Pada 15 Mac 2010, selepas menarik troli dengan geng, saya telah pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk melawat seorang kenalan yang mengalami masalah buah pinggang dan kencing manis. Beliau disahkan perlu menjalani 'haemodialysis'. Persoalannya, seperti biasa...Mana nak dapatkan wang untuk rawatan ini!! Purata perbelanjaan yang diperlukan ialah RM3,000 sebulan.
Berusia 63 tahun dan sebelum tamat perkhidmatan, hanya berkerja sebagai konduktor bas. Sudah pasti keperluan ini sangat membebankan. Masalah ini tidak timbul sekiranya beliau seorang pesara Perkhidmatan Awam; rawatan 'dialisis' diberi secara percuma. Kos ini terpaksa ditanggung sekurang-kurangnya selama 3 tahun sementara menunggu anak lelaki beliau disahkan dalam perjawatan Perkhidmatan Awam. Setelah disahkan, sibapa boleh menggunakan kemudahan anaknya nanti, InsyaAllah.
Apa kena mengena dialisis dengan GULA? Tak lain tak bukan kerana GULAlah punca beliau menghadapi masalah kesihatan yang kronik ini. GULA...Tokwan kepada kebanyakan penyakit kronik...Racun yang dibenarkan.
Klik keratan akhbar di atas untuk membaca keresahan Kerajaan terhadap pesakit diabetes di Kedah. Berbagai kempen telah dilancarkan untuk menyedarkan rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula, tetapi tidak begitu berkesan. Saya sebenarnya hairan macam mana gulai kari...manis, bihun goreng....manis. Kesimpulannya....SEMUA MANIS...mujurlah termasuk senyuman!
Bila Kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula mulai 1 Januari 2010, rakyat sepatutnya berterima kasih kerana cuba menyelamatkan mereka dari merana sepanjang hayat disebabkan kemungkinan akan menghidapi berbagai penyakit kronik. Malah buat pertama kalinya, hampir semua Persatuan Pengguna bersetuju dengan cadangan tersebut. Tetapi, apa kata rakyat? ...MELENTING. Dan Kerajaan terpaksa akur dengan tekanan rakyat dan mengekalkan harga lama!!
Anda memang betul...Buat apa orang lain nak menyibuk, anda sakit anda tanggung sendirilah...betul tak? Kalau kena potong kaki...itu kaki anda. Kalau buta...anda yang buta. Masalahnya, bila dah berlaku dan ongkosnya kurang... masa itulah mula menyesal. Anda sendiri sedia maklum, kos untuk merawat pesakit bukannya murah. Penjawat Awam...OK, Orang kaya...OK...Orang kurang bekemampuan....? Terpaksalah merayu sana...merayu sini.

Utusan Malaysia 26 Disember 2009
Klik keratan akhbar di atas untuk membaca keresahan Kerajaan terhadap pesakit diabetes di Kedah. Berbagai kempen telah dilancarkan untuk menyedarkan rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula, tetapi tidak begitu berkesan. Saya sebenarnya hairan macam mana gulai kari...manis, bihun goreng....manis. Kesimpulannya....SEMUA MANIS...mujurlah termasuk senyuman!
Bayangkan...Sekiranya rakyat bersyukur harga gula dinaikkan, Kerajaan dapat menjimat RM1 bilion setahun! Berapa buah sekolah, klinik kesihatan, dan lain-lain infrastruktur boleh dibina dengan dana sebanyak itu. Itu belum lagi penjimatan dari penurunan pembelian ubat-ubatan.
Bagi saya pula, saya lebih mengamalkan prinsip "Mencegah lebih baik dari merawat/prevention is better than cure". Apa yang saya lakukan ialah sebulan sekali saya akan memantau kandungan gula kami sekeluarga dan mencatatkannya. Sekiranya bacaan melebihi tahap maksima...kurangkan pengambilan manisan. Itu saja...Setiap 6 bulan pula saya membuat peperiksaan darah di RSAT. Sehingga kini, saya sekeluarga tidak menghadapi masalah darah tinggi dan kencing manis...Syukur Allahamdulillah.

Peralatan Tekanan Darah & Kandungan Gula
Segala usaha dilakukan. Sekiranya 'tersangkut' juga dengan penyakit kronik ini, apakan daya...itu yang dinamakan TAKDIR..La Tahzan sajalah!!
bab gula ni, saya ingat lagi masa pernah bekerja di sebuah hypermarket. stok gula habis terus di rak. Elok troli baru aja sua kepala dari pintu laluan stor, diserbunya macam singa lapar. Yang tolak troli sampai tersepit tengah orang ramai. Punya lah macam orang kebuluran rebut makanan. Gula, dah jadi macam kandungan utama apa2 aja makanan. Mujur lah air kosong tak dimasukkan gula, dan senyuman yang manis tak kena cedok gula. Kalau perasan, di kedai-kedai makan selalunya jumlah gula yang dimasukkan takut aja bila tengok. Satu cawan air yang dipesan, gula atau pemanis yang diguna boleh buat 2-3 cawan kalau kat rumah. Saya pernah kena teh manis sampai terpejam mata bila hirup automatik keluar ' ni air gula ka air teh ? '.
BalasPadamBak kata Encik Ibrahim yang sebelum ni, baik santan atau gula, kalau kurang atau tak cukup pun, tak adanya nak sengsara hidup.. Kalau tak ada, kita buat cara tak ada...Bila dah ada, tu yang ramai overdose penggunaan gula. Semalam pun di tv3 ada hebohkan pasal OBESITI. Adik beradik penyakit datang dari gula juga tu.
( shafik )
Saudara Shafik,
BalasPadamBetul tu. Manis dalam senyuman menyihatkan...manis dalam makanan memudaratkan. Selamat berjaya menjalani latihan ketenteraan nanti.