Pages

Khamis, 22 April 2010

Masuk Telinga Kanan...Keluar Telinga Kiri

Saya telah meluahkan kekecewaan terhadap agensi-agensi Kerajaan tertentu dengan menghantar e-mel berikut...Sudah tentu KSN menjadi mangsa kerana beliau adalah 'BOS' kepada semua Penjawat Awam!!

Penjawat Awam: Laksanakan Tugas Dengan Amanah
Mon, April 12, 2010 1:52:39PM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: (YB & Agensi-Agensi yang pernah saya berurusan)
Cc: (KP-KP terbabit)

Assalamualaikum,

UP: YBhg Tan Sri KSN

Saya meminta maaf kerana kerap menghantar e-mel kepada Tan Sri yang, secara tersiratnya, meluahkan kekecewaan saya kerana e-mel yang saya hantar kepada Penjawat Awam tertentu tidak mendapat sebarang respons. Apabila membaca laporan akhbar berikut, kekecewaan saya terubat sedikit...


Mengapa? Tidak terlintas di pemikiran saya, En Yahaya Basimin, Setiausaha Persekutuan Sarawak, secara terbuka terpaksa menegur sikap Ketua-Ketua Jabatan yang tidak memberi sebarang respons kepada e-mel beliau. Yang paling melucukan ialah, quote '...The least they could do was to acknowledge that they had received my email' unquote. Mungkin maksud beliau sekurang-kurangnya respons standard ini...' Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam kajian dan pertimbangan Kerajaan.'... Secara jujur, respons sebegini tidak memberi sebarang makna kepada kami rakyat jelata. Jawapan yang diharapkan ialah'...akan diberitahu pada ......' atau '...tidak dapat dipertimbangkan'...TAMAT.

En Yahaya Basimin...Ketua-Ketua Jabatan anda hanya mempraktikkan 'Silence Is Golden'. Masalahnya...tak kena tempat!

Inikan pula e-mel dari seorang mejar pencen yang tak ternama...membuang masa saja untuk melayan beliau (bolayan)! Tetapi bukan semua agensi Kerajaan yang bersikap demikian. Saya berterima kasih pada PNM, FNM dan ANM ...sungguh 'mesra pelanggan' dan membanggakan. Sekiranya semua jabatan ikhlas melaksanakan tugas dengan penuh amanah, Tan Sri tidaklah menerima e-mel ini.

Sungguh sedih mereka memperlekehkan pandangan Tan Sri...


Tapi apalah sangat teguran KSN...Malah arahan kabinet sekali pun tidak diendahkan...!

Sehingga TPM terpaksa mengulangi teguran ...!


Penjawat Awam...Anda semua sepatutnya bersyukur kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana walau apa pun persepsi rakyat terhadap prestasi anda, seperti saya ini, ianya tidak akan menjejaskan kerjaya anda. Tidak seperti 'Wakil' kami, KPI mereka ditentukan oleh kami setiap 4/5 tahun sekali!!

Kesihan YAB PM yang bertungkus lumus untuk menjayakan gagasan 1MALAYSIA...RAKYAT DIDAHULUKAN...PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Sekiranya beginilah sikap segolongan Penjawat Awam yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut ...Wallahu'alam!!

Sekian untuk renungan sepintas lalu...

"KRITIKAN MEMBINA...PUJIAN MEMBINASA...AMANAH DIBERKATI'NYA'"

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
http://xnuripilot.blogspot.com

PS: Sekiranya mana-mana pengalamat 'TERbaca' e-mel ini, harap maaf kerana tidak mematuhi tatacara menulis surat. Isi kandungan lebih penting daripada 'salutation'.

Pembaca...Sekiranya e-mel anda ke agensi Kerajaan terjawab...itu adalah BONUS. Jika tidak...BIASALAH!!

4 ulasan:

  1. Saya pernah berhadapan dengan situasi tersebut.
    Tak dibalas langsung emel saya.
    Apa guna diberi khidmat untuk individu bertanya sekiranya ia seperti wayang semata2. Kita yang pertama kali, mesti akan berharap soalan kita dijawab tapi sebeliknya berlaku.


    (shafik)

    BalasPadam
  2. Saudara Shafik,

    Penjawat Awam ni terlupa yang satu-satu hari nanti mereka akan bergelar 'pesara'juga. Bukan semua bernasib baik seperti KSN atau KSU2 walaupun bersara masih 'laku' lagi.Masa itu baru mereka sedar.

    BalasPadam
  3. Well, sebagai pejawat awam, saya sendiri pun x rasa puas hati sangat lah kadang2 berkenaan dengan perkhidmatan awam ni..tu lah..pasal kerja awam memang kebajikan dijaga 100%..kerja x lah tertekan sgt...tu lah yang jadikan perkhidmatan awam slow...berbandng dengan sektor swasta yang mana majikan selalu beri tekanan untuk siapkan suatu tugasan pada tempoh masa tertentu....well, perkhidmatan awam perlu banyak belajar dengan seksor swasta berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran.

    BalasPadam
  4. Saudara 2Lt Peh,

    Masalahnya, kebanyakkan Penjawat Awam ingat mereka akan terus memegang jawatan sehingga akhir hayat...indispensible! Bila bersara, baru tahu langit tinggi rendah.

    BalasPadam