Ops Selamat Sawadee...Anggota 'Air Rescue Team (ART)' dari pasukan komando membuat detasmen di No 3 Skuadron, TUDM Butterworth. Mereka menjadi sebahagian dari anak kapal Nuri. Setiap penerbangan ke lokasi operasi atau Nuri membuat detasmen di Kroh, kami turut membawa dua orang anggota ART ini.
Berikut adalah sumbangan 24317 L/Kpl Mohamad Temiri (bersara WO 2).
Penyerahan tugas ART dari Skuadron 'X' kepada Skuadron Bantuan di No 3 Skuadron.
Hadapan dari kiri: L/Kpl Zakaria, Tpr A. Wahab, Tpr Ramli
Berdiri dari kiri: 24317 L/Kpl Mohamad Temiri, Tpr Hamzah, Tpr Sallehudin, Tpr ???,L/Kpl Rosmi
"KEJADIAN DI MAKER LIMA ONE BAR A/C 1717.SAYA 23417 L/KPL MOHD TEMIRI,24794 L/KPL MOHD SIBKI,ANGGOTA TUDM SERTA ANGGOTA RANGER MEMBANTU MENGELUARKAN BEKALAN MAKANAN YANG BERADA DI DALAM HELIKOPTER.KETIKA ITU KAMI TELAH DI SERANG OLEH PENGGANAS KOMUNIS. SALAH SEORANG DARIPADA ANGGOTA YANG TELIBAT IAITU L/KPL MOHD SABKI TERKENA TEMBAKAN DAN MATI DALAM PENERBANGAN DI KROH.
KEESOKKAN HARINYA DI MAKER YANG SAMA,A/C 1724 SAYA MOHD TEMIRI BIN ABD. RAHMAN, TPR SALLEHUDIN SERTA ANGGOTA TUDM UNTUK MENGHANTAR BEKALAN DLP.SEBAIK SAHAJA HELIKOPTER MENDARAT,KAMI TELAH DI SERANG SEKALI LAGI.
AL FATIHAH KEPADA YANG TELAH GUGUR.."
Penerbangan terakhir L/Kpl Mohd Sibki, yang terkorban dalam Nuri FM1724, dari Kroh ke kampung halaman untuk disemadikan.
Lagi gambar anggota ART...
Sumber: Buku 'Scrap' No 3 Skuadron
Beliau turut menghantar gambar di bawah ketika Lt Kol (U) Nawi Alias, Ketua No 3 Skuadron, meraikan penerima anugerah sempena HUT DYMM YDP Agong. Saya pasti gambar ini diambil pada 1979.
Dari kiri: Lt Kol (U) Nawi Alias, arwah Kapt (U) Ripin, Kapt (U) Ahmad Repi, Kapt (U)Ben Leong
Encik Temiri...Terima kasih.
Salam Tuan
BalasPadamLama betul tak melayari blog ni hatta menghabiskan masa dengan anak-anak. Sedar-sedar dah Part 3.
Saya rasa baju loreng dulu lebih sedap selesa dipakai berbanding dengan baju loreng sekarang.
Corak tu, kira yg sekarang ni nampak cantik tapi material dia...... hangat cepat, dan tak menyerap peluh la. Satu macam punya tak selesa. Sekali hantar dobi dah turun warna.
-kamal sanusi-
Tuan,
BalasPadamMenyentuh tentang corak Loreng dulu dengan sekarang, saya juga berpendapat corak loreng dulu lebih sesuai dengan persekitaran hutan kita. Dari segi penyamarannya corak itu lebih banyak bermiripkan keadaan alam sekitar. Ini berdasarkan pengalaman yang lepas, kalau betul seseorang itu terus berdiam diri tanpa melakukan sedikit pun pergerakan, tidak dapat dikesani oleh seseorang sehingga jarak yang dekat baru terperasan ada seorang hamba Allah disitu. Ini bererti corak ' Camourflage' lebih baik berbanding dengan Loreng yang sekarang.
Salam Tuan!
BalasPadamKelmarin 10 Jun ptg terserempak dgn Lt Jen Dato'Nawi Elias di Kayu Nasi Kandar dkt Ampang Jaya...saya ceritakan gambar beliau dalam blog Tuan...wah! bukan main seronok dan gembira cuma katanya laptopnya rosak jadi tak dapat nak tengoklah! Beliau berkirim salam kpd Tuan...
Dulu ..dalam tahun 1974...semasa beliau OC Skn Allouette di Labuan pernah terbang bersama beliau dan OC saya Mej Azmi Hamzah XRAJD bersara BG membuat tinjauan ke pulau-pulau di sekitar Tawau ...untuk membuat senggaraan keatas Kem2 JPG (Jwatankuasa Perancang Gerakan) dibawah selian Jurutera...
Catatan.....Geng Pencen ATM di kawasan Ampang Jaya rajin juga adakan Breakfast Pesara...!
Assalamu alaikum Tuan,
BalasPadamSaya sedang menulis hikayat keperkasaan Nuri dalam blog saya. Mohon kebenaran menciplak beberapa gambar bersejarah juruterbang Nuri dalam blog Tuan untuk menghiasi tulisan saya.
Ikhlas dari anak murid tuan SOS 22/1990. Toha
Waalaikumussalam.
BalasPadamDipersilakan. Terima kasih.