Pages

Ahad, 31 Januari 2010

Inflasi...Apa Benda Tu?

Saya bukan seorang pakar ekonomi atau terlibat menyediakan Bajet negara untuk dibentangkan oleh PM di Parlimen. Mengikut gomen, ekonomi negara menguncup dan peruntukan kebanyakkan kementerian terpaksa dikurangkan. Secara peribadi, saya turut terkena tempiasnya. Manakan tidak...Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi memberi jawapan di Parlimen pada 11 November 2009, quote '...Mengenai elaun selain daripada SP dan PGB ini, kami telah kemukakan pada JPA untuk pertimbangan-pertimbangan diberikan. Namun oleh kerana kedudukan kewangan negara belum mengizinkan elaun-elaun berkenaan diberikan, pihak Kementerian Pertahanan masih terus mengusahakan agar pengiktirafan ini dapat diberikan kepada penerima-penerima anugerah berkenaan.'...unquote (Petikan Hansard). Jawapan kepada soalan mengenai elaun untuk JPP, PTU dan KPK.

Yang peliknya...setiap kali ada seminar ke..mesyuarat ke...untuk kaki tangan jabatan/agensi kerajaan diadakan di hotel-hotel 5 bintang! Mungkin kalau buat di dewan jabatan, tiada yang mahu hadir. Tapi ialah...tanpa sokongan kerajaan, keuntungan hotel-hotel akan terjejas, betul tak?

Sekarang tengok pula keadaan rakyat yang di kawasan 'perumahan awam'...

Boleh dikatakan setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kereta. Malah sebuah rumah itu ada hingga 4 buah kereta; ada rumah yang diubah suai sehingga hilang bentuk asalnya. Lihat pula di stesyen minyak. Saya tabik mereka yang saya sendiri lihat mengguna bahan api 'ron 97' @ RM2.00/liter untuk kereta yang sudah memadai mengguna 'ron 95' saja.  Saya sendiri mengguna ron 95 @ RM1.80/liter kerana ianya sesuai dengan kereta saya. Memang benar perbezaan hanya 20 sen...apalah sangat. Namun, kalau 100 liter= RM20.00 bezanya! Pedulikan pasal duit...jadi ada vrooomph!

Mengikut Malaysian Automobile Association, penjualan kereta akan meningkat untuk 2010. Ingatkan AFTA nanti, harga kereta akan turun...tak pun. Malah faedah untuk pinjaman bank akan naik...kereta masih laku juga. Itu untuk kebanyakkan rakyat biasa. Macam mana pula rakyat 'tak biasa'? Setakat beli kereta berharga RM1-2 juta...'loose change' saja! Tak percaya? Lihat ini...
Apalah sangat RM2.6 juta untuk Rolls Royce "Ghost"...! Menurut ejen RR, mereka menjangka 8-10 buah RR dapat dijual tahun ini, malah sudah pun ada tempahan...wow! Dalam hati teringin juga tapi...tinggal teringin sajalah! 

Sekarang...lihat pula 'outlets' makanan segera. Sentiasa dikunjungi pelanggan...di ulu Jitra ni pun apa kurangnya! Itu belum ambil kira di 'Kopitiam' dan gerai/warong makan. Kalau ada inflasi, sudah pasti semua ini tidak kelihatan. Orang akan makan di rumah...bukan saja dijamin bersih dan halal, ianya dapat menjimatkan.  

Jadi...Apa itu INFLASI?

Pembaca...Bersyukurlah dengan apa yang kurniakan Allah. Sihat tubuh badan agar dapat melaksanakan perintahNya yang paling mustahak. Sekiranya ada masa terluang, sila baca  coretan isteri saya - 'Living Within Your Means' di sini.

Jumaat, 29 Januari 2010

A Classic Case Of Attitudes

Readers...I have expressed my frustration in my futile efforts to get the list of the recipients of Pingat Tentera Udara (PTU) in my previous posting. For reasons best  known to the RMAF, there was no response to my e-mails. My deductions for this indifference in attitude are...
  • The list is highly classified. Any form of leakage may jeopardise the security of the nation...Afterall, we are heroes! He...he...he.
  • The filing system is so poorly maintained to the extent that all the documents are not traceable.
  • The typical attitude '...why bother, afterall, who is this busy body?'
  • 'I'm not a recepient of PTU...so, what the heck!'
Or any other reasons you can think of...!

Well...This is my perception, which I'm entitled to, of the organisation. My primary objective of getting the list is simply to have the names documented in my blog. The name of the recipients of SP and PGB are documented in "Pahlawan Tanahair" written by Lt Kol Dr Syed Othman (B). The Nation honours RMAF pilots by creating a medal as one of the National Galantry Medals. RMAF should be proud for such an honour...isn't it? Let me extract my previous posting on this issue...
Pingat Tentera Udara (P.T.U.) (Gallantry Award – R.M.A.F.)

Pingat Tentera Udara (P.T.U.) is a gallantry decoration which is conferred on members of the Royal Malaysian Air Force for acts of gallantry and devotion to duty as pilots in or outside their line of duty. The award can also be conferred posthumously. A member of the Malaysian Air Force may receive the award more than once. The Pingat Tentera Udara was instituted on 17 July 1968 and gazetted on 29 August 1968.

 The above excerpt is from the Perpustakaan Negara Malaysia's web site, http://www.malaysianmonarchy.org.my/.

To the best of my knowledge and in addition to an input from a friend, the recipients of PTU are...
  • Lt Gen (U) Datuk Mohamad Bin Taib  (arwah)
  • Maj Gen Shaharuddin Bin Ali TUDM (B)
  • Lt Gen Dato' Abd  Ghani TUDM (B)
  • Gen Dato' Abdullah TUDM (B)
  • Lt Col Darby Awin TUDM (B)
  • Capt Ng Sek Kee @ Ng Sak Kay TUDM (B) 
  • Brig Gen Dato' Abdul Rahim Bin Abdul RahmanTUDM (B)
  • Lt (U) Chung Ming Teck (posthumous)
  • WO 1 (AQM) Arumugam s/o Manickam TUDM (B)
  • Sgt (AQM) Leong Yee Heang (posthumous)
  • Maj Dato' Khalid Bin Ali TUDM (B)
  • Capt Murad Bin Mohd TUDM (B)
  • Maj Ahmad Radzi Bin Hashim TUDM (B)
  • Lt Col Frank Chong Keng Lay TUDM (B)
  • Maj Nor Ibrahim Bin Sulaiman TUDM (B)
  • Capt Md Som TUDM (B)
  • Col Zakaria Saleh TUDM
  • Lt Col Felix Gonzales TUDM
  • Maj Nazhar TUDM
My sincere apologies for incorrect ranks, titles and spelling of the names. Rest assured  I will ensure corrections be made upon receipt of inputs. I'm sure I have left out some...not intentional. I simply do not know the other recipients other than the above. And, that's the reason why I have been pursuing the relevant agencies. Of course, I'm only too grateful if readers can provide the names of those not mentioned in my list. I really appreciate it.

For KPK holders of the RMAF, all I have to say is ...don't just sit still and hope that your names be remembered and revered by the RMAF. When you're out of sight...you will be out of mind!!

If it is of any consolation, MINDEF has recognised the status of PTU to be on par with PGB through an e-mail from KSU to JPM...

From: Dato' Hj Abu Bakar bin Abdullah [mailto:abubakar@mod.gov.my]
Sent: Friday, June 26, 2009 6:16 PM
To: Zureen bin Zubir 
Subject: Pingat Tentera Udara (PTU)

Assalamualaikum tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada percakapan talipon pada 25 Jun 2009 mengenai perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Markas Angkatan Tentera Malaysia baru sahaja selesai melaksanakan kajian keatas status PTU dan telah mengemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KEMENTAH pada hari ini 26 Jun 2009 mencadangkan supaya penerima PTU dibayar elaun bulanan sebanyak RM1,500 sebulan sepertimana penerima Pingat Gagah Berani (PGB).

3. Saya akan mempastikan Bahagian berkenaan mengemukakan cadangan tersebut kepada JPM dengan kadar segera pada minggu hadapan untuk pertimbangan.

Sekian, untuk makluman tuan jua.

Terima kasih.

ABU BAKAR HJ ABDULLAH
KSU
KEMENTAH

Note: My appreciation to Lt Col Basri Bin Omar PGB (B) (x-RAJD) and 'Anonymous' TUDM (B) (whoever he may be), for their contributions towards my effort in documenting the recepients of the PINGAT TENTERA UDARA. Thank you.

T H E  E N D

Rabu, 27 Januari 2010

Siapalah Saya!

Pembaca...Saya sungguh kecewa! Dah hampir 6 bulan saya berusaha tetapi masih gagal. Bukannya nak minta elaun untuk JPP, PTU & KPK. Saya telah menghubungi KSU KEMENTAH, JPM, Departmen Tentera Udara melalaui KESEK, Berita Udara dan Website TUDM, Muzium TUDM dan akhir sekali Arkib Negara Malaysia (ANM) Cawangan Kedah/Perlis dan Ibu Pejabat ANM di Kuala Lumpur...SEMUANYA TIDAK BERHASIL!!  Maklumat yang saya perlukan hanyalah  senarai penerima PTU dan KPK...Itu sahaja! Inilah nasib seorang yang tidak lagi relevan kepada sesiapa kecuali kaum keluarga. Sekiranya saya mantan PTU ke, jeneral ke...lainlah ceritanya. Apa nak dikatakan...Out Of Sight...Out Of Mind!

Inilah sambungan kepada coretan seterusnya terhadap keluhan tersebut.
Pembaca...Untuk makluman anda, saya telah menghantar e-mel berikut kepada pihak-pihak tertentu agar mereka membaca coretan yang dimaksudkan...

Date: Wed, 20 Jan 2010 13:55:40 -0800
From: nibsny@yahoo.com
Subject: Out Of Sight...Out Of Mind
To: pengsek07@yahoo.com; beritaudara@yahoo.com; datomus@mail.gtitec.com.my; moque3419@yahoo.com; webmaster@airforce.gov.my; nazriaziz@hotmail.com; lorinspain83@yahoo.com.sg

Assalamualaikum,

Jika ada masa terluang, sila baca coretan bertajuk di atas di http://xnuripilot.blogspot.com/.

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Inilah satu-satunya respons yang saya terima...

Re: Out Of Sight...Out Of Mind
From: xxxxx xxxx
To: nor ibrahim nibsny@yahoo.com
Sent: Fri, January 22, 2010 5:54:49 PM

Walaaikumsalam.......tuan. Saya hormati tulisan tuan dalan blog tersebut. Mungkin kita boleh bertukar pendapat serta pandangan utk mengemaskini maklumat yg terdapat di Muzium TUDM. Idea yg bernas jika dipamerkan senarai nama2 wira Tentera Udara Diraja Malaysia bagi nostalgia sejarah yg tidak akan luput. Justeru itu, besarlah harapan saya jika tuan dapat black & white senarai tersebut atau dari mana2 dokumen yg boleh dijadikan panduan. Fakta yg tercipta adalah yg benar2 tepat tanpa persoalan dikemudian hari. Untuk pengetahuan tuan, Muzium TUDM memang ada menyimpan maklumat sejarah2 Skuadron serta Pangkalan2. Tapi kejadian2 (tragedi2) terutama aircrash disimpan oleh pihak IG (Inspectorate) dan berdarjah 'RAHSIA". Ini lah masalh yg timbul apabila maklumat tersebut tiada salinan ke Arkib Muzium TUDM. Hampir 5 tahun ke belakangan ini pihak muzium masih mencari serta membuat research bagi memantapkan lagi documentation sejarah TUDM. Bagi pandangan saya ianya memang mengambil masa yg panjang sebelum fakta yg tepat dikeluarkan bagi tontonan orang awam. Sekian untuk amkluman tuan. Terima kasih.

Wassallam

xxxxx xxxx

Sekiranya saya ada senarai penerima PTU dan KPK, sudah lama saya menyiarkan dalam blog saya. Respons saya kepada pegawai berkenaan...
Fri, January 22, 2010 6:15:56 PM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: xxxxx xxxx
Cc: xxxx xxxxxx

Assalamualaikum,

Sejak dulu lagi saya telah mencuba untuk mendapatkan senarai PTU dan KPK. Saya ada memberitahu anda untuk menghubungi Brig Jen Dato' (deleted). Respons KESEK juga mencadangkan saya menghubungi beliau. Saya telah cuba tetapi gagal.

Setahu saya, 'citation' untuk pingat tiada kena mengenakan dengan kemalangan pesawat, IG dan tidak diklasifikasikan. Laporan BOI sudah pasti "RAHSIA". Citation boleh juga diperolehi dari JPM. Setidak-tidaknya nama penerima sudah memadai.

Fikir-fikirkanlah.

Kepada  waris wira-wira TUDM yang terkorban di Gubir pada 26 April 1976...
  • Capt (U) Choo Yeok Boo PGB - #7 Sqn
  • Capt (U) Mustafa Kamal KPK - #7 Sqn
  • Lt (U) Chung Ming Teck PTU - #10 Sqn
  • Lt U) Wan Munsiff  KPK - #10 Sqn
  • Sgt Leong Yee Heang (AQM) PTU - #10 Sqn
...sekiranya anda terbaca blog ini...ketahuilah bahawa bapa/tokwan anda terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara. Saya telah cuba sedaya upaya agar pengorbanan mereka diabadikan oleh organisasi di mana mereka berkhidmat di suatu ketika dulu. Malang sekali...Tidak berjaya! Apakan daya...Siapalah saya!! 

T A M A T

Ahad, 24 Januari 2010

Sumber Inspirasi

Saya percaya mungkin ramai pembaca tidak pernah mendengar nama Lt Kol Dr Syed Othman Bin Syed Omar (B). Apa keistimewaan beliau sampai sanggup menjadikannya sebagai bahan coretan untuk blog saya? Saya tidak pun mengenali beliau.

Sebabnya...saya sungguh kagum dengan semangat beliau! Mengapa? Saya terbaca rencana Buletin Veteran ATM Bil: 3/2009 bertajuk 'Usahawan Cendawan dan Rumah Tamu'.  Rencana ini menceritakan kisah  seorang pegawai  TDM yang tergolong dalam kumpulan 'OKU' (Orang Kurang Upaya) - hilang penglihatan kedua mata. Walaupun tidak lagi dalam keadaan sempurna, beliau telah berjaya dalam bidang pendidikan sehingga ke tahap tertinggi...PhD/Doktor Falsafah! 

Al kisah...Punca kecacatan ini adalah angkara kedurjanaan Chin Peng! Pada 4 Ogos 1979, semasa memburu pengganas komunis dalam Operasi Selamat Sawadee, beliau telah terkena jerangkap samar hingga mengakibatkan kehilangan salah satu pancainderanya...kedua-dua belah matanya. Ketika itu beliau baru berusia 26 tahun dan 26 hari melangsungkan perkahwinan. Mulai detik itu, dunia beliau menjadi gelap gelita...tidak lagi dapat menikmati keindahan ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Syukur Alhamdulillah...gelap penglihatan tetapi tetap terang di hati!

Oh...Selamat Sawadee...sungguh banyak kenangan bagi diri saya sendiri. Saya tidak terlibat membawa beliau keluar dari hutan belantara. Tetapi saya telah membuat 'casevac' melalui kaedah 'winching' seorang pegawai Meriam, Lt Raja Musa selaku Forward Observation Officer (FOO), yang 'hilang' satu mata dan sebelah kaki terpaksa dipotong. Anda ingat mereka ini bersetuju jika Chin Peng kembali ke Malaysia? Saya bukannya seorang nujum...hubungilah mereka untuk mendapatkan jawapan. Tapi...rasa-rasanya saya tahu jawapan mereka!

Terpesong pula dari cerita asal apabila mengingati operasi ini. Syed Othman tidak menyerah kalah. Beliau telah ditaja oleh ATM untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda di Miami University, Amerika Syarikat. Beliau berjaya dengan cemerlang...'majoring' dalam 'Mass Communications' dan 'Politic' pada 1986. Seterusnya, dengan perbelanjaan sendiri, beliau berjaya mendapat ijazah Sarjana dari UKM (1996) dan PhD dari UM (2003). Beliau bersara dari ATM pada 5 Januari 2006. Pada ketika itu, hanya beliau seorang sahaja warga TDM yang berkelulusan PhD...satu pencapaian yang sungguh membanggakan!

Beliau telah menulis 8 buku, termasuk 2 buku bertajuk "Pahlawan Tanahair". Saya telah menghubunginya bertanyakan mengapa pingat keberanian JPP, PTU dan KPK tidak termasuk dalam buku beliau. Jawapannya ialah kesukaran untuk mendapat butir-butir. Beliau terpaksa menemuduga penerima-penerima SP dan PGB untuk mendapatkan butir-butir berkaitan. Ini kerana sistem 'filing' ATM sangat tidak 'memberangsangkan'. Tidak seperti sistem filing di UK. Semasa mengikuti kursus di sana,  beliau mendapati pihak tentera masih menyimpan 'citation' asal untuk penerima pingat-pingat seperti 'Military Medal/Cross (MM & MC)'. Malah, sehingga kini beliau masih menyimpan salinan citation penerima MM dan MC dari Malaysia. Apa yang hendak dihairankan apabila Malaysia kehilangan Pulau Seputih kepada jiran kita di suatu ketika dulu. Alangkan dokumen sebuah pulau pun tidak tersimpan...inikan pula citation untuk pingat! Untuk makluman...beliau tidak menerima sebarang pingat keberanian negara bersabit dengan insiden tersebut.

Sekarang Syed Othman merupakan seorang usahawan cendawan dan Rumah Tamu di Kpg Makmur, Sg. Siput Utara, Perak. Orang kampung...yeop oi!

Pembaca...Apakah agaknya reaksi pelatih-pelatih PLKN atau BTN sekiranya wira-wira seperti Syed Othman dan Raja Musa menceritakan pengalaman mereka? Bayangkan Syed Othman datang dengan 'tongkat putih' dan dibimbing masuk ke dewan. Bagaimana beliau terpaksa menghadapi alam kenyataan tanpa pancaindera penglihatan tetapi masih berupaya mencapai tahap tertinggi dari aspek pendidikan? Saya pasti ini akan menyemarakkan semangat patriotisme segolongan besar pelatih tersebut. Tapi...apa hendak dikatakan...Cadangan saya ke PLKN dan juga BTN hanya tinggal cadangan!!

Lt Kol Dr Syed Othman...sekiranya ada orang membacakan coretan ini kepada anda...syabas kepada anda yang mempunyai semangat waja. Saya berdoa agar Allah mencucuri RahmatNya kepada anda dan keluarga.

Pembaca...Mengapa kita tidak jadikan Lt Kol Dr Syed Othman sebagai salah satu sumber inspirasi, terutama bagi golongan remaja, demi untuk kejayaan dunia dan akhirat? Fikir-fikirkanlah...!

Sabtu, 23 Januari 2010

Kerenah Birokrasi

Pembaca...Anda ada membaca laporan Utusan Malaysia di atas bertarikh 14 Januari 2010? Menurut Jurucakap Kerajaan, YB Datuk Seri Dr Rais Yatim, '...Kerajaan hari ini mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan orang ramai untuk menjawab secepat mungkin segala surat-menyurat yang dikemukakan kepada mereka'.

Satu tamparan hebat kepada KSN. Bayangkan...sebagai Setiausaha kepada Kabinet beliau terpaksa menelan 'teguran' terhadap anak-buahnya. Kesihan beliau...! Saya percaya beliau telah memberi nasihat, teguran dan mungkin menghantar Penjawat Awam (PA) ke Kutub Utara/Selatan yang dianggap 'dead wood'....Tetapi apakan daya...manusia tetap dengan berbagai ragamnya!
Secara peribadi, saya sungguh kagum dengan tindakan beliau apabila saya mengajukan rentetan/rayuan yang membabitkan agensi Kerajaan. Seperti kilat beliau mengambil tindakannya...wow! Tak percaya? Ini salah satu contoh...

Saya kerap menghantar e-mel kepada Menteri, KSN dan PA Kementerian tertentu . Nasib saya boleh dikatakan baik kerana pihak berkenaan telah 'bersusah payah' menjawab rayuan seperti petikan respons rasmi ini'...Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam kajian dan pertimbangan Kerajaan'. Sungguh tidak disangka...sehingga kini jawapan di era 'cyclostyle' (maaflah jika ejaan salah kerana terlampau lama tidak digunakan) masih lagi diguna pakai oleh seorang...TKSU...eh...eh! Sungguh tak kreatif. Kalau ya pun...Karanglah jawapan yang meyakinkan walaupun yang tersiratnya, bak kata percakapan di warong kopi '... Bolayan - tak ada masa nak layan'.

Nasib saya baik kerana e-mel saya salinkan (cc) kepada KSN. Nak tahu apa jawapan beliau kepada TKSU? '...Bila dijangka dibuat keputusan?' dan disusuli e-mel oleh staf beliau kepada KSU '...Saya pohon kerjasama Y.Bhg. Dato’ untuk meneliti perkara ini sewajarnya dan maklumbalas berhubung perkara ini bolehlah dikemukakan terus kepada pengadu dengan salinan kepada Pejabat ini katakan, pada atau sebelum hari Selasa, 30 June 2009.' Ini yang semua rakyat mimpikan...'Management By Deadline'.

Walaupun keputusan rayuan tidak menyebelahi saya, namun saya tetap berterima kasih kepada KSN dan staf beliau kerana sanggup meluangkan masa untuk melayan saya.

Berbalik kepada teguran Kabinet...Secara tidak langsung, Kerajaan 'mengaku' masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata apabila berurusan dengan agensi Kerajaan! Dengan lebih tepat...sudah sampai masanya Ketua Agensi/Jabatan ditegur kerana merekalah yang diberi kuasa untuk menjawab surat yang dikemukakan oleh rakyat...bukannya staf bawahan. Persoalannya...Bolehkah arahan Kabinet tersebut akan melihat anjakan paradigma di kalangan PA terbabit? Kemungkinan...seperti mencurah air pada daun keladi kut!

Kesangsian saya berlandaskan kepada hakikat sebenarnya. Siapa "BOS #1" PA? Sudah tentu..."KSN"...bukannya Pak Menteri. Ahli politik 'datang dan pergi'...ditentukan oleh rakyat seperti saya ini...setiap 5 tahun sudah pasti! PA berkhidmat untuk Kerajaan SEMASA, tidak mengira parti politik, dan mengucap sayonara bila sampai umur bersara...itu pun jika diizinkan Allah.

Alangkan ingatan BOS #1 sendiri tidak diambil peduli...apalah nak kisah sangat dengan teguran Kabinet! Bukannya Menteri yang menentukan KPI kesemua Ketua Jabatan; KSN/KSU/KP/PAT dan yang setaraf...mungkinlah. Yang perlu dijaga ialah 'immediate superior'. Sekiranya teguran BOS #1 'menyengat', tiada sebab mengapa Kabinet terpaksa membuat kenyataan tersebut...Betul tak?

Ini 1 lagi contoh kebenaran teguran Kabinet...Saya ada menghantar e-mel kepada Ketua Pengarah PLKN. Selepas hampir sebulan tiada sebarang respons, saya telah menalifon PLKN. Seperti yang sudah dijangkakan, jawapan pada Ogos 2009 '...4. Pihak Jabatan amat mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Tuan dalam perkara ini dengan mengemukakan satu cadangan yang bernas. Pihak Jabatan akan menghubungi Tuan jika maklumat lanjut diperlukan.' Kalau bernas mengapa tidak dilaksanakan? Itulah kali terakhir saya mendengar berita dari PLKN.  Untuk PLKN...jangan bimbang kerana saya tidak berhasrat untuk  meneruskan perkara ini  lagi.

Sebagai seorang pelanggan, saya tabik KSN kerana ketegasan beliau. Bagaimanakah agaknya tahap prestasi Perkhidmatan Awam apabila beliau tidak lagi 'relevan' pada Jun 2010? Harapan saya agar Pengganti beliau paling tidak pun akan meneruskan dasar mesra rakyat sejajar dengan gagasan 1Malaysia...'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'. Mungkin saya silap...Saya yakin ramai yang akan 'gantung' pisang menjelang Jun nanti...he...he...he! Memang betul tiada siapa yang relevan selama-lamanya dan 'patah tumbuh hilang berganti'.  

Pembaca...Jangan nafikan Perkhidmatan Awam telah melalui proses membaiki mutu perkhidmatannya kepada rakyat; sekarang mereka boleh dianggap 'mesra rakyat'. Namun, mereka MESTI peka terhadap kritikan. Ingat...kritik hanya dilemparkan sekiranya terdapat kelemahan. Mana ada organisasi yang semuanya 'perfect'? Kritikan boleh membaiki kelemahan. Dan...janganlah pula asyik kutuk sahaja.  Di mana perlu...berilah kepujian. Barulah adil.

Pembaca...Sekiranya anda tidak berpuas hati atau membuat rayuan membabitkan perkhidmatan awam, saya cadangkan anda menghantar e-mel kepada KSU, salinan kepada Menteri dan KSN. Di peringkat negeri...kepada SUK dan salinan kepada MB dan KSN. Masalah yang mungkin anda akan hadapi ialah...e-mel anda ke Pak Menteri akan terhenti di 'rumah tol' angkara 'Gate-keepers' akan menyaring apa yang mereka fikir Bos perlu dengar - kebiasaannya puji-pujian sajalah. Manakala PA pula enggan memberi alamat e-mel mereka. Sekiranya ini tidak membuahkan hasil, tindakan seterusnya ialah menghubungi media massa dan elektronik seperti rancangan TV3 "Aduan Rakyat".

Bukan saya seorang menghargai keprihatinan KSN terhadap pelanggan beliau, ramai lagi menghormatinya berlandaskan kepada kaedah beliau melaksanakan tanggungjawabnya...

New Sunday Times pada 17 Januari 2010

Khusus untuk Tan Sri Mohd Sidek Hassan...Terima kasih. 

Khamis, 21 Januari 2010

Out Of Sight...Out Of Mind!


18 January 2010 at 0740 hour...I received an unedited sms from a good friend of mine '...Write on esprit de corp tudm should gather those xtudm around the base cal them for function'... I wonder why he said that. So, I called him. It seems when he attended a wedding reception of a daughter of an ex-senior RMAF officer the night before, not so many  faces that both of us are familiar with were there. His comments were that you're no longer relevant once you're out of the Service...out of sight...out of mind! Nobody cares about you anymore. Well said my friend...you're very right and I totally concur it!

My house is just a matter of about 5 km from Kolej Tentera Udara (Air Force College) at Kepala Batas. I pass the Base almost every day and I know a few of the serving officers. But not once do I get invited to the official functions in conjunction with the Air Force Day on 1st June  every year. That's not so bad... There is a private entity within the Base conducting courses for the servicemen. And...most of the teaching staff are ex-RMAF personnels. You know what? Even they are not invited for the functions. So, there's no ground for me to feel left out since I'm literally  outside the perimeter of the Base.

In my earlier postings, I have been expressing my disappointment on the 'refusal' of the Air Force to recognise their heroes. I'm sure by now, most of you readers still remember those aircrew who were Killed In Action (KIA) on 27 April 1976. A Nuri helicopter was shot down at Gubir Ops area by communist terrorists, killing all the 11 'POB' (persons on board), ie, 5 aircrew and 6 Army personnels. As far as I can remember, they were the only RMAF personnels literally KIA; others were killed in aircraft accidents. As a reminder, the fallen POB were...
  • Capt (U) Mustafa Kamal - #7 Sqn
  • Capt (U) Choo Yok Boon - #7 Sqn
  • Lt (U) Chung Ming Tat - #10 Sqn
  • Lt U) Wan Munsif - #10 Sqn
  • Sgt Leong (AQM) - #10 Sqn
  • Maj Haris Rejab - RAMD
  • Capt Sulaiman - RAMD
  • Lt Ibrahim - RAMD
  • Sgt Khamis - RAMD
  • L/Cpl Kamarulzaman - MSSR
  • L/Cpl Suandi - MSSR
Readers...I stand to be corrected. If my memory does not fail me, nowhere in the Air Force are the names of these KIA aircrew documented or displayed...not even in the RMAF Museum. Ironically...you can find them in the Army's "Tentera Darat 1933 - 2008"...NOT  in "RMAF - 50 Glorious Years Of Safeguarding The Nation"...Not even a sentence in honour of these heroes!! I'm sure the children will be proud to know that their fathers were heroes and sacrificed their lives for this beloved country of theirs - MALAYSIA. Army...Thank you for documenting these heroes...lest they would be forgotten forever!! 

And...how about the recipients of the Nation's Gallantry Awards, namely PGB, PTU and KPK? I mean Air Force recipients. For PGB holders (only 2), their names are documented in a book entitled "Pahlawan Tanahair" by Syed Othman. PTU? Surprise...surprise...Is it a medal awarded to the RMAF personnels by the Air Force Chief? That's how appreciative the Air Force is! I'm not surprised the new breed of personnel are not aware of such medal. By right they should be proud that the Nation recognises the sacrifices of their pilots by creating a gallantry award - Pingat Tentera Udara - as one of the 5 Gallantry medals. The least the RMAF can do is to have their names displayed in the museum. Am I asking too much?

So unlike the Army...to be specific...the individual Corp. Take RAJD (Rejimen Askar Jurutera DiRaja) for example. When I wrote in my blog, 1MALAYSIA, about a dilemma faced by a daughter of an ex-WO of the Sappers, an ex-officer informed the Chief Engineer (CE) at MINDEF of the story. Through Persatuan Ex-Sappers Wilayah Utara, the ex-WO was contacted and appropriate actions were taken to assist him. And the Corp keeps a record of all their personnel who were awarded with the nation's gallantry award; PGB (1 for sure), 2 JPP and 33 KPK. What an achievement...! Sappers... I salute you. Your esprit de corp remain intact even though when you're no longer in service...Out of sight...but still in mind! 

I'm proud to have served the RMAF. I am what  I am today because of the Air Force. For this I say thank you.  If the Army had LT ADNAN as their icon, why not CAPT (U) CHOO, CAPT (U) MUSTAFA, LT (U) CHUNG, LT(U) WAN MUNSIF AND SGT (U) LEONG for the Air Force? Am I wrong to be a bit sentimental?

Selasa, 19 Januari 2010

Akhirnya...Cerah


Syukur Alhamdulillah...

Pembaca...Masih ingat keratan akhbar di atas di coretan saya bertajuk "Oh Sungguh Malangnya Nasib Mu" diikuti "Sinar Harapan"? Cerita berkaitan seorang pesara tentera, Pte Abdul Rani Bin Wok, merayu bantuan untuk mengurangkan bebanan kewangan di usia senjanya.

Mengikut laporan Mingguan Malaysia pada 17 Januari 2010, rayuan Pbt Abdul Rani Wok telah mendapat perhatian KEMENTAH melalui JHEV. JHEV akan memberi bantuan kewangan untuk membantu menyara kehidupan beliau. Syabas JHEV...anda telah menunjukkan keprihatinan terhadap rentetan wira-wira yang tidak diketahui rakyat jelata sebelum ini...malah di kalangan warga ATM sendiri sekali pun.

Juga, KEMENTAH akan mencadangkan agar beliau dianugerah Pingat Gagah Berani (PGB). Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, bererti beliau akan layak menerima elaun bulanan RM1500.

Akhirnya...Pbt Abdul Rani mendapat pembelaan dari pihak berwajib dan pengiktirafan  sebagai    Pahlawan Negara walaupun insiden tersebut berlaku 31 tahun dahulu! Saya bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat mempercepatkan proses pengiktirafan ini. Satu kepuasan yang tidak boleh dinilai dengan RM.

Untuk Lt Kol Idris Hassan (B)...Tahniah kerana bersedia mengesahkan kesahihan cerita Pbt Abdul Rani. Pengesahan anda melalui 'Kertas Komandan' semasa mengikuti kursus di MTAT telah mempercepatkan proses pengiktirafan beliau.

Terima kasih kerana menghantar e-mel berikut (tanpa edit)...

Re: Pbt Abdul Rani & Nasib "Wira" Negara )

Sun, January 17, 2010 3:05:11 PM
From: Idris Hassan  
To: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com

Assalamualaikum Saudara Nor,

Thank you for your e-mail. Yes I too read the news in the Utusan Malaysia this morning and was elated that one of our brave member of our fraternity ( Pbt Abdul Rani Wok (72032) will soon be getting his just dues .The fact that he was my former soldier certainly makes me very proud . Before this my wife and I had called him and we chatted about old times.

Syukur Alhamdulillah your posting of Pte Rani's plight on your blog alerted me and I was able to forward the extra information required by (JHEV) Pahang of this particular contact that happened in Kg.Klau. Sg. Ruan in on 25th June at 1979 at 0930 Hrs. some 31 years ago. This was the contact I had recorded in my Commandant's paper while attending Armed Forces College (1983) when I wrote on the history of my Battalion ( 12 Inf Bn MTA)

Syukur Alhamdulillah like you I am proud that the authoritie's have acknowledged the sacrifices of this old soldier at last.

I am also been following your blog ( Nasib "Wira" Negara ) on your lone herculean effort to get recognition of for all those who have been bestowed with the Federal award for gallantry namely the JPP, PTU and the KPK. I cannot thank you enough for you perseverance and dedication to this mission . Hopefully the authorities will consider your appeal for all those recipients especially when you have presented the case in a very compelling way .

I agree with you that our authorities are known to go berserk trying to out do each other when it comes to rewarding our athletes .But when the is a cry for recognition from those who have sacrificed much for the nation the remain quite aloof . These brave men should not be treated as though they are asking for alms .( Minta sedekah ).They are in fact asking very little in return for what given . They have given our country the greatest gift. The gift of freedom for it's citizens to live in peace and harmony . You could not ask more from than.

Salam

Lt Col . Mohd Idris Hassan (Retired)

Untuk Pbt Abdul Rani Bin Wok...Tahniah...Semoga Allah mencucuri rahmat keatas anda dan keluarga.

Maka...berakhirlah satu saga dengan jayanya...Syukur Alhamdulillah!

T A M A T

Ahad, 17 Januari 2010

Nasib "Wira" Negara

Pembaca yang dihormati...Sedarkah anda siapakah 'WIRA-WIRA' Negara?  Kalau nak tahu...ada dua kategori dan apa pula perbezaannya? Bacalah seterusnya...mengikut keutamaan...

Pertama...Ahli Sukan. Tidak percaya? Lihat imbuhan/insentif yang diterima oleh mereka...

Pemenang pingat Olympic dengan imbuhan sepanjang hayat, ganjaran dan gelaran 'Dato'...Wow!!

Lihat pula gambar di bawah sempena meraikan 'Wira-Wira' Sukan Sea pada 12 Januari 2010.

Utusan Malaysia pada 13 Januari 2010

Kerajaan dengan sekelip mata memperuntukkan RM10j untuk Tabung Pembangunan Bola Sepak hanya kerana berjaya membawa balik pingat emas setelah 20 tahun 'mengidam' untuk menjadi juara. Manakala kadar insentif baru akan diumumkan nanti untuk ahli-ahli sukan yang mengharumkan Negara...Ini baru Sukan Sea; Olympic sudah diumumkan pada 2008. Apalah agaknya yang akan diterima oleh pemandu F1 Negara sekiranya menjadi juara...Di luar imaginasi saya! 

Sekiranya Negara tidak meraikan kejayaan, jangan gusar kerana pihak negeri akan mengiktiraf keperwiraan warga mereka seperti gambar di bawah. Selain imbuhan kewangan, 'wira-wira' negeri dikurniakan...
"16 pemain bola sepak Negeri Sembilan dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) di atas kecermalangan pasukan itu menjulang dan membawa pulang Piala Malaysia yang telah dinantikan sejak 61 tahun lamanya."...Keratan Utusan Malaysia pada 15 Januari 2010.

Kedua...Pahlawan yang berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara untuk membolehkan  'wira-wira' sukan memerah keringat untuk mengharumkan Negara. Ada dikalangan mereka dianugerah  Pingat Keberanian Negara. Bagi penerima SP dan PGB diberi imbuhan bulanan manakala 3 yang lain... 

  PGB - RM1500                                                                                 SP - RM2000
                                
 
                                                                 
    JPP - RM0                               PTU - RM0                                                KPK - RM0
Rayuan kepada PM, KEMENTAH dan Parlimen untuk mendapatkan imbuhan bulanan bagi penerima JPP, PTU dan KPK telah dikemukakan tetapi tidak berjaya dengan alasan yang bercanggah  walaupun dari hanya satu agensi Kerajaan! Namum demikian, sekurang-kurangnya bolehlah juga di'bangga'kan kerana masih ada  juga pengiktirafan.

Bagaimana pula dengan mereka yang bersabung nyawa tetapi tiada sebarang pengiktirafan? Terpampanglah berita seperti berikut...merayu menagih simpati dengan harapan ada pihak yang prihatin memberi bantuan diusia lanjut ini...
dan banyak lagi!

Bertuah sungguh 'wira' sukan
Setiap kemenangan menikmati imbuhan
Lain pula nasib 'Pahlawan'
Hutan belantara gelanggang buruan
Mempertahan negara bermati-matian
Menghapus komunis menjadi keutamaan
Pengganas komunis penghancur keamanan
'Nuri' turut menjadi sasaran
Banyak nama tinggal kenangan
Cacat anggota ditanggung badan
Mohon simpati tidak dipedulikan
Hidup daif menunggu kematian
Tiada siapa nak kasihan
Beginilah nasib seorang pahlawan
HADAPILAH ALAM KENYATAAN...BUKAN IMPIAN!!

Jumaat, 15 Januari 2010

Suntikan Nafas Baru

YB Datuk Seri Dr Rais Yatim...Betul ke akan dipraktikkan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 14 Januari 2010? Cakap tak serupa bikin kut. Saya telah menghantar e-mel kepada YB di akhir tahun 2009, sehingga kini masih menunggu...dan menunggu...seperti buah jering tak jatuh...he...he...he!

Saya telah banyak menghantar e-mel kepada agensi-agensi Kerajaan tetapi boleh dikatakan 90% TIDAK BERJAWAB...dalam bahasa kasar...Bolayan! Cuba Pak Menteri dan Penjawat Awam fikirkan secara rasional...satu-satu hari nanti anda juga tiada lagi 'relevan'. Bukan semua anda akan 'bernasib baik' dimana tetap dihormati dan disanjungi. Bayangkan ketika itu anda hanya insan kerdil seperti saya. Sebarang komunikasi dengan pihak berwajib tidak dilayan...! Bagaimana agaknya perasaan anda ketika itu?

Ha...ini satu LAGI contoh untuk membuktikan kebenaran apa yang diperkatakan oleh Kabinet. Saya telah menulis surat kepada YBhg Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan isu 'Elaun untuk Penerima Anugerah JPP, PTU & KPK'. Surat berikut telah difaks pada 2 Jan '10 dan pos pada 3 Jan '10. Sehingga kini...masih menunggu!

04 Januari 2010

YBhg Datin Seri Rosmah Mansor
Penaung
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
052500 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan
Faks: 03-88883963

Assalamualaikum,

ELAUN UNTUK PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK

Rujuk:

A. Surat ‘Elaun Untuk Penerima-Penerima JPP, PTU Dan KPK’ bertarikh 8 November 2009.

Berhubung perkara di atas, saya memohon jasa baik Datin Seri agar dapat membawa perkara ini ke pihak atasan untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan. Saya telah menulis kepada YAB Perdana Menteri pada 8 November 2009, rujuk A. Namun, sehingga kini tiada sebarang respons.

Datin Seri pasti sudah maklum bahawa negara tercinta ini telah mewujudkan 5 Pingat Keberanian, iaitu SP, PGB, JPP, PTU dan KPK. Pada 31 Julai 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan kadar elaun untuk SP – RM2000 dan PGB – RM1500. Penerima-penerima JPP, PTU dan KPK tidak langsung dipertimbangkan dari mulanya pemberian elaun tersebut. Persoalannya...Mengapa kami didiskriminasikan?

Saya telah merayu kepada KEMENTAH agar kami juga diberi elaun tersebut. KSU bersetuju dengan cadangan tersebut dan telah memajukannya kepada JPM. Malang sekali, respons dari JPM, melalui KSU KEMENTAH, menggambarkan ketiga-tiga anugerah tersebut, quote’...Ini adalah kerana nilai pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap penerima Darjah Kebesaran atau Bintang/Pingat Persekutuan mempunyai nilai prestij dan martabatnya yang  tersendiri’...unquote (Kembaran A). Pemahaman saya, seorang penerima PTU, anugerah kami TIDAK BERPRRESTIJ!!

Perkara ini telah dipanjangkan ke Parlimen semasa persidangannya pada 11 November 2009. Jawapan Menteri Pertahanan ialah, quote’...kedudukan kewangan negara belum mengizinkan elaun-elaun berkenaan diberikan...’unquote (Hansard Dewan Rakyat pada 11 November 2009).

Kedua-dua jawapan sungguh bercanggah. Sebagai seorang rakyat yang kerdil ini, jawapan mana yang benar...Seorang KSU dari Kementerian berkaitan atau Menteri Kementerian tersebut? Secara jujur, saya sungguh kecewa dengan percanggahan respons ini!!

Pada tanggapan saya, Kerajaan Malaysia lebih mengiktiraf rakyat yang ‘mengharumkan’ nama negara, seperti memenangi pingat Olympic. Pemenang pingat Perak menerima ‘pencen’ RM3000 sebulan selain dari ganjaran dan gelaran Dato’ (Kembaran B). Pemain bola sepak menerima RM30,000 setiap seorang kerana membawa balik pingat Emas Sukan SEA di Laos. Kami yang berkorban demi untuk mempertahankan kedaulatan negara (selain SP dan PGB) agar membolehkan mereka bertanding ....DIPINGGIRKAN! Apakah pengiktirafan negara...NYAWA ATAU NAMA?

Saya juga ada menulis dalam blog saya, xnuripilot.blogspot.com, berkaitan dengan seruan Datin Seri agar wira-wira negara merakamkan pengalaman mereka supaya generasi baru dapat menghayati pengorbanan mereka. Masalahnya, pihak berwajib tidak ‘berminat’ dengan cerita ‘hero-hero tua’ ini. Saya telah mencadangkan kepada pihak PLKN dan BTN supaya menjemput penerima-penerima Pingat Keberanian negara dan mereka yang cacat anggota menceritakan pengalaman mereka kepada pelatih-pelatih kursus tersebut. Mereka yang cacat anggota samaada ditembak oleh pengganas komunis atau terpijak jerangkap samar; mereka yang hilang pancaindera untuk menikmati keindahan alam. Bayangkan impak kepada pelatih-pelatih apabila wira-wira ini datang berkerusi roda atau mengguna ‘tongkat putih’ menceritakan bagaimana mereka menjadi cacat. Saya pasti objektif kursus tersebut akan tercapai, InsyaAllah (Kembaran C).

Sepertimana yang sudah dijangkakan dari pihak berwajib...TIADA SEBARANG RESPONS DARI AGENSI-AGENSI BERKENAAN!!

Akhir kata, saya merayu kepada Datin Seri sebagai seorang yang prihatin terhadap kebajikan bekas warga tentera, mengesyorkan kepada pihak berwajib agar permohonan ini diluluskan. Keprihatinan Datin Seri sangat dihargai.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Kembaran:

A. GALLANTRY AWARDS OF MALAYSIA
B. PENGIKTIRAFAN NEGARA.....NYAWA ATAU NAMA?
C. Sepi Seribu Bahasa...!

Saya akan 'terkejut beruk' (ungkapan orang Kedah) sekiranya mendapat sebarang respons dari pihak YBhg Datin Seri walaupun hanya sekadar '....dalam pertimbangan kami' (respons standard).  Sebenarnya, saya tidak menyalahkan beliau sekiranya tidak melihat/membaca surat ini kerana ianya tidak akan melepasi 'gate-keepers' di 'rumah tol'!  Tak apalah...sekurang-kurang saya telah mencuba. ...TAK CUBA TAK TAHU.

Bertarung hebat di gelanggang sukan
Pahlawan di hutan di tembak mati
Mengharum negara menikmati ganjaran
Berkorban nyawa...menagih simpati!! 

Rabu, 13 Januari 2010

Derma Untuk Amal Jariah



Pada 18 September 2009, surau di kawasan perumahan saya, SURAU DARULAMAN, telah diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai Masjid Kariah Darulaman Heights sementara menunggu pembinaan MASJID DARULAMAN HEIGHTS. Solat Jumaat telah bermula pada tarikh tersebut.


Namun demikian, surau ini tidak dapat menampung jumlah kariah untuk solat Jumaat. Jawatankuasa surau terpaksa memasang khemah yang sudah pasti kurang selesa untuk para jemaah...

Justeru...Jawatankuasa Surau bercadang untuk membesarkannya demi untuk keselesaan kariah. Bagi tujuan tersebut, Jawatankuasa sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan derma ikhlas...
 
[Anak-anak Kariah MASJID DARULAMAN HEIGHTS dan Seluruh Umat Islam Di Pelawa membiayai pembinaan Segera bangunan tambahan Surau Darulaman Heights, Kubang Pasu, Kedah D.A Seluas 2,220 kaki persegi.

Surau Darulaman kini digunakan sementara sebagai MASJID KARIAH DARULAMAN HEIGHTS setelah diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan diumumkan oleh Pegawai Agama Kubang Pasu pada Jumaat 18hb September 2009.

Kadar Sumbangan derma Ikhlas: RM120.00 sekaki Persegi.

Sumbangan boleh disampaikan melalui:

En. Abu Hassan Salleh - Pengerusi H/P: 012-4239058
En. Abu Bakar Sharif - Setiausaha H/P: 019-5598361] 

Sumbangan melalui cek di atas nama 'SURAU DARULAMAN' kepada:

EN ABU BAKAR SHARIF
172 SUASANA PERMAI
BANDAR DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda; “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga ibadahnya...

1.  Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah).  
2.  Ilmu yang berguna dan diamalkan ( ilmu yang bermanafaat). 
3.  Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya (doa anak yang soleh).                                                                                                                                        
SEBARANG SUMBANGAN DERMA SANGAT DIHARGAI. TERIMA KASIH.

Catatan: Saya berterima kasih sekiranya penderma sudi memaklumkan saya amal jariah tersebut melalui kolum 'comments'.


Isnin, 11 Januari 2010

A Champion Loser

9 Januari 2010...Monthly Medal (MM) at RKC (Royal Kedah Club). This time I participated after a long break; the last time was on 3 May 2008.  The reason for the break was simply because I was not willing to part with my RM30 for the service of a 'trolley puller'. You see, Club Management imposes a ruling that golfers MUST use caddies in every club-organised competitions, including the MM. I sent an e-mail to the Club suggesting that the use of these pullers be made optional for MM. In fact, this issue was raised during AGM-Golf but the management was adamant with this ruling. Well...I can't fight them...I'm not willing to join them...so, I leave them!

Mind you, I'm not alone against this ruling. Quite a number of MM had to be cancelled since the response then was very bad. The byproduct of this ruling was the emergence of the fortnightly ungazetted 'Evergreen'  competition over 9 holes for senior golfers. A blessing in disguise indeed! However, some time in December 2009, I was told that this ruling was 'unofficially' waived.  There was NO OFFICIAL announcement by the Management.  Well...that's good enough for me. MM...here I come again.

Now the new golf commttee has made the MM more attractive. While maintaining the entrance fee still at RM12.60 (inclusive of 5% tax), they have increased the prize money for A, B and C division - still in the form of vouchers. You can offset your monthly subscription or spend at Club's F & B outlets.

 1st - RM150.00 (RM100.00)
 2nd - RM100.00 (RM70.00)
 3rd - RM 70.00 (RM50)

And...a 'proper' breakfast and lunch. What we had before this was breakfast of 'nasi lemak bungkus' and coffee/tea and no lunch. Best of all...hampers for lucky draw for the non-winners...wow!

Today's game was a 'shot-gun' start and the mode of play was 'stroke play'. The number of participants was 40. My flight had 3 golfers only as in the picture...

L to R: Amran (hc 23), Nor Ibrahim (hc21), Ooi Chin Sooi (hc 16) at Hole # 7 (Par 3)

We started at hole # 4 - Par 3. My game? Put it this way...Not that I could not play, but the 1st 9... I was not warmed-up yet; the 2nd 9...it was too hot. That's why my game was not that 'encouraging'...


The net scores for 'C' division which I belong to..
  • 1st - 67
  • 2nd - 71
  • 3rd - 72
Yours truly? 84...he...he...he.

Never mind...forget about the game. Let's go for lunch. We were served with nasi minyak, fried chicken, dalca and rojak buah for lunch...

 
Aha...I did not return home empty handed...he...he...he...I was one of the 10 lucky-draw winners...lucky me!

All these for only RM12.60...! I'll try not to miss the MM anymore, InsyaAllah. It does not matter anymore  whether I'm one of the winners or not. The most important thing is that I still can pull my trolley and enjoy myself. Who knows, I might be 'lucky' one of these days. I'm also looking forward for the coming 'Evergreen' on 12 January 2010. And, I am told that there is a likelihood the organisers are planning to have the 1st Annivessary of the Evergreen at Putra Golf Club, Kangar. This time over 18 holes using buggies.

To the Golf Captain and his Committee Members...Well done and keep up the good job. Make the Club 'Members Friendly'.

My days are really occupied. Who say pensioners have ample time and spend their twilight years being potato couch? For sure...not me!