Pembaca...Ini coretan (tanpa edit) oleh Lt Kol Basri Omar PGB berkaitan dengan Tragedi 26 April 1976.
OPERASI(OPS) KOTA
Ops GUBIR 2
Tarikh: April 1976
Jenis Operasi: Serangan Menggunakan Helikopter(Heli Borne Assault)
Kawasan Operasi: Kawasan Gubir hingga ke sempadan Malaysia-Thailand
Latar Belakang Operasi:
Susulan kepada serangan/pertempuran dgn Pengganas Kominis(PGK) dan serang hendap yang di lancarkan oleh PGK, ATM mengambil keputusan untuk melancarkan serangbalas terhadap musuh di pangkalan yang di syakki menjadi kubu kuat mereka…..maklumat di perolehi melalui musuh yang menyerah diri(Surrendered Enemy Personal-SEP)
Objektif Ops Gubir 2:
Menggempur/menawan musuh(PGK) di pangkalan mereka di sempadan Malaysia-Thailand
Formasi/Unit Terlibat:
a. Markas 2 Divisyen Infanteri - Mej Jen Dato’ Mahmood Sulaiman
b. Markas 6 Briged Infanteri – Brig Jen Dato’ Arul Pragasam
c Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia ( 1 RGKM ) – Lt Kol Hasbullah Bon
d. Markas Jurutera 2 Divisyen – Lt Kol Mei York Chee
e 3 Skuadron Jurutera – Mej Akhbar Khan
Unit Bantuan:
TUDM – Jet Penyerang:
F 5 E
Tebuan
Sabre ?
- Helikopter Nuri
- Helikopter Allouette ( Gunship)
OPS GUBIR 2 – BANTUAN JURUTERA
Markas Taktikal 6 Bde – Kem Gubir
Kawasan Operasi: Sempadan Malaysia/Thailand
Tarikh: 20 Apr 1976 – 29 Apr 1976 ( Tak pasti tarikh sabenar)
Kekuatan Pasukan Penggempur – X Skuadron 1 RGKM ( 60 orang SUKARELA)
a. Ketua Skn – Kapt Sudirman bin Hj Ahmad
b. Ketua Terup – Lt Aziz bin Rashid
Lt Azizan
c. LLP – 57 Anggota
Kekuatan Detasmen Jurutera – Gabungan 1 & 2 Terup, 3 Skn Jurutera
a. Ketua – Lt M Mior Safian (hingga 23 Apr 1976 dan ambilalih semula pada 25 Apr)
Lt M Basri ( mulai 23 Apr hingga 25 Apr 1976 sahaja)
b. LLP – 18 Anggota
TUGASAN UTAMA JURUTERA
Membantu Pasukan X Skn 1 RGKM :
a. Membina Tempat Mendarat Helikopter
b. Membersih/memusnah Jerangkap Samar (JS)
Kronologi:
20 Apr 1976 – Tim Jurutera di ketuai Lt M Mior Safian di masukkan ke Kem PGK dgn kaedah winching . Terus memulakan tugas membina tempat mendarat Heli dan membersih JS
22 Apr 1976 – Amaran Awal Tim Jurutera Tambahan( di ketuai Lt M Basri) untuk bergerak ke Kem Gubir.
Anggota2 Kdo yang tercedera akibat JS:
a. Sjn Jantan
b. Tpr Hussein Mahbob
c. Tpr Yaakob Hassan ( kawan semasa di Sekolah Kebangsaan Pendang,Kedah)
Semua mangsa di terbangkan ke Hospital Besar Alor Star.
23 Apr 1976 – Tim bergerak dari Kem Sangro,Taiping ke Kem Gubir . Selepas Arahan Operasi oleh Lt Kol Mei ( Pemerintah Jurutera 2 Divisyen) . Tim di terbangkan ke Kem PGK dengan Helikopter Nuri ( di pandu oleh Lt Shariff TUDM- Skuad Intake 20 TJP). Ambilalih Ketua Detasmen Jurutera satelah selesai taklimat oleh Lt M Mior Safian….meneruskan kerja-kerja Pembersihan JS.
24 Apr 1976 – Tim Jurutera jumpa pintu masuk ke terowong. Memulakan tugasan membersih terowong satelah mendapat kebenaran Pegawai Pemerintah 3 Skn Mej Akhbar Khan. ( Pertama kali dalam sejarah ATM…pembersihan terowong ala Vietcong di laksanakan). Kerja pembersihan di teruskan hingga tamat sa belah petang tanpa insiden.
25 Apr 1976 – Tim Pembersih JS di ketuai Lt M Mior Safian memulakan pembersihan dalam terowong kedua di awal pagi . Bagi tujuan memantau kerja2 pembersihan yang di laksanakan oleh Tim Lt M Mior , saya bersama LKpl Abdullah,Spr Misnan dan Tpr Khairi(anggota Kdo sebagai pengiring) turun ke terowong menjejak hingga ke anak tangga ke 31….se telah beberapa langkah maju ke depan , saya ternampak serpihan guni beras terletak di sebelah kiri terowong . Saya mengesyakki sebagai suis JS. Terus mengarahkan anggota2 di belakang saya bergerak ikut langkah saya di se belah kanan terowong……Tiba2 terdengar bunyi LETUPAN YANG AMAT KUAT dan ASAP begitu TEBAL lantaran letupan itu! Senjata di tangan saya terlepas dan saya terduduk jatuh kerana tercedera di bahagian belakang dan punggung serta tangan kiri…LKpl Abdullah menjerit memanggil saya” Tuan! saya kena Tuan”…saya arahkan beliau jangan bergerak dan terus memanggil Lt M Mior yang ketika itu berada di hadapan untuk membuat Tindakan Serta Merta bagi membersih kawasan dan membantu Lkpl Abdullah.! Kami di angkat naik ke permukaan ……malangnya LKpl Abdullah tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas terakhir akibat tercedera di bahagian dada dan perutnya…Innalillah…..! Saya disuntik morfin dengan untuk menahan sakit. Kami di terbangkan melalui Kem Gubir, saya ke Hospital Alor Star dan Almarhum LKpl Abdullah ke Kem Sangro,Taiping untuk pengurusan jenazah….di bawa pulang ke Melaka untuk pengkebumian !
Berakhirnya satu episod dalam hidup saya yang amat SEDIH….kehilangan seorang Anggota dan juga anak buah!....Almarhum adalah seorang anggota yang baru di naikkan pangkat LKpl beberapa bulan terdahulu..seorang PTT yang amat rajin dan sentiasa mematuhi arahan tanpa banyak alasan..Kami pernah sama bertugas di Beluran,Sabah semasa projek Pembinaan Asrama Yayasan Sabah dalam tahun 1974 .
Di sabelah petang,semasa di Hospital Alor Star , saya di kunjungi oleh Kapt Haris Rejab ( Pegawai Perhubungan di Songkla) . Beliau dalam perjalanan ke Markas 6 Bgd di Sg Petani,Kedah….beliau bertanya khabar dan menyuntik semangat serta pulang ke Kem memaklumkan bahawa kecederaan saya tidak seburuk anggota tentera negara Thailand yang pernah di lihat....ada yang putus kaki…Maasyaallah!
26 Apr 1976 – Semasa di hospital,saya di maklumkan se buah pesawat Nuri telah di tembak jatuh oleh musuh dan semua 11 anak kapal dan penumpang terkorban…! Satu tragedi hitam buat ATM amnya dan TUDM khasnya. Antara yang terkorban ialah Lt Udara Wan Munsiff TUDM( bekas pegawai Jurutera) dan Lt Ibrahim Zakaria ( Pegawai 3 RAMD) teman se hostel di STAR ,Ipoh dulu.
27 Apr 1976 – Elemen Jurutera di keluarkan dari Kem PGK ke satu lokasi lain yang lebih selamat satelah terowong2 di letupkan . Pasukan Kdo hanya diarahkan keluar satu dua hari kemudian dgn berjalan kaki…Pesawat Nuri tidak dapat di gunakan lantaran faktor KESELAMATAN! Di beritakan mereka ini bertembong dengan musuh dan bertempur semasa dalam perjalanan pulang ke Kem Gubir..!
Lt Kol Basri...Terima kasih.
Lt Kol Basri...Terima kasih.
Salam Tuan
BalasPadamJust wonder apa maksud Kekuatan Pasukan Penggempur – X Skuadron 1 RGKM ( 60 orang SUKARELA).
Does it mean mereka tu sukarela pergi atau ada maksud lain.
Tuan,
BalasPadamIzinkan saya menjawab bagi soalan Sdra Kamal.
Untuk pengetahuan sdra, bermaksud SUKARELA disini adalah kerana penugasan mengempur Pangkalan PGK tersebut dikira amat tinggi risikonya.Maka proses pemilihan anggota untuk melaksanakan tugas itu secara Volunteer@ Sukarela.
Memandangkan sebelum pengempuran kali ketiga ini adalah ekoran pengempuran kali pertama yang sebelum itu pernah dilakukan oleh Pasukan Khas dari Negara Jiran. Usaha tersebut Gagal.
Oleh kerana kegagalan Pasukan Khas negara jiran tersebut, maka misi ini kepada sebuah Skn (Skn Z) dari RGK, tetapi malangnya usaha itu tidak berjaya dilaksanakan akibat tindakan agresif pihak PGK di Pangkalan tersebut memberi tentangan yang hebat sebelum anggota Skn tsb diturunkan melalui cara Repelling. Maka Skn sokongan (Skn X) dipanggil untuk misi ini seterusnya.
Anggota Pengempur sukarela ini dari Skn X ini telah pilih berdasar secara sukarela (Volunteer) untuk melakukan pengempuran tersebut yang boleh dikirakan juga sebagai kumpulan 'Hardcore' dan sanggup melakukan tugas itu tanpa mengambil kira resiko yang akan berlaku.
Memandangkan kumpulan serangan ini memerlukan 3 buah NURI penurunan sekali gus dengan melibatkan 60 orang. Dikira kapasiti maksimum anggota yang dibawa oleh oleh Pesawat tersebut untuk misi tersebut.
Cuba sdra semak kembali segala artikel Mej NIB tentang insiden GUBIR ini dan komentar dari saya sebelum ini.
Abah
Terima kasih
Salam Sdr Kamal Sanusi!
BalasPadamMemang begitulah maksud ..tidak ada lain....mereka ini semuanya SUKARELA menyahut cabaran untuk menggempur Kem PGK tu mengikut cerita Lt Aziz Rashid kini bersara Lt Kol...Wallahuaklam.
Salam Abah!
BalasPadamTerima kasih Abah atas respon terperinci kpd soalan tu......itulah PENGORBANAN mereka tanpa ada sikit pun rasa gementar walaupun di sana sudah pasti ada RISIKO yang amat BESAR .....HILANG NYAWA!
Buat Mej Md Nor!
Cuma mampu lakarkan apa yang teringat ttg Ops Gubir 2 untuk di dokumentasikan sebagai Bahan Bukti .....moga2 menjadi BAHAN yang boleh di manfaatkan!
assalamualaikum tuan...
BalasPadambolehkan tuan menceritakan secara lebih lanjut tentang anggota komando yang tidak sempat menaiki pesawat Nuri dan perlu pulang ke kem Gubir melalui jalan darat....
pastinye cerita ini akan menjadi pengetahuan berguna untuk kami smua....
Saudara PP Shukri,
BalasPadamSaya masih mengharapkan agar Lt Kol Aziz (B) berkelapangan untuk menceritakan 'great escape' dari kepungan PK, insyaAllah.
dear all,
BalasPadam,,,it was a crazy week of combative flying and i flew more than 100 hrs within just that particular week !..rotors running refuelling all day long plus some challenging night medevac to pick-up the injured soldiers since the bloody CTs could not aim accurately in the dark at the Nuri.
,,,my last ops. Gubir mission for aircraft recovery i.e to ferry fly back an badly shot-up Nuri after field repair(Capt. Murad's bullet ridden Nuri) on the 26th April 1976was taken up by late Capt. Choo that was shot down while he was onboard late Lt(U)Chung's Nuri during their air support mission.
,,,i was flying back to RMAF Kuantan to service my naked chopper plus was on special extended flying hours, while then just passing Grik when I heard their emerg. call but my request to proceed for SAR was turned down since there were others to carry out that role plus due to my critical Nuri servicing requirement.
,,,All in all a total of 21 choppers were shot at during ops. Gubir, some were shot at again and again after been repaired !.
,,,My salute to all my squadron mates plus brave malaysian soldiers BUT unfortunately 5 of them aircrew never came back alive to their young families. Hope to meet their grown up children one of these days, to tell them what/who their fathers were...indeed our true Malaysian HEROES.(brave hearts)
...And may Almighty God bless their souls. Their ever smiling faces is still freshly inprinted in my mind until today. How can I ever forget them or ever forgiven the CTs !. "Chin Peng" is still on my wanted score list...forever.
note; am still looking for my missing log book for other challenging flight details in support of ops. Gubir-lah. Hope to find it soon enough b4 i kick the bucket!.
Dear Sharif,
BalasPadamHope you find your log book soon.
Salam Tuan
BalasPadamI wish to record my great appreciation to all readers namely Abah, Basri and others for the explanation.
In this matter, I can record that they are the true hero having noted the ops is risky.
As much as possible, I'm trying to read every posting by Mej Nor and all comments because this is something interesting especially about Gubir ops.
Thank you...
Sdr Kamal!
BalasPadamSama2 kita.....akan cuba dapatkan Lt Kol Aziz Kdo dll untuk catatkan segala pengalaman mereka berkait OPs Gubir 2 ni,Insyaallah.
Salam tuan..satu coretan realiti yg sangat2 dihargai apatah lagi kisah diturunkan dari bekas2 pejuang yg masih bernafas..terima kasih tuan2 semua.
BalasPadamSalam tuan,
BalasPadamSaya menghayati pengorbanan mereka2 yang terlibat dalam Ops Gubir. Bagi saya pengorbanan mereka terlalu mahal. Memandangkan saluran media kerajaan tidak begitu berminat dgn cerita-cerita ini saya cadangkan kisah ini dipanjangkan kepada Astro sepertimana yang disiarkan mengenai kisah Al-Maunah dan VAT 69. Semasa hayat mereka yang terlibat masih ada, maka pengkisahan mereka harus didokumanterikan. Saya amat berbangga dengan usaha tuan yang tak pernah mengenal erti kecewa dalam memmertabatkan ATM di mata rakyat.
Saudara Anonymous,
BalasPadamTerima kasih. Semuanya terpulang kepada KEMENTAH. FNM & RTM bersedia membuat dokumentari tapi respons dari pihak berwajib tidak memberansangkan.
salam?
BalasPadamsaya pelajar uthm.
kepada sesiapa yang mengetahui cerita sebenar kejadian ops gubir 2 yang mengorbankan mejar zainal abd rashid, saya berminat untuk membuat pameran berkenaan mejar zainal tetapi kurang sumber maklumat nk mintak kerjasama pak cik2 yang tahu untuk berkongsi cerita, banyak malumat yg diperlukan ..
hubungi saya 0134617639
Saudari aisyah,
BalasPadamKalau tak silap saya, arwah Mej Zainal adalah salah seorang penerima darjah perkasa - SP atau PGB? Cuba dapatkan buku tulisan Lt Kol Dr Syed Othman. Sesiapa boleh menolong aisyah?
hi apa khabar, cerita cerita di sekitar kawasan gubir terlalu sedih.
BalasPadamsemasa saya tinggal di kem lapangan terbang sg patani pada tahun 70thn.
bapa saya tugas sana sebagai sso(pegawai terus stesyen)
banyak pergawai yang saa kenali terkorban sana ia itu jiran jiran saya kapt sulaiman dan mejar Haris Rejab dan juga kapt Hardev singh
siapa nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya 01115484491
Salam Tuan-tuan yang dihormati..sy mohon pandangan tuan-tuan untuk share kisah dan pengalaman berkaitan OPS TEDUNG dan OPS SABAR di Zaman Insurgensi..
BalasPadam