Pages

Isnin, 2 Ogos 2010

Fikir-Fikirkanlah

Salah satu topik yang hangat dibincang dalam media minggu lepas, termasuk elektronik, ialah 'Sijil Halal' yang terdapat dikebanyakan 'Kopitiam'. 'Kehalalan' sijil itu sendiri dipertikaikan. JAKIM telah membongkar terdapat sebuah rangkaian kopitiam yang mendapatkan bekalan ayamnya dari sumber yang bukan disahkan sebagai halal.


Saya sendiri tidak pernah mengunjung kopitiam. Mungkin saya ini 'peghak' sangat sampai tak pernah masuk kopitiam....tak reti jaga imej. Imej apa? Ketika saya ke KL, saya perhatikan Starbucks, Coffee Beans, Secret Recipe, dan sebagainya, penuh sesak dengan pengunjung terutama dari golongan muda...Sungguh mewah mereka ini! (Ini hasil dari pengorbanan warga pasukan keselamatan di suatu ketika dulu...jangan sama sekali menafikannya). Ini yang positifnya. Yang negatifnya? Berpegang kepada klise '...biar pape asal bergaye', tidak menghairankanlah apabila ramai dari golongan ini diistiharkan muflis. 

Saya berpegang kepada kata-kata '...kita...apa yang kita makan'. Tak apalah saya dan members makan di warung tepi jalan saja selepas bermain golf tetapi makanan terjamin halal, InsyaAllah. Ini salah satu warung popular bagi kami, 'Kembung', kerana menyediakan kari ikan kembung.  Bukan hanya dijamin halal, malah ianya menjimatkan. Pokoknya...poket sentiasa berisi. He...He...He.

Saya tidak berhasrat untuk menegur/menasihat sesiapa. Siapalah saya? Hanya mencatatkan satu perjalanan dalam kehidupan seharian. Anda nak makan apa ke...itu hak dan duit anda. Anda nak muflis ke...itu juga hak anda. Tapi, terfikirkah apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita? Mungkin kerana 'tersilap' makan dan  musibahnya? Berakhir dengan diistiharkan muflis.

Fikir-fikirkanlah...

6 ulasan:

  1. Salam tuan,

    Itulah kalau kita nak faham tentang apa yang kita hadapi sekarang adalah apa yang dulu kita diberi amaran tentang 'Kejutan Budaya' masyarakat kita dalam mengikut kitaran zaman era global yang mempengaruhi era lokal kita, maka hiduplah kita dalam suasana apa yang dipanggil 'glokal'. Entah siapalah yang mempelopori terma Glokal di negara ini, faham2 sajalah. Namun bagi rata2 rakyat Malaysia, Glokal itu bagi kita semua adalah tidak lebih dari satu terma baru untuk 'jurang perbezaan antara yang ada (the have) dengan yang tiada (the have not)' atau jurang antara si miskin dengan si kaya.

    Itulah gaya hidup kita sekarang terutama dibandar2 yang menghidupkan suasana 'Urban Legend' selari dengan kebiasaan bandar2 di negara maju, dimana kita mengglobalisasikan gaya hidup yang akan menyediakan kita untuk jadi negara maju menjelang 2020, kononnya.

    Dan bila tiba 2020, kita mungkin akan dikejutkan lagi dengan elemen baru akibat dari gaya hidup sebegini dimana akan ada golongan yang akan jadi 'Urban Poor' yang sekarang pun sudah nampak tanda2nya bila kos sara hidup makin bertambah naik setiap bulan (bukan lagi setiap tahun).

    Jangan kira yang lain, kira bekas2 tentera yang bergantung pada pencen saja sudah cukup untuk memaparkan betapa ramai yang sekarang berpendapatan bawah RM1500sebulan akan tergolong dalam kelas miskin, itupun kalau 10 tahun dari sekarang inflasi dapat dikawal sehingga 2020. Namun walau sekawal mana pun inflasi akan meletup juga dan mungkin RM3000 sebulan pun akan masuk kelas miskin.

    Sekarang ini pun, makan di gerai tepi jalan, sepinggan nasi campur berlauk ikan dan sayur dengan segelas teh O ais pun sudah RM6.00 paling kurang (nasib baik makanan kucing pun lagi mahal, kalau tidak ramailah rakyat kita makan makanan kucing). Dan kerana budaya hidup kita sekarang rata2nya ialah Shopping Complex, maka kita terjerumuslah dengan semua 'urban legend' tu, starbucks, kopitiams, KFCs, McDs, Pizzas, Kenny Rogers, etc, etc, malah makanan kampung di Food Court pun mahal. Jadi dimana lagi orang2 yang bekerja di bandar2nak makan makanan murah, bila gerai makanan di tepi2 jalan di bandar2 (kalau berdekatan tempat kerja lah) pun tidak juga murah.

    Soal sijil dan logo HALAL, baru sekarang kita dikejutkan oleh pak menteri kita, rupanya selama ini tidak ada Akta Halal, jadi Halal itu hanya pelekat di kedai2 'urban legend' yang sekian lama kita ini sudah lebih dari lama menjadi 'apa yang kita makan' (We are what we eat).

    Maka tinggallah satu 'klise' yang jadi option kita iaitu 'masak sendiri lagi murah dan sah halal'. Pun dalam situasi ini jangan fikir tentang siapa nak masak bagi orang bujang yang bekerja, fikir dulu apa betul kah MURAH? Ikan kembung yang kecil di pasar basah pun sudah RM7.00 sekilo, kembung besar (sekarang entah sapa pulak panggil Ikan Mambong, kepala hatuk dia betul) sudah RM 10.00 sekilo. Namun orang sudah jarang ke pasar basah dan di bandar2 orang beli 'Ransum Basah' (Wet Ration) pun di pasaraya, maka lebih mahal lah harga ikannya walau insang pun sudah hitam.

    Klise baru gaya hidup kita ialah makan apa yang ada logo HALAL walau namanya langsung tak nampak HALAL pada kita yang dewasa, tapi pada anak2 generasi muda kita, McD, KFC, Kenny, Starbuck dan Mat2 Salih itu semua adalah HALAL.

    BalasPadam
  2. Anehnya....bukankah Malaysia negara Islam,tapi masalah untuk mendapatkan makanan yang betul2 halal menjadi isu
    yang tak berkesudahan....
    Logo2 halal pun tidak lagi boleh dipercayai. Logo halal menjadi mainan restoran2, hotel2 dan kopitiam
    Kalau masalah spt. ini berlaku di USA, Eropah atau Jepun ke, tidak lah ia menjadi kehairanan sangat kepada kita.
    Sinis / bias agaknya kalau hasrat Malaysia menjadi hub makanan halal?

    BalasPadam
  3. Salam Tuan

    Saya berpendapat bahawa isu halal haram ini akan berakhir bila 1 Syawal menjelma. Sama seperti tahun2 lepas bilamana ramai rakyat yg menabur duit menaja majlis buka puasa di hotel2 besar. Nak mencegah pembaziran konon kerana nak ambil tindakan, ianya tak menyalahi undang2 Malaysia. Jadinya, dimainkan isu kopitiam dulu sama seperti bila angin2 harga minyak nak naik, dimainkan isu seludup minyak dan sekasta dengannya.

    Kalau dikaji betul2, aspek penarafan halal haram pun masih longgar kerana sijil halal pun dikomersialkan oleh Islam Hadhari (mungkin kerana ada had ada hari kut). Kalau hanya mementingkan bekalan dari sembelihan yg halal, bagaimana pulak dengan bekalan bahan masakan yang lain seperti perasa, rencah dll. Contoh mudah Aji-No-Moto, halal ker?

    Jarang pemeriksaan dibuat di pusat2 sembelihan dan pengeluar makanan (spt mee/bihun) oleh pihak berkuasa. Kalau ada pun, nama pusat dan pengeluarkan tidak dimaklumkan, kenapa? Takut disaman atau dah disuap agar syarikat berkenaan tak bangkrap. Tidak mustahil, makanan di warong2 tepi jalan pun menggunakan bahan2 masakan yg diragui status kebersihan dan halal haram.

    Saya rasa, isu halal haram ini bergantung kepada sejauh mana kesedaran pengguna Islam di dalam memilih tempat makan. Tapi jangan terpedaya kerana ada pengeluar Islam yg memberi contract manufacturing kepada yg bukan Islam utk mengeluarkan jenama mereka. Ini satu isu yg perlu diberi perhatian jugak.

    Akhir sekali, jangan risau sangat soal halal haram kerana seperti yg saya katakan tadi, menjelmanya 1 Syawal, isu ini akan hilang ditiup angin Hari Lebaran yg hanya akan menjelma kembali di tahun hadapan kerana kita mudah lupa selain ruang media yg dimonopoli oleh pihak berkepentingan. Ini tidak termasuk rakyat kita yg berpoliTAIK tanpa sempadan.

    BalasPadam
  4. Saudara semua,

    Saya menghargai komen anda semua. Walau apa pun, pokok pangkalnya terpulang pada diri sendiri. Kalau was-was, jangan makan. Apa yang kita makan menentukan keberkatanNya.

    Selamat Berpuasa.

    BalasPadam
  5. Budak-budak sekarang - lepas era penjajah dan lepas era komunis ini bukannya tahu berterima-kasih pun dengan perjuangan pihak anggota keselamatan yang telah berkorban dan apalagi yang telah terkorban jiwa.
    Mereka tak tahu apa erti kesusahan dan penderitaan dimasa era perang /darurat dulu.
    Celik saja mata, terus naik kereta atau sekurang-kurangnya motosikal.
    Asyik kehulu-kehilir berseronok suka dan makan makanan yang sedap2.
    Bila mendapat susah sikit, adalah sahaja komen / merungut tak tentu pasal dan yang brutal - melawan emak bapa pula, walaupun tak semua.
    Inilah harga yang harus kita bayar.

    BalasPadam
  6. Saudara Nota Fikir,

    Terima kasih dan memang betul apa yang anda katakan. Itu sebab saya kecewa bila KP PLKN membisu seribu bahasa kepada cadangan saya para veteran yang terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis dijemput menceritakan pengalaman mereka.

    BalasPadam