FMZam...Di mana ladang 'menanam ubi' ini? Tak mungkin ops Selamat Sawadee kerana ketika itu Kapt Ahmad Daud (squad-mate) adalah Ketua Bateri 3 Arty. Dan bolehkah saya siarkan nama anda? Kalau ada gambar lagi OK. Sila e-mel saya. Terima kasih.
Bab..
“Menanam Ubi”
Menurut FMZam (?), seorang mantan Mejar RAJD, dalam melaksanakan tugas, TPJS...
“...sentiasa ada tim pelindung (BCT Protection Team) samada dari pasukan infantri maupun dari kawan2 kita dari platun PPH yang menentukan keselamatan ‘Booby Trap Clearing Team (BCT)’ jurutera sewaktu menjalankan tugas menanam "ubi" (jerangkap samar). Tapi bagaimana pula bila tim jurutera ditugaskan membuat "route clearance" semasa pergerakan mara ke objektif dalam operasi di Selatan Thailand, siapa yang memberi perlindungan kepada kami? Jawapannya ialah "we are on our own". Why? Kerana bila tugas route clearance diberi kepada kami, kamilah kumpulan yang berada di hadapan sekali sebab jalan itu mesti dibersihkan dahulu sebelum orang lain boleh lalu, maka tidak ada orang lain dihadapan kami kecuali kami. Dan jalan itu bukan hanya setakat 100, 200 ela, malah sepanjang permukaan yang hendak dilalui dalam wilayah Thai yang asing bagi kami. Pasukan pelindung berada dibelakang kami, tapi ini bukan "open country", it's jungle, so visibility is very short means protection is virtually zero for us.
Dan di wilayah Selatan Thailand, we called it "The Bandit Country", di hutan-hutan yang kami syak lokasi PGK, jerangkap samar hampir tidak ada tetapi Periuk Api atau "Bom Tanah" ditanam dan ditanda oleh PGK mengikut konvensyen perang konvensional (Mine markings). Namun tandanya bukan dari arah kami tapi dari arah mereka, maka kami tidak akan nampak tanda2 itu hanya setelah kami masuk jauh kedalam wilayah mereka baru nampak bila kami berpusing kebelakang. Tanda2 yang ditampal di batang-batang pokok hutan dengan gambar bom meletup terlukis dengan tinta hitam di atas kertas putih berukuran sebesar lesen ‘L’.
Saya tetap ingat bagaimana beberapa askar infantri yang sepatutnya berada di belakang kami, mencuri-curi bergilir-gilir mendahului saya yang sentiasa jadi ‘point man’ dalam tugas "route clearance", membelakangi arahan ketua mereka hanya semata-mata tidak mahu membiarkan kami tanpa perlindungan hadapan. Saya ingat kata-kata mereka kepada saya, "kami tak boleh biarkan jurutera jadi pelindung kami, itu tugas kami!".
Kerana jauh berjalan dan tahu-tahu sajalah tugas route clearance dengan prosedur membersih menggunakan mine detector memang makan masa yang banyak, lama-lama tim FOO yang diketuai oleh Kapt Artileri Ahmad Daud (Bersara Lt. Kol) ikut berada bersama-sama saya dan minta saya berhenti rehat. Kami pun berehat untuk merokok. Sedang merokok di bawah sebatang pokok besar, tiba-tiba beliau suruh saya pandang belakang. Saya pandang belakang dan terkejut kerana barulah nampak tanda periuk api di batang-batang pokok sekeliling kami dengan banyak sekali. Jadi kami sebenarnya sudah memasuki kawasan periuk api tanpa terjumpa atau terpijak satu pun. Bila Kapt Ahmad Daud suruh kami pandang ke atas pokok maka barulah kami nampak yang periuk api itu tidak ditanam di dalam tanah tetapi digantung dicelah dahan. Sebabnya PGK buat begitu ialah kerana itu wilayah Thai jadi mereka tak mahu orang-orang Thai yang terima akibatnya di negeri yang mereka dapat perlindungan. Mujurlah lokasi itu tidak di "manned" oleh PGK, kalau tidak mungkin jadi satu peristiwa.
Betul kata mat salih, ‘in war bravery is common place’. Jurutera tak takut jadi perintis hadapan, infantri sanggup berkorban melindungi kawan dan artileri adalah seperti apa yang saya kata "to observe forward, first you must be forward.”

TPJS boleh dipersamakan peranan jurugambar. Mereka sentiasa berada di hadapan untuk merakamkan satu-satu peristiwa bersejarah. Mereka akan sampai dahulu di kemuncak Gunung Everest sebelum pendaki tiba bagi mengabadikan sejarah tersebut. Pendaki disanjung...jurugambar? Lebih kurang begitu juga warga TPJS. Ketika Ops Gubir 2, anggota tentera yang pertama terkorban ialah seorang warga TPJS, arwah L/Kpl Abdullah Bin Majid, apabila jerangkap samar meletup ketika membersihkan terowong dalam kem pengganas komunis pada 25 April 1976. Ini diikuti 11 terkorban apabila sebuah helikopter Nuri ditembak jatuh pada 26 April 1976.
Salam tuan,
BalasPadamBukan tujuan saya untuk mendapat penghormatan tuan menjadikan apa yang saya pos ke dalam blog ini sebagai satu tajuk blog, namun terima kasihlah atas penghormatan yang diberi. Perlu diingat saya hanya mencoret pengalaman secara rambang bukan berdasar diatas apa2 insiden atau peristiwa besar seperti kisah Gubir. Dan seperti saya katakan saya tidak punya apa2 gambar untuk dijadikan kenangan, sekadar ingatan yang ada dalam fikiran yang semakin berkarat ini. Itulah sebabnya saya agak reluctant untuk bercerita sehingga tuan buat saya tempted untuk keluarkan sedikit demi sedikit kisah lama yang "berkarat" yang sudah lama dilupai.
Juga tidak terfikir kepada saya yang kisah saya itu layak untuk tuan koleksikan kerana apa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan banyak kisah2 hebat askar2 infantri dan komando yang masih belum terungkai sepenuhnya untuk dijadikan kenangan kepada generasi akan datang. Mungkin blog ini belum dikunjungi oleh hero2 yang ada cerita menarik untuk dipaparkan. Pastinya ada lebih ramai "silent hero" diluar sana yang pengalaman mereka jauh lebih hebat yang boleh diabadikan kedalam koleksi tuan, namun sebagaimana biasa, heroes prefer to remain silent until we all need a hero.
Pernah saya terbaca entah dimana, dalam pengkisahan D-Day Perang Dunia Ke2, seorang wira yang didokumentasikan kisahnya di tanya, "adakah anda seorang wira?" Maka jawab dia, "it was hell, some of us made it home but many of us didn't make it, I think those who remained there were the true heroes!"
Salam.
Tuan FM,
BalasPadamPenugasan para 'Holdfast' juga ada melakukan sesuatu tugas operational juga ketika negara kita mengalami insurgensi suatu ketika dahulu. Walaupun dalam pasukan didalam dikategorikan didalam Unit bantuan, namun para 'Engineer' memainkan tidak kurang juga pentingnya berbanding dengan pasukan Infanteri dsbnya. Setiap pasukan/unit ada peranan dan tugasnya masing-masing. Walau pun sekecil-kecil sesuatu unit bantuan itu sekalipun ada tugas dan peranannya. Tak kira lah samaaa anggota itu dari unit atau Kor perkhidmatan (yang merangkumi Tukang Masak atau pemandu sekalipun), JLJ, KAGAT dllnya.
Malah di garisan yang dikenali sebagai 'NAGA LINE', saya kira pasukan Holdfast adalah pelaku utama didalam menjayakan misi tersebut. Tanpa kalangan mereka ini, saya kira misi tersebut mungkin tidak terlaksana atau dalam keadaan yang tidak menjadi. Pendikkata banyak peranan juga dimainkan oleh individu dari kumpulan 'Holdfast' sebagai pemain utama. Malah didalam setiap TP kami pun juga dimestikan ada seorang anggota qualified 'HOLDFAST' menganggotainya, selain dari anggota Tp biasa yang mempunyai kursus asas didalam bidang tersebut.
Kalau tidak ada atau kurangnya sesuatu elemen didalam sesuatu kumpulan itu maka pincanglah misi pasukan/kumpulan itu untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepada kumpulan.
Salam Abah!
BalasPadamTk atas penghargaan terhadap Holdfast/Jurutera...ramai juga warga RAJD terkorban atau cedera dlm Op Naga ni....bertujuan menyekat kemasukkan PGK ke Semenanjung. Semua Ubi ni telah di musnahkan/bersih ekoran Kerajaan Malaysia menanda tangani Mine Ban Treaty(MBT) tempohari.
Antara Peg2 RAJD(Pioneers)yang berkhidmat/tumpang di RGK adalah BG Dato' Pahlawan Tairobi(Bekas Ketua Jurutera),Mej Kamaldin,Kol Doraisamy dan FMZam sendiri(Bekas OC 10 Skn Jurutera) dll.
Tuan Hj,
BalasPadamSememangnya saya mengenali semua Peg-Peg Kanan tersebut, serta pernah berkerja dibawah mereka semua kecuali Mej Zam. Malah Mej Kamaldin adalah Skot Basic Para dan Kopassus pada tahun 1972.
Saudara Semua,
BalasPadamTerima kasih. Sebentar tadi saya ke Ramli Nasi Kandar untuk membeli nasi ayam kampung (FMZam...terliur tak? He..He...He). Saya berjumpa dengan Saudara Ramli dan memberitahu beliau yang saya mungkin akan menulis tentang kejayaan beliau sebagai seorang usahawan yang berjaya untuk majalah Perajurit nanti, InsyaAllah.
Seterusnya saya menceritakan kisah Gubir. Beliau menceritakan konvoi beliau diserang hendap di jalan raya Baling-Kroh pada 1980. Saya sudah lama mencari cerita ini tapi tidak berhasil. Beliau berjanji akan menulisnya selepas Hari Raya nanti, InsyaAllah.
Apa yang saya sampaikan ialah...seorang 'cook' juga memainkan peranan penting. Siapa yang menyediakan makanan untuk diterbangkan kepada warga komando & jurutera ketika menawan kem PK? Tak lain tak bukan..Tukang Masak.
Salam tuan,
BalasPadamTerima kasih banyaklah sebab buat saya meleleh ayaq lioq terbayangkan ayam kampung restoran Hj Ramli tu. Takpa esok saya beli ayam kampung, saya masak Ayam Pop macam Ayam Pop restoran nasi pandang Pulau Batam Indonesia.
Yang kedua, nak terima kasih kat Tn Abah dan Tn Hj Basri, depa berdua ni tak putus2 bagi moral support kat saya, tak tau lah naik segan pulak saya nak menulis banyak-banyak tentang jurutera.
Terima kasih tuan2. Salam.
Saudara FMZam,
BalasPadamApa yang nak dimalukan, kalau saudara tak tulis mana generasi sekarang nak faham apa yang tentera Malaysia buat semasa zaman insugensi sebelum PKM berdamai.
Yang depa nampak askar kawat hari kebangsaan je..kan?
Salam Tuan,Abah ,Anonym & Sahabat FMZam!
BalasPadamSetuju benar kata2 Anonym tu.....tulislah demi generasi akan datang...nnt bila KITA dah pergi ...ada dokumen nak di RUJUK...satu masa dulu anggota2 ATM pernah berkorban utk Agama,Bangsa dan Negara!
Selamat Meneruskan Ibadah Ramadhan!
Nak tanya Tuan FMZam,
BalasPadamTuan pernah tak cedera di kaki terkena kapak semasa tanam ubi di Gubir?