjuangkan kedaulatan bangsa, negara dan agama yg tercinta. Tq
BalasPadamMohd Najid bin Mohd Zain (91305)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
peristiwa hitam yang lalu telah meninggalkan pengalaman yang pahit kepada saudara..walaubagaimanapun kita perlu menerima dan redha dengan setiap ketentuan illahi.. setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya walaupun pahit untuk diterima.. ada yang bertanya adakah dengan kembalinya chin peng akan mendatangkan ancaman kepada malaysia.. kita perlu tahu bahawa bukan saja chin peng yang akan membawa ancaman pada negara kita tetapi rakyat di dalam negara ini sendiri yang menjadi musuh dalam selimut..jadi fikir2la..kepada saudara banyakkan bersabar ingatlah allah sentiasa sayang dan memberi pertolongan kepada hamba yang berlapang dada ... tersilap kata harap dimaafkan..
BalasPadamnoramiza binti mokhtar
95072
major kerja sosial
Anonymous said..
BalasPadamTajuk "Pengalaman ke2" dan "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Selepas saya membaca kisah yang saudara tuliskan, saya merasa amat sedih dan terharu kerana saudara telah kehilangan orang yang saudara sayangi. Begitu besar pengorbanan saudara dan rakan-rakan memperjuangkan tanah air. Bagi diri saya yang hidup dalam dunia serba aman selepas kemerdekaan saya hanya mengecapinya tanpa perlu bertungkus lumus berusaha untuk mempertahankan tanah air daripada pengganas. Terima kasih kepada pejuang-pejuang tanah air!!! Walaupun saya tidak merasai saat-saat keperitan zaman tersebut, tetapi saya dapat merasakan betapa peritnya zaman tersebut. Saya menetang habis-habisan kepulangan Chin Peng ke Malaysia. Luka yang ditinggalkan masih belum sembuh di hati pejuang-pejuang kita..
Nama : Nor Faradila bt Ab Mokti
Matrik : 95059
Sememangnya pengalaman tersebut tidak mungkin akan dilupakan dan akan terus diigati lebih-lebih lagi jika kita baru sahaja berjumpa dengannya dan selepas itu terpaksa pula menerima kehilangannya. Sekirannya Chin Peng kembali berkemungkinan ia akan menjadi igauan ngeri kepada nenek moyang kita yang pernah mengalami nasib malang ketika komunis pernah menguasai negara ini suatu ketika dahulu. jika sekarang mereka mampu tersenyum kita seolah-olah menjadi punca yang menyebabkan mereka kembali mengingati peristiwa hitam itu. Sememangnya setiap manusia membuat kesalahan dan keampunan buat mereka mungkin diberikan namun untuk memadamkan memori berkenaan agak sukar. jika itu perbuatan yang telah dilakukan oleh chin peng maka beliau seharusnya menerima hukumannya dan bertanggungjawab terhadap perbuatannya kerana kehilangan nyawa tidak boleh di kembalikan. terdapat banyak kemungkinan yang mungkin berlaku kerana ideologi komunis mempunyai pengikutnya tersendiri.
BalasPadamNurulshahada Bt Mohamad Sharif
95116
ppsk
Saya bersetuju dengan komen yang telah saudara utarakan. Pada pendapat saya, Chin Peng sememangnya tidak wajar kembali ke malaysia kerana ia akan melukai hati pihak keluarga mangsa yang telah terkorban dalam peperangan menentang pihak komunis. Sebagaimana yang telah kita ketahui Chin Peng adalah salah seorang dalang utama di sebalik peristiwa berdarah itu. Jikalau Chin Peng kembali ke Malaysia, adakah dia benar-benar insaf atau sekadar meminta hak kerakyatan? Sedangkan dia tidak pernah minta maaf dan mengakui pengkhianatan yang telah dilakukan di Malaysia satu ketika dahulu. Wajarkah kita memaafkan seseorang yang tidak pernah mengakui kesalahannya sendiri???
BalasPadamSHABARINA BINTI MOHD YUSOP
95128
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Saya amat terharu dan berasa sedih dengan cerita yang telah saudara sampaikan. Pada pandangan saya, Chin Peng tidak perlu dibawa kembali ke negara tercinta ini. Hal ini kerana, pahlawan yang terdahulu bersusah payah dan sanggup berkorban semata-mata untuk menentang cengkaman komunis. namun, pada hari ini dimana kita yang lahir dalam keadaan yang aman dan merdeka mahu Chin Peng dikembalikan. Apakah tidak terfikir akan akibatnya? Walaupun Chin Peng sudah tua tapi ideologinya masih boleh diterima dan boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini dan perpecahan kaum. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malayasia haruslah mepertahankan tanah air dan menghargai segala jasa pengorbanan pahlawan-pahlawan yang terdahulu.
BalasPadamAl-Fatihah..SEKIAN TERIMA KASIH
PUTERI NUR AIN
95120
Saya berasa terharu dan berbangga kerana saudara adalah pejuang sejati negara.Sukar untuk kami hidup dengan aman seperti sekarang tanpa adanya pejuang2 terdahulu.Saya bersependapat dengan saudara bahawa chin peng patut di tentang untuk kembali semula ke negara kita kerana beliau beribu yang terkorban.Fikiran dan perasaan keluara mangsa kekejaman dan juga pejuang2 negara yang cedera dan cacat harus diutamakan. Jangan kerana'seseorang'menyebabkan'beribu'hati yang terluka.Walaupun beliau kita lihat semakin uzur tetapi tidak mustahil ada agenda disebaliknya kerana adalah mustahil ideologi komunis yang tertanam dalam mindanya untuk di lenyapkan. kita semua perlu kembali kepada sejarah silam negara kerana sejarah yang akan menguasai kesedaran kita.
BalasPadamTajuk "Pengalaman Ke-2" Dan "Mengapa saya menentang Chin peng kembali ke Malaysia.
BalasPadamSetelah membaca kisah dan pengalaman saudara tentang perbuatan Chin Peng terhadap negara kita, saya berasa sangat sedih terharu dengan pengalaman yang saudara alami. Dalam masa yang sama, saya berasa cukup kagum dengan keberanian dan semangat patriotisme yang saudara miliki. Sebagai rakyat Malaysia, saya dapat merasakan betapa peritnya perjuangan nenek moyang kita menentang Komunis. Oleh itu, saya menentang sekeras-kerasnya untuk membawa pulang Chin Peng semula ke Malaysia. Bagi saya, perbuatan Chin Peng terhadap nenek moyang kita dahulu tidak dapat dimaafkan. Setiap penderitaan yang dialami oleh mereka tidak dapat dibayar walaupun dengan pembunuhan Chin Peng. Setiap tits darah dan air mata mereka yang terkorban dan menderita kerana Chin Peng akan semakin menderita sekiranya Chin Peng kembali ke Malaysia. Walaupun kita tidak saya tidak mengalaminya, tetapi saya dapat merasakan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang terlibat serta ahli keluarga mangsa keganasan Komunis. Mereka terpaksa menanggung penderitaan sepanjang hayat mereka. Peristiwa keganasan Chin Peng terhadap mereka tidak akan dilupakan selama-lamanya. Oleh sebab itu kepulangan Chin Peng akan meyebabkan pristiwa lama berdarah kembali.
Tajuk "Pengalaman Ke-2" Dan "Mengapa saya menentang Chin peng kembali ke Malaysia.
BalasPadamSetelah membaca kisah dan pengalaman saudara tentang perbuatan Chin Peng terhadap negara kita, saya berasa sangat sedih terharu dengan pengalaman yang saudara alami. Dalam masa yang sama, saya berasa cukup kagum dengan keberanian dan semangat patriotisme yang saudara miliki. Sebagai rakyat Malaysia, saya dapat merasakan betapa peritnya perjuangan nenek moyang kita menentang Komunis. Oleh itu, saya menentang sekeras-kerasnya untuk membawa pulang Chin Peng semula ke Malaysia. Bagi saya, perbuatan Chin Peng terhadap nenek moyang kita dahulu tidak dapat dimaafkan. Setiap penderitaan yang dialami oleh mereka tidak dapat dibayar walaupun dengan pembunuhan Chin Peng. Setiap tits darah dan air mata mereka yang terkorban dan menderita kerana Chin Peng akan semakin menderita sekiranya Chin Peng kembali ke Malaysia. Walaupun kita tidak saya tidak mengalaminya, tetapi saya dapat merasakan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang terlibat serta ahli keluarga mangsa keganasan Komunis. Mereka terpaksa menanggung penderitaan sepanjang hayat mereka. Peristiwa keganasan Chin Peng terhadap mereka tidak akan dilupakan selama-lamanya. Oleh sebab itu kepulangan Chin Peng akan meyebabkan pristiwa lama berdarah kembali.
Saya berasa terharu dan berbangga kerana saudara adalah pejuang sejati negara.Sukar untuk kami hidup dengan aman seperti sekarang tanpa adanya pejuang2 terdahulu.Saya bersependapat dengan saudara bahawa chin peng patut di tentang untuk kembali semula ke negara kita kerana beliau beribu yang terkorban.Fikiran dan perasaan keluara mangsa kekejaman dan juga pejuang2 negara yang cedera dan cacat harus diutamakan. Jangan kerana'seseorang'menyebabkan'beribu'hati yang terluka.Walaupun beliau kita lihat semakin uzur tetapi tidak mustahil ada agenda disebaliknya kerana adalah mustahil ideologi komunis yang tertanam dalam mindanya untuk di lenyapkan. kita semua perlu kembali kepada sejarah silam negara kerana sejarah yang akan menguasai kesedaran kita.
BalasPadamnama:nurhidayah bt marzuki@yahaya
no matrik;95098
Tajuk "Pengalaman Ke-2" Dan "Mengapa saya menentang Chin peng kembali ke Malaysia.
BalasPadamSetelah membaca kisah dan pengalaman saudara tentang perbuatan Chin Peng terhadap negara kita, saya berasa sangat sedih terharu dengan pengalaman yang saudara alami. Dalam masa yang sama, saya berasa cukup kagum dengan keberanian dan semangat patriotisme yang saudara miliki. Sebagai rakyat Malaysia, saya dapat merasakan betapa peritnya perjuangan nenek moyang kita menentang Komunis. Oleh itu, saya menentang sekeras-kerasnya untuk membawa pulang Chin Peng semula ke Malaysia. Bagi saya, perbuatan Chin Peng terhadap nenek moyang kita dahulu tidak dapat dimaafkan. Setiap penderitaan yang dialami oleh mereka tidak dapat dibayar walaupun dengan pembunuhan Chin Peng. Setiap tits darah dan air mata mereka yang terkorban dan menderita kerana Chin Peng akan semakin menderita sekiranya Chin Peng kembali ke Malaysia. Walaupun kita tidak saya tidak mengalaminya, tetapi saya dapat merasakan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang terlibat serta ahli keluarga mangsa keganasan Komunis. Mereka terpaksa menanggung penderitaan sepanjang hayat mereka. Peristiwa keganasan Chin Peng terhadap mereka tidak akan dilupakan selama-lamanya. Oleh sebab itu kepulangan Chin Peng akan meyebabkan pristiwa lama berdarah kembali.
Takziah diucapkan kepada kaum keluarga pejuang tanahair semasa penentangan komunis terdahulu.Saya memahami perasaan saudara dan saya sangat bersetuju dengan saudara agar tidak membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia. Pihak-pihak yang ingin membawa pulang Chin Peng ke Malaysia seharusnya berfikir terlebih dahulu dengan keputusan yang ingin mereka lakukan itu. sebagai manusia, sememngnya kita haruslah saling memaafkan antara satu sama lain. Namun, untuk orang seperti Chin Peng, adalah sukar untuk diberi kemaafan. saya juga tidak percaya bahawa Chin Peng tidak akan menyebarkan ideologi komunisme itu ke Mlaysia jika dia dibenarkan pulang.
BalasPadamSebagai generasi muda, penentangan terhadap komunisme ini hanya lah saya ketahui melalui bacaan sejarah dan saya dapat merasai kekejaman yang dilakukan Chin Peng. Oleh itu, saya percaya bagi mereka yang ada semasa peristiwa ini berlaku tentulah tidak dapat melupakan peristiwa ini walaupun ia telah lama berlalu. Luka sememangnya boleh sembuh, namun parut akibat luka tersebut tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Terima kasih atas segala pengorbanan saudara dan rakan-rakan seperjuangan saudara yang sanggup berkorban untuk negara tercinta.
Nursyafawati binti Samsudin
95102
Pertama sekali saya ingin mengucapakan terima kasih kepada Mejar(B) kerana sudi berkongsi pengalaman bersejarah ini untuk ditatapi oleh pengungjung blog ini terutama bagi mahasiswi seperti kami yang tidak pernah merasai pengalaman perit masyarakat lampau dalam usaha memperoleh kemerdekaan negara ini.'' Mengapa saya menentang Chin Peng''. Sebagai seorang warganegara dan warisan bangsa di Malaysia ini,saya juga menentang keras usaha untuk membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia. Saya rasa tindakkan ini agak keterlaluan dan tidak relevan untuk dilaksanakan. Hal ini kerana,kita sudah tahu dalam pembelajaran sejarah Malaysia bahawa Chin Peng adalah seorang pemusnah dan musuh negara jadi mengapa kita perlu menerima beliau untuk kembali ke Malaysia? Tidakkah itu sedikit sebanyak akan menggugat sensitiviti keluarga para pejuang lampau yang telah terkorban. Saya rasa tidak perlu manusia yang bernama Chin Peng kembali semula ke negara ini setelah beliau telah memusnahkan dan mengharu birukan kedamaian negara ini suatu masa dahulu. Mengikut apa yang pernah diceritakan oleh bapa saudara saya yang pernah berkhidmat sebagai askar melayu pada zaman dahulu,Chin Peng juga telah banyak menghasut orang-orang Melayu pada waktu itu untuk bekerjasama dengan nya dan menjadi tali barut Komunis(PKM). Jadi bukankah tindakkan untuk menerima kembali beliau ke dalam negara ini boleh memberi impak negatif kepada bangsa,agama dan negara kita??Saya menentang keras usaha untuk menerima Chin Peng kembali ke Malaysia.
BalasPadamMARLINA BTE ABUL MALEK (94998)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
Tajuk : "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya Menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"
BalasPadamSaya berpendapat bahawa Chin Peng tidak berhak untuk kembali ke Malaysia setelah apa yang telah beliau lakukan terhadap negara ini? Berapa banyakkah nyawa yang telah terkorban ekoran keganasan yang telah belaiu lakukan sepanjang hayatnya semasa berada di negara ini dahulu? Adakah perlu untuk kita rakyat Malaysia khususnya memaafkann beliau yang telah banyak menyusahkan rakyat negara ini suatu ketika dahulu? Perlu ke beliau dibawa pulang ke Malaysia? fikir la sikit pasal nyawa2 yang banyak terkorban semasa mempertahankan negara ini daripada keganasan beliau. Hormatilah mereka yang yang banyak berjasa kepada negara ini dalam membanteras golongan komunis pimpinan Chin Peng ini. Jika dibawa pulang sekali pun, apakah kepentingan beliau kepada negara ini? adakah beliau mampu untuk menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara? mampukah keamanan dan kestabilan negara ini akan terus kekal dalam keadaan sekarang ini? Negara sekarang ni pun nak kata aman sangat pun takda la kot. Tapi mungkinkah ideologi beliau masih mampu untuk menjadikan keadaan negara ini kucar-kacir kembali. Kita tidak tahu apa yang masih tinggal dalam diri beliau meskipun usianya semakin lanjut. Jadi beringat-ingatlah sebelum kita menjadi mangsa untuk yang ke sekian kalinya. Jangan disimpan musuh negara sebaliknya bangkitlah untuk menjadi rakyat Malaysia berdaya maju.=)
NAMA : NURUL AKMAL BINTI MOHD HASHIM (95105)
Saya sangat terharu dengan cerita saudara dan juga menguju sifat keberanian dan citakan negara saudara. Apa yang telah dilakukan oleh saudara untuk negara kita adalah sesuatu yang sangat berharga dan kita berterima kasiah kepada saudara untuk itu. Cerita yang diberitahu oleh saudara telah menunjukkan kepada saya bahawa Chin Peng adalah seorang yang tidak tidak berperikemanusiaan dan sangat keji. Apakah jaminannya bahawa beliau tidak akan melakukan perkara yang sama jika beliau pulang ke Malaysia? Apa yang telah dilakukan oleh Chin Peng adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana beliau telah memporak-perandakan negara kita pada masa itu dan menyebabkan masalah sosial dan juga ekonomi dan rakyat terpaksa hidup dalam keadaan takut. Saya sangat menentang Chin Peng kembali ke Malaysia.
BalasPadamAnonymous
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Sains Politik
no. matrik: 94992
Mengenai Chin peng , saya bersetuju bahawa dia memang telah banyak menyebabkan kematian pejuang tanah air kerana ideologi nya..namun begitu, dia tidak lagi berkuasa seperti dahulu..
BalasPadamkembalinya dia ke Malaysia memang mendapat perhatian umum terutamanya bekas- bekas pejuang tanah air.. kepulangannya juga ditentang hebat seolah-olah luka lama telah pun berdarah kembali..
sungguhpun begitu, walaupun dia masih berpegang teguh kepada ideologinya, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana aktivitinya masih dikawal.. lagipun, dia sudah pun tua dan ingin menghabiskan sisa hidupnya di Malaysia setelah lama dibuang dari Malaysia..
Oleh itu, dia sepatutnya tidak lagi dijadikan musuh kerana kondisinya dan kekuatannya tidak lagi seperti dulu.. walaupun dia tidak mahu meminta maaf dan mengakui kesalahannya..
Imroatussholehah Bte Mohd Sholeh
94976
PPSK
Sebagai rakyat Malaysia saya amat terusik dengan agenda sesetengah pihak yang ingin membawa Chin Peng untuk kembali ke Malaysia. Saya sangat tidak berpuas hati dan menentang dengan sekeras-kerasnya usaha ini. Hal ini kerana ia adalah perkara yang tidak wajar kerana beliau merupakan ketua Komunis lampau yang sangat kejam dan tidak mahu berkompromi dalam agendanya untuk merampas Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan saya tidak bersetuju dengan kepulangn Chin Peng ke Malaysia.
BalasPadamNURUL FARHANA BTE ALI (95110)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
"Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"
BalasPadamnama:Anthony Ngui Yew Gui
no matrik: 94951
pelajar tahun 3
Pusat pengajian sains kemasyarakatan
secara jujur, sebagai seorang cina, saya langsung tidak berminat dalam sejarah yang telah berlaku. walau bagaimanapun, setelah membaca apa yang disampaikan oleh xnuripilot, saya berpendapat bahawa kita sepatutnya membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia.
saya merupakan seorang yang tidak beragama tetapi saya tahu bahawa setiap manusia akan melakukan kesalahan. beranikah anda memberitahu orang lain bahawa anda tidak pernah melakukan kesalahan? jadi, saya berasa kita harus memberi peluang kedua kepada sesiapa pun yang melakukan kesalahan. seperti yang kita dapati, xnuripilot merupakan orang yang mengalami keadaan yang berlaku pada masa itu dan pastilah dia lebih memahami keadaan sebenar. mungkin kita sebagai pemberi cadangan ini kurang berupaya membayangkan keadaan sebenar yang berlaku pada masa dulu dan tidak bayangkan betapa sakit hatinya perasaan kehilangan seseorang yang baru bersarapan dengan diri sendiri tetapi saya masih berpendapat bahawa peluang kedua harus dibagikan. sesiapa pun akan meninggalkan kita pada bila-bila masa jadi kita harus menerima kenyataan dengan hati yang terbuka.
menyimpan dendam bukan merupakan perbuatan yang baik dan kita harus sedia memaafkan. sejak kecil kecil lagi, kita telah dididik untuk bermoral. tanpa mengira bangsa, setiap orang pastilah belajar tentang Pendidikan Moral ataupun Pendidikan Islam bagi pelajar Melayu. salah satu contoh nilai murni ialah sedia memaafkan. kita tidak patut menyimpan dendam dan harus memberi peluang kedua kepada pesalah yang ingin berubah sikapnya ataupun insaf. walau agak susah untuk kita berbuat demnikian tetapi sekiranya kita boleh, pastilah kita akan dianugerahkan palaha yang agak besar.
sampai sini saja pandangan saya. sekiranya menyakitkan hati sesiapa orang, saya ingin meminta maaf.
terima kasih.
assalamualaikum....
BalasPadamterlebih dahulu saya inginmengucap ribuan berbanyak terima kasih kepada saudara yang telah memperjuangkan dan mebela tanah air. sama amat teharu bila saya membaca blog saudara...saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat....saya juga sependapat dengan pelajar-pelajar skw32o, dimana saya juga menengtang chin peng kembali ke malaysia.seperti yang kita tahu bahawa chin adalah penganas yang berbahaya dan amat licik,walaupun chin sudah menolak fahaman komunise tetapi beliau tdk pernah mengistiharkannya. memang kite perlu memaafkan beliau tetapi tidak semestinya kita rakyat malaysia harus menerima beliau..walaubagaimanapun, saya amat bangga dengan keberanian saudara dalam mempertahankan negara....jasamu dikenang
mohd adli bin mohamad
95008
s.k
skw320
salam pujangga
BalasPadamsetelah lebih 50 tahun bergelar negara merdeka, jiwa-jiwa anak bangsa mulai sedar akan pentingnya kebebasan laksana burung yang beterbangan di udara. KEMERDEKAAN mudah disebut namun terlalu sukar untuk diungkapkan bagi jiwa-jiwa perjuang sebenar.hari ini kebanyakan daripada kita bukanlah generasi yang memperjuangkan kemerdekaan daripada si penjajah. namun tugas kita bukanlah mudah seumpama mimpi si "mat jening". pada pandangan saya, generasi hari ini mempunyai tugas yang lebih berat daripada nenek moyang kita yang telah menumpahkan darah untuk kemerdekaan .kerana apa saya berkata sedemikian? generasi hari ini perlu dan harus memperjuangkan jati diri yang telah hilang akibat daripada kesenangan yang telah kita nikmati.....pada saya, tiada masalah sekiranya CHING PENG KEMBALI KE MALAYSIA, perkara ini bukanlah menjadi masalahnya kerana apabila kita kenal siapa diri kita sebenarnya maka kita tidak lagi gentar dan takut seumpama kambing yang lari melihat serigala.persiapkan diri kita dengan ilmu dan agama.......bila agama ada di hadapan kita maka segalanya akan menjadi mudah...MUSUH AKAN GENTAR DAN KAWAN AKAN SEGAN.....
jadilah diri kita, janganlah takut kepada sesuatu yang tiada nilai seperti chin peng kerana chin peng sudah tua dan hanya menunggu masanya.........sekiannnnn
mohd adnan bin mokhtar
(95009)
saya berharap semoga pihak kerajaan dapat membuat keputusan yang terbaik bagi menjaga kesejahteraan dan keamanan negara disamping menjamin keselamatan seluruh penduduk di negara kita malaysia.Sememangnya chin peng telah membuat kesalahan yang begitu besar sehingga mengorbankan ramai nyawa.Jika kita bukan insan sudah semestinya perkara sebegini tidak ada pertimbangan,ibarat pepatah darah mesti diganti dengan darah kerana ia lebih adil jika secara fizikalnya.Tetapi kita harus sedar bahawa setiap manusia mempunyai kelemahan yang kadangkala nya melampaui batas tanpa mengira nilai kemanusiaan.Walau seberat manapun hukuman yang diberikan kita tidak akan dapat membawa kembali nyawa yang telah tekorban.Kita hanyalah anak tuhan yang tinggal di bumi yang sementara.Jadi biarlah akhirat menghukum kesalahan chin peng.Apapun kita berharap kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi di negara ini dapat membuat keputusan yang adil demi kepentingan bersama.
BalasPadamdaripada,
Madline Sadi,
94993,
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
USM.
Ching Sai Ling,
BalasPadamsetiap orang mempunyai perspektif yang berbeza mengenai kejadian yang berlaku sebelum dan selepas kemerdekaan. semestinya kita mempunyai perbezaan pendapat namun yang pasti sejauhmana kebernasan hujah adalah menjadi penentu. Bagi saya, apapun keputusan yang dibuat oleh kerajaan haruslah adil dan dapat memberi kebaikan bersama kepada seluruh warganegara Malaysia. setiap manusia secara lumrahnya tidak dapat lari dari kesalahan. walau pun kesalahan yang dilakukan oleh Chin Peng pada masa itu besar namun tidak dapatkah kita memberikan peluang untuk Chin Peng menebus kesalahannya semula? Hal ini kerana kita hanya manusia biasa dan yang layak memberi hukuman kepada kesalahannya itu adalah Tuhan yang Maha Berkuasa.
Daripada:
Ching Sai Ling,94964,
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, USM
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan kerana telah berjuang kepada negara kita malaysia dengan sanggup mengorbankan masa, tenaga dan sanggup bertarung nyawa dalam mencapai keadilan untuk semua rakyat di Malaysia ini. Saya begitu kagum dengan sifat keberanian yang dimiliki oleh tuan menentang pengganas komunis dengan tiada tolak bandingnya. Setelah membaca pengalaman tuan sepanjang apa yang tuan alami semasa berjuang, saya begitu terharu dengan keadaan yang berlaku ke atas diri tuan dan sahabat-sahabat tuan. Saya sebagai rakyat malaysia yang sayangkan negara akan menentang sekeras-kerasnya Chin Peng kembali ke Malaysia yang berada dalam keadaan aman makmur ini. Beliau merupakan sekutu kepada pengganas komunis untuk menghancurkan tanah air kita. Sanggupkah kita melihat pertumpahan darah berulang kembali? Sanggupkah kita melihat masyarakat kita hidup dalam ketakutan, hilang tempat berteduh, hilang kerluaga dan hilang segala-galanya. Sekiranya Chin Peng dibenarkan pulang, tidak mustahil perkara yang pernah berlaku dahulu akan kembali menghantui kita rakyat Malaysia. kita seharusnya bersyukur dengan kemenangan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Sebagai rakyat Malaysia yang sudah mencapai kemerdekaan selama 51 tahun ini, bagi saya sekiranya Chin Peng kembali ke Malaysia kemungkinan besar beliau akan mencari pengaruh-pengaruhnya dan seterusnya menyampaikan ideologi-ideologi beliau agar menyokong kembali pihak pengganas komunis. Sudah cukup di atas apa yang berlaku ke atas negara kita sewaktu ketika dahulu ramai yang kehilangan orang tersayang dan kita tidak mahu keamanan yang dikecapi pada hari ini bertukar kepada kehancuran. Oleh itu sama-samalah kita berdoa kepada Ilahi agar mengekalkan keamanan, kadamaian serta kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini.
BalasPadamAL-FATIHAH kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah...
sekian wassalam...
daripada:
NURSYAHIDA BINTI GHAZALI (95103)
PP SAINS KEMASYARAKATAN
USM.
chin peng adalah Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya. salah seorang yang bertindak melakukan kekejaman,penindasan,kezaliman,pembunuhan dan banyal lagi pada zaman Komunis memerintah Malaya dahulu.Ada yang menyatakan Chin Peng sudah "harmless" dan patut di bawa pulang ke Malaysia. Namun isu yang menjadi menjadi persoalan pokok disini wajarkah Chin Peng dibenarkan pulang? Sememangnya Parti Komunis Malaya tidak lagi menjadi ancaman kepada kita. Namun persoalan utama adakah kesilapan lepas boleh dimaafkan. tambahan pula Chin Peng adalah Ketua yang menetapkan halatuju PKM yang memusnahkan Malaya pada satu dahulu.rasanya belum masanya lagi untuk membawa Chin Peng pulang berdasarkan sejarah yang paling ekstrem yang pernah berlaku dahulu.Walaupun saya merupakan generasi muda, saya dapat bayangkan bagaimana pejuang-pejuang menentang komunis pada ketika itu.Tapi pada saat ini luka masih lagi berparut dan saya amat sukar menerima Chin Peng ke Malaysia. Sejarah itu mungkin berulang kembali sekiranya kita tidak mengimbas kembali apa yang telah berlaku. Oleh itu saya juga menentang usaha membawa Chin Peng pulang dan ini merupakan sebahagian daripada balasan terhadap perbuatannya dahulu.
BalasPadamALIA ASHRANI BT AZMI
98864
PPSK USM
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
BalasPadamPengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh penulis blog ini sangat meruntun perasaan. Salam takziah kepada keluarga-keluarga yang terlibat dan sekalung ayat Al-fatiha diberikan dan semoga roh-roh pejuang-pejuang kemerdekaan dicucuri rahmat oleh Nya..Amin…
Haruskah Chin Peng di bawa ke Malaysia??
Menjadi pertanyaan banyak pihak daripada persoalan tersebut beberapa bulan yang lalu semenjak keinginan Chin Peng untuk kembali ke tanah air kelahirannya iaitu Malaysia.
Bagi pendapat saya, sekembalinya Chin Peng ke Malaysia, adakah dia akan berubah atau mahu membantu Malaysia dalam pembangunan negara tanpa memikirkan tindakan yang pernah dilakukanya dahulu?? Setelah menjadi tali barut PKM dan memusnahkan tanah air sendiri, rasanya tidak logik sekiranya beliau diterima dan di bawa pulang ke Malaysia.
Bagaimana pula perasaan pejuang-pejuang negara yang menyaksikan kekejaman yang dilakukan beliau ketika zaman itu??
Ada pejuang-pejuang yang terkorban secar a kejam dan ada yang mengalami kecacatan seumur hidup akibat perbuatan beliau. Ahli-ahli keluarga mereka yang kehilangan orang yang mereka sayangi mungkin jauh di lubuk hati menerima dengan redha tetapi untuk menerima Chin Peng kembali ke Malaysia tidak mungkin sama sekali.
Tetapi ada sesetengah pihak bersetuju menyatakan Chin Peng perlu di bawa pulang atas dasar perikemanuasian atau dasar politik itu bergantung kepada alasan-alasan kukuh mereka dan ada yang menyatakan kenapa ahli-ahli PKM dahulu di terima di Malaysia tetapi tidak bagi Chin Peng??
Bagi saya, saya menentang sekeras-kerasnya kepulangan Chin Peng ke Malaysia setelah apa yang dilakukan oleh beliau dan lebih menyakitkan hati dan telinga apabila dia tidak menyesal dengan tindakannya malah berbangga menyertai PKM dan menentang Malaysia.
NORAINI BT MUSTAFAR
95071
USM/3P
saya berasa amat berbangga disamping bersimpati di atas apa yang berlaku kepada rakan rakan mej(b) yang banyak berjasa kepada negara ini. bagi pandangan saya, saya juga menentang chin peng kembali ke malaysia kerana ramai datuk nenek kita yang sengsara akibat kekejaman yang dilakukannya. bukan saja kembali apabila di sebut nama chin peng pun saya naik menyampah.
BalasPadamNAMA:MOHD ZARULHAFIZ B.MOHD ZUKI
MATRIKS:95028
SAINS KEMASYARAKATAN
Pada padangan saya, langkah kerajaan tidak membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia adalah satu keputusan yang paling tepat kerana sehingga hari ini, nenek moyang kita tidak akan melupakan dan memaafkan kekejaman komunis. Saya berasa sangat tersentuh dengan cerita yang disampaikan dalam blog ini kerana jelas menunjukkan walaupun nyawa menjadi taruhan, wira-wira negara tetap bersemangat melawan komunis demi mempertahankan maruah negara.
BalasPadamKekejaman komunis sememangnya tidak boleh dimaafkan kerana perbuatan mereka kepada penduduk Tanah Melayu pada satu ketika dahulu amat kejam dan tidak berperikemanusiaan langsung kerana membunuh sesiapa sahaja yang berani menentang perjuangan mereka. Sememangnya Ching Peng adalah individu yang patut dipersalahkan ketika komunis mengganas satu ketika dahulu kerana matlamat perjuangan yang jauh berbeza dan lebih berorentasikan komunisme.
Seharusnya, pihak-pihak tertentu yang cuba membawa pulang Ching Peng ke Malaysia harus memperingati sejarah dan menjaga sensetiviti masyarakat Malaysia terutamanya kepada mereka yang trauma tentang kekejaman komunis ini. Saya berkesempatan menonton filem Bukit Kepong beberapa bulan lalu dan melihat sendiri gambaran yang cuba disampaikan oleh pengarah filem ini yang menunjukkan kebiadaban komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong sehingga mengorbankan hampir semua anggota polis, anak-anak yang tidak berdosa dan isteri. Filem ini cukup tersentuh kerana mengambarkan perjuangan anggota polis yang mempertahankan maruah diri, keluarga, dan negara daripada jatuh dengan mudah di tangan komunis. Kesimpulannya, saya amat bersetuju dan menyokong seratus peratus bahawa Ching Peng tidak wajar kembali ke Malaysia walau apa cara sekalipun.
NUR HUDA BINTI HASSAN
95086
PPSK
ini kali pertama saya membuka blog saudara.pandangan saya terhadap isu mengenai Chin Peng kembali ke Malaysia sememangnya tidak harus wujud dan di perbesarkan.chin peng merupakan seorang yang telah menjatuhkan nama baik negara. langkah yang diambil oleh kerajaan malaysia terhadap isu kepulangan chin peng ke malaysia adalah sewajarnya.kepulangan chin peng ke malaysia adalah tidak perlu.Ini kerana ramai terkorban disebabkan Chin Peng. keamanan yang ada di malaysia pada hari ini perlu dikekalkan. manakala semangat cintakan negara perlu ada dalam kalangan generasi muda sekarang.
BalasPadamNoor Syahida Binti Shamshuri(95053)
PPSk
Assalamualaikum...
BalasPadamMeskipun Peristiwa kekejaman Chin Peng telah lama berlaku namun ia masih kekal menjadi satu tragedi berdarah yang tidak mungkin akan terpadam begitu sahaja dari kotak memori rakyat Malaysia. Kekejaman Chin Peng telah menyebabkan ramai pejuang negara terkorban dan rakyat negara ini menderita. Apakah kepentingan Chin Peng lebih penting daripada kepentingan umum??..Apakah perasaan ahli keluarga pejuang yang terkorban apabila mengetahui orang yang telah menyebabkan penderitaan mereka suatu ketika dahulu telah diampunkan dan dibenarkan kembali??...saya pasti mereka akan merasa kecewa dan sedih dengan keputusan tersebut. Hal ini seterusnya mungkin boleh membawa kepada rusuhan penentangan terhadap kepulangan Chin Peng yang akhirnya akan menggugat keamanan negara kita. Oleh itu, bagi mengelakkan semua ini daripada berlaku saya sama sekali menentang kepulangan Chin Peng ke Malaysia...
daripada:
Siti Noraini Binti Jusoh
(95139)
Sains kemasyarakatan.
Assalamualaikum w.b.t.
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi pengalaman yang amat menarik ini. Salam takziah kepada semua keluarga mangsa serangan komunis. Walaupun sudah lama berlalu, pengalaman ngeri tersebut masih berbekas disanubari mereka yang terlibat. Namun, Chin Peng masih boleh diberikan kemaafan jika kena dengan situasi tertentu. Tapi, mungkin kawalan pihak berkuasa perlu seperti membuat sekatan tertentu atau kawalan keselamatan tertentu untuk memastikan beliau tidak melakukan sesuatu yang boleh mengancam negara. "Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula kita manusia biasa". Namun, kita tidak boleh terus mengadili beliau bersandarkan emosi sahaja.
Ikhlas,
Noorziah Hanim Binti Haron,
95056,
PPSK, USM, Penang.
Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman untuk tatapan kami semua terutama anak-anak muda mengenai perjuangan dalam membela tanah air.Sesungguhnya saya berasa sangat terharu apabila menmbaca kisah keperitan para pejuang yang sanggup menggadai nyawa demi menegakkan maruah negara. Ia sangat menyayat hati.
BalasPadamMungkin kami tidak dapat merasai keperitan,kesusahan para pejuang terdahulu, namun sebagai rakyat Malaysia kami sangat memahami dan berasa terharu dengan keikhlasan dan kesungguhan para pejuang dalam menegakkan keadilan negara.
Mengenai Chin Peng pula, kita sepatutnya berfikir secara rasional adakah wajar ia kembali ke tanah air kita? Apakah kebaikan yang dapat diterima oleh masyarakat negara kita jika Chin Peng kembali lagi ke Malaysia.Bagi saya, sudah tentu ya! dan saya percaya masyarakat diluar sana juga akan menentang hebat jika Chin Peng ingin kembali ke Malaysia.Peristiwa hitam yang pernah dialami oleh negara iaitu dijajah samada dari segi fizikalnya atau ideologinya telah banyak mengajar negara dan memberi pengalaman serta kesan yang mendalam untuk tanah air kita merdeka dari sebarang anasir luar.Jika Chin Peng kembali ke Malaysia, kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku kelak. Ia merupakan satu risiko atau perjudian kepada negara jika memberi peluang kepada Chin Peng. Keselamatan negara mungkin akan menjadi kacau bilau dan seterusnya menganggu gugat sistem politik,ekonomi dan sosial negara.
Akhir kata AL-FATHIHAH kepada mereka yang telah kembali ke RAHMATULLAH.Sekian, Wassalam.
NURUL AIMI BINTI ABDUL JALLIL
95104
Nama:Mohd Rahmat Bin rosly
BalasPadamNo.Matrik:89915
Sains Kemasyarakatan
Pengalaman kedua
Chin Peng memang patut di tentang sekiranya dia masih mempunyai ideologi komunis dan tidak pernah menyerah kalah.....kerana ia boleh menggugat keamanan negara.....mungkin dia kembali kesini untuk memperomosikan ideologi komunisnya itu....
sambungan;
BalasPadamMaruah negara perlu di daulatkan,jika kita membenarkan Chen Peng kembali ke Malaysia bermakna seolah-olah kita telah menconteng arang di muka kita.Bagi pandangan saya tidak elok Chen Peng kembali ke Malaysia kerana akan menyebabkan huru hara dan demontrasi yang di lakukan oleh masyarakatkan yang membenci chen peng...Chen Peng terkenal dengan ideologi komunis tidak mustahil dia akan menyampaikan ideologi itu sesudah kembali ke Malaysia.
sambungan;
BalasPadamnama:Mohd Rahmat bin rosly
89915
pssk
Maruah negara perlu di daulatkan,jika kita membenarkan Chen Peng kembali ke Malaysia bermakna seolah-olah kita telah menconteng arang di muka kita.Bagi pandangan saya tidak elok Chen Peng kembali ke Malaysia kerana akan menyebabkan huru hara dan demontrasi yang di lakukan oleh masyarakatkan yang membenci chen peng...Chen Peng terkenal dengan ideologi komunis tidak mustahil dia akan menyampaikan ideologi itu sesudah kembali ke Malaysia.
Pertama sekali saya ucapkan syabas kepada saudara kerana berjuang demi negara tercinta. Jika bukan kerana perjuangan orang seperti saudara pada waktu dulu mungkiin kita kini masih dijajah.. Berhubung dengan rayuan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia adalah tidak wajar kerana jika kita lihat di dalam sejarah terlalu banyak kekejaman yang dilakukan oleh Komunis, mereka membunuh ketua-ketua kampung, tok imam dan kekejaman kepada kanak-kanak dan wanita... Adakah kita mahu kejadian seperti ini berlaku semula kepada generasi akan datang... Bagi pendapat saya adalah tidak patut kita menerima pengembalian Chin Peng ke Malaysia kerana ianya akan mengundang padah kerana semangat komunis yang masih tertanam dalam dirinya masih lagi ada dan berkemungkinan Chin Peng masih mempunyai pengikut-pengikutnya setia... Sekian dari saya...
BalasPadamZafwan Rahimi Bin Abd. Rahim,
95170,
PPSK...
Salam...
BalasPadamAlhamdulillah kita dapat hidup dalam keadaan aman damai di negara malaysia yang tercinta ini, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan takziah kepada pejuang yang terkorban demi mempertahankan negara ini… mengapakah chin peng perlu kembali ke malaysia?? satu persoalan... saya tidak mahu menyokong ataupun membangkan persoalan ini. apabila difikirkan apakah kesan negatif pada negara sekiranya chin peng dibenarkan pulang, adakah kepulangan chin peng akan menggugat keamanan dan kestabilan negara, adakah ianya mampu mencetuskan perbalahan kaum?? apa yang chin peng mampu lakukan?? chin peng tidak mampu melakukan apa-apa terhadap kestabilan negara kita, jati diri rakyat malaysia terhadap perpaduan kaum sangat kuat dan tidak mampu digugat oleh chin peng.. ataupun sekiranya chin peng tidak dibenarkan pulang adakah kita mampu mengekalkan keamanan yang kita miliki sekarang?? Chin peng tidak bermakna apa-apa kepada kita, jawapannya “kita” kita sepatutnya bersatu mampertahankan keamanan yang dimiliki sekarang..
lagipun kita sebagai manusia tidak mempunyai autoriti untuk menghukum.. biarlah tuhan yang membalas segalanya..
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
BalasPadamSebelum itu saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga-keluarga yang terlibat dan sekalung ayat Al-fatiha diberikan dan semoga roh-roh arwah dicucuri rahmat oleh Nya..Amin…
Mengenai persoalan “wajarkah kita menerima kepulangan chin peng ke tanah melayu” adalah soalan yang tidak wajar ini patut diketengahkan..???
Chin peng merupakan musuh pertama Negara bagi saya kerana beliau telah menyiksa dan membunuh pewira-pewira tanah melayu pada suatu ketika dahulu..wajarkah kita sebagai rakyat Malaysia menerima kepulangan beliau??
Tidak sepatut dan semudahnya kita menerima musuh Negara dengan semudah itu. Bagaimanakah perasaan ahli keluarga yang menjadi mangsa kekejaman PKM??adilkah bagi mereka??bagaimanakah perasaan kita jika berada di tempat mereka??
Kepulangan beliau untuk apa??Apakah faedahnya??adakah pasti beliau telah bertaubat??tidakkah kita terfikir beliau akan melakukan perkara yang beliau penah lakukan pada masa lampau jika kembali semula???tidak takutkah kita akan perkara lampau berulang kepada Negara kita Malaysia?????pikir-pikirkan lah….saya sebagai rakyat yang menyayangi Malaysia menentang sekeras-kerasnya kepulangan chin peng…!!!!
Suhaiza Sali
95150
tajuk" Pengalaman ke 2" dan mengapa saya menentang chin Peng kembali ke Malaysia".
BalasPadamsaya amat sedih atas perbuatan yang telah dilakukan oleh Chin Peng ke atas negara kita pada masa dahulu. Beberapa nyawa dikorbankan dalam perjuangan tersebut untuk menjaga mkeamanan dan keharmonian negara kita. saya tidak setuju ke atas pengembalian Chin Peng ke malaysia. hal ini kerana, ia akan ingat kembalikan peristiwa dahulu yang kejam kepada masyarakat oleh Chin Peng. selain itu, jika kita membenarkan masuk ke negara kita, ia boleh menimbulkan lagi masalah kepada komuniti dan nusa. bagi mempertahankan nusa dan bangsa, kita harus berwaspada dalam semua hal dan tidak setuju ke ata pengembalian Chin Peng ke M laysia. walaupun, sikap memaafkan adalah sifat yang baik dan perlu diamalkan oleh rakyat tetapi dalam hal ini, jika kita maaf dan terima chin Peng seperti kita tidak menghormati jasa perjuangan kita pada masa dahulu.kita harus mempertahankan, negara kita daripada ancaman luar mahupun dalaman. Sekian, terima kasih.
Nama: Sumatera Devi A/P Balakrishnan. (95151)
PPSK
Salam...
BalasPadamAlhamdulillah kita dapat hidup dalam keadaan aman damai di negara malaysia yang tercinta ini, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan takziah kepada pejuang yang terkorban demi mempertahankan negara ini… mengapakah chin peng perlu kembali ke malaysia?? satu persoalan... saya tidak mahu menyokong ataupun membangkan persoalan ini. apabila difikirkan apakah kesan negatif pada negara sekiranya chin peng dibenarkan pulang, adakah kepulangan chin peng akan menggugat keamanan dan kestabilan negara, adakah ianya mampu mencetuskan perbalahan kaum?? apa yang chin peng mampu lakukan?? chin peng tidak mampu melakukan apa-apa terhadap kestabilan negara kita, jati diri rakyat malaysia terhadap perpaduan kaum sangat kuat dan tidak mampu digugat oleh chin peng.. ataupun sekiranya chin peng tidak dibenarkan pulang adakah kita mampu mengekalkan keamanan yang kita miliki sekarang?? Chin peng tidak bermakna apa-apa kepada kita, jawapannya “kita” kita sepatutnya bersatu mampertahankan keamanan yang dimiliki sekarang..
lagipun kita sebagai manusia tidak mempunyai autoriti untuk menghukum.. biarlah tuhan yang membalas segalanya..
(terlupa letak nama pada komen pertama)
Mohd Fairul Anuar Bin Mustapha
91299
SKW 320
Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sememangnya berasa sangat terharu dengan segala pengorbanan pejuang-pejuang negara dalam usaha memartabatkan Malaysia sehingga ke hari ini.Saya juga sedar akan segala kekejaman yang telah dilakukan oleh Chin Peng pada suatu ketika dahulu dan kesannya masih dirasai oleh segelintir pihak hingga ke hari ini.Ramai orang yang telah menjadi mangsa kekejaman Chin Peng dan terlalu banyak nyawa yang telah dikorbankan oleh manusia bernama Chin Peng.Namun persoalan pokoknya, sampai bila kita harus terus membenci Chin Peng?I know that most of us think that he should not be forgive.But as a society who claim that they are noble and care about others, i think Malaysians should give him a second chance.Pada pendapat saya apa yang kita lakukan sekarang lebih ke arah membalas dendam. Mungkin benar dia telah insaf dan ingin menetap di tanah airnya sendiri.Tak semestinya kalau kita benarkan Chin Peng kembali ke Malaysia, kita telah menjadi pengkhianat negara.Try to be rational instead of emotional.Kita tak berhak menilai manusia
BalasPadamlain.Only god can judge them.We have been taught to forgive and forget.So, try to practise it.If we cannot forget, at least try to forgive.Only forgiveness will bring peace.
NUR ZUHAILA MOHAMMAD YAHAYA
95096
SOCIAL SCIENCE
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia"
BalasPadamAssalamua'laikum salam perjuangan..salam kemerdekaan..hari hari merdeka...bulan bulan merdeka..tahun tahun merdeka..kesemua ini bermakna bagi seseorang yang dahulunya mengepit senjata..mengacu musuh tanpa gentar..kisah silam dibawa kembali untuk dimuatkan dalam umpan makanan politik..
sedia maklum tentangan rakyat MALAYSIA menentang kedatangan ChinPeng(cp) untuk kembali ke Tanah Tumpah darah Tercinta..siapa kata kita suka akan keganasan?siapa kata kita sokong keganasan?siapa suka orang mencederakan saudara kita?siapa menyintai orang yang MEMBUNUH saudara kita bermotifkan POLITIK peribadi serta ketamakan kuasa yang tiada hadnya?
siapa suka?
mungkin ada..namun, kebanyakan golongan suka atau tidak saya salah seorang dari mereka. chin peng tidak seharusnya kembali ke tanah air kerana dia lansung tidak menyesal akan perbuatan membunuh anak anak (moyang) kita yang tidak bersalah malahan tidak tahu mengapa demi melunaskan dendam dan memperlihatkan kuasa Komunisnya ketika itu.
secara peribadi , saya ini cetek ilmu sejarah tolong betulkan mana yang silap..akhir kata salam perjuangan dan salam ilmu kepada yang ingin tunjuk ajar..
saya Mohd Hadi Rahman
BalasPadam98956
ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
P.P.S.K
saya turut bersimpati atas kematian rakan2 seperjuangan Tuan.
BalasPadamtanpa keberanian yang tuan ada kita sejarah hari ini mungkin berubah.
selamat hari pahlawan dan selamat menyambut Bulan kemerdekaan .semoga bulan kemerdekaan ini membawa seribu makna kepada kita semua.
salam MERDEKA!!!
saya menentang keras kedatangan chin peng kembali ke malaysia, ini kerana kedatangan beliau bermungkinan akan menyebabkan masalah kepada kaum di malaysia.selain itu berkemungkinan juga beliau akan membawa senario baru dalam mengancam keharmoni negara ini.selain itu, kedatangan chin peng juga mungkin akan menyebabkan kemarahan orang melayu, kerana pada tahun 1940an beliau telah melakukan banyak pembunuhan kejam terhadap kaum terutamanya golongan melayu iaitu bumiputra.disamping itu juga, saya menentang kedatangan chin peng ke malaysia juga kerana secara logiknya beliau tidak sepatutnya kembali ke malaysia disebabkan beliau telah menyebabkan negara kita menjadi kucar kacir dan telah pernah menghancurkan keamanan negara pada waktu dahulu.walaupun beliau merupakan warganegara malaysia, tetapi akibat kesalahannya terdahulu beliau tidak sepatutnya kembali ke malaysia.jd saya amat berterima kasih kepada golongon yang telah berjuang dalam mencapai kehormonian dan keamanan negara sampai hari ini.
BalasPadammohd rosli bin azizan
95024
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
BalasPadamPertama, saya ingin mengucapkan tahziah kepada mangsa-mangsa yang terkorban demi menyelamatkan negara dan menjaga negara Malaysia. Saya berasa bangga dengan kegigihan mangsa-mangsa yang berjuang habis-habisan untuk menentang musuh-musuh negara. Saya berharap muncul generasi yang akan berjuang menentang musuh seperti mereka semua. Kemunculan musuh negara telah melenyapkan perwira-perwira negara yang sanggup mati kerana negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menghargai keberanian dan kegigihan mereka. Saya menentang habis-habisan mengenai kepulangan Chin Peng ke Malaysia. Chin Peng tidak sepatutnya kembali ke Malaysia kerana dia merupakan musuh utama negara kita. Selain itu, dia juga bertindak kejam terhadap rakyat Malaysia ketika zaman dahula. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang inginkan keadilan nenek moyang kita seharusnya menentang kepulangan Chin Peng. Saya tidak akan memaafkan segala kesalahan Chin Peng terhadap nenek moyang kita. Dia seharusnya menerima hukuman yang setimpa dengan semua kealahan yang telah dilakukan. Kenapa kita harus menerima Chin Peng???...Saya tidak bersetuju sekiranya ada sesetengah pihak yang menyokong Chin Peng kembali ke Malaysia. Dengan apa yang telah dilakukan kepada nenek moyang kita, seharusnya kita sedar betapa jahatnya, kejamnya dan tidak berperikemanusian yang dilakukan kepada nenek moyang kita. Sekali lagi, saya ingin menyatakan bahawa saya menentang habis-habisan Chin Peng kembali ke Malaysia demi negara Malaysia.
IDA MARDIANA BT AHMAD MUSELIM
94975
assalamualaikum dan salam sejahtera..
BalasPadamdi sini, saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa yang telah terkorban akibat daripada perbuatan pakatan komunis malaya yang diketuai oleh chin peng. Sebagai rakyat Malaysia saya menentang sekeras hati kepulangan chin peng ke malaysia kerana chin peng merupakan musuh negara dan tragedi itu telah memberi kesan yang mendalam kepada rakyat malaysia ketika itu dan telah menyebabkan banyak nyawa terkorban termasuk kanak-kanak, orang tua, wanita dan ramai lagi mangsa yang tidak bersalah. kejahatan dan kekejaman yang telah dilakukan oleh chin peng pada masa dahulu sememangnya tidak boleh dimaafkan dengan sewenang-wenangnya. Untuk mempertahankan keamanan dan kesejahteraan Negara, kita tidak seharusnya menerima kepulangan chin peng demi melindungi generasi akan datang. Kita sememangnya tidak patut menerima chin peng kembali semula ke Malaysia kerana ianya akan mengundang padah kepada Negara dan rakyat kita sendiri kerana semangat komunis yang masih tertanam dalam dirinya masih lagi ada dan berkemungkinan Chin Peng masih mempunyai pengikut-pengikutnya yang setia... sekiranya ada dalam kalangan kita yang mahu chin peng kembali,, cuba kita fikir sejenak dan renung kembali akan perbutan dia pada masa dahulu..adakah wajar?? Jadi apakah faedah yang kita dapat?.. renung-renung dan fikir-fikirkanlah..
nama : suraiya ahmad (95153)
Assalamualaikum,
BalasPadamSaya ucapakan tahniah atas semangat yang kental yang ada pada saudara. Walaupun saya tidak mengalami kejadian yang menimpa nenek moyang kami, saya tetap merasai bahawa kehadiran dan kewujudan chin peng di tanah air ini banyak menyebabkan nyawa yang tidak berdosa terkorban. Saya sama sekali tidak setuju sekiranya chin peng kembali ke malaysia. Sudah pasti ramai yang akan menentang sekiranya beliau mahu kembali ke malaysia. Terlalu banyak risiko yang kita akan hadapi sekiranya chin peng kembali ke Malaysia. Persoalannya sekarang kenapa kita perlu bersusah payah untuk memaafkan pengkhianat negara??? saya tetap mengatakan chin peng tidak boleh diberikan peluang untuk kembali ke malaysia diatas semua kekejaman beliau ke atas pejuang-pejuang dan nenek moyang kita.
Emi Noremi Razali
94966
SK - 3P
Uni. Sains Malaysia.
Pada pendapat saya membenarkan semula Chin Peng kembali ke Malaysia adalah suatu tidakan yang salah.Hal ini kerana Chin Peng ialah seorang pengasas Parti Komunis Malaya(PKM) dari tahun 1940an hingga 1970an.Beliau cuba menyebarkan ideologi komunis di Malaysia secara kekerasan dan ingin menghapuskan sistem Raja-Raja Melayu.Beliau telah menggunakan strategi gerilla ke atas askar-askar melayu dan banyak menyerang markas dan helikopter nuri yang telah banyak meragut nyawa-nyawa yang tidak berdosa.Bukan setakat askar melayu yang menjadi mangsa malah penduduk kampung turut diseksa secara kekerasan sehingga memberi kecacatan sepanjang hayat dan trauma.Setelah Tanah Melayu merdeka Chin Peng terus membuat huru-hara sehingga kerajaan terpaksa mengisyhtiharkan darurat pada tahun 1960 yang mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa.Chin Peng memang tidak seharusnya di maafkan kerana gerakan nya telah memberi penyiksaan kepada nenek moyang kita yang telah berjuang bermati-matian untuk membebaskan negara dari penjajahan dan sudah tentu ramai yang menentang semula kemasukan Chin Peng walaupun Malaysia telah lama merdeka namun Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepada Raja-Raja Melayu,kerajaan Malaysia,keluaga tentera yang terbunuh dan rakyat Malaysia sendiri.Beliau juga tidak pernah menyatakan rasa kesalnya terlibat dengan PKM ,oleh itu tidak mustahil sekiranya jika Chin Peng kembali semula ke Malaysia,dia akan mengulangi kesalahan yang sama.
BalasPadam"Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"... chin peng tdak seharusnya di bawa masuk ke dalam negara ini. zaman kekejaman parti komunis sememangnya telah berlalu namun kesannya masih lagi kekal dalam minda bangsa malaysia yang cintakan negara ini. parut luka yang masih jelas ini tidak harus di toreh lagi.
BalasPadamSyukri b. Ramli (95155)
Universiti Sains MAlaysia
assalamualaikum..
BalasPadampertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga para prajurit kita yang telah terkorban. jasa dan pengorbanan mereka inilah yang telah menjadikan Malaysia yang kita lihat pada hari ini. mereka sanggup berkorban segala-segalanya demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara yang tercinta.
isu tentang chin peng ingin kembali ke Malaysia kini sering diperkatakan. chin peng merupakan anggota parti komunis malaya yang telah menentang kerajaan dan kekejamannya terhadap penduduk Malaysia. saya menentang sekeras-kerasnya chin peng untuk dibawa pulang ke negara ini. orang yang telah membuat kekecohan dan membunuh ramai pejuang-pejuang kemerdekaan ini tidak patut dibawa kembali ke bumi Malaysia. perbuatan chin peng terhadap nenek moyang kita tidak dapat dimaafkan. kita perlu menentang keras chin peng untuk kembali ke negara kita..jika chin peng kembali, usaha kita selama ini hanyalah sia-sia dan pengorbanan prajurit kita seperti tidak berbaloi. orang yang mereka tentang kini ingin kembali semula.. fikir-fikirkan???
bersempena bulan kemerdekaan ini kita sebagai rakyat Malaysia perlu menanam sikap patriotik yang mendalam untuk melindungi negara kita dari anasir-anasir yang boleh menyebabkan berlakunya pepecahan antara kita.. terima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan. kerana mereka ini kita dapat menikmati hidup yang selesa..
selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 52..
merdeka.. merdeka.. merdeka..
SITI ROZILAWATI BT MOHD ASRI
95142
<"Pengalaman ke-2" dan "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia.>
BalasPadamAssalamualaikum...
Pertama sekali setelah membaca kisah dan pengalaman saudara tentang kejahatan Chin Peng terhadap rakyat malaysia
khususnya mereka yang hidup sebelum zaman kemerdekaan negara. Dalam pada masa yang sama saya turut berasa bangga dan kagum di atas keberanian saudara mejar B yang telah bertarung nyawa melawan Chin peng. Walaupun saya tidak mengalami peristiwa tersebut, namun saya dapat merasakan betapa perit dan deritanya saudara serta nenek moyang kita yang telah berjuang menetang Komunis di tanah Melayu. Oleh sebab itulah, saya menentang kepulangan Chin Peng kembali ke malaysia. Saya merasakan kepoulangan Chin Peng ke Malaysia hanya akan menambah derita kepada mangsa keganasan KOmunis serta ahli keluarga mangsa. Sesungguhnya, nyawa mereka yang terkorban akibat keganasan Komunis tidak dapat dibayar walaupun dengan pembunuhan Chin Peng. Bagi saya perbuatan Chin Peng terhadap negara kita tidak dapat dimaafkan sampai selamanya. Kepulangan Chin Ping hanya akan menyebabkan luka lama berdarah kembali.
Hasiah Binti Salih
94973
Saya bersetuju terhadap saudara untuk menghalang Chin Peng kembali ke Malaysia kerana melalui sejarah dan pembacaan saya suatu masa dahulu. Walaupun saya tidak berada pada zaman itu saya dapat merasai keperitan yang dilalui oleh rakyat Malaysia pada waktu itu. Tak wajar serta tak perlu Chin Peng ke Malaysia kerana membayangkan dia menjadi punca kematian ramai rakyat Malaysia pada waktu itu. Malaysia tidak memerlukan Chin Peng mahupun siapa yang seangkatan dengannya. Sesungguhnya Chin Peng antara manusia yang kejam dan sukar sekali untuk dimaafkan. Bagaimanakah keadaan dan perasaan ahli keluarga mahupun sesiapa yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng andai dia diampunkan??? Bagaimana sekiranya Chin Peng menubuhkan kembali PK??? mahukah anda semua kembali merasai keperitan rakyat Malaysia pada zaman dahulu. Bagi saya kita tidak akan kerugian mahupun menyesal kerana tidak menerima Chin Ping kembali.....renung-renungkanlan wahai rakyat yang prihatin....
BalasPadamDaripada:
Mazaratul Fadhiah Binti Abdul Hamid
95004
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Salam takziah terlebih dahulu saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban, . pengalaman yang diceritakan sangat bermakna bagi generasi sekarang ini. mahukan kita lihat orang yang telah membunuh ramai pahlawan negara kita hidup dengan senang lenang tanpa rasa tidak bersalah dan menyesal di negara ini.... persoalannya kenapa tertubuhnya parti komunis? sebab apakah mereka bertindak sedemikian?
BalasPadamwan baidowi wan maansor
98964
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syabas, tahniah dan terima kasih di atas perjuangan Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman atas perjuangan saudara demi tanah air tercinta. Isu Chin Peng ingin kembali ke Malaysia mendapat pelbagai reaksi oleh masyarakat serta pemimpin negara. Ada yang berpendapat isu ini dipolitikkan demi kepentingan parti atau diri sendiri. Bagi saya, reaksi yang pelbagai oleh masyarakat dalam hal ini memang sesuatu yang sudah dijangka.Lumrah manusia, rambut sama hitam, tapi hati lain2. Pendapat saya pula, keputusan harus dibuat berdasarkan apa yang terbaik untuk negara amnya, apa pro dan kontranya,sama ada Chin Peng wajar dibenarkan pulang atau tidak. Sememangnya kalau kita gunakan emosi dalam membuat keputusan, ada kalanya kita berfikir secara tidak rasional, hanya berdasarkan emosi semata-mata. Dalam hal Chin Peng, perasaan dendam dan marah memang masih menebal dalam kalangan masyarakat kepada Chin Peng diatas perbuatannya.Jika kita pertimbangkan atas dasar kemanusiaan ,memaafkan adalah satu sifat yang mulia dalam mana-mana agama sekalipun, namun dapat saya perhatikan masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu sangat mementingkan maruah serta kedaulatan, dengan memaafkan Chin Peng, hal ini sangat mencabar maruah dan mengguris hati masyarakat terutamanya bagi mereka yang kehilangan saudara mara diatas perbuatan kejam komunis, ibarat luka yang lama berdarah kembali, kenangan pahit memang amat sukar untuk dilupakan.Kita seharusnya menyedari situasi pada ketika itu tidak sama seperti sekarang, semangat cintakan negara serta inginkan kemerdekaan sangat menebal ketika itu, sehingga ada bertindak diluar batasan,bagi mereka,matlamat menghalalkan cara, tapi matlamat mereka (PKM) tetap sama iaitu ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah. Tidak kurang juga yang takut Chin Peng pulang dengan membawa ideologi komunisnya yang masih menebal, pada pandangan saya, tidak perlu takut jika kita berada di landasan yang betul, negara kita ada undang-undang, jika Chin Peng bersalah, hadapkan beliau ke muka pengadilan, bicarakan saja di Mahkamah. Kesimpulannya, saya rasa berdasarkan situasi sekarang, belum tiba masanya Chin Peng pulang.Mungkin beliau ditakdirkan untuk hidup di negara orang hingga akhir hayatnya.Chin Peng tidak wajar pulang kerana ianya akan memburukkan lagi situasi. Hal ini kerana Chin Peng hanyalah satu entiti individu, apa yang penting adalah entiti negara.hal ini disebabkan Chin Peng amat dibenci oleh majoriti masyarakat,jika beliau dibenar pulang, ianya akan mengguris hati banyak pihak sehingga boleh menimbulkan kekecohan.Ini hanyalah pandangan ikhlas daripada saya,jika terguris, saya mohon maaf,semuanya terpulang kepada anda untuk menilai sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.
BalasPadamNurul Huda Binti Yacob
95113
pengkhinat negara harus di tentang, keberanian pahlawan negara wajar dipuji, pengkhinat tetap pengkhianat, saya menyokong chin peng ditentang kembali ke Malaysia
BalasPadamadisyahid 94939 PPSK USM
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia".
BalasPadamPerbuatan Chin Peng sungguh kejam!!,saya menentang kedatangan Chin Peng kembali ke Malaysia.Saya berasa sedih dan terharu dengan perjuangan orang-orang terdahulu yang telah berjuang demi mempertahankan negara kita daripada terus dijajah oleh pihak musuh namun akhirnya telah terkorban dalam perjuangan mereka.Pengorbanan tuan dan rakan seperjuangan amat kami hargai sebagai generasi anak muda yang boleh hidup aman dan damai sehingga kini.Saya berharap jangan sesekali pihak tertentu yang membawa kembali Chin Peng ke Malaysia kerana boleh melahirkan perasaan dukacita kepada para pejuang kita yang masih ada seterusnya membangkitkan perasaan kebencian kepada masyarakat Malaysia.Ingatlah, kenangilah jasa dan pergorbanan perjuangan orang-orang terdahulu dan seangkatan dengan Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman...
Nor Harida Bt. Abdul Hamid
No.Matrik:95061
Pusat Sains Kemasyarakatan(USM)
Tajuk: "Pengalaman Ke-2" dan "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"
BalasPadamSebelum itu, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga para perajurit tanah air yang telah terkorban semasa tugas membela tanah air. Walaupun saya berasa amat sedih dengan situasi ini, namun saya berasa amat bangga dengan sikap dan tanggungjawab yang telah mereka sumbangkan demi untuk memastikan kehidupan yang aman pada masa ini. Sebagai generasi pelapis, saya amat bersyukur kerana dilahirkan dengan keadaan negara yang aman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Walau bagaimanapun, saya patut berterima kasih dan menghargai setiap jasa dan pengorbanan generasi terdahulu, khususnya golongan perajurit tanah air kerana merekalah penaung kepada kesinambungan kehidupan negara kita yang aman pada masa sekarang. Sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara, saya menentang dengan keras terhadap hasrat bekas pemimpin PKM, Chin Peng yang ingin kembali ke Malaysia. Walaupun hakikatnya Chin Peng adalah orang Malaysia, tetapi dengan kesalahan yang telah dilakukannya, dia tidak berhak untuk dimaafkan dan tidak layak untuk pulang ke Malaysia. Kita perlu menjaga perasaan keluarga bekas perajurit yang terkorban dan yang masih hidup supaya pengorbanan mereka dihargai. Walaupun peristiwa ini sudah lama berlaku, tetapi ia akan kekal segar dalam ingatan mereka yang hidup ketika itu. Oleh itu, kita tidak perlu menerima Chin Peng kembali ke negara kita yang sudah aman ini kerana dia tidak diperlukan di Malaysia.
Daripada;
Maslina Masnawi(95001),
Antropologi & Sosiologi,
PPSK, USM...
Peristiwa dalam penulisan saudara ini juga membuatkan saya semakin tidak mahu melihat kembalinya Chin Peng ke negara kita ini.Saya sangat menyanjungi perjuangan saudara bersama rakan-rakan yang lain demi menganggkat maruah bangsa,agama dan negara.Terima kasih saya ucapkan kepada saudara dan rakan-rakan saudara sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.Tanpa perjuangan yang saudara dan rakan-rakan yang lain lakukan,mungkin kami sebagai anak muda ini tidak dapat merasai kesenangan seperti hari ini.Terima kasih.
BalasPadamMohd Razali B Razak,
Dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,USM(95023)
Assalamualaikum..
BalasPadamJiwa saya amat terharu dan sedih dengan segala yang di tempuh oleh saudara, arwah rakan-rakan serta prajurit yang terkorban demi mempertahankan negara PKM khususnya dan kepada prajurit yang masih ada dengan kenangan serta pengalaman lampau yang tidak akan hilang sama sekali.
Sesungguhnya kami amat terhutang budi kepada kalian. Budi kalian tidak mampu kami membalasnya. Air mata darah sekalipun! Bahkan dengan nyawa kami pun masih tidak mampu membayar segala pengorbanan kalian terhadap negara. Saya amat berbangga dengan semangat keberanian yang begitu kental dalam diri saudara serta seluruh perajurit tanah air kita. Jika saya di tempat saudara, apakah saya masih mampu untuk melihat, mengurus dan menyempurnakan jenazah rakan-rakan yang terkorban??? Sedangkan paginya bersarapan bersama...tiba-tiba kini tubuhnya dilumuri dengan darah!!!..dan yang lebih menyakitkan hati apabila mereka gugur disebabkan sikap tamak haloba dan jahat pihak PKM yang di ketuai oleh manusia durjana...Chin Peng!!!..
Memang pada dasarnya kerajaan telah memberikan kemaafan kepada Chin Peng untuk menebus kesalahannya, tetapi bagaimana dengan rakyat yang telah di aniaya dan hidu tersiksa kerana beliau. Jangan samakan antara memberi maaf dan menerima kembali bangsa dan negara yang pernah menjajah negara kita seperti Inggeris dan Jepun dengan menerima Chin Peng kembali. Kerajaan menerima negara tersebut kerana mereka mengiktiraf kedaulatan, maruah bangsa dan agama dan menghormati nilai-nilai yang di pegang oleh negara Malaysia.
Apa yang pasti Chin peng tidak akan berbuat begitu, masih kuat dengan ideologi komunisnya walaupun usia telah lanjut dia tidak akan berubah.
Hasrat untuk membawanya pulang
patut dihalang habis-habisan. Memang sebagai manusia kita seolah-olah kejam terhadap beliau, tetapi harus di ingat- keamanan , keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di Negara kita lebih penting dari menerima Chin Peng. Pilih mana yang lebih baik: mahu negara aman damai atau terima Chin Peng balik TAPI rakyat bertelagah dan porak peranda!...
SEJAHTERANYA NEGARA KERANA ADANYA INSAN-INSAN BERHATI MULIA, SANGGUP BERKORBAN JIWA DAN RAGA. Terima kasih tidak terhingga kerana menyedarkan saya dari keenakan masa kini.
NAMA: Komarijanah bt.Kosnee
matrik: 98870
SAINS KEMASYARAKATAN (KERJA SOSIAL)
Sebagai belia yang cintakan keamanan dan keharmonian seperti yang dikecapi di bumi Malaysia pada hari ini, sesungguhnya saya tidak senang dengan ura-ura mahu membawa pulang Chin Peng ke tanah air. Saya khuatir jika ideologi komunismanya masih berpengaruh walaupun sudah berusia dan mampu mempengaruhi corak pemikiran generasi hari ini dan hari muka. Usah terlalu sibuk memikirkan untuk membawa pulang orang sepertinya. Lihat sahaja cuaca ekonomi yang tidak menentu sekarang dan permasalahan sosial yang tidak bernoktah, adalah tidak berbaloi untuk berbuat demikian (membawa pulang Chin Peng). Sepatutnya isu ini tidak wajar timbul. Kita rakyat Malaysia harus bersyukur atas nikmat kemerdekaan dan berterima kasih kepada pejuang tanah air yang bermati-matian berjuang mempertahankan bangsa, agama dan negara. Paling mustahak juga kita mesti menghormati perasaan pejuang tanah air yang masih hidup yang menentang sekeras-kerasnya isu ini. Pemerintah harus peka akan hal ini dan terima kasih kepada mejar (b) yang telah membuka mata kami generasi baru dengan cerita di sebalik tabir akan liku-liku menghadapi pemberontak. Akhir kata, semoga kita bebas dari segala bentuk penjajahan serta matang dalam berfikir dan bertindak..dan..tepuk dada, tanya ler selera..
BalasPadamYang Menulis,
Norazira Ali (95076)
Sains Kemasyarakatan
Betrdasarkan pengalaman bekas pilot ini kita tahu sedikit sebanyak kekejaman pihak komunis. untk menghukumnya dengan menghalang pulang ke Malaysia kita sebenarnya tidak berhak menghukum beliau kerana yang berhak menghukumnya adalah undang-undang. Bagi dosa-dosa membunuh orang yang tidak bersalah oleh komunis biarlah orang yang bertanggungjawab menjawab dengan Allah SWT kelak.
BalasPadamNormunira Binti Abdul Samad
95083
Sains Kemasyaratan 3
Pengalaman saudara memang menyayat hati. Ching Peng memang patut tidak dibenarkan balik ke Malaysia kerana kekejaman pihak komunis tersebut. Syukur kini negara Malaysia kini bebas dari ancaman komunis dan dapat hidup dengan aman dan harmoni. Harap dapat dikekal keamanan yang dinikmati kini.
BalasPadamNorisah Binti Isa
95082
Sains Kemasyarakatan 3
al-fatihah kpda pejuang2 bangsa dan negara yg sanggup memberikan nyawa kepada anak bangsa dari generasi ke generasi..tnpa pengorbanan mereka dulu tiadalah keamanan sekarang..saudara penulis blog ini,saya ingin menyatakan satu perkara iaitu "TERIMA KASIH"..saya menghargai dan menyanjungi pergorbanan saudara demi negara..saya,sebagai anak bangsa sekrang dengan sekeras2nya keras dari batu menentang Chin Peng(CP) menjejakkan kakinya ke negara ini.kita tidak memerlukan seorg manusia yg bernama CP di negara ini..this massage is 2 CP."enough is enough!!..we dont need u!!!..how dare u want 2 come back 2 malaysia..i can guaranty u that u will suffer if u step here.."..
BalasPadambanyak nyawa telah terkorban kerana seorg CP..kami tidak mahu melihat CP satu lg..cukup2lah wahai CP..xmalukah anda satu ketika dahulu anda sendiri menentang negara ini dan kini dah tua nak mampus nk pulang kembali ke negara ini..xmalukah haa??..ye,mmg kita boleh maafkan sesorg itu,tetapi adakah kita boleh jamin yg dia akan tidak mengulanginya perkara yg pernah dilakukannya skali lg..daripada melakukan demonstrasi jalanan utk memansuhkan ISA,lebih baik menjalankan demonstrasi utk menentang CP ke Malaysia..fikir2kanlah wahai anak bangsa..
muhamad ramlan b. syed ahamed
95035
"pengalaman ke-2" DAN "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"
BalasPadamSebagai seorang rakyat Malaysia yang tahu akan perjuangan nenek moyang terdahulu, Saya beras amat teharu apa yang saudara alami.Pengalaman yang saudara ceritakan telah membuat saya berasa marah keatas segala perbuatan Chin Peng terhadap negara kita.saya memang menentang Chin Peng kembali ke Malaysia. Manakan sama pergorbanan penentang komunis terdahulu yang sanggup megorbankan darah demi perjuangan anak bangsa kini untuk menerima komunis (Chin Peng) di negara yang kini aman dan sejahtera. Kejahatan dan kekejaman Chin Peng tidak dapat dibalas dengan rasa kesian rakyat Malaysia terutamanya pejuang terdahulu semata-mata membawa dia kembali ke Malaysia. Sanggupkah kita menjadi pengkhianat bangsa dan negara dengan membenarkan orang yang melakukan kekejaman hidup di bumi Malaysia ini. Mahukah kita kembali ke zaman penjajahan seperti dulu? fikir-fikirkanlah... malaysia negara tercinta, tempat tumpahnya darahku...
Daripada:
NIK AHMAD SHAHIR BIN NIK YAHYA
No Matrik: 95045
Pusat Pengajia Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
Tahun 3
Setelah saya membaca cerita ini saya berasa sedih kerana ramai yang terpaksa berkorban demi negara.Mereka yang terkorban ini semata-mata untuk mempertahankan negara dan rakyat di negara kita.Saya tidak suka dengan Chin Peng kerana dia ramai rakyat kita terkorban.Tapi,semuanya sudah terlambat.Kita tidak boleh menghidupkan kembali pejuang kita yang telah meninggal.Semoga semua pejuang kita yang terkorban bersemadi dengan aman.
BalasPadamSetelah saya membaca cerita ini saya berasa sedih kerana ramai yang terpaksa berkorban demi negara.Mereka yang terkorban ini semata-mata untuk mempertahankan negara dan rakyat di negara kita.Saya tidak suka dengan Chin Peng kerana dia ramai rakyat kita terkorban.Tapi,semuanya sudah terlambat.Kita tidak boleh menghidupkan kembali pejuang kita yang telah meninggal.Semoga semua pejuang kita yang terkorban bersemadi dengan aman.
BalasPadamSetelah saya membaca cerita ini saya berasa sedih kerana ramai yang terpaksa berkorban demi negara.Mereka yang terkorban ini semata-mata untuk mempertahankan negara dan rakyat di negara kita.Saya tidak suka dengan Chin Peng kerana dia ramai rakyat kita terkorban.Tapi,semuanya sudah terlambat.Kita tidak boleh menghidupkan kembali pejuang kita yang telah meninggal.Semoga semua pejuang kita yang terkorban bersemadi dengan aman.
BalasPadamNORADILA BT MUSTAPA
BalasPadam95068
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Walaupun saya lahir bukan pada zaman keganasan komunis, namun saya dapat merasai kepedihan hidup yang dialami oleh mangsa-mangsa kekejaman komunis.
Takziah kepada semua pejuang-pejuang tanahair yang berani menentang komunis tanpa rasa gentar dan pantang menyerah kalah serta ahli keluarga yang terkorban di tangan komunis yang tidak sepatutnya wujud dibumi berdaulat ini. Semoga Tuhan merahmati roh mereka. Saya menentang sepenuh hati kepulangan Chin Peng kerana dia diharamkan menjejakkan kaki dibumi Malaysia ini. Walaupun usianya sudah lanjut, namun bukan mudah melupakan kekejaman pasukan komunis di bawah pimpinannnya. Mungkin segala yang pahit itu boleh dimaafkan, tapi bukan mudah untuk melupakan. Walaupun kita membawa Chin Peng pulang ke Malaysia, namun bagaimana dengan perasaan ahli keluarga mangsa yang terkorban? Apakah perasaan perajurit kita yang masih hidup tetapi hidup dalam kecacatan sepanjang hayat? Semestinya Chin Peng perlu menghadapi ancaman dari pelbagai pihak, mungkin boleh membahayakan nyawanya sendiri. Mungkin lebih baik jika Chin Peng tidak kembali ke Malaysia, bukan hanya untuk kebaikan orang lain, malah untuk kebaikan dirinya sendiri.
Setelah saya membaca cerita ini saya berasa sedih kerana ramai yang terpaksa berkorban demi negara.Mereka yang terkorban ini semata-mata untuk mempertahankan negara dan rakyat di negara kita.Saya tidak suka dengan Chin Peng kerana dia ramai rakyat kita terkorban.Tapi,semuanya sudah terlambat.Kita tidak boleh menghidupkan kembali pejuang kita yang telah meninggal.Semoga semua pejuang kita yang terkorban bersemadi dengan aman.
BalasPadamNOOR EMEY ALIZA ABDUL GHANI
95047
PPSK
Assalamualaikum..
BalasPadamPertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Mejar(B)serta rakan-rakan seperjuangan kerana telah menjadi pejuang dan sanggup berkorban demi negara.Saya juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga serta para pejuang yang telah terkorban dalam mempertahankan tanah air dari ancaman komuis.Saya sungguh terharu dan sedih apabila membaca tentang apa yang telah terjadi kepada pejuang-pejuang yang telah terkorban dalam perjuangan mereka.Pejuang-pejuang ini mempunyai semangat juang dan cintakan tanah air yang tinggi. Semangat seperti inilah yang perlu ada dalam diri setiap rakyat di negara kita.Sememangnya kita tidak perlu membawa kembali Chin Peng ke negara kita. Chin Peng telah menyebabkan ramai yang terkorban dan banyak keluarga kehilagan saudara mara.Keganasan yang dilakukan oleh komunis telah memberi kenangan pahit buat semua terutama sekali ahli keluarga pejuang-pejuang yang terkorban. Jika kita membawa Chin Peng kembali, maka kenangan-kenangan silam akan kembali menjelma.Banyak hati yang perlu kita jaga.kedatanagn Chin Peng hanya akan mewujudkan ketidakpuasan hati.keganasan yang dilakukan komunis sewaktu komunis mengganas sukar untuk dilupakan.
Siti Nuraisyah binti Hashim (95140)
Sains kemasyarakatan,3
pertama kali, saya ingin hulurkan ucapan takziah kepada keluarga perwira kita yg terkorban ketika menentang PKM dan juga yg telah pergi meninggalkan duniawi ini... sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah dan bg yg non-muslim, marilah kita bertafakur sebentar...amin. jika imbau kembali detik itu, mungkin ada di antara kalian yg sudah wujud dan mungkin juga ayah ibu dan nenda yg mewakilkan kalian. betapa pahitnya ceritera yg diperkisahkan kpd generasi hari ini. secaa peribadi, saya bukan sahaja menentang tapi amat menentang Chin Peng kembali keMalaysia. ini kerana perbuatannya sebagai pembelot tanah air dtidak dapat dimaafkan. ia adalah noda hitam yg perit untuk dikenangkan. memanglah betul buang yg keruh tp ambil yg jernih tapi cuba tanya kpd mereka yg alami keperitan itu...
BalasPadam"adakah mereka mahu Chin Peng pulang???" sudah pasti majoritinya TIDAK. jika mereka terima, pasti terasa diri sendiri yg membunuh ayah, ibu dan nenda sendiri. benar, bercakap sememangnya senang...maafkan chin peng..tp parut dihati dan dimata mereka masih berkudis. bagi mereka yg dah menghembuskan nafas terakhir dan...sudah parah kesannya pada ahli keluarganya kerana jasadnya dah bernokhtah tapi cuba fikirkan bagaimana pula denggan mereka yg alami kecacatan akibat peristiwa itu?kecacatan yg terpaksa ditanggung seumur hidup mendatang...mereka tertekan lebih parah daripada keluarga perwira yg dah meninngal. lagipun,apa yg kita akan dapat jika Chin Peng pulang? dia yg dapat kemaafan...tapi kita?
apa yang akan jadi kalau suatu hari nanti muncul lagi seorang pembelot seakan-akan chin Peng? itu jika satu,tapi kalau 2,3,4,5 dan ke atas? mesti mereka(pembelot) fikir, "nanti dah insaf, aku boleh balik ke Tanah Airku"TIDAK!!! adilkah begitu? masih mengakui tanah air sendiri setelah membuat onar di sini? kenapa ketika membuat onar, tak terfikir ini tempat kelahiranmu? jadi, pengajaran harus dicipta. Chin Peng tidak harus dan tidak boleh pulang!!! dari aspek lain, isu Chin Peng ini mungkin kan disalah gunakan oleh badan politik yang berkenaan. kontroversi bakal timbul. dan apa akan jadi dengan keamanan malaysia? bagi mereka yg masih bernanah dengan peristiwa itu akan menentang habis-habisan. sememangnya chin Peng sudah tak mampu mengangkat senjata, tapi adakah itu mampu memadamkan ingatan ayah, ibu dan nenda yang ternoda? maaf mudah diungkap tapi pasti ia akan berulang kerana manusia sentiasa akan melakukan kesilapan. amat wajar Chin Peng tidak dibenarkan pulang,ini statusnya sebagai seorang pembelot tanah air. dan inilah pengajarannya kepada semua...sekian
NURUL AKMAR BT MOHAMAD ROSDI
ANGGOTA PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN TENTERA LAUT(PALAPES),
MAJOR:SICIAL WORK,
MATRIK:95106
Poon Fong Yee 95119
BalasPadamUniversiti Sains Malaysia
PPSK(ekonomi)
Tajuk "Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya
menentang Chin Peng kembali ke Malaysia".
Komen: Selepas bacakan 2 artikel ini, saya berasa sangat sedih kerana banyak orang telah dikorban. Bagi saya, saya menyetujui Chin Peng ditentang balik ke Malaysia, hal ini disebabkan Chin Peng telah membuat banyak perkara kejam dan telah manyebakan banyak orang terkorban. Kalau Chin Peng dikembalikan ke Malaysia, kita tidak dapat memastikan bahawa dia tidak akan mengulangkan perbuatannya, kalau dia mengulangkan perbuatannya, namun banyak orang akan terkorban dan juga mengugat keamanan negara kita.
Chin Peng merupakan pengganas komunis di mana dia telah membunuh ramai orang dan mencetuskan suasana huru hara di tanah air kita selepas pemergian tentera Jepun. Ramai anggota polis dan askar juga terbunuh dalam pertempuran dengan PKM. Sekiranya , dia pulang ke Malaysia ini akan menyebabkan suasana yang tidak disegani dalam kalangan rakyat Malaysia yang inginkan keamanan.Ini juga akan dijadikan sebagai pengajaran kepada sesiapa yang memberontak, jika kita memberi peluang , kemungkinan kita akan menghadapi situasi ini pada masa akan datang.Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan dengan pemulangannya kita tidak mahu PKM dihidupkan semula !!!
BalasPadampermohonan Chin Peng untuk memasuki dan menetap di malaysia tidak berjaya kerana mahkamah tinggi telah memutuskan permohonan Chin Peng tidak diluluskan.Sebagai rakyat Malaysia pada pandangan saya Chin Peng adalah dengan jelas telah mengkhianati negara sepanjang penglibatannya dalam Parti Komunis Malaya(PKM). Ramai rakyat yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam. Keganasan PKM ini telah menyebabkan kemarahan orang melayu ketika itu. PKM tidak setuju dengan perjuangan orang melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah, sebaliknya PKM ingin kuasa politik jatuh ke tangan mereka.Perjuangan mereka jelas untuk kepentingan PKM sahaja bukan untuk kepentingan rakyat. Dengan itu adalah tidak wajar Chin Peng dibenarkan untuk kembali ke negara ini. Perasaan semua mangsa dan keluarga yang bermati-matian bertempur dengan PKM untuk mempertahankan negara harus dihormati, jika tidak pengorbanan nyawa untuk wira-wira kita ini hanyalah sia-sia sahaja
BalasPadamALAWIYAH BT ABDULLAH
We6207
Jangan benarkan pengkhianat negara, pembunuh orang2 awam serta tentera yang berjasa, dari pulang ke Malaysia, kerana Chin Peng dan rakan2 satu fahaman komunis nya, termasuk Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad CD dll. telah banyak melakukan kerosakan dimuka bumi dan mereka bukannya memperjuangkan kemerdekaan!
BalasPadamMereka adalah pengacau dunia dan pembohong sejarah yang tidak perlu dimaafkan selama-lamanya!
Assalamualaikum Tuan,
BalasPadamBagi saya isu membawa pulang Chin Peng adalah sangat personal kerana apa yg telah dia dan org2nya lakukan pada rakyat Msia (tanpa mengira kaum) dari tahun 1948 hingga 1989. Di keluarga sebelah ibu saya, dua orang menjadi korban kekejaman PKM – seorang SC yang maut dalam serang hendap ke atas konvoi kenderaan polis di Parit, Perak dan seorang awam yang ditembak mati oleh komunis setelah diculik. Kemudian semasa saya di sekolah menengah, seorang pakcik yang merupakan pesara Jabatan Kesihatan menceritakan bagaimana semasa Darurat Pertama, kakitangan Jabatan Kesihatan, JPT (sekarang JPS), JKR, Jabatan Ukur (sekarang JUPEM), Jabatan Hutan, Telekom, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Penerangan, KTM (sekarang KTMB) menjadi mangsa serang hendap pengganas semasa menjalankan tugas. Semasa Darurat Kedua pula juru ukur tanah Jabatan Ukur ada yang menjadi korban PKM, bersama anggota TD dan PPH yang mengiringi mereka. Malah dalam serang hendap konvoi TD di Jalan Kroh Baling pada tahun 1979 dua kakitangan awam Kementerian Pertahanan (seorang tukang masak dan seorang pemandu) antara yang terkorban! (telah diceritakan oleh penulis blog ini)
Semasa saya berjumpa dgn rakan2 di IPK Ipoh, seorang polis veteran berbangsa Cina menceritakan kisah mendiang bapanya, pesara Kor Armor Diraja yang terpaksa menjalani rawatan terapi jiwa kerana sering dihantui kisah ngeri semasa mendiang masih kanak2 – melihat sepupunya yang masih bayi dibenet dan ditembak oleh gerila PKM yang menggeledah rumah ibu bapanya untuk merampas bahan makanan hanya kerana bayi malang itu menangis kelaparan. Kalau veteran perang Vietnam AS dan sekutunya mengidap PTSD setelah terlibat dalam perang, kes bapa polis tersebut lebih menyayat hati lagi, PTSD mendiang dialami sebelum mendiang masuk tentera!
Ini baru sedikit kisah sedih yang diketahui namun hati saya sudah bagai dicarik-carik bila mendengarnya. Demi Allah saya tidak sekali-kali mahu memaafkan Chin Peng apalagi meredhakan kepulangannya.
Musuh tetap musuh biar masa berlalu selama mana pun!
Saudara Anonymous,
BalasPadamTerima kasih. Anda tahu nama anggota awam KEMENTAH yang turut terkorban dalam serang hendap Jalan Baling-Kroh? Harap beritahu saya supaya saya dapat mengabadikan mereka dalam blog ini.
Tuan,
BalasPadamSaya juga sedang berusaha untuk mendapatkan nama mereka berdua. Harapan saya semoga Kementah dan juga lain2 jabatan awam ada rekod kakitangan yang terkorban akibat tindakan pengganas tidak kira semasa darurat pertama mahupun kedua.
Bekas Laskar Muda 8001368 Hilmi Ismail, KD Sri Klang (1996)
catatan: maaf kerana terlupa memperkenalkan diri dalam komen sebelum ini.
Minggu lalu saya mengikut ibu dan abapa saya ke kubur nenek saya untuk upacara membersihkan kubur dan bersebelahan kuburnya ialah kubur seorang jiran nenek saya yg dibunuh oleh ejen PKM hanya kerana namanya sama dgn nama anggota SB Polis yg dicari oleh ejen PKM. Begitu sekali kejamnya Chin Peng. Tiada kawalan pada tingkah laku orang-orangnya. Siapa yang salah kalau orang mula lupa pada perjuangannya melawan Jepun dahulu? Orang awam?
BalasPadamNg Chee Suan
Jinjang
Saudara Ng Chee Suan,
BalasPadamTerima kasih. Memang benar...kezaliman PKM tidak mengenal kaum dan agama. Sesiapa yang tak sehaluan dengan ideolagi PKM, tidak menghairan mereka kemungkinan akan 'lenyap' buat selama-lamanya.
Saya bekas PPH(Pasukan Polis Hutan),
BalasPadamsecara jujur sya tidak setju jika Bekas ketua PKM di benarkan balik ke Maysia...!Berapa ramai kawan yg dah terkorban dan cacat se umor hidup ankara perbuatan mereka menanam "boby trap" di sepanjang boder Mlaysia/Thai...!Salah satu sebab aidologi nya tak munkin terpadam dlm kepala nya...dan tak mustahil di kembangkan pada generasi muda..yg tak paham apa itu kominis....!