17 Julai 2010...Saya telah terbang ke Sky Park, Subang, dengan 'Firefly'. Mengikut jadual, masa bertolak dari Alor Setar (AOR) ialah pada jam 1000, tetapi pada waktu tersebut pesawat masih belum berlepas dari Subang. Hanya jam 1145 baru berlepas dari 'AOR' dan tiba di Subang pada jamp 1255. Inilah buat pertama kali saya menaiki Firefly. Ianya menjadi pilihan kerana mendarat di Subang dan ini memudahkan adik, Cik Su, mengambil saya. Beliau tinggal berhampiran dengan Bandar Sunway.
Sementara menunggu, saya perhatikan kenderaan tidak putus-putus lalu lintas...sungguh jauh bezanya dengan Jitra. Saya rasa saya telah membuat satu keputusan yang sesuai dengan apa yang saya ingini. Biarlah saya tinggal di 'Ulu Utara' tanpa 'unneccessary tensions'. Dalam 'radius' 20 km, 2 kelab golf, RSAT, Hospital Sultanah Bahiyah, Tesco, Giants, KFC, dll. Saya tidak memerlu dan melanggan 'kopitiam', disco, 'Starbucks', dan tak tahu apa lagi.
Dari Sky Park, saya telah dibawa terus ke IJN, Kuala Lumpur. Tujuan utama saya ke KL adalah untuk melawat anak saudara, Aidi Munawir, 39, anak kepada kakak saya. Beliau di masukkan ke IJN sekembali dari Kampuchea pada 12 Julai 2010. Beliau mengalami masalah jantung ketika di negara tersebut. Beliau sememang menghadapi masalah ini dan di'discharged' pada 20 Julai 2010. Doktor menasihatkan agar kurangkan 'tension'...tak tahulah bagaimana selagi seseorang itu bekerja! (Gambar: dari kiri: Zul, saya, mak, Aidi, Yati).
Saya yang pencen sepenuh masa pun ada tension, terutama bila 'tee-off' tak pernah di tengah 'fairway' atau 'putting' missed setengah 'hun' kerana stake kami terlalu tinggi....secawan 'nescafe' di Gymkhana Cafe (RM1.20). Inikan pula bekerja! He...He...He.
Saya terbang balik ke AOS pada jam 2050 hari yang sama. Biasalah...lewat 40 minit. Tak apa, janji selamat sampai...Alhamdulillah.
masya Allah, mak nampak 'strong' lagi alhmadulillah. Brapa umur die?
BalasPadamSaudara mangchikla,
BalasPadam80 tahun. Tak larat jalan sangat.
Saudara Nor,
BalasPadamBagaimanakah rasanya saudara sebagai bekas juruterbang tetapi menaiki kapal terbang untuk pergi ke destinasi? Tidak pernah terasakah hendak mengemudi pesawat?
Luke Jetie
Saudara Luke,
BalasPadamSekiranya diberi peluang, sudah pasti saya tidak akan melepaskannya. Rindu itu memang ada. Sekiranya saya seorang yang 'terlalu' kaya, saya akan beli chopper saya sendiri. Baru senang bawa members bermain golf di seluruh negara. He...He...He.