9 April 2010...Genaplah usia mencecah 61 tahun. Syukur Alhamdulillah kepada Allah Yang Maha Kuasa, saya masih dapat menikmati kurnianNya, terutama sekali masih boleh menyedut udara setiap pagi...masih boleh berjalan ke surau untuk solat subuh. Dan, secara keseluruhannya...masih sihat. Mana tidaknya, 6 hari seminggu menarik troli dan masih boleh ketawa dengan rakan-rakan. Sesungguhnya, saya hairan mengapa ada sesetengah orang terpaksa mengikuti kursus hanya untuk "KETAWA"...sesuatu yang menakjubkan saya. Betul kata-kata 'Laughter is the best medicine'.
Saya juga hairan mengapa ramai yang sanggup menghabiskan wang ringgit hanya untuk 'memudakan' diri...suntikan botox, ubat itu, ubat ini...dan sebagainya. Mengapa tidak menerima hakikat yang kita semua sentiasa melalui proses penuaan setiap detik. Rambut, bulu kening, misai semuanya sudah bertukar warna ke 'silver metallic', tompokan botak makin jelas, pendengaran makin berkurangan, lensa cermin mata makin tebal, iklan 'Polident' diminati untuk gigi palsu....dan banyak lagi. Apa yang hendak ditakutkan? Semua hambaNya, dengan izin Allah, akan menghadapinya....Terima sajalah.
Saya bersyukur kerana diberi rezeki, iaitu sehingga kini...merdeka dari penaklukkan yang dihadapi oleh majoriti dari warga dunia...HUTANG. Tiada hutang dengan orang, rumah, kereta, dan apa-apa lagi hutanglah. Ini satu kenikmatan yang mungkin ramai tidak memahaminya. Pencen yang saya terima, campur pulangan dari pelaburan dalam ASB...Alhamdulillah. Inilah hasil benih yang saya tanam semenjak 1985 lagi. Anda semua boleh menikmati apa yang saya ceritakan ini sekiranya anda bernekad untuk merubah diri anda sendiri...InsyaAllah.
Dan...masih boleh mencatatkan luahan dalam blog saya. Sama ada dibaca atau tidak, dipersetujui atau sebaliknya...bukan menjadi persoalan. Dan banyak lagi 'masih'. Saya tidak lagi 'take things for granted'.
PS: I'm truly mesmerised by the beautiful creation of the Almighty Allah as shown in the above video clip. Take a look...
selamat hari lahir tuan...smeoga dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki..=)
BalasPadamCik LeYha,
BalasPadamTerima kasih.
Tuan,
BalasPadamSelamat Hari lahir. Semoga Allah S.W.T. panjangkan usia serta di berikan taufiq dan hidayah, murahkan rezeki. Selamat sejahtera serta sihat wal'afiat.
Happy Birthday Encik Ibrahim.
BalasPadamSetuju sepenuhnya dengan artikel yang encik postkan.
Saudara Abah & Anonymous,
BalasPadamTerima kasih. Dah dalam tahap 'bonus' ni, apa lagi nak buat selain mengimbas kisah di suatu ketika dulu.
Salam Tuan
BalasPadamSelamat Hari Ulang Tahun.
Good to note you are still energetic without having to use 1001 kind of medication just to keep young.
Bahayanya kalau hanya nak DILIHAT muda kalau sebenarnya bukan muda adalah kesan sampingan.
I think exercise, recreation and laughter is the best way to keep healthy and young.
Pray for you and family...
Salam,
BalasPadamSemoga dilimpahkan lagi nikmatNya keatas Mej.
Speaking of 'hutang', ada satu artikel saya nak share dengan Mej dan sesiapa yang baca ruangan comment ni ;)
http://www.zaharuddin.net/content/view/922/72/
Saudara Kamal & Sazali,
BalasPadamTerima kasih.
Kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur diatas pemberianNya. Bila sudah terlepas, baru menyesal. Please do not take things for granted.
Happy Birthday Major,
BalasPadamMay you have many more wonderful years doing all the things that you want to do especially your favorite pass time - golf.
Dear Faizul,
BalasPadamThank you. Any mystical story while golfing? Why not share with us.
Saudara Nor,
BalasPadamSalam dan Selamat Hari Jadi. You are 7 years behind me dan tak mungkin saudara dapat kejar saya. Keep blogging.
Dear Dato,
BalasPadamTerima kasih. Pokoknya, kita kena ingat-mengingati agar tidak terlupa bersyukur diatas nikmatNya.
Salam Tuan!
BalasPadamSyukur kerana masih di panjangkan umur dan sihat...Alhamdulilah!Teruskan cita2 untuk tulis Buku ttg Operasi Gubir..saya dah kontek Kapt Sudirman XKdo(Pak Sudir) untuk dapatkan maklumat2 yang berkaitan..Insyaallah minggu depan. Akan saya majukan nnt ..Dengan Ingatan Tulus Ikhlas drp Saya..Lt Kol Basri
Saudara Basri,
BalasPadamTerima kasih. Saya berharap RTM akan menunaikan janji untuk mendokumentasikan tragedi tersebut dalam program 'Galeri Nasional' nanti, InsyaAllah.