1976 negara telah dikejutkan dengan berita sebuah helikopter nuri ditembak jatuh oleh PK dan semua krew dan penumpang terkorban di kawasan operasi Gubir.........!
Semasa kejadian itu, saya sedang mengikuti kursus peralihan kapten helikopter nuri di No 10 Skuaderon, TUDM Kuantan. Pilot-pilot yang terkorban ialah Kapt (U) Choo (7 Skn), Kapt (U) Mustafa Kamal (7 Skn), Lt (U) MT Chung dan Lt (U) Wan Munsif dari 10 Skn. Maaf, saya telah terlupa nama-nama Kuatermaster Udara (KU).
Saya mengenali mendiang Kapt (U) Choo semasa di MTD lagi dan berjiran semasa beliau berkhidmat di No 10 Skn. Arwah Kapt (U) Mustafa Kamal adalah 'squad mate'. Kami dari Regular Cadet intake 11 dan menjalani latihan di MTD selama 2 tahun, Mei 1967 hingga April 1969. Arwah Lt (U) Wan Munsif dari SSC intake 14 dan telah ditauliah pada tarikh yang sama dengan saya. Beliau adalah 'junior' saya semasa kami mengikuti latihan penerbangan di SEA Helicopter, TUDM Kuala Lumpur. Mendiang Lt (U) MT Chung adalah kapten nuri semasa saya masih seorang co-pilot. Saya kerap terbang dengan beliau. Turut terkorban ialah arwah Mej Haris Rejab, RAMD, 'senior' saya semasa di MTD. Beliau dari Regular intake 10.
Helikopter tersebut dalam fasa penerbangan dari LP (landing pad) ke Kem Gubir apabila ditembak.
Saya telah ditugaskan untuk mengiringi jenazah Wan Munsif ke Kangar untuk dikebumikan. Tidak sampai hati untuk melihat jenazah. Saya juga ditugas untuk membantu keluarga arwah mengurus perpindahan isteri ke Kangar. Isteri arwah adalah seorang guru yang mengajar di Kuantan. Dengan kerjasama semua pihak terbabit, urusan pertukaran telah berjaya dilaksanakan dengan kadar segera.
Hari ini, 21 Jun 2009, adalah 'HARI BAPA'. Kepada penyokong-penyokong membawa balik Chin Peng, TOLONG JELASKAN KEPADA ANAK-ANAK WIRA-WIRA TERSEBUT BAGAIMANA MEREKA KEHILANGAN BELAIAN SEORANG BAPA.
Squad,
BalasPadamI was then in Markas 2 Div as SO 1 Log. I saw the mandi jenazah of Allahyarham Kapt (U) Mustafa Kamal at Kem 2 Div in Penang and sembahyang jenazah.
With this kind of cruelty do we still want Chin Peng to come back to Malaysia? He better not otherwise somebody will take revenge and kill him.
Squad,
BalasPadamMej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman
pertama sekali saya berasa sangat simpati dan mengucapkan takziah keatas keluarga-keluarga arwah yang telah terkorban dalam nahas helikopter tersebut..Perjuangan saudara sekalian bukanlah suatu usaha yang sia-sia dan dilupakan begitu saja..masyarakat amnya hendaklah fahami perjuangan saudara dan berfikir adakah patut kita membiarkan chin peng kembali ke malaysia?padahal malaysia sudah lama exile him from our country atas segala kekejaman yang telah beliau lakukan..ketua parti komunis malaya ini yang mendapat 'political assylum' dari thailand,china tidak patut di bawa masuk kembali ke Malaysia..hanya akan menimbulkan kekecohan kepada negara kita yang masyarakat hidup aman dan harmoni sekiranya chin peng dibawa masuk ke Malaysia..
Daripada :
Muhamad Nizam B. Shaik Jalal Din(No. Matrik 98876)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Universiti Sains Malaysia..
Saya mengucapkan takziah dan sangat simpati kepada keluarga mangsa yang telah terkorban dalam kekejaman yang dilakukan oleh Chin Peng.Chin Peng merupakan Ketua Parti Komunis Malaya yang mendapat 'political assylum' dari Thailand. Kehadiran Chin Peng hanya akan menimbulkan kekecohan dan huru hara kepada negara kita. jika Chin Peng kembali ke Malaysia, adakah negara kita akan kembali aman? Adakah masyarakat akan hidup aman damai dan harmoni seperti sekarang sekiranya Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia??
BalasPadamSudah lupakah kita pada kekejaman yang dilakukan oleh Chin Peng? Berpuluh-puluh nyawa telah terkorban dalam nahas helikopter tersebut. Dimanakah perasaan belas kasihan dan sikap keperimanusiaan Chin Peng pada masa itu.
Chin Peng boleh kembali ke negara ini sekiranya dia telah berazam, berikrar, dan berjanji bahawa takkan menyebarkan ideologi Komunis dan sanggup menerima sebarang hukuman di atas tindakan yang telah dilakukan... Namun demikian, timbul beberapa persoalan di sini.. Adakah sekarang kita masih boleh mempercayai Chin Peng setelah peristiwa tragis itu.Segala kekecohan dan tragedi yang telah dilakukan tanpa rasa belas kasihan pasti tidak mampu dilupakan oleh semua orang. Perlu diingatkan bahawa kemasukan beliau akan membangkitkan faktor sentimen yang membuka luka lama para prajurit yang terlibat ketika Komunis mengganas suatu ketika dahulu, yang masih hidup dan juga keluarga mereka yang menjadi mangsa, inilah faktor utama. Jika beliau dibenarkan balik sekalipun, mampukah masyarakat menerimanya kembali? Sekiranya beliau betul-betul menyesal sekalipun dan mengumumkan permohonan terbuka meminta maaf, adakah mereka yang terlibat boleh memaafkan beliau? Mungkin orang macam saya yang hidup zaman merdeka ini tidak akan ambil kisah dan tidak berasa berasa apa-apa, tapi bagaimana pula dengan keluarga yang menjadi mangsa? Adakah mereka tidak kisah??Inilah faktor yang paling utama.
Tambahan pula, mereka yang menjadi mangsa pada suatu ketika dulu bukannya semua sudah meninggal. Macam Chin Peng yang sekarang ini sudah tua, para pejuang menentang Komunis pun ramai yang masih hidup lagi. Ada yang hidup tiada kaki, tiada tangan, kena perangkap sehingga mengalami kecacatan kekal dan lumpuh. Terdapat juga keturunan kaum keluarga mangsa keganasan Chin Peng. Bolehkah mereka menerima Chin Peng? bukankah kehadiran Chin Peng hanya akan menimbulkan kemarahan dan membangkitkan rasa untuk membalas dendam dalam diri mereka. Keadaan ini sekaligus akan menimbulkan kekecohan dan huru-hara.
Oleh itu, Chin Peng tidak harus kembali ke Malaysia kerana kehadirannya pasti hanya akan menimbulkan kekecohan dan huru-hara di negara kita...
daripada : SITI ZAHARAH SULAIMAN
(95145)
SAINS KEMASYARAKATAN
(KERJA SOSIAL)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
takziah diucapkan kepada semua keluarga yang telah terlibat didalam tragedi yang boleh dikatakan tragis ini. sesungguhnya peristiwa ini tidak mungkin akan terpadam dalam ingatan bagi sesiapa sahaja yang pernah mengetahuinya dan sememangnya menjadi satu hirisan yang amat mendalam dalam sanubari bagi mereka yang menghadapinya. walau bagaimanapun, peristiwa ini perlulah menjadi pengajaran kepada semua dan mengambil iktibar yang sewajarnya dengan berfikir adakah patut jika kita membenarkan chin peng atau klon yang seangkatan seperti chin peng untuk meneruskan agendanya di malaysia hanya untuk memporak perandakan negara kita yang sudahpun aman dan merdeka ini. dan sekiranya kita merasakan tindakan ini tidak wajar, apakah langkah yang perlu diambil bagi menanganinya bagi mengelakkan perkara yang sama dari berulang dan mengorbankan ramai nyawa.
BalasPadamdaripada Aifaief Binti Khairuddin
94947
pusat pengajian sains kemasyarakatan
major kerja sosial
Salam takziah terlebih dahulu saya ucapkan kepada keluarga mangsa korban, sememangnya pemergian mereka sentiasa dikenang oleh generasi sekarang. Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak yang berwajib memikirkan dengan mendalam tentang cadangan meluluskan permohonan chin peng untuk kembali ke Malaysia. Ini kerana, mahukan kita lihat orang yang telah membunuh ramai pahlawan negara kita hidup dengan senang lenang tanpa rasa bersalah dan menyesal di negara ini.... Kepada mereka yang menginginkan chin peng balik ke Malaysia, fikirkanlah perasaan keluarga mangsa yang terkorban.. ibu bapa, isteri dan juga anak-anak mangsa yang terpaksa hidup tanpa bapa... renung-renungkan dan buatlah keputusan yang tepat untuk bangsa, agama dan juga negara kita sebelum terlambat.....
BalasPadamSalam takziah terlebih dahulu saya ucapkan kepada keluarga mangsa korban, sememangnya pemergian mereka sentiasa dikenang oleh generasi sekarang. Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak yang berwajib memikirkan dengan mendalam tentang cadangan meluluskan permohonan chin peng untuk kembali ke Malaysia. Ini kerana, mahukan kita lihat orang yang telah membunuh ramai pahlawan negara kita hidup dengan senang lenang tanpa rasa bersalah dan menyesal di negara ini.... Kepada mereka yang menginginkan chin peng balik ke Malaysia, fikirkanlah perasaan keluarga mangsa yang terkorban.. ibu bapa, isteri dan juga anak-anak mangsa yang terpaksa hidup tanpa bapa... renung-renungkan dan buatlah keputusan yang tepat untuk bangsa, agama dan juga negara kita sebelum terlambat.....
BalasPadamSITI ROGAYAH BINTI SULONG
95141
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN (ANSOS)
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia"
BalasPadamMej(B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman, saya ucapkan tahziah di atas segala yang berlaku keatas mangsa nahas helikopter khususnya dan mangsa kekejaman penganas komunis(PK) amnya di serata negara. Perjuangan saudara dan semua yang berkhidmat semasa era komunis amatlah dihargai kerana tanpa ini semua mungkin kemakmuran sekarang bukan milik kita kini.
Mengenai wajarkan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng pulang ke Malaysia pada pendapat saya dan kebanyakan mangsa kekejaman komunis adalah sangat-sangat tidak wajar diterima pulang ke Malaysia.
Melalui pengamatan sejarah dan cerita dari golongan yang hidup di zaman dizaman kekejaman PK dapat disimpulkan bahawa mereka ini amat tidak berperi kemanusiaan.Maka untuk apa kita menggadaikan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sekarang demi menerima seorang pemimpin yang pernah membunuh beratus atau mungkin beribu-ribu orang di zaman kekuasaannya. Tidak mustahil masih ada golongan yang menyokong perjuangan Chin Peng(Pro-komunis) dan yang anti-komunis. Cuba bayangkan apa akan berlaku jika dua kumpulan ini berbalah semula?? Kemungkinan perang saudara akan berlaku, kemelut politik dan mungkin kita pula yang menjadi pelarian menumpang ehsan di negara lain.Ekonomi musnah, sosio-politik tergugat dan pelbagai lagi masalah akan wujud. Segala kesalahan haruslah dihukum, dan pada pendapat saya ini adalah antara hukuman(tidak dibenarkan pulang ke Malaysia) yang harus diterima Chin Peng.
Nama: Mohd Shahril Bin Basir
No Matrik: 91900
Saya berasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap keluarga mangsa yang nahas helikopter nuri yang ditembak oleh parti komunis.Pengorbanan perwira tanah air harus dikenang oleh generasi sekarang yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi negara yang tercinta.Semangat keberanian perajurit tanah air mempertahankan negara menjadi satu suntikan semangat kepada generasi sekarang yang membuktikan bahawa nyawa adalah taruhan dalam memastikan keselamatan negara bebas daripada penjajah.Persoalan utama adakah generasi sekarang sanggup mempertahankan negara walaupun ia melibatkan nyawa sendiri?.Semangat cintakan negara adalah penting dalam diri seseorang atau semangat patriotik harus diterapkan tidak semestinya menjadi seorang tentera.
BalasPadamBagi generasi sekarang adalah penting untuk memahami erti sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh perajurit dalam mempertahakan negara daripada penjajah terutamanya anak-anak yang kehilangan seorang bapa yang bergelar perwira tanah air yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi negara harus berasa bangga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh bapa mereka.Saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia kerana dengan alasan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu masih "bernilai ancaman yang tersendiri" walaupun partinya sudah terkubur. Kembalinya Chin Peng ke Malaysia akan menjadikannya sebagai seorang personaliti yang ditokohkan oleh segolongan pihak yang buta dengan sejarah Malaysia. "Tidak mustahil dengan kembalinya Chin Peng, maka fahaman komunisme akan mula bertapak dan mengukuh. "Ini tentu sahaja membahayakan keselamatan negara. Apatah lagi dengan dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini, generasi muda menjadi kelompok sasar yang paling mudah terpengaruh. Dengan membuang Chin Peng ke luar negara sudah cukup baik baginya yang seharusnya menerima hukuman yang paling berat atas apa yang telah dilakukannya terhadap generasi terdahulu.
Langkah ini untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang tidak tahu dan tidak merasa kepahitan dan kesengsaraan nenek-moyang mereka yang terpaksa berhempas-pulas untuk mempastikan keamanan dan kemewahan yang anak-cucu mereka rasai sekarang. Kesejahteraan yang dikecapi sekarang adalah hasil tumpah darah mereka dahulu. Sampai bila-bila masa jua pun tompok sejarah hitam komunis tidak boleh dilupakan. saya cuba berfikir betul-betul dan rata-rata yang memberi sebab kenapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang, adalah kerana kekejaman yang dipertanggungjawabkan kepadanya yang dilakukan lebih setengah abad lampau. Ini kerana kesan tindakan seperti itu akan hanya menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat terutamanya, apatah lagi kepada keluarga mangsa keganasan komunis yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan perajurit dan masyarakat awam tetapi juga masyarakat Melayu, Cina dan India serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Chin Peng jangan dibenarkan pulang ke tanah air. Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini tidak patut membuat rayuan agar dia dibenarkan kembali.
Saya berasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap keluarga mangsa yang nahas helikopter nuri yang ditembak oleh parti komunis.Pengorbanan perwira tanah air harus dikenang oleh generasi sekarang yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi negara yang tercinta.Semangat keberanian perajurit tanah air mempertahankan negara menjadi satu suntikan semangat kepada generasi sekarang yang membuktikan bahawa nyawa adalah taruhan dalam memastikan keselamatan negara bebas daripada penjajah.Persoalan utama adakah generasi sekarang sanggup mempertahankan negara walaupun ia melibatkan nyawa sendiri?.Semangat cintakan negara adalah penting dalam diri seseorang atau semangat patriotik harus diterapkan tidak semestinya menjadi seorang tentera.
BalasPadamBagi generasi sekarang adalah penting untuk memahami erti sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh perajurit dalam mempertahakan negara daripada penjajah terutamanya anak-anak yang kehilangan seorang bapa yang bergelar perwira tanah air yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi negara harus berasa bangga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh bapa mereka.Saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia kerana dengan alasan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu masih "bernilai ancaman yang tersendiri" walaupun partinya sudah terkubur. Kembalinya Chin Peng ke Malaysia akan menjadikannya sebagai seorang personaliti yang ditokohkan oleh segolongan pihak yang buta dengan sejarah Malaysia. "Tidak mustahil dengan kembalinya Chin Peng, maka fahaman komunisme akan mula bertapak dan mengukuh. "Ini tentu sahaja membahayakan keselamatan negara. Apatah lagi dengan dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini, generasi muda menjadi kelompok sasar yang paling mudah terpengaruh. Dengan membuang Chin Peng ke luar negara sudah cukup baik baginya yang seharusnya menerima hukuman yang paling berat atas apa yang telah dilakukannya terhadap generasi terdahulu.
Langkah ini untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang tidak tahu dan tidak merasa kepahitan dan kesengsaraan nenek-moyang mereka yang terpaksa berhempas-pulas untuk mempastikan keamanan dan kemewahan yang anak-cucu mereka rasai sekarang. Kesejahteraan yang dikecapi sekarang adalah hasil tumpah darah mereka dahulu. Sampai bila-bila masa jua pun tompok sejarah hitam komunis tidak boleh dilupakan. saya cuba berfikir betul-betul dan rata-rata yang memberi sebab kenapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang, adalah kerana kekejaman yang dipertanggungjawabkan kepadanya yang dilakukan lebih setengah abad lampau. Ini kerana kesan tindakan seperti itu akan hanya menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat terutamanya, apatah lagi kepada keluarga mangsa keganasan komunis yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan perajurit dan masyarakat awam tetapi juga masyarakat Melayu, Cina dan India serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Chin Peng jangan dibenarkan pulang ke tanah air. Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini tidak patut membuat rayuan agar dia dibenarkan kembali.
Daripada:
Alwi b. Che Hssein
94949
kerja sosial
C/Insp Uzir (PDRM) Matrix No: 98875, Social Work, USM
BalasPadamSalam Takziah untuk mereka yang terkorban demi mempertahankan bangsa dan negara tercinta. Jasa dan pengorbanan mereka amat bernilai. Sukar untuk menggambarkan bagaimana perasaan ahli-ahli keluarga yang telah kehilangan segala-galanya. Semangat perjuangan ini perlu di contohi oleh semua orang kerana mempertahankan kesucian bangsa, agama dan negara.
Kepada Chin Peng, bekas setiausaha PKM yang bercita-cita untuk kembali ke tanahair Malaysia. Apa perlunya kehadiran seorang pengganas. Boleh dianggap sebagai Penjenayah Perang dan telah mengetuai pembunuhan ribuan anggota keselamatan dan rakyat yang tidak berdosa. Boleh disaman seperti Karadzic (Serb Bosnia) yang akhirnya mati sebelum sempat dibicarakan. Saya masih ingat, semasa bersekolah, landasan keretapi (perjalanan Arau - Pdg Besar, Perlis) dibom oleh pengganas angkara serangan gerila yang ingin melumpuhkan sistem perhubungan. Apabila melihat Filem Bukit Kepong, sebagai Pegawai Polis, saya tidak tahan menahan kesedihan dan jiwa meluap bencikan kekejaman yang dilakukan. Perlu diingat, saya pernah bertugas di Cawangan Khas (Special Branch) dan menjalankan Communist Desk Officer dan ideologi Komunis ini masih dibawah pengawasan PDRM hingga hari ini. Jika Chin Peng pulang, ia akan menghidupkan semula semangat perjuangan mereka, diibaratkan ia sebagai Mentor kepada bekas-bekas pengganas yang masih berada di Malaysia. Ia juga satu kemenangan awal moral ideologi komunis dan akan mengambil peluang atas kesempatan yang diberikan. Anak-anak muda selepas zaman merdeka, tidak kenal erti Sejarah Malaysia. Belajar dari Sejarah dan pengalaman lepas agar ia tidak berulang kembali untuk memecahkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia kini.
saya ingin mengucapkan tahziah di atas segala yang berlaku keatas mangsa nahas helikopter khususnya mangsa kekejaman penganas komunis. Saya membantah cadangan tersebut kerana isunya bukan soal seorang tua yang mahu balik menghabiskan usia tua di Malaysia. Tetapi isunya adalah kerana Chin Peng membawa bersamanya sejarah hitam negara ini.Ingatlah kepada para balu, anak-anak dan ibu bapa para anggota keselamatan yang terkorban demi mempertahankan semua rakyat negara tercinta ini. Ingatlah kepada anggota keselamatan yang cacat anggota tubuh badan akibat perbuatan ganas PKM. Memberi pengiktirafan kepada perjuangan PKM dalam apa bentuk sekalipun adalah satu pengkhianatan terhadap jasa bakti semua pahlawan negara. Kalau mengikut ukuran hari ini, Chin Peng adalah kepala teroris yang ditangannya bergelumang dengan darah rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Yang menjadi mangsa teroris komunis pimpinan beliau bukan sekadar orang Melayu tetapi orang Cina, India dan lain-lain kaum. Ramai yang telah terkorban, ramai keluarga yang menderita.
BalasPadamAnak-anak menjadi yatim, isteri menjadi janda, ibubapa kehilangan anak, rumah dan perniagaan habis musnah, rakyat khususnya di kampung hidup ketakutan. Membenarkan beliau pulang dan tinggal dengan aman dalam negara ini adalah suatu penghinaan kepada ribuan rakyat pelbagai kaum yang telah menjadi mangsa beliau dan teroris komunis yang beliau pimpin. Janganlah kita sia-siakan nyawa dan perjuangan ramai anggota keselamatan yang terkorban dek kerana kerakusan dan keganasan Chin Peng. Membenarkan beliau kembali ke Malaysia samalah saperti kita kencing diatas kuburan para pejuang dan anggota keselamatan yang berkorban untuk keamanan negara. Saya mendesak Kerajaan supaya melakukan apa sahaja untuk menghalang beliau menjejakkan kaki ke negara ini.
Dan saya akan memberi sokongan penuh dengan pendirian tegas tersebut insyallah.
KHAIRUL AIZAT BIN MOHD YUNUS
94986
SAINS KEMASYARAKATAN USM
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia"
BalasPadamAssalamualaikum wbt...
Pertamanya, saya ingin mengucapkan salam takziah dan bersimpati kepada semua keluarga arwah yang terkorban dalam tragedi yang menimpa mereka dalam nahas helikopter tersebut... Hakikatnya, jasa dan pengorbanan perjuangan saudara dan mereka yang berjuang pada zaman komunis ini amatlah dihargai dan menjadi pengajaran bagi seluruh masyarakat khususnya.
Pada pandangan saya, persoalan mengenai kewajaran Chin Peng iaitu pemimpin Parti Komunis Malaya kembali ke Malaysia, sememangnya tidak wajar sama sekali. Walaupun, saya sendiri tidak mengalami dan tidak berasa hidup pada zaman kekejaman komunis, saya dapat merasakan penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka setelah melihat sejarah dan cerita-cerita yang digambarkan oleh mereka yang hidup dalam keadaan tersebut. Saya amat khuatir jika keputusan penerimaan kemasukan Chin Peng ke Malaysia dilihat positif. Ternyata, masyarakat Malaysia berada dalam tahap kebimbangan kerana sikap tidak berperikemanusiaan Chin Peng akan kembali menyerang rakyat yang tidak berdosa tanpa mengira kaum. Saya takut, perasaan benci dan keganasan rakyat ini dilihat dari sudut kaum sehingga timbul perasaan prejudis terhadap sesuatu kaum kelak. Kesannya, masyarakat tidak dapat bersatu padu tanpa kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk membina negara yang lebih maju dalam bidang politik,ekonomi, sosial,pembangunan dan sebagainya.
Oleh itu, pihak yang terlibat dalam proses penerimaan semula pemimpin PKM iaitu Chin Peng untuk kembali ke Malaysia perlu melihat dan memikirkan implikasi secara keseluruhannya baik kepada bangsa, agama dan negara... Dalam surah Al-Anfal ayat 60, Allah s.w.t telah berfirman supaya umat islam sentiasa bersedia menghadapi musuh. Ini tidak bermakna, manusia dibenarkan menghukum mana-mana mereka yang melakukan kesalahan... cuma tindakan kita untuk tidak membawa masuk Chin Peng ke Malaysia dibuat dengan cara yang baik tanpa ada perasaan negatif terhadapnya... mudah-mudahan perbuatan yang dianggap tidak berperikemanusiaan yang dilakukan olehnya itu dapat disedarkan dengan cara yang betul.
Sekian,
Terima kasih...
Daripada:
NAMA: NOR FARAH WAHIDA BINTI HAHARY
NO.MATRIK: 95060
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN (ANSOS)
Kematian para pejuang adalah sebagai wira negara. namun dalam hal ini apa yang telah berlaku sememang terlalu banyak memberi kesan kepada ahli keluarga arwah yang terkorban. perbuatan Chin Peng seharusnya dijadikan sempadan buat generasi pada hari ini supaya mereka tidak terus hanyut dengan dunia sendiri tanpa memikirkan apa yang pernah dialami dan ditanggung oleh perjuang untuk mendapatkan kedamaian yang dikecapi pada hari ini.Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.Namun isu membawa pulang Chin peng menjadi persoalan bayak pihak.Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh (bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.oleh yang demikian renungkanlah bersama adakah wajar Chin peng di bawa pulang ke Malaysia..Sejarah mungkin berulang..malah lebih dasyat mungkin...
BalasPadamdaripada: SYAZWANI BINTI DRANI
major : KERJA SOSIAL
no matrik : 98963
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPertama sekali saya ingin mengucapkan takziah dan bersimpati kepada keluarga mangsa yang telah terkorban dalam nahas helikopter tersebut.Jasa mereka tidak dapat dilupakan.
BalasPadamBagi soal patutkah Chin Peng kembali ke Malaysia, Chin Peng tidak patut dibiarkan kembali ke Malaysia kerana kehadirannya akan menimbulkan kekecohan dan hura hara kepada negara dan juga rakyat. Seperti mana yang diketahui negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman. Negara mungkin tidak aman jika Chin peng kembali, kerana suatu masa dahulu Chin Pheng pernah melakukan kekejaman tanpa ada sifat belas kasihan dan tidak sukar jika Chin Peng melakukan kekejaman itu kembali. Oleh itu, masyarakat perlu memikirkan kembali adakah patut membiarkan Chin Peng kembali ke Malaysia
SITI INURSULIANA BINTI OSMAN
98960
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN,UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamassalammualaikum..
BalasPadamSquad,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga-keluarga yang telah terkorban dalam nahas tersebut. Saya berasa amat simpati terhadap mangsa-mangsa yang pernah dan sempat merasai kekejaman Chin Peng. Meskipun kini Malaysia sudah aman, namun perbuatan Chin Peng terhadap negara kita tidak patut dan tidak harus dilupakan. Mangsa-mangsa yang tidak bersalah dan tidak berdosa mengapa harus menjadi mangsa????. Biarpun "derita" tersebut telah lama berlalu namun ia tetap terpahat sebagai satu kenangan yang amat pahit dalam liputan memori. Lebih-lebih lagi pada sesiapa yang telah merasainya. Biarpun sekembalinya Chin Peng ke Malaysia dalam keadaan yang tidak 'SEGAGAH' dulu namun ia tetap tersimpan 1000 penderitaan. Justeru pada pendapat saya,tidak sepatutnya untuk Chin Peng kembali semula ke Malaysia dan biarlah Malaysia berada dalam keadaan aman.
Sekian,
Daripada:
Halimahtun Saadiah binti Abu Hasim
Pelajar Major Ekonomi (94972),
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Alhamdulillah kita seharusnya bersyukur kerana kita masih bernafas di bumi ini di atas jasa insan yang terkorban pada era terdahulu.Jelas sekali Chin Peng tidak mengenal sesiapa,bagi Chin Peng,dia berjuang untuk menegakkan fahaman radikal komunis.Dia membunuh manusia yang tidak berdosa.Mungkin Benar dia membuka jalan ke arah kemerdekaan,tp harus diingat pembuka jalan itu mengorbankan banyak nyawa insan yang tidak berdosa..Memang betul hak tetap hak,dan kita perlu memaafkan mereka yang melakukan kesilapan,tetapi untuk membawa balik Chin Peng adalah mustahil.Biarlah dia jauh dari bumi Malaysia jika mahu melihat dia hidup aman dan tenteram.Takut nanti bila balik,dia tersungkur menyembah bumi menjadi mangsa kepada mereka2 yang masih merasai penderitaan kaum dan sanak saudara mereka yang terdahulu...
BalasPadamFARIDAH BT AHMAD ( 94969 )
selepas apa yang dilakukan oleh Chin Peng pada zaman dahulu, sy tidak akan sesekali akan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. telah banyak peristiwa hitam yang dilakukan oleh chin peng yang telah mengakibatkan banyak pertumpahan darah berlaku di tanah melayu pada masa itu. ramai yang terkorban adalah untuk berjuang mempertahankan tanah melayu dari dikuasai oleh PKM, tetapi dengan membenarkan chin peng pulang ke Malaysia adalah ibarat mengundang bala. memang tidak dinafikan bahawa chin peng sudah tua dan tidak berdaya lagi dan chin peng mahu pulang ke malaysia adalah untuk menghabiskan sisa hidupnya disini. tetapi kita semua perlu ingat bahawa, walaupun chin peng sudah tua dan tidak berdaya namun idealogi pemikiran komunis chin peng mungkin tidak turut tua seperti usianya. mungkin chin peng ingin pulang ke malysia dengan masih membawa idealogi komunisnya dahulu. tidak mustahil pengikut-pengikut chin peng masih ada di malaysia dan hanya menunggu arahan daripada chin peng. semua itu tidak mustahil akan berlaku jika kita membenarkan chin peng pulang ke Malaysia. kita perlu ingat bahawa idealogi chin peng ini adalah berhaluan kiri. chin peng tidak pernah berasa bersalah dengan apa yang pernah dilakukan terhadap tanah melayu ,malahan berbangga dengan apa yang dilakukan olehnye. adakah seseorang seperti ini mahu diterima semula selapas peristiwa hitam yang pernah dicalitkan olehnya pada masa dahulu?
BalasPadamkita perlu ingat segala pengorbanan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang yang bermati-matian untuk mempertahankan tanah air dari pengganas, namun adakah kita mahu mempersia-siakan pengorbanan nenek moyang kita dengan membenarkan pengkhianat negara ini pulang ke Malaysia??
Tepuk dada tanyalah selera...
Nadiah Binti Mohd Rahim (95042)
Mej (B) Nor Ibrahim bin Sulaiman, saya mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga arwah yang telah terkorban dalam nahas helikopter nuri yang berlaku pada tahun 1976. Saya turut merasa sangat simpati terhadap ahli keluarga arwah yang telah terkorban dalam nahas tersebut. Sesungguhnya, peristiwa ini telah meninggalkan kesan luka yang amat mendalam kepada pejuang-pejuang lain yang turut sama-sama mempertahankan tanah air tercinta. Perjuangan mereka bukanlah sesuatu yang dianggap remeh dan sia-sia, tetapi perjuangan mereka telah menyelamatkan tanah air tercinta daripada tergadai di tangan PKM. Kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya generasi muda seharusnya menghargai jasa para pejuang yang telah bertungkus-lumus melawan kekejaman PKM sehingga kita dapat merasai hidup harmoni seperti hari ini. Semangat juang mereka tidak pernah luntur sehingga kini dan kita seharusnya menjadikan iktibar atas segala usaha para pejuang tanah air dalam menyelamatkan tanah air tercinta. Justeru, apa gunanya membawa Chin Peng kembali ke Malaysia setelah banyak nyawa yang terkorban angkara ketua PKM itu? Ini akan menyemarakkan lagi kemarahan pejuang-pejuang tanah air yang ada dan keadaan hura-hara pasti akan berlaku jika Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia semula.
BalasPadamDaripada:
Siti Mariam binti Mohd Janudin(95137)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM
Salam takziah dan simpati saya ucapkan kepada semua keluarga arwah yang terkorban dalam tragedi yang menimpa mereka dalam nahas helikopter tersebut...jasa dan pengorbanan perjuangan mereka yang berjuang pada zaman komunis ini amatlah dihargai dan dikenang.
BalasPadamMengenai wajarkan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng pulang ke Malaysia pada pendapat saya dan kebanyakan mangsa kekejaman komunis adalah sangat-sangat tidak wajar diterima pulang ke Malaysia.
Hal ini karana Chin Peng merupakan Ketua Parti Komunis Malaya yang mendapat 'political assylum' dari Thailand. Kehadiran Chin Peng hanya akan menimbulkan kekecohan serta huru hara kepada negara kita. Kita sedia maklum negara kita sekarang aman damai dan harmoni tanpa ada sebarang ancaman.
Daripada:
Maizatul Akma Bt Mat Daud
94994
Assalamualaikum......
BalasPadamSalam takziah diucapkan kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalm tragedi tersebut. Pada pendapat saya, rakyat Malaysia telah pun kehilangan wira-wira yang berani, yang sanggup mengorbankan nyawa demi negara yang tercinta....walaupun tragedi tersebut telah lama berlalu, namun kita masih dapat merasakan satu kehilangan yang amat besar dan masih dapat merasai kesedihan tersebut.
Segala pengorbanan yang telah diberikan mereka harus kita hargai dan kita sanjung....kita sebagai rakyat yang prihatin, harus benar-benar memahami mengapa kita perlu menghalang Chin Peng dari kembali ke negara kita Malaysia....
Chin Peng merupakan ketua Parti Komunis Malaya yang bertindak kejam dan sering menimbulkan kekecohan pada suatu masa dahulu...jadi, kita perlu berwaspada dan melindungi negara serta tidak terpedaya dengan taktik-taktik Chin Peng untuk kembali ke Malaysia.....
Wan Nur Idayu Binti Wan Khalim
(95164)
Sains Kemasyarakatan (kerja sosial),USM.
Assalamualaikum wbt...
BalasPadamMej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang nahas dalam kekejaman yang telah dilakukan oleh pengkhianat bangsa dan negara iaitu CHIN PENG!..Walau tidak mengalami sendiri peristiwa yang sangat tragis ini, saya turut merasakan penderitaan dan juga kesengsaraan yang dialami oleh bekas-bekas pejuang negara yang masih hidup dan juga sudah meninggal dunia. Perjuangan yang dilakukan mereka ini amat berharga kapada kita semua sebagai rakyat malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian sekarang ini..Sanggupkah kita menerima kembali pengkhianat bangsa?? adakah kita inginkan peristiwa hitam dahulu berlaku kembali??tidak mustahil, penerimaan CHING PENG kembali akan menyebabkan penghianat ini menyebarkan kembali ediologi komunis kepada rakyat negara kita..
Pihak yang berkenaan yang menjalankan proses penerimaan semula pemimpim PKM itu kembali semula ke tanah air yang sekarang ini penuh dengan keamanan patut difikirkan secra lebih rasional dan memikirkan bagi semua pihak.Hal ini sangat penting kerana kekejaman yang telah dilakukan CHIN PENG sehingga meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada nenek moyang kita dahulu dan juga pejuang-pejuang yang masih lagi hidup sekarang.Bagi generasi sekarang mestilah memahami erti pengirbanan yang telah dilakukan oleh pejuang bangsa dan negara dahulu bagi kesedaran diri.Kekejaman Chin Peng yang tidak berperikemanusiaan ini juga turut mengakibatkan kehilangan pejuang negara yang ingin menjaga keamanan negara dan juga menyebabkan pejuang-pejuang negara ini mengalami kecacatan kekal yang akan diingati sampai hujung nyawa.
Justeru itu, wahai rakyat Malaysia, bangkitlah dari tidurmu dan janganlah leka dengan godaan dunia ini. Marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang bangsa dan menyekat kemasukan kembali penghianat bangsa ini iaitu CHIN PENG!!!Pihak yang berwajib mestilah fikirkan kembali idea yang inginkan pengkhianat bangsa ini kembali ke tanah air kita ini......
Sekian, terima kasih
Norhazwany binti baharudin
95081
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.
”Kepada penyokong-penyokong membawa balik Chin Peng, TOLONG JELASKAN KEPADA ANAK-ANAK WIRA-WIRA TERSEBUT BAGAIMANA MEREKA KEHILANGAN BELAIAN SEORANG BAPA.”
BalasPadamSaya tertarik dengan kenyataan ini. Jelas bahawa pengorabanan seorang ayah dalam menjalankan tugas bukan bererti ingin mensia-siakan anaknya tapi adalah untuk membela masa depan mereka malah masa depan generasi yang ada pada hari ini. Wira-wira inilah titik tolak kepada keamanan negara kita sekarang. Apakan keganasan yang dulu perit digalas oleh mereka yang berjuang untuk kelangsungan hidup kita perlu dibalas dengan penerimaan semula PENCETUS keganasan tersebut?adakah kita sanggup menjadi manusia yang tidak pandai berterima kasih dan berbudi ke arah kehancuran sendiri?inilah yang generasi baru kita perlu faham bahawa mereka tidak hidup aman sekarang tanpa pengorbanan WIRA2 negara ini.(ARAISYAH BINTI MAT ARIF,94952)
Sedih sungguh sejarah hidup pejuang-pejuang yang ingin memastikan negara ini aman daripada cengkaman PK. Mereka sanggup berkorban jiwa dan raga. Kita harus melihat sejarah yang pernah berlaku pada zaman dahulu, dan tidak seharusnya membiarkan ianya hanyut bagaikan air sungai yang mengalir. Sejarah pasti akan berulang sekiranya kita tidak memahami sejarah. Walaupun perkara itu sudah berlalu, tapi Chin Peng tidak patut dibawa pulang ke Malaysia kerana dia sendiri pemusnah bangsa dan negara. Ingatlah apa yang yelah dilakukan olehnya, rakyat menderita menanggung kesengsaraan dan banyak nyawa yang terkorban. Ingatlah sejarah kerana, sejarah mungkin berulang semula...ingatlah.
BalasPadamNama : Nurul Farahana binti Mohamed Idris ( no matrik: 95109 )
Sains Kemasyarakatan ( 3P )
Universiti Sains Malaysia
Nama: ARIMAWATY JIBIN
BalasPadamNo. Matrik: 94953
Tajuk: "Pengalaman ke2"
Komen:
Terima kasih kepada Encik Xnuripilot kerana sudi berkongsi pengalaman beliau. Membaca pengalaman beliau ini membutakan bulu roma saya meremang. Trajik dan sangat memilukan kisahnya ini. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaan pada masa itu. Sangat mengerikan. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga yang terlibat. Isu ini melibatkan banyak hubungkait dengan emosi penulis (Encik Xnuripilot). Saya cuba memahami dan mengaplikasikannya pada hari ini. Dalam menuntut kemerdekaan, sememangnya memerlukan pengorbanan. Namun pengorbanan mereka ini telah meninggalkan kesan mendalam di dalam hidup anak-anak, isteri dan keluarga yang ditinggalkan selama-lamanya. Saya agak bersetuju dengan pendapat Pak cik Uzir yang bimbangkan Komunisme ini akan 'hidup' kembali jika Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia. Mungkin ia tidak akan kelihatan pada waktu terdekat namun dalam masa 10 tahun dari sekarang ada kemungkinan Komunisme akan ada kembali. Oleh yang demikain, terpulang kepada kebijaksanaan pihak kerajaan Malaysia menyelesaikan maslah ini. Sebagai rakyat jelata, kita berhak bersuara dan memberi pendapat. Cuma harapan saya, kerana perkara ini jangalah peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali. Kita semua hidup dalam 1 negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Bertimbang rasa lah sesama sendiri. Rasanya, anak2 atau keluarga mangsa juga berpendapat sedemikian jika ditanya perasaan mereka. Cukuplah apa yang terjadi, jangan di timbulkan dan diperbesar-besarkan hal yang telah berlalu. Mahukah pembaca semua melihat negara kita musnah kerana hal ini?Pasti tidak bukan. Tepuk dada tanya minda. Sekian, terima kasih.
saya turut berasa sedih dan bersimpati terhadap pejuang-pejuang negara yang terkorban angkara perbuatan pengecut pihak komunis terbabit..salam takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga mangsa..saya berpendapat bahawa ketua pengganas itu tidak patut dibenarkan memasuki semula negara ini kerana ia hanya akan menambahkan lagi luka dihati para pejuang negara yang terselamat dan juga waris-waris pejuang negara yang telah terkorban...salam takziah...
BalasPadamnama - mohamad fareez bin husin.
matrik - 95006
Assalammualaikum wbt.....
BalasPadamSaya amat berbangga dengan Mej (B) Nor Ibrahim bin Sulaiman serta para perajurit Malaysia kerana sanggup bekorban nyawa, keluarga, masa dan segala-galanya demi mempertahankan keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia. Kami generasi muda hari ini amat berterima kasih kepada semua perajurit kerana demi mereka kami hidup aman hingga kini.
Pada 13 Jun lalu,kita telah digemparkan oleh desakan Datuk seri Anwar Ibrahim yang ingin menghalalkan "Raja Komunis Malaya' pulang atas dasar "perikemanusiaan". Desakan ini telah menimbulkan banyak rasa ketidakpuasan rakyat Malaysia.Persoalannya, adakah Chin Peng sendiri "berperikemanusiaan" pada rakyat Malaysia dahulu?
Walaupun saya dilahirkan selepas negara merdeka, tetapi saya turut berasa tidakpuas hati apabila mendengar isu ini. Hal ini kerena, Chin Penglah orang yang mengetuai PKM yang telah menyebabkan banyak nyawa rakyat terkorban. Anak-anak kecil kehilangan ibu bapa, gadis-gadis diperkosa dan askar-askar dibunuh dengan kejam.
Perlukah kita memberi peluang kepada Chin Peng sedangkan beliau sendiri tidak pernah mengakui kesalahannya. Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya apatah lagi memohon maaf diatas keterlanjurannya. Bahkan menyatakan kebanggaannya diatas perjuangannya seperti yang ditulis olehnya didalam buku "Alias Chin Peng : My Side of History".Beliau sendiri terlalu ego untuk memohon maaf, oleh itu mengapa kita perlu memafkannya?
Walaupun Chin Peng merupakan anak kelahiran Setiawan,Perak, tetapi beliau tidak pernah belas kasihan pada masyarakat negaranya sendiri. Kita dapat lihat tragedi Bukit Kepong dimana Leftenan Adnan telah terkorban demi mempertahankan negara akibat keganasan komunis.
Oleh yang demikian, saya berasa kecewa sekiranya masih ada golongan yang ingin membawa Chin Peng kembali. Kepada kalian sekalian, bacalah majalah Mastika keluaran Ogos kerana didalamnya juga mencoretkan kisah seorang pesara Tentera yang telah berperit getir mempertahankan negara.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI PAHLAWAN" kepada seluruh warga tentera Malaysia termasuklah perajurit kita....Jasa kalian akan tetap diingati dan akan diperturunkan kepada generasi masa hadapan....
NORFAHIZAH BINTI BAKAR
95078
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN,USM...
Assalamualaikum...
BalasPadamDikesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga para pejuang yang telah terkorban dalam nahas helikopter tersebut. Peristiwa tersebut pastinya akan sentiasa menjadi satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan oleh mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman dan ahli keluarga pejuang-pejuang yang terkorban. Bayangkanlah andai Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia, pastinya luka lama akan berdarah kembali. Pastinya ahli keluarga para pejuang yang telah kehilangan tempat bergantung dan tidak kurang juga para pejuang yang telah mengalami kecacatan anggota badan akibat kekejaman Chin Peng akan terasa hati dan terluka. Mereka juga mungkin akan berasa terkilan dan seolah-olah penderitaan mereka selama ini langsung tidak diendahkan. Oleh itu, bagi saya kepulangan Chin Peng hanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan...adalah lebih baik untuk dia kekal sahaja di mana dia berada..tidak perlulah kembali (nokhtah!!!)
daripada:
SITI SALWA BINTI AHAMAD
(95133)
SAINS KEMASYARAKATAN (KERJA SOSIAL)
NAMA : MASARAH BINTI MOHAMAD YUSOF
BalasPadamNO. MATRIK : 95000
MAJOR : KERJA SOSIAL
SALAM...PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA PEJUANG-PEJUANG SERTA SEMUA YANG TERKORBAN SEMASA KOMUNIS BERMAHARAJALELA DI NEGARA INI. PADA PENDAPAT SAYA, SAYA LANGSUNG TIDAK BERSETUJU SEKIRANYA CHE PENG DIBAWA KEMBALI KE NEGARA INI WALAUPUN DIA SUDAH INSAF DENGAN SEGALA PERBUATAN YANG TELAH DILAKUKANNYA DAHULU. HAL INI KERANA TERLALU BANYAK NYAWA YANG TIDAK BERDOSA TERKORBAN TERMASUK WIRA-WIRA PEJUANG YANG SANGGUP BERGADAI NYAWA UNTUK MEMPERTAHANKAN TANAH AIR SUATU MASA DAHULU. APABILA MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH MASA LALU, KOMUNIS ADALAH KUMPULAN YANG BEGITU KEJAM KEPADA PENDUDUK TANAH AIR. CHE PENG YANG MERUPAKAN SALAH SEORANG YANG BERPENGARUH BESAR DALAM KOMUNIS TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM SEGALA KEKEJAMAN YANG TELAH BERLAKU PADA MASA ITU. WALAUPUN DIA MENYATAKAN PERASAAN INSAF TERHADAP SEGALA YANG TELAH DILAKUKAN, PENGAJARAN PERLU DIBERIKAN KEPADANYA. TAMBAHAN PULA, MUNGKIN DIA MEMPUNYAI AGENDA YANG BURUK UNTUK BALIK KE NEGARA INI. TIDAK MUSTAHIL SEJARAH AKAN KEMBALI LAGI KERANA KALAU DIA BALIK KE SINI, KONCO-KONCONYA YANG MASIH BERTAHAN PASTI AKAN KEMBALI AKTIF DAN SEKALIGUS NEGARA KITA AKAN BERADA DALAM KEADAAN YANG TERANCAM. DALAM HAL INI CHE PENG TIDAK SEPATUTNYA DIBENARKAN PULANG KE NEGARA INI KERANA PADA MASA KINI, PIHAK KOMUNIS MASIH LAGI ADA TETAPI MASIH DAPAT DIKAWAL OLEH PERTAHANAN NEGARA KITA. CUBA KITA BAYANGKAN, SEKIRANYA CHE PENG YANG SUATU KETIKA DAHULU PERNAH MENJADI KETUA KUMPULAN KOMUNIS KEMBALI SEMUA KE NEGARA INI, SUDAH PASTI SEMANGAT AHLI-AHLI KUMPULAN KOMUNIS KEMBALI MEMBARA DISEBABKAN SEMANGAT KUMPULAN YANG ADA DALAM DIRI SETIAP AHLI YANG BERNAMA KOMUNIS. JUSTERU, KITA JANGAN MUDAH ALPA DENGAN SEGALA YANG BERLAKU KERANA SEJARAH BANYAK MENGAJAR KITA YANG MEMBUATKAN KITA BERINGAT TENTANG SEGALA YANG TELAH BERLAKU.
Sekali lagi saya berasa simpati terhadap peristiwa yang menimpa saudara dan rakan-rakan seperjuangan saudara dan mengucapkan takziah keatas anggota-anggota perjuang negara yang terkorban..... Saya berasa bangga diatas semangat setia kawan yang ada pada diri saudara, dan saya juga merasakan tidak wajar chin peng dibawa balik ke negara, kerana jenayah yang dilakukannya sehinggga mengorbangkan ramai nyawa pahlawan negara kita. tindakan membawa balik Ketua PKM itu kelihatan seolah-olah tidak menghargai darah yang telah ditumpahkan oleh wira-wira negara ini.. Sememangnya dengan membawa balik penjenayah ini hanya akan menimbulkan kekecohan dalam negara kerana saya percaya, kebencian masyarakat kepada Chin Peng masih lagi tertanam dalam diri mereka dan rasa membalas dendam masih menebal.
BalasPadamNama: Mohd Zuhairie B. Sahfii
No Matrik: 95029
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Tahun 3,
Universiti Sains Malaysia
Salam,
BalasPadampertama sekali saya mengucapkan takziah kepada keluarga perajurit-perajurit negara, yang sedia mengorbankan nyawa demi keselamatan negara. Saya bersimpati keatas keluarga-keluarga mangsa yang kehilangan belaian seorang bapa, lebih-lebih lagi pada hari bapa, saya bersyukur kerana masih mempunyai seorang bapa.
hurm.. menurut pandangan saya, ching peng boleh masih datang ke Malaysia sebagai pelancong sahaja, untuk menetap di Malaysia tidak sama sekali,pertama kerana kita orang Malaysia yang penuh dengan tatasusila dan dengan sifat-sifat perikemanusiaan kita sebagai orang Malaysia menyebab kita masih boleh menerima beliau sebagai pelancong, tidak siapa boleh menghalang beliau untuk melancong, namun jika menetap di Malaysia tidak sama sekali.. TIDAK! ini kerana disebabkan beliau dan konco-konco beliau yang mempunyai misi yang mahu menjatuhkan Malaysia adalah dianggap sebagai pengkhianat Negara, walaupun peristiwa tersebut telah lama berlalu dan beliau sudah terlalu tua untuk mengangkat senjata dan menjadi komunis semula, namun beliau masih mampu menyampaikan Ideologi-ideologi beliau yang masih boleh membuat Masyarakat-masyarakat terpengaruh terutamanya lemah dan tipis jati diri nya.
Bagi saya untuk apa kita menerima orang pernah mengkhianati negara kita, walaupun perbuatannya telah lama dan kalau nak dihitung telah terlalu lama dan semua orang hampir melupakan perbuatannya, namun harga nyawa yang perlu dibayar dan anak-anak yang kehilangan kasih sayang seorang bapa dan kehilangan keluarga, boleh kah dibayar? Apakah perasaan anda sekiranya anda berada ditempat meraka yang kehilangan keluarga ini, bolehkah anda memaafkan? melupakan? mungkin untuk memaafkan itu, bukan sesuatu yang mustahil, namun untuk melupakan itu paling mustahil, lagi-lagi pemergian yang dihadapan mata mereka sendiri. Bagi saya itu sesuatu yang pahit dan tidak mungkin dilupakan, Bagaimana dengan anda saya tidak tahu...
Akhir sekali lagi, saya menekankan bahawa saya tidak akan pernah bersetuju sama sekali kehadiran beliau sebagai pemastautin dinegara ini. Biarlah sekalipon beliau mengatakan beliau telah insaf, Bolehkah dipercayai?? atau kembali dengan misi, ideologi dan strategi-strategi baru..? atau ada udang disebalik batu..kita tidak tahu sama sekali niatnya itu..
Jadi fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah!
Siti Noorehan MZ
Pusat Pengajian Komunikasi
USM Penang.
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia
BalasPadamselepas membaca artikel ini, barulah saya tahu perbuatan chin peng yang kejam ini, perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan adalah tidak boleh dimaafkan, jadi, dia tidak patut dibenarkan untuk pulang ke malaysia.
sebagai rakyat malaysia, adalah tanggungjawab kita untuk membawa dan menjamin harmoni negara kita sendiri. atas perbuatan chin peng, dia tidak berlayak lagi untuk kembali ke malaysia disebabkan perbuatannya telah membawa impak negatif dan kesan-kesan kepada mangsa-mangsa dan negara kita.
di samping itu, perjuangan para pahlawan adalah patut kita contohi dan belajari demi keamanan negara kita oleh generasi-generasi yang akan datang. dengan itu, barulah boleh mengelakkan peristiwa yang sedih itu berlaku lagi pada masa hadapan.
Yeoh Li Hon (95166)
Takziah kepada keluarga para pejuang yang terkorban dalam tragedi tersebut. Sememangnya jasa dan pengobanan mereka dalam mempertahankan negara seharusnya kita hargai. Perjuangan mereka mengajar kita tentang harga sebuah keamanan yang kita nikmati pada hari ini. berbanding dengan generasi sebelum ini, mereka berkorban demi mempertahankan keamanan negara dan perlu kita tanya kepada diri sendiri apa pula sumbangan kita demi memastikan keamanan negara terus dipertahankan? selain itu, kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai tentunya memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Oleh itu tidak seharusnya kita mengulangi sejarah lama dengan menerima kembali ketua parti komunis itu yang tidak dapat kita jangkakan apakah agenda yang mungkin tersembunyi.seharusnya sejarah hitam tersebut tidak di harus diulangi kembali..
BalasPadamTakziah kepada keluarga para pejuang yang terkorban dalam tragedi tersebut. Sememangnya jasa dan pengobanan mereka dalam mempertahankan negara seharusnya kita hargai. Perjuangan mereka mengajar kita tentang harga sebuah keamanan yang kita nikmati pada hari ini. berbanding dengan generasi sebelum ini, mereka berkorban demi mempertahankan keamanan negara dan perlu kita tanya kepada diri sendiri apa pula sumbangan kita demi memastikan keamanan negara terus dipertahankan? selain itu, kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai tentunya memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Oleh itu tidak seharusnya kita mengulangi sejarah lama dengan menerima kembali ketua parti komunis itu yang tidak dapat kita jangkakan apakah agenda yang mungkin tersembunyi.seharusnya sejarah hitam tersebut tidak di harus diulangi kembali..
BalasPadamNurulshahada Bt Mohd Sharif
95116
ppsk
Nama : Khazaimah Binti Abas
BalasPadamMatrik : 94988
Major : Kerja Sosial (PPSK USM)
Sebelum saya memberikan pandangan mengenai artikel ini, telebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan takziah keatas keluarga arwah yang terkorban semasa bertungkus lumus dalam perjuangan memerdekakan negara yang tercinta ini, "Malaysia". Pada pandangan saya, kepulangan Chin Peng ke Malaysia akan mengingatkan kembali tragedi yang berlaku sebelum dan selepas kemerdekaan. Chin Peng adalah ketua utama PKM dan gagal mengadakan Rundingan Baling yang perlu dipersalahkan keatas tindakannya. Walaupun Tunku Abdul Rahman memberi peluang dan kebenaran kepada Chin Peng untuk bergiat dalam politik yang lain dan membubarkan PKM secara aman, tetapi beliau tetap dengan keegoan dan keangkuhannya untuk meneruskan PKM tersebut. Dengan ini, pada pendapat saya tidak bersetuju jika Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, walaupun negara ini merupakan tanah kelahirannya. Hal ini kerana, beliau telah merosakkan dan memusnahkan tanah air sendiri dengan merelakan dasar komunise berleluasa.Tambahan pula komunis telah berperang tanpa haluan serta terus-menerus sehingga mengorbankan ribuan nyawa orang yang tidak bersalah demi merealisasikan hasratnya untuk menganjurkan fahaman “perhambaan minda” . Disamping itu, tragedi Bukit Kepong menjadi bukti nyata ke atas tindakan komunis yang tidak berperikemanusiaan. Baru-baru ini negara kita digemparkan isu kerajaan menimbang kembali usaha untuk membawa Chin Peng balik ke Malaysia. Pernyataan tersebut mengejutkan rakyat Malaysia bahawa adakah ini satu permainan politik? Rakyat Malaysia perlu berusaha dan bersatu padu untuk mengenepikan perbezaan politik dan kaum dalam menentang kemasukan Chin Peng ke dalam negara kita. Ekoran daripada itu, walaupun Chin Peng telah bertaubat dan mengakui kesilapannya yang lepas, saya tidak mahu beliau masuk ke Malaysia. Jika Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia, ini akan menimbulkan kekeliruan dan negara boleh menjadi porak -poranda. Hal ini kemungkinan pengaruh beliau masih kuat di negara kita dan berkemungkinan boleh mempengaruhi saki baki pengikutnya yang berada di negara ini. Contohnya, Tun Dr. Mahathir Muhamad, walaupun beliau bekas pemerintah pada suatu ketika dahulu, tetapi pengaruhnya masih kuat sehingga sekarang. Bak kata pepatah 'sekali beliau bersuara, akan dapat mengegarkan 1 Malaysia ini'. Justeru itu, cintailah negara kita dan hargailah jasa dan pergorbanan nenek moyang kita dahulu yang ditembak dan dibunuh dengan kejamnya. Tambahan pula, Chin Peng tidak termasuk dalam kategori yang layak dikaitkan dengan apa yang dinamakan 'Berperikemanusiaan'.
Salam takziah saya ucapkan kepada anggota-angota tentera yang terkorban semasa berjuang mempertahankan negara..
BalasPadamUmumnya, generasi kini hanya mengetahui cerita melalui sejarah.. generasi kini hanya menilai kejadian lalu..generasi kini sangat bertuah kerana tidak perlu lagi bersembunyi dalam rumah dan mendengar bunyi letupan yang dahsyat.. yang didengari hanyalah letupan bunga api yang menghiasi langit yang gelap gelita..
sungguhpun begitu, pengalaman saudara benar-benar menyentuh hati saya.. pengalaman saudara semasa berjuang sangatlah berharga kerana ia membantu generasi muda supaya menghargai keamanan negara yang sedang kita perolehi ini..
mengenai Chin Peng, memang dia bersalah kerana PKM telah banyak membunuh pejuang-pejuang kemerdekaan.. dari sudut emosi, apabila melihat kejadian yang saudara alami memang dia sepatutnya tidak layak kembali ke Malaysia..
Namun begitu, Chin peng yang sekarang tidak lagi segagah yang dahulu.. sekembalinya ke Malaysia memang mendapat pelbagai reaksi yang hebat daripada seluruh rakyat Malaysia.. namun, dia masih insan biasa yang turut mempunyai hak walaupun berlainan ideologi..
oleh itu, pada pendapat saya , dia berhak kembali ke Malaysia kerana dia merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan berhaluan kiri.. memang kita tidak dapat lupakan apa yang telah berlaku namun memafkan musuh yang sudahpun lemah lebih mendamaikan kita daripada terus memusuhinya..
Imroatussholehah Bte Mohd Sholeh
94976
PPSK
salam sejahtera...
BalasPadamterlebih dahulu saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira bangsa yang telah mencurahkan bakti, memperjuangkan keamanan negara sehingga terngadai nyawa. saya bangga dengan keberaniaan para pejuang ini dan patut di contohi oleh semua rakyat negara ini serta ambil ikhtibar daripada nilai perjuangan yang telah dicetuskan oleh wira-wira ini. pahit getir disahut bersama demi mempertahankan maruah bangsa,"bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung". sekembalinya Chin Peng Ke Malaysia baru-baru ini menimbulkan ketegangan yang amat ketara sekali bagi sesetengah pihak yang menyokong beliau. sesetengah pihak yang menyokong Chin Peng ke Malaysia banyak yang berpendapat bahawa perjuangan beliau memimpin gerakan PK unutk mara menentang penjajahan pada ketika dahulu adalah suatu yang harus dibangggakan dan atas dasar itulah mengapa ada sebilangan rakyat menyambut kedatangan Chin Peng untuk kembali ke negara ini.sebagaimana yang kita tahu bahawa CP dibuang ke luar Malaysia adalah kerana PK bangkit untuk memberontak hanya kerana fahaman yang tidak diterima oleh rakyat.justeru sekembalinya CP ke Mlaysia adalah suatu yang tidak mungkin kerana kuatir akan mengancam keselamatan negara. kerajaan takut sekiranya CP kembali semula ke sini maka ada kemunkinan fahaman komunisme akan mempengaruhi rakyat ditambah lagi dengan dorongan pengikut-pengikutnya yang masih bertapak di Malaysia. selain itu juga kembalinya CP akan mengundang rasa tidak puas hati pembangkang ataupun seluruh keluarga yang teraniaya dan terkorban pada ketika dahulu.hal ini kerana trauma mengenai kisah-kisah zaman komunis belum tentu luput dalam fikiran rakyat ketika itu sehinggalah hari ini. keganasan PK yang dipimpin oleh CP ini banyak menimbulkan konflik dan kekejaman, jadi wajarlah CP tidak boleh kembali sebagai hukuman yang muktamat.justeru saya rasa wajarlah kerajaan berbuat demikian kerana dengan cara sedemikian, tidak akan timbulnya rasa ketidakadilan kerana walaupun sikap CP menimbulkan huru hara dengan melkukan banyak kekejaman dan keganasan namun sebelum itu beliau juga mempunyai jasa terhadap Tnah Malaya (kini Mlaysia)dengan melakukan penentangan terhadap pihak penjajah yang menawan tanah Mlaya.so..adillah hukuman tersebut dilakukan...jadi kesimpulannya walaupun saya bangga apa yang dilakukan oleh CP dalam perjuangan menentang penjajah namun pada masa yang sama juga saya membantah keras Cp masuk semula ke negara ini..
daripada:
MASLINAH BINTI JUSIDI
(95002)
soc.science,usm
Tajuk "Pengalaman Ke2 DAN "mengapa menentang Chin Peng Kembali ke Malaysia"
BalasPadamSaya melahirkan rasa penghargaan di atas perjuangan yang dipamerkan dan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh bekas parajurit negara yang sanggup berkorban nyawa, masa dan tenaga. Selain itu, saya mengutuskan ucapan takziah atas pemergian mereka yang banyak menabur bakti.walau bagaimanapun, peristiwa ini perlulah menjadi pengajaran kepada semua dan mengambil iktibar yang sewajarnya dengan berfikir adakah patut jika kita membenarkan chin peng atau klon yang seangkatan seperti chin peng untuk meneruskan agendanya di malaysia hanya untuk memporak perandakan negara kita yang sudahpun aman dan merdeka ini. Semangat cintakan negara adalah penting dalam diri seseorang atau semangat patriotik harus diterapkan tidak semestinya menjadi seorang tentera.Oleh hal yang demikian negara harus dijaga agar keamanan terjamin.
-Noraini Binti Ahmad Shah-
-95069-
Salam sejahtera semua
BalasPadamSaya bangga dengan mejar atas jasamu dan bersimpati kepada pihak-pihak yang terkorban serta bertakziah kepada keluarga mereka.
Mengenai kemasukan semula oleh chin peng ke tanah air kita, ramai yang berpendapat tidak setuju dan menyatakan chin peng akan membawa keganasan kepada negara kita. Ada pihak yang masih mengelar dia sebagai 'pengganas'. Ya memang betul beliau merupakan pengganas pada masa tersebut tetapi mungkin telah berinsaf dan ingin bertaubat. Mengapa tidak kita memberi peluang tersebut kepadanya and be positif dalam pemikiran kita. Walau bagaimana pun kita tidak mempunyai kuasa dalam membuat pertimbangan mengenai perkara ini. Semuanya terpulang pada pihak kerajaaan memutuskannya. Harap-harap mereka membuat keputusan yang bernas. Dari pandangan saya mungkin kita boleh memberikan peluang kepada mereka yang bersalah untuk bertaubat..Walau apa pun kepentingan seluruh rakyat malaysia adalah penting dalam membuat keputusan ini... sekian
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa tragedi ini.. saya bersimpati atas nasib yang menimpa keluarga dan besar harapan saya kejadian seperti ini tidak berulang lagi di negara ini.. kesedaran dan cetek pengetahuan tentang sejarah sebelum dan selepas kemerdekaan dalam kalangan rakyat di negara kita memberikan impak yang besar kepada kita sehingga ada yang bersetuju untuk membenarkan chin peng kembali ke negara ini.. hal ini menimbulkan konflik dalam kalangan rakyat malaysia dan tidak mustahil perpaduan dan keharmonian akan tergugat berikutan dengan isu chin pheng ini..
BalasPadamtakziah diucapkan kepada keluarga mangsa tragedi ini.. saya bersimpati atas nasib yang menimpa keluarga dan besar harapan saya kejadian seperti ini tidak berulang lagi di negara ini.. kesedaran dan cetek pengetahuan tentang sejarah sebelum dan selepas kemerdekaan dalam kalangan rakyat di negara kita memberikan impak yang besar kepada kita sehingga ada yang bersetuju untuk membenarkan chin peng kembali ke negara ini.. hal ini menimbulkan konflik dalam kalangan rakyat malaysia dan tidak mustahil perpaduan dan keharmonian akan tergugat berikutan dengan isu chin pheng ini..
BalasPadamnoramiza binti mokhtar
95072
Hanya dengan ucapan takziah yang mampu saya ucapkan kepada ahli-ahli keluaga para pejuan negara dan ucapan ribuan terima kasih kerana membebaskan negara ini daripada dijajah. Peristiwa seperti ini tidak akan dilupakan kerana ia merupakan peristiwa hitam bagi negara kita. Ramai Penduduk Tanah Melayu pada masa itu telah menjadi mangsa kekejaman yang di lakukan oleh komunis, yang diketuai oleh Chin Peng. Kita pernah degar mengenai peristiwa Balai Polis Bukit Kepong. Dimana ramai anggota Polis dan ahli keluarga mereka turut terkorban. Peristiwa-peristiwa sejarah ini telah disimpan di arkib negara sebagai bukti dan sejarah yang tidak akan dilupakan.
BalasPadamsaya baru sahaja menonton sebuah cerita patriotik, iaitu Hati Malaya 1957. Ia menceritakan bagai mana negara kita mengecapi kemerdekaan. Pelbagai usaha dan langkah yang telah diambil oleh para pemimpin dahulu bagi memperoleh kemerdekaan negara ini. Ada diantara mereka sanggup mengadaikan harta benda dan wang ringgit hanya untuk satu benda, iaitu bebas daripada penjajah.
Kini kita telah mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun. Negara kita aman daripada huru-hara. Dengan adanya pemimpin seperti Dato' Onn Ja'afar dan Tunku Abdul Rahman maka berjayalah kita memperoleh kemerdekaan ini. Persoalannya, tidakkah pengorbanan yang dilakukan oleh para pemimpin kita dan pejuang negara ini sia-sia?. Jika seorang Penghianat negara ini seperti Chin Peng di benarkan pulang ke negara ini begitu sahaja, bagaikan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan. Bagaimanakah keamana negara ini, mampukah ia berterusan?. Apa yang paling di kuatiri peristiwa 13 mei akan berulang....
daripada:
Abdul Azfar b. Abdul Aziz (94938)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan(Ekonomi)
Universiti Sains Malaysia
Salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang telah terkorban dalam kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Chin Peng.Chin Peng merupakan Setiausaha Parti Komunis Malaya yang mendapat 'political assylum' dari Thailand. Kepulangan Chin Peng ke Malaysia hanya akan menyebabkan keadaan negara menjadi huru hara dan demonstrasi tunjuk perasaan akan terjadi. Jangan kita menjadi melayu yang pernah lupa pada kekejaman yang telah dilakukan oleh Chin Peng.Chin Peng adalah haiwan yang bertopengkan manusia kerana langsung tidak mempunyai hati dan perasaan pada manusia. kepulangan Chin Peng ke negara ini seolah-olah menjadi satu trauma kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban. Buat ahli keluarga mangsa,anda semua perlu berasa bangga kerana menjadi anggota keluarga yang banyak menaburkan jasa kepada negara.semoga pejuang-pejuang yang telah terkorban ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.amin....
BalasPadamdaripada : NOOR HAYATI AKMAL KAMALUDIN - 95049
PP SAINS KEMASYARAKATAN
(KERJA SOSIAL)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang telibat dalam nahas helikopter tersebut. Pada pendapat saya, ahli keluarga mangsa sudah sememangnya berasa amat sedih atas kejadian yang telah berlaku. Tidak mudah untuk mereka melupakan peristiwa tersebut. Bagaimana peritnya kehilangan kasih sayang seorang bapa dan kasih seorang suami yang selama ini menyara keluarga. Mungkin episod hitam ini sedikit sebanyak sudah dapat diterima oleh ahli keluarga mangsa. Namun untuk menerima Chin Peng kembali adalah mustahil. Mungkin sekembalinya Chin Peng ke malaysia akan merobek kembali luka di hati mereka. Justeru itu, tidak wajar kita menerima kembali Chin Peng ke Malaysia.
BalasPadamSHABARINA BINTI MOHD YUSOP
95128
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
SALAM HARI PAHLAWAN 3I JULAI 2009.
BalasPadamTakkala isu ingin membawa pulang chin peng ke Malaysia diperkatakan dan di bangkitkan semula oleh sesetengah pihak menyebabkan banyak pihak memberi pandangan yang berbeza,rata-ratanya tidak membenarkan kepulanagan orang yang pernah begelar penganas tanah melayu dahulu.Saya sebagai golongan muda walaupun tidak pernah merasa apa itu peperangan ,bila melihat filem melayu seperti Bukit Kepong membuatkan isi hati saya bagai meruntung melihat kekejaman komunis pada masyarakat Melayu ketika itu..Walaupun usia Chin Peng kini sudah tua mungkin keupayaannya untuk beperang tidak lagi ada ,tetapi saya rasa ideologinya masih tetap sama dalam dirinya.
Nama:Noriza BT Sabri
Matrik:83742
Sains politik usm
salam kepada semua..
BalasPadamSekali lagi saya bersa sedih dengan cerita saudara. Saya dapat membayangkan bagaimana keadaan saudara pada ketika itu. Kita mestilah menentang keras dan menghalang Chin Peng dari pulang semula ke tanah air ini. Para penyokong yang menyokong Chin Peng dikembalikan fikirlah sekali lagi adakah layak manusia seperti Chin Peng pulang semula? Kemungkinan pengembalian beliau akan mencetuskan satu evolusi lain yang akan memberi ancaman kepada negara. Dengan keadaan politik yang masing-masing mahu menuntut hak maka tidak mustahil dengan kepulangan Chin Peng akan berlaku dan wujud kembali PARTI KOMUNIS. Hal ini menyebabkan jasa dan pengorbanan perajurit terdahulu akan menjadi sia-sia kerana anak bangsanya sendiri.
PUTERI NUR AIN BINTI JALI
95120
assalamualaikum.
BalasPadamsalam takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa yang telah terkorban dalam nahas tersubut.
semoga ALLAH S.W.T akan mencucuri rahmat keatas roh2 mereka.
terima kasih diucapkan kepada Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman kerana telah berkongsi pengalaman beliau didalam blogger ini dan dapat membantu masyarakat mengetahui tentang kejadian yang berlaku secara lebih terperinci lagi.
TERIMA KASIH.
Chin Peng merupakan seorang yang kejam dan berperangai seperti binatang kerana telah membelot kepada negara sendiri dan seharusnya tidak dapat dimaafkan kerana telah melakukan satu kesalahan yang amat besar kepada negara dan rakyat.
malaysia tidak seharusnya menerima kembali chin peng kerana kekejaman yang telah dilakukannya keatas rakyat dan pahlawan negara serta tidak mustahil chin peng akan melakukan perkara yang sama sekali lagi setelah datang kembali ke malaysia berikutan dengan keadaan politik dan ekonomi sekarang kurang memuaskan.
dinasihatkan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya tidak membenarkan chin peng kembali ke malaysia untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang peristiwa yang tidak diingini serta menghormati para pahlawan negara yang telah bertungkus-lumus dalam memperjuangkan Tanah Air sehingga malaysia merdeka.
sekian terima kasih.
ROSLIEHA ROHAIDA BINTI RAMLI,
98958,
SOCIAL SCIENCE (3P).
salam.
BalasPadamSaya mengucapkan takziah kepada keluarga kepada yang terkorban dan bangga dengan mejar kerana mengharungi suasana tersebut.
Mengenai kemasukan semula chin peng, saya tidak bersetuju sebab mungkin akan menggugat keselamatan negara kita. Apa yang masyarakat kita khuatir adalah mungkin akan berlaku peperangan dan konflik dalam negara kita. Selain itu, gerakan komunis mungkin akan bermula semula dengan kemasukan ketua komunis terbabit. Oleh itu, saya mencadangkan supaya dia terus dihalan daripada memasuki ke negara kita yang dikatakan dalam keaddan aman dan damai. Jadi jangan mencelarukan keadaan negara kita dengan membenarkan chin peng masuk semula.sekian.
salam.
BalasPadamSaya mengucapkan takziah kepada keluarga pejuang dan bangga dengan mejar kerana telah memerangi peristiwa pahit sebegini.
Mengenai kemasukan semula chin peng saya rasa tak sesuai sebab mungkin akan memberi kesan yang negatif kepada suasana keamanan negara kita.
Ketua komunis ini mungkin akan menubuhkan sebuah gerakan komunis yang baharu dan mungkin akan mencetuskan konflik dan peperangan kepada negara kita. Negara kita memang dalam pelbagai konflik maka kemasukan semulanya mungkin akan merumitkan keadaan negara kita. Jadi saya menasihati bahawa pihak pentadbir mengambil keputusan yang bijak dalam mengambil keputusan dalam perkara ini. Walau apa pun persetujuan rakyat harus diambil kira sebelum mengambil keputusan ini sebab mengikut PM kita 'rakyat didahulukan'. Jadi dahulukan kepentingan rakyat...Selamat berjuang Malaysia....
GOPI(94971)
Begitu besar pengorbanan saudara dan rakan-rakan menentang komunis.Salam takziah saya ucapkan..pengorbanan yang tiada tandingannya hanya semata-mata untuk menyelamatkan negara sendiri..sememangnya Chin Peng tidak seharusnya dibenarkan kembali ke Malaysia...tidak pelu diberi pengampunan..bukankah negara kita sudah bebas dan merdeka malah semakin meningkat maju..sekiranya membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia seolah-olah negara kita menerima kembali seorang komunis yang cuba untuk meragut kebebasan Malaysia..Bagi saya Chin Peng merupakan pengganas dan pembunuh dan dia tidak perlu lagi dibela atas prinsip kemanusiaan..walaupun sudah berusia namun pengaruhnya tetap kuat dan ini membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia..Sejujurrnya bagi saya kembalinya Chin Peng ke Malaysia telah menyinggung perasaan rakyat Malaysia terutama golongan bekas anggota tentera dan polis serta keluarga mereka yang telah terkorban mempertahankan negara.Tidak adil kepada anggota keluarga yang terlibat..
BalasPadamPerjuangan saudara serta rakan-rakan tidak akan kami lupakan..terima kasih
MARLIANA BT MORDERRI
94997
MAJOR(3P)
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN,UNIVERSITI SAINS MALAYSIA..
salam takziah kepada keluarga pejuang yang terkorban dalam misi mempertahankan negara MALAYSIA tercinta. saya sebagai anak Malaysia berasa bangga kerana mempunyai pejuang yang bersemangat kental, sanggup berjuang demi negara tercinta.Usaha pejuang-pejuang ini tidak sia-sia apabila di lihat kepada kemajuan dan kesejahteraan yang kita perolehi hari ini.
BalasPadamsaya sebagai generasi muda amat menentang kepulangan chin peng ke malaysia.Ia pasti akan melukakan keluarga pejuang-pejuang negara. malah ia sama sekali tidak perlu kerana pasti akan menimbulkan kekecohan dan isu yang boleh memporak-perandakan malaysia yang sedia aman dan harmoni ini.
nama : Nor Imani Bt. Mat Sulaiman
Matrik : 95064
Mejor : kerja sosial (sk,usm)
" selamat hari bapa"..tulisan yang ditulis di akhir artikel 'pengalaman kedua' oleh penulis..bagi kami mungkin setiap kali tibanya hari bapa...letih pipi bapa kami menerima ciuman syg dari kami dan kadangkala jika kami terlupa berdering telefon antara kami adik beradik mengingatkan antara satu sma lain. mungkin perkara ini tidak dapat dirasai oleh anak-anak pejuang tanah air yang tlah terkorban semasa perjuangan menentang komunis satu ketika dulu. sedih membanyangkan anak-anak berbapa, namun bangga kerana bapa-bapa mereka terkorban semasa memperjuangkan keamanan negara..salam takziah atas pemergian mereka dan besarnya pengorbanan mereka. generasi kini harus melihat prospek secra meluas bagi membuka mata supaya tidak sewenang-wenangnya membuka negara untuk dijajah kembali. cukuplah terhadap apa yang berlaku sebelum ini dah kini seharusnya kita bersama-sama berjuang bagi melahirkan dan mewujudkan negara yang lebih harmoni.hilangkan persengketaan yang boleh mengundang perbalahan...
BalasPadamSaya turut bersimpati dengan apa yang telah berklaku. Chin Peng telah menyebabkan banyak orang menderita dan mengalami kesusahan. Adakah kita masih tidak lagi belajar daripada kesilapan dan mengambil iktibar dengan apa yang telah dilakukan oleh Chin Peng pada masa dahulu. Saya tidak bersetuju jika kita membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air kita. Sudah cukup dengan paya yang rakyat menderita pada masa dahulu.
BalasPadamAnonymous
Pusat Pengajuan Sains Kemasyarakatan
Sains Politik
No. Matrik: 94992
Pertama sekali salam takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut. walaupun saya belum lagi lahir, namun melalui pembacaan buku2 sejarah banyak memberi pengetahuan kepada saya tentang keberanian dan semangat juang yang tinggi rakyat negara ini yang menentang Komunis pada suatu waktu dahulu. Perjuangan mereka harus dikenang oleh setiap rakyat negara ini. Jika tidak kerana jasa mereka, tidak mungkin kita dapat hidup pada masa ini. Pengkhianat negara seharusnya menerima hukuman yang sangat berat kerana telah mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat. Golongan seperti ini tidak seharusnya mendapatkan kemaafan dan tidak layak untuk terus berada di negara ini. sesungguhnya perjuangan saudara itu banyak memberikan makna kepada kami generasi baru negara ini. Jasamu terus dikenang hingga akhir hayat ini.=)
BalasPadamNAMA : NURUL AKMAL BINTI MOHD HASHIM (95105)
tidak mungkin saya dan juga rakyat malaysia yang lain menghalalkan kepulangan "Raja Komunis Malaya" Chin Peng.keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan chin peng pulang adalah tepat dan wajar.malah tidak ada sebab pun kenapa isu ini perlu diperbesarkan dan dipolitikkan..tidak terfikirkah kita tentang perasaan ahli masyarakat,keluarga yang pernah hidup dalam kesengsaraan akibat kehilangan ahli keluarga gara-gara kekejaman komunis.
BalasPadammenyusuri sejarah PKM yang ditubuhkan pada tahun 1930 jelas menunjukkna PKM ditubuhkan sebenarnya tiada kaitan dengan perjuangan kemerdekaan keran perjuangan PKM adalah berkait rapat dengan penentangan penjajahan jepun ditanah melayu.
namun dosa Chin Peng dan PKM menumpahkan darah orang awam tidak boleh diampunkan sampai bila-bila. tindakan membunuh dan menyeksa orang ramai setelah kekalahan jepun dan penentangan terhadap british ketika negara sudah diambang kemerdekaan membuktikan bahawa PKM sebenarnya bukan unuk kemerdekaan Tanah Melayu.
tanyalah mana-mana orang tua dan bekas prajurit negara yang melalui kegetiran zaman darurat bertempur dengan komunis,bukan sedikit jumlahnya, pasti mereka kecewa usaha dan keringat mereka sia-sia dengan kepulangan chin peng. tragedi yang berlaku di bukit Kepong menjadi bukti ketidakperikemanusian komunis, mengapa pula kita perlu berperikemanusian untuk menerima chin peng..adakah negara kita akan semakin aman dengan kepulangan chin peng..
pada suatu ketika dahulu Allahyarham Tunku Abdul Rahman pernah memberi peluang kepada Chin Peng untuk membubarkan PKM secara aman,bahkan memberi kebenaran kepada Chin peng untuk bergiat dalam politik melalui parti lain. tetapi chin peng tidak menggunakan peluang yang telah diberikan. keangkuhan chin peng membuat komunis berjuang tanpa haluan dan terus mengorbankan lebih banyak nyawa rakyat..untuk apa lagi chin peng diberikan peluang.
generasi muda perlu menyusuri sejarah dan jangan terpengaruh dengan mereka-mereka yang mementingkan politik semata-mata. untuk itu pentingnya memahami sejarah..
Nor Shakirah Binti Mohd Sakari
95066
pelajar Kerja Sosial
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam takziah buat semua ahli keluarga arwah yang terkorban.Perjuangan mereka akan diingati sampai bila-bila. Pengorbanan yang mereka lakukan bukanlah suatu perkara yang sia-sia dan takkan dilupakan. Walau bagaimana pun, anak-anak muda hari ini perlu diberikan pendedahan atas apa yang telah terjadi agar mereka akan sentiasa mengigati pengorbanan serta menghargai apa yang telah dilakukan oleh wira-wira kita yang telah terkorban.Pada pandangan saya Chin Peng sepatutnya TIDAK dibenarkan pulang ke Tanah Air kita yang tercinta ini. Hal ini kerana, apa yang telah dilakukan oleh Chin Peng sebelum ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.Membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia sama seperti mengundang padah ke atas negara kita sendiri yang akan menyebabkan tragedi lama berdarah kembali.Oleh hal yang demikian, saya menyeru agar pihak yang bertanggungjawab serta masyarakat yang menyokong agar Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia berfikir berjuta-juta kali sebelum membuat sebarang keputusan. Kepulangan Chin Peng tidak akan membawa apa-apa kebaikan atau manfaat kepada negara dan bangsa. Di sini sekali lagi saya ingin menyeru semua pihak agar berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan. Fikirkan tentang generasi yang akan datang serta kedamaian dan keharmonian negara kita. Saya tinggalkan satu persoalan kepada semua untuk difikir-fikir dan direnung-renungkan. "Adakah dengan kepulangan Chin Peng nanti negara kita masih lagi aman serta masyarakat masih dapat hidup dengan harmoni?"
BalasPadamdaripada...
AMINAH BINTI YUSOF
94950
KERJA SOSIAL
Pertama sekali, ucapan takziah saya ucapkan kepada semua keluarga yang terlibat dalam tragedi kekejaman Chin Peng.Perjuangan yang telah dihulurkan oleh mereka amatlah dihargai dan disanjung tinggi oleh kami generasi baru. Segala keringat dicurahkan bagi menentang Pengganas Komunis (PK). Keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan kepulangan Chin Peng ke Malaysia merupakan satu keputusan yang tepat dan wajar. Chin Peng tidak boleh pulang ke negara yang telah dimusnahkan melalui kekejaman yang sangat tragis dan mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Kini, kita hanya boleh bersimpati pada nasib keluarga para pejuang, Namun, kita tidak merasai betapa peritnya perjalanan yang terpaksa mereka tempuhi bagi meneruskan kehidupan. Mereka juga telah kehilangan insan-insan yang amat mereka sayangi. Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya sedar akan keadaan ini. Tindakan untuk membawa pulang Chin Peng ke Malaysia adalah tidak wajar dan boleh menimbulkan pelbagai konflik yang seterusnya akan mewujudkan beberapa isu atau kondisi yang tegang dalam kalangan masyarakat. Seharusnya Chin Peng diberi pengajaran atas segala tindakan dan kekejaman yang dilakukan dahulu. Kita tidak sewajarnya menyokong usaha yang telah beliau lakukan dahulu yang menggadai nyawa pejuang tanah air. Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan menjadi sebuah negara yanga aman dan damai, jadi apa yang petlu ialah kita terus menjaga dan mengekalkan keamanan serta kedamaian yang sedia ada supaya tidak goyah. Saya berpendapat, kepulangan Chin Peng secara tidak langsung akan mengubah beberapa keadaan negara yang aman ini kepada wujudnya konflik yang mungkin sukar untuk kita uraikan kelak. Pengajaran perlu diberikan supaya kita tidak dizalimi lagi....
BalasPadamPelajar Kerja Sosial
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia.
salam sejahtera
BalasPadamMej(B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman
terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung takziah kepada ahli keluarga arwah dan juga kepada rakan seperjuangan para perajurit negara kerana telah banyak berkorban demi mempertahankan negara tercinta. saya amat kagum dengan kerelaan dan taat setia yang tidak berbelah bagi terutama perwira tanah air Malaysia. di sini juga saya ingin titipkan sekalung penghargaan di atas kesudian tuan (Mejar) untuk berkongsi pengalaman tuan semasa menjaga keamanan negara. sebagai generasi baru, kami amat bersyukur kerana dengan keamanan yang ada dapat menjamin masa depan kami anak belia pada masa kini. sesungguhnya tanpa keberanian dan semangat patriotisme yang tinggi negara kita mungkin tidak dapat mengecapi kemerdekaan ini. walaupun perwira gugur di medan peperangan namun jasa baik mereka tetap dikenang. bak kata pepatah harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama.
Daripada:
Ching Sai Ling, 94964, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, USM
Madline Sadi Ranggi
BalasPadampertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan sama-samalah kita berdoa semoga roh dicucuri rahmat-Nya. saya pasti semua warganegara Malaysia merasa sedih kerana kehilangan perwira negara tersebut.di samping ini juga, saya pasti setiap peristiwa yang berlaku sebelum merdeka harus dijadikan pedoman bagi generasi baru agar lebih bersikap patriotisme dan memberikan sepenuh taat setia kepada negara tercinta. saya amat berterima kasih kepada mejar kerana sudi berkongsi pengalaman perit semasa menajalankan tugas dengan kami semua.
daripada:
Madline Sadi Ranggi, 94993,Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Perancangan dan Pengurusan Pembangunan,Universiti Sains Malaysia.
"Pengalaman Ke2"
BalasPadamnama:Anthony Ngui Yew Gui
no matrik:94951
pelajar tahun3
pusat pengajian sains kemasyarakatan
selepas membaca artikel ini, saya berasa amat sedih kerana terdapat banyak wira telah terkorban dalam nahas helikopter tersebut. saya tutut mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga arwah tang telah terkorban dalam kemalangan ini. saya boleh memahami perasaan penulis kerana kejadian yang sama turut berlaku pada saya diri sendiri. kehilangan seseorang yang kita hormati atau hargai adalah begitu sedih dan meninggalkan impak yang besar dalam hidup kita tetapi kita harus menerima segalanya juga. walau bagaimanapun, apa yang telah berlaku telah menjadi kenangan.
kita sepatutnya mengingati jasa yang disumbangkan oleh wira-wira dan bukan menyimpan dendam serta fikir untuk membalas dendam. memang saya turut berasa sedih kerana saya boleh bayangkan perasaan ahli keluarga pengorban yang terpaksa menerima kenyataan bahawa orang yang disayangi telah terkorban dalam nahas helikopter tersebut. walau bagaimanapun, "be tough to accept anything that happens in our life".
yang penting sekarang ialah kita harus mendidik generasi muda dengan baik dan menasihati mereka menghargai nyawa diri sendiri. kita boleh menggunakan contoh ini untuk mendidik mereka. sejarah sesebuah negara tidak patut dilupakan dan harus dijadikan contoh baik bagi generasi yang akan datang.
terima kasih.
Terlebih dahulu, saya berasa sedih dengan apa yang telah dialami oleh pejuang dan penduduk ditanah melayu untuk mempertahankan negara daripada chin peng dan parti komunis malaya....semasa saya mengikuti kursus biro tatanegara pulau pinang di kedah ketua kem telah mempertayangkan satu video tentang apa yang telah sebenarnya berlaku ditanah melayu yang disebabkan parti yang diketuai oleh chin peng...di kem tersebut juga bagaimana "rundingan baling" telah menemui kegagalan telah dipertayangkan kepada kami...kepulangan chin peng ke negara ini hanya akan menyebabkan luka dihati setiap rakyat bertambah dan keluarga mangsa kejadian akan terguris jika kerajaan membenarkan chin peng menjejak kaki ke negara ini....jika kita menerima kehadirannya dengan rasa berperikemanusiaan dimana pula sifat perikemanuasiaan chin peng ketika membunuh beribu-ribu rakyat yang tidak berdosa...sama-sama kita kekalkan keadaan aman dan harmoni di negara seperti sediakala..satu langkah yang silap boleh membawa padah kepada kita...
BalasPadamPEREMAWATHY PAKINADZAN
P.P.SAINS KEMASYARAKATAN USM
95118
Assalamualaikum..
BalasPadamTakziah diucapkan kepada ahli keluarga para pejuang yang telah terkorban dalam nahas tersebut. Perjuangan kalian dalam menentang kekejaman chin peng amat dihargai dan jasa kalian akan tetap dikenang.Berdasarkan coretan pengalaman Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman dalam "pengalaman Ke 2", saya dapat merasai betapa sukarnya saat berhadapan dengan kekejaman Chin Peng.Bagi saya kepulangan Chin Peng hanya akan menyinggung perasaan ahli keluarga para pejuang yang terkorban. Oleh hal yang demikian, adalah lebih baik jika Chin Peng tidak lagi menjejakkan kakinya di bumi Malaysia ini..
daripada:
Siti Noraini binti Jusoh
(95139)
Sains Kemasyarakatan
Assalamualaikum..
BalasPadamTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga rakan-rakan seperjuangan saudara yang telah terkorban semasa penentangan terhadap PKM suatu ketika dahulu.Apa yang saya ingin nyatakan disini sebagai rakyat Malaysia yang hidup di zaman era moden ini kita seharusnya mengingati dan menghargai perjuangan saudara dan rakan-rakan seangkatan yang lain. Walaupun, saya tidak hidup dan dibesarkan dalam suasana yang getir semasa zaman itu tetapi apabila mendengar luahan dan penderitaan dan kesedihan yang terpaksa dirasai oleh para pejuang yang masih ada hingga ke saat ini, saya merasa simpati dan juga berfikir betapa sukarnya kehidupan yang perlu dihadapi oleh anda dan mereka pada masa itu.Kita tahu PKM dan Chin Peng tidak boleh dipisahkan dan sehingga kini Chin Peng masih berpegang dengan ideologi Komunisme.Saya berpendapat Chin Peng tidak usah dibawa pulang ke Malaysia kerana perkara ini akan mengguris perasaan para pejuang tanah air kita yang masih ada hingga kini dan juga ahli keluarga para pejuang yang telah terkorban.Tidak mustahil jika Chin Peng dibawa pulang khuatir beliau akan menghidupkan semula ideologi yang dipegangnya dalam kalangan masyarakat Malaysia.Bagi saya,biarlah Chin Peng menghabiskan sisa hidupnya dimana beliau tinggal sekarang.Tak perlulah membawa beliau pulang ke negara kita ini.Saya juga khuatir jika Chin Peng benar-benar dibawa pulang kelak negara kita akan timbul kekecohan dan huru-hara.Bagi saya, biarlah suasana Malaysia yang aman ini akan berterusan dan semoga rakyat Malaysia menikmati hidup yang aman dan harmoni ini dengan sebaik-baiknya tanpa melupakan perjuangan mereka yang sanggup mempertahankan tanah air yang kita cintai ini.
Daripada:
SITI SHAKILA BTE AHMAD SHAMSURI
95144
SAINS KEMASYARAKATAN
pelbagai kepahitan terpaksa dilalui di saat negara dijajah. Pelbagai peristiwa getir yang tidak dilupakan oleh pejuang penuntut kemerdekaan termasuklah menentang pengganas komunis. Walau pun hanya sekadar membaca di buku- buku dan menontonnya di kaca TV serta mendengar cerita atuk, saya dapat menyelami betapa deritanya rakyat pada masa itu. Kini, timbul pula niat ingin membawa Ching Peng kembali ke Bumi Malaysia yang aman ini, untuk itu mampukah kita berlapang dada membiarkan sahaja musuh negara yang pernah merencana penderitaan nenek moyang kita dengan begitu kejam menjejakkan lagi kakinya dibumi bertuah ini. Sedangkan, tidak mustahil ideologi komunisme akan kembali hidup sehingga mengulangi kembali tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali.. Alfatihah buat pejuang penegak nusa bangsa... Wassalamualaikum....
BalasPadamSiti Khadijah Mohd Yusof
usm
98961
Ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan suami...
BalasPadamSetelah membaca blog saudara ini saya sungguh tersentuh hati kerana terlalu ramai kawan baik saudara yang meninggal semasa menjalankan tugas unutk mempertahankan negara tercinta... Memang kita tidak patut membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia kerana cuba anda bayangkan jika kembalinya bagi mencetuskan huru-hara dan membuka kembali pintu peperangan adakah ianya membawa kebaikan kepada negara kita?? Hanya mengundang padah kerana anggota-anggota kita yang akan mengerah tenaga dan juga berkorban sama denga pergorbanan saudara dulu... Maka jika kita sayangkan negara kita ini, bersama-samalah kita menentang pengembalian Chin Peng ke Malaysia...
Zafwan Rahimi B. Abd. Rahim,
95170,
PPSK...
aznida bt aziz, 94960, PPSK sy tidak setju Chin Peng blik ke Malaysia krna beliau telah menghancurkan keamanan negara kita. Beliau sanggup berkompromi dengan komunis untuk memusnahkan negara Malaysia.
BalasPadamSAYA MENGUCAPKAN TUMPANG SIMPATI KEPADA PEJUANG KEMERDEKAAN YANG SANGGUP BERGADAI NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN TANAH AIR TERCINTA.
BalasPadamSAYA INGIN TURUT BERSAMA MERASAI RASA ANAK MERDEKA YANG MEMAHAMI SEJARAH SEBENARNYA..OLEH HAL YANG DEMIKIAN SAYA PERLU BANYAK BELAJAR DARI SEJARAH ITU SENDIRI..
SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM PERJUANGAN.
SALAM.
MOHD HANIS HADI RAHMAN.
98956
ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
PPSK
Mej(B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman, Pertama sekali saya berasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga arwah yang nahas dalam nahas helikopter tersebut. Walau bagaimanapun, saya amat berbangga kepada arwah-arwah yang bersemangat patriotik untuk menentang musuh walaupun tidak sempat berjuang untuk menentang musuh negara.
BalasPadamMengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia...
Pada pendapat saya, sememangnya saya patut menentang Chin Peng kembali Ke Malaysia kerana beliau merupakan seorang pemimpin komunis semasa peristiwa darurat pada tahun 1948-1960. Sekiranya Chin Peng kembali ke Malaysia, keadaan Malaysia yang harmoni dan aman mungkin akan menjadi huru-hara dan sejarah akan mungkin berulang seperti mana berlaku semasa peristiwa darurat yang terdahulu. Walaupun Chin Peng telah membuat pengumuman dan mengatakan beliau telah sedar dan akan insaf akan kesalahannya, tetapi mungkin beliau menmpunyai motif lain untuk kembali Malaysia. Oleh itu, seluruh rakyat di Malaysia sepatutnya menpunyai kesedaran dan menentang akan musuh supaya negara kita menjamin kesejahteraan dan aman seperti mana yang kecapi selama ini.
Daripada:
Mohd Azizul Bin md Fauzi
No.Matrik(95012)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Universiti Sains Malaysia.
Untuk:
BalasPadamMej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman
Salam takziah dari saya.
Benar Komunis telah meletakkan senjata, namun ideologinya tidak pernah mati. Oleh itu, sungguh tidak wajar Chin Peng dibawa pulang.
Daripada :
Zulkifli Bin Zainul Abidin
No. Matrik: 98879
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Universiti Sains Malaysia
assalamualaikum,
BalasPadamtragedi ini merupakan salah satu kesan kekejaman komunis di tanah melayu. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga yang kehilangan ahli keluarga yang tersayang. bukanlah satu yang patut dihargai bagi seorang yang tidak berperikemanusiaan dan dibenarkan kembali ke negara ini. sejarah telah memberi kita kesedaran bahawa pengkhianat negara tidak seharusnya diberi muka bahkan harus dihapuskan. bersama-samalah kita berharap agar chin peng dihalang untuk kembali ke negara ini.
Syukri b. Ramli (95155)
Universiti Sains Malaysia.
Ucapan takziah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kekejaman yang dilakukan oleh Chin Peng. Chin Peng merupakan bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya(PKM)yang mencetuskan dan memperjuangkan ideologi komunis. Saya sama sekali tidak setuju permintaan Chin Peng untuk kembali semula ke Malaysia. Hal ini kerana Chin Peng telah menyebabkan banyak mangsa yang tidak berdosa terkorban. Kepulangan Chin Peng ke Malaysia boleh menimbulkan kekecohan pelbagai pihak. Sekiranya, Chin Peng kembali,sejarah yang lampau berulang lagi. Namun penjajahan atau kekejaman yang dilakukan oleh Chin Peng mungkin dalam bentuk lain. Kepulangan Chin Peng ke Malaysia mungkin mempunyai agenda yang tersendiri serta boleh mengugat keamanan dan keharmonian Malaysia. Buat perjuang-perjuang yang telah terkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan, semoga roh dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan orang yang beriman.
BalasPadamNama : Roseline Nana Anak Chabuk
No. Matrik : 95124
Sains Kemasyarakatan
Major : Kerja Sosial
Universiti Sains Malaysia
Salam takziah terlebih dahulu saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban, . pengalaman yang diceritakan sangat bermakna bagi generasi sekarang ini. mahukan kita lihat orang yang telah membunuh ramai pahlawan negara kita hidup dengan senang lenang tanpa rasa tidak bersalah dan menyesal di negara ini.... persoalannya kenapa tertubuhnya parti komunis? sebab apakah mereka bertindak sedemikian?
BalasPadamwan baidowi wan mansor
98964
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli mangsa-mangsa yang terkorban semasa memperjuangkan tanah air. Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju dengan kepulangan Chin Peng Ke Malaysia. Kepulangan Chin Peng boleh menyebabkan berlakunya banyak kekecohan dan tidak puas hati sama sekali. Hal ini kerana, Chin Peng memperjuangkan ideologi komunis Parti Komunis Malaya. Kekejaman yang dilakukannya telah menyebabkab banyak nyawa terkorban dalam mempertahankan kemerdekaan negara. Tindakan Chin Peng yang kejam bukan saja menyebabkan ramai orang awam terseksa malah boleh mengugat keselamatan negara. oleh sebab itu, Chin Peng tidak wajar diberi peluang untuk kembali ke Malaysia.
BalasPadamNama: Maziah Bt Omar
No. Matrik : 95005
Sains Kemasyrakatan
Major : Kerja Sosial
universiti Sains Malaysia
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan takziah buat ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan tanah air tercinta. Pengorbanan yang dilakukan amat bermakna kepada generasi sekarang. Segala keharmonian dan keamanan yang dekecapi sekarang adalah hasil pergorbanan yang dilakukan oleh wira-wira terdahulu. Pada pendapat saya, saya sama sekali tidak bersetuju dengan kepulangan Chin Peng ke Malaysia. Chin Peng yang memperjuangkan ideologi komunis dalam Parti Komunis Malaya(PKM), telah banyak melakukan kekejaman dan perkara-perkara yang melanggari hak asasi manusia. Semasa Chin Peng memperjuangkan ideologi komunis,terdapat banyak nyawa yang tidak berdosa meninggal dunia kerana kekejamannya. Sekiranya Chin Peng kembali Ke MAlaysia, Chin Peng mungkin mempunyai maksud tersendiri yang boleh mengugat keharmonian dan keselamatan negara. Penjajahan atau kekejaman yang dilakukannya mungkin berbeza dari yang dulu. Chin Peng mungkin boleh menjajah minda dan pemikiran generasi muda bagi melakukan kekejaman, sekali gus mengugat sistem pentadbiran negara. Oleh sebab itu, saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia.
BalasPadamNama : Wan Mohd. Habib Bin Wan Daud
No. Matrik : 90062
Sains Kemasyarakatan
Major : Kerja Sosial
Universiti Sains Malaysia
kematian tentera negara kita adalah bukti perjuangan yang harus diambil iktibar oleh generasi baru sekarang,mereka bukan berkorban harta tetapi nyawa mereka. adakah pengorbanan mereka harus dibalas dengan kembalinya chin Peng ke Malaysia, semestinya tidak
BalasPadamadisyahid 94939
SALAM.. disini saya ingin mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga mangsa yang telah menjadi mangsa kekejaman chin peng. Beribu-ribu rakyat Malaysia yang masih merasai kesedihan, kecewa kerana hilang keluarga, cacat anggota dalam pertempuran dan kekejaman yang dibawa oleh parti komunis Malaya Chin Peng. Di sini, Saya dengan setegas-tegasnya supaya pihak kerajaan agar tidak membawa balik Chin Peng ke Malaysia. Pengaruh Chin Peng masih diragui kerana mungkin terdapat segelintir rakyat yang bersimpati serta menerima pendekatan Chin Peng itu lagi. Kemungkinan Chin Peng masih ada pengikut tersendiri yang boleh memecahbelahkan masyarakat. Pelbagai keadaan mungkin berlaku sekiranya Chin Peng dibawa kembali ke Malaysia.
BalasPadamZURAIZI BT YUSOFF
(95173)
Assalamualaikum...petama kali saya ingain mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa kejadian nuri terhempas. Diharap rohnya dicucuri rahmat oleh yang maha esa. Sesungguhnya jasa-jasa dan pengorbanan perwira-perwira kita ini amatlah berharga dan perjuangannya perlulah kita hargai.Semangat perjuangn mereka perlu diteruskan kepada generasi yang akan datang...
BalasPadamSepertimana yang kita ketahui Chin Peng merupakan seoarang pengganas komunis yang paling kejam.Beliau jugalah pencetus peperangan dan menyebabkan ramai perwira-perwira kita menjadi mangsa.Oleh itu, kembalinya beliau ke Malaysia amatlah tidak wajar.Bagi saya beliau telah banyak membuat kekacauan di negara kita dan kehadirannya tidak di alu-alukan.Walaupun kita tahu dia telah berubah namun tidak mustahil beliau akan mencetus kembali sejarah silam.Dan saya pasti rakyat Malaysia tidak akan menerima kedatangan Chin Peng di negara ini.Sebagai rakyat yang cintakan negara dan mahukan kemakmuran negara terus berkekalan berdoalah agar Chin Peng tidak kembali ke Malaysia...
NoorHazita Binti Nazi
95050
Sains Kemasyarakatan
Major (Sains Politik)
Saya berasa simpati dengan apa yang telah berlaku ke atas mangsa-mangsa korban tersebut.Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka yang telah terkorban itu.Terima kasih juga kepada Mej(B)Nor Ibrahim Bin Sulaiman kerana telah menceritakan peristiwa-peristiwa tersebut.Saya sendiri dapat merasai perasaan sedih yang saudara rasakan kerana ramai kawan-kawan saudara terkorban kerana kezaliman PKM.Terima kasih kepada saudara kerana dengan penulisan saudara ini saya secara jujurnya mengaku bahawa semangat nasionalisme memuncak dalam diri saya dan pandangan saya sebelum ini bahawa tidak mahu melihat Chin Peng kembali ke nagara kita ini adalah sesuatu yang munasabah apabila telah membaca penulisan saudara.
BalasPadamMohd Razali B Razak,
Dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,USM.(95023)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang kehilangan ahli keluarga kerana menjadi mangsa kekejaman yang dilakukan oleh Chin Peng pada zaman komunis Malaya yang dibawah pimpinan Chin Peng . Saya tidak bersetuju dengan jika Chin Peng ingin kembali ke Malaysia,hal ini demikian kerana Chin Peng telah menyebabkan orang ramai telah menjadi mangsa kekejaman komunis Malaya yang dipimpim oleh Chin Peng. Selain itu juga, kekejaman yang dilakukan yang dilakukan oleh Chin Peng terhadap penduduk tanah melayu dahulu tidak berperikemanusiaan. Oleh itu, permohonan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia harus ditolak. Lagipun Chin Peng dan beberapa orang kanannya enggan mematuhi syarat pengampunan yang ditawarkan ketika Rundingan Hat Yai pada 1989 dulu. Kenapa mahu menerima orang yang bersikap angkuh seperti dia. Mungkin Chin Peng hanya mahu bersandiwara sahaja. Tentulah mustahil hasrat itu dapat dipenuhi. Lagipun kekejaman yang dilakukan Chin Peng melampaui batas clan sukar dimaafkan oleh rakyat yang cintakan keamanan.
BalasPadamNama :siti hajar bt mohamad
No. matrik: 95136
Pusat pengajian sains kemasyarakatan
Usm.
saya tidak setuju kepulangan chin peng ke Malaysia kerana ia boleh membawa semula pengaruh komunisme di Malaysia. hal ini patut dielakkan demi menjaga kesejahteraan belia kini.
BalasPadamNur Hayati Bt Mohamed Radzi
95093
major 3P
USM
pertama sekali saya berasa sangat simpati dan mengucapkan takziah keatas ahli keluarga arwah yang telah terkorban dalam nahas helikopter tersebut..Perjuangan saudara bukanlah suatu usaha yang sia-sia dan perlu dilupakan begitu saja..masyarakat hendaklah memahami perjuangan saudara dan berfikir adakah patut kita membiarkan chin peng kembali ke malaysia?sedangkan malaysia sudah lama menyingkirkan beliau dari negara kita atas segala kekejaman yang telah beliau lakukan..ketua parti komunis malaya ini tidak patut di bawa masuk kembali ke Malaysia..hanya akan menimbulkan kekecohan kepada negara kita yang masyarakat hidup aman dan harmoni sekiranya chin peng dibawa masuk ke Malaysia..
BalasPadamDaripada:
NIK AHMAD SHAHIR BIN NIK YAHYA
No Matrik: 95045
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti sains Malaysia.
Sebelum memberi komen.Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis. Semoga roh mereka berada dengan para solehin.
BalasPadamTerdapat sesetengah orang mengatakan Ching Peng sebagai hero kemerdekaan samalah saperti mengatakan Pol Pot Kemboja sebagai hero kebangsaan. Ching Peng adalah ketua komunis yang kejam yang membunuh ramai orang Melayu dan bangsa lain yang tidak setuju dengan rancangan nya untuk menaklukki Tanah Melayu untuk dijadikan Republik Komunist Malaya saperti Pol Pot ingin menjadikan Kemboja , Republik Komunis Kemboja . Parti Komunis Malaya adalah usaha klasik kaum Cina berfahaman komunis untuk merampas Tanah Melayu yang sudah dimiliki ummat Islam beribu tahun lamanya. Usaha mana mana pihak untuk menjadikan Ching Peng sebagai hero kemerdekaan adalah usaha khianat ,kurang ajar dan menghina sejarah orang rakyat negara ini. kita perlulah memikirkan tentang perasaan keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis dahulu. Oleh itu, kepulangan Chin Peng ke tanah air tiada memberi kepentingan kepada negara malah membawa kepada keburukan kepada keamanan negara.
sebelum itu saya memohon maaf kerana terlupa memasukkan identiti saya dalam komen saya tadi.
BalasPadamSebelum memberi komen.Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis. Semoga roh mereka berada dengan para solehin.
Terdapat sesetengah orang mengatakan Ching Peng sebagai hero kemerdekaan samalah saperti mengatakan Pol Pot Kemboja sebagai hero kebangsaan. Ching Peng adalah ketua komunis yang kejam yang membunuh ramai orang Melayu dan bangsa lain yang tidak setuju dengan rancangan nya untuk menaklukki Tanah Melayu untuk dijadikan Republik Komunist Malaya saperti Pol Pot ingin menjadikan Kemboja , Republik Komunis Kemboja . Parti Komunis Malaya adalah usaha klasik kaum Cina berfahaman komunis untuk merampas Tanah Melayu yang sudah dimiliki ummat Islam beribu tahun lamanya. Usaha mana mana pihak untuk menjadikan Ching Peng sebagai hero kemerdekaan adalah usaha khianat ,kurang ajar dan menghina sejarah orang rakyat negara ini. kita perlulah memikirkan tentang perasaan keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis dahulu. Oleh itu, kepulangan Chin Peng ke tanah air tiada memberi kepentingan kepada negara malah membawa kepada keburukan kepada keamanan negara.
Mohd Hasrul Bin Ab. Majid
95014
Sains Kemasyarakatan (USM)
pertama kali saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga yang menjadi korban kapal nuri.Kemalangan berada di mana-mana sahaja.kadang-kadang baru sahaja kita melangkah keluar dari rumah, kita sudah mendapat nasib yang tidak baik.Semua orang mempunyai orang yang kita sayang.Ibu bapa merupakan orang yang kita sayang.Merekalah yang menjaga kita sejak lahir.Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.Bapa juga besar pengorbanannya kepada anak-anak.Bapa sebagai ketua keluarga.Tiada bapa atau salah satunya menjadikan hidup kita tidak sempurna seperti orang lain.Bagi anak-anak yang kehilangan bapa disebabkan terlibat dalam kemalangan mungkin akan berasa lebih sedih.Apabila mereka melihat kawan-kawannya yang lain mempunyai ibu dan bapa, mereka berasa amat sedih.Walaupun bapa mereka seorang wira yang menjaga keselamatan negara demi mempertaruhkan dirinya demi keluarga, negara dan tanah air tercinta.Jika tiada orang seperti mereka siapa yang akan melindungi negara dari diancam musuh seperti Chin Peng.Walaupun saya tidak berapa faham akan kehadiran Chin Peng ke negara ini namun kehadirannya memberikan kesan yang amat besar dan mungkin akan menjadi cerita zaman berzaman.
BalasPadamKesimpulan yang dapat dibuat bersama-sama kita mengenang jasa orang yang banyak berbakti kepada negara.Jadikanlah sesuatu peristiwa yang pahit itu sebagai iktibar dan pedoman pada masa akan datang.Jadilah seorang insan yang berguna kepada masyarakat,negara dan tanahair.Janganlah menjadi seorang pembelot negara.Sayangilah negara sendiri dan ingat betapa susah dan payah seorang wira mempergadaikan nyawa demi sebuah negara.
Daripada:
Mastura Nissa Binti Mashod
95003
Pelajar Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Penang
Salam ukhwah dan salam perkenalan saya kepada Tuan Mejar Nor Ibrahim, saya merupakan student USM,alhamdulillah, pertama skali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan kerana membawa cerita ini kepada khalayak ramai terutamanya anak2 muda sekarang. Alhamdulillah,setelah saya membaca post tuan iaitu "pengalaman Ke-2" ini,saya begitu terharu dan simpati sekali atas perrkara yang menimpa para pejuang kita dahulu. Wlwbagaimanapn,dalam terharu saya, saya tetap berbangga dan kagum dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh para pejuang kita terutamanya anggota keselamatan negara kita. Syukur alhamdulillah, semoga yg telah pergi menemui Illahi mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. Insyaallah. Berkenaan ttg isu mahu membawa pulang ketua parti komunis malaya ke Malaysia itu,saya sbg anak bangsa yg merdeka juga tidak menyokong usaha yg ingin dilakukan oleh sesetengah pihak ini. Saya pun tidak faham akan motif sebenar tujuan mereka terhadap perkara ini. Apa yg pasti,kekejaman komunis satu ketika dulu patut kita ingat dan membekas dalam diri anak Malaysia sbg peristiwa yg paling buruk dan kejam skali. Hal ini kerana, mereka sanggup melakukan kekejaman terhadap tanah air sendiri dgn sstnghnya sanggup menjadi tali barut komunis semata2 kerana memenuhi kehendak hawa nafsu yg buruk itu.
BalasPadamJanganlah sesetengah daripada kita yg menimbulkan isu ini berani mencabar jiwa anak bangsa yang merdeka lagi sedar akan sejarah dulu. Saya dan ramai lagi anak Malaysia tidak akan membenarkan situasi ini berlaku insyaallah dgn izin Allah S.W.T. amin...
Sebagai anak merdeka kita perlu sedar akan sejarah pasti berulang. Oleh itu,ambillah sejarah sbg tauladan dalam mendepani hari ini dan hari depan...
Ahkir sekali,saya dgn rasa rendah hati, meminta kpd semua anak Malaysia supaya bangun menentang sbrg unsur yng bakal membawa kemusnahan kepada negara tercinta kita...Dan kepada anggota keselamatn,selamat berjuang dgn jiwa yg penuh unggul dan sentiasa ingat akan Allah bersama2 kita setiap masa... Dan kepada keluarga anggota keselamatan yg telah kembali ke rahmatullah dan yg telah meninggal dunia,takziah saya ucapkan..semoga tabah mendepani hari2 mendatang dgn sabar lagi penuh motivasi,insyaallah..
Sekian...wasalam.
~~Daripada~~
~~Marhamah bt Mokhtar~~
~~No.Matrik: 94995~~
~~Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Usm~~
kepulangan adalah amat tidak dialu-alukan seandainya akan mengancam keselamatan beliau sendiri.walaupun beliau telah banyak menimbulkan masalah serta konflik pada masa lalu seharusnya kita harus berbangga kerana dengan konflik itu yang menjadikan masyarakat pada waktu tersebut memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga sanggup berkorban nyawa untuk memerdekan tanah air daripada terus dijajah oleh pihak asing..tidak seperti sekarang, jika melihat kepada belia hari ini adakah mereka mempunyai semangat nasionalisme terhadap negara?jawapanya dapat kita lihat daripada imej, tingkahlaku dan cara mereka berfikir belum tentu wujud semangat nasionalisme dalam diri mereka.dan seharusnya kita tidak harus bimbang jika chin peng ingin kembali tetapi kita harus bimbang akan kehadiran 'chin Peng' baru yang akan mempengaruhi nilai dan budaya masyarakat hari ini.
BalasPadamSITI SAFAWATI BINTI MUSTAFA
MAJOR SAINS POLITIK
95143
Assalamualaikum dan salam takziah buat keluarga wira-wira perjuang negara.Jasa dan pergorbanan demi mempertahankan tanah air tercinta tetap akan dikenang hingga ke penghujung usia.
BalasPadamParti Komunis Malaya(PKM) yang pernah di ketuai oleh Ching Peng suatu ketika dahulu merupakan detik masa yang dianggap kejam, pemusnah bangsa, penghancur negara dan akhirnya diri dibuang dari tanah air sendiri.
Agenda menyatakan Ching Peng ingin kembali ke negara ini menghabiskan sisa-sisa hayatnya.Persoalannya?wajarkah ia dibenarkan kembali semula ke Malaysia sedangkan pengalaman dan sejarah hitam yang pernah dilakarkan ketika waktu dahulu pernah memusnahkan masa depan anak-anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang bapa,belaian dari seorang suami yang didambakan oleh seorang isteri hancur lebur dimedan perjuangan.Kini apa yang tinggal?sebuah jasa,pengorbanan dan kenangan yang sering menemani setiap detik waktu.
Ideologi yang pernah disampaikan oleh Ching Peng ketika dahulu banyak memporak- perandakan negara iaitu bumi nyata yang kita pijak sekarang.Hakikatnya benar masa sudah berlalu dan tidak mustahil manusia itu pasti akan berubah.Akan tetapi mampukah kita menyelami hatinya?benarkah ikhlas hatinya untuk menghabiskan sisa hidupnya di negara ini ataupun sekadar manisnya sahaja yang kita dengar.Ching Peng dah berusia.Benar.Akan tetapi ideologinya masih wujud.Ideologi komunisme.
Prejudis ke kita?ya perlu prejudis.Prejudis demi keharmonian negara sendiri.Oleh itu, patutkah Ching Peng dibenarkan pulang semula ke Malaysia haruslah difikirkan berkali-kali agar tidak timbul perkara yang tidak diingini,agar tidak mengembalikan semula nostalgia hitam yang pernah di tinggalkan suatu ketika dahulu.
Daripada Nurul Huda Bt Idris(98957)
Sains Kemasyarakatan(Kerja Sosial)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
chin peng tidak patut dibawa balik ke Malaysia kerana beliau merupakan pengkhianat negara. Jika beliau dibawa pulang, kemungkinan akan berkembang semula ajaran komunis.
BalasPadamdari,
nornazlin binti selamat
95084
Tuan,
BalasPadamKepulangan Chin Peng memang boleh mencetuskan masalah ketenteraman awam bukan sahaja kerana menimbulkan kemarahan rakyat khasnya waris pasukan keselamatan dan juga orang awam yang menjadi mangsa PKM, malah sanak saudara gerila2 PKM yang dibunuh atas arahannya pada sekitar 1960an kerana diberi maklumat oleh golongan ‘Patih Kerma Wijaya versi PKM’ bahawa mereka telah menyimpang dri perjuangan komunis. Ramai yang hauskan darah Chin Peng. Bolehkan dia tidur lena jika terpaksa hidup dalam ketakutan pada usia tua begini?
Wong Fai Lin (UKM), Hazlan Tajul Ariffin (UiTM), Vasanthy a/p Baskaran (UPSI), Awang a/k Bah Itam (UIAM) & Ignatius Mojilun (UPNM)