Pages

Ahad, 29 Ogos 2010

Satu Peringatan

Paparan ini menceritakan tentang akibat pengambilan GULA berlebihan...

Puan Normala - pelakon siri popular 'Opah' di suatu ketika dulu

Pilih yang mana satu idaman kalbu...Makan untuk hidup atau Hidup untuk makan! Semuanya terpulang pada situan empunya badan...tepuk dada tanya selera. Diharapkan kisah ini dijadikan iktibar. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan lauk-pauk dan kuih-muih terutama menyambut HARI RAYA AIDILFITRI nanti, InsyaAllah. Sayangilah diri anda sendiri kerana itu adalah hak anda, dengan izinNya! Fikir-fikirkanlah...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

6 ulasan:

  1. sedeh apabila kehilangan nikmat penglihatan, muga jadi iktibar bagi kita yg maseh dapat melihat.

    BalasPadam
  2. salam

    kawan say berumur 55 tahun skang ni duduk kat rumah saje kerana matanya hampir buta kerana kencing manis dan lain-lain penyakit spt b.pinggang, jantung

    BalasPadam
  3. Salam tuan,

    Bila ungkapan "makan untuk hidup, hidup untuk makan" sudah tidak relevan lagi bila manusia sebagai spesis hidupan yang berada di tempat teratas sekali dalam kitaran rangkaian makanan, telah hidup untuk mempelbagaikan makanan sehingga kita semua samada menjadi tidak ingat, lupa, tidak peduli, keliru, come what may, go to hell dan so-so tentang apa yang kita makan, bila apa yang kita makan itu juga menjadi "makan untuk mati".

    Bila hidup manusia ini memang bukan hanya untuk makan namun ada manusia yang terpaksa melalui hidup sama seperti haiwan yang kais pagi makan pagi hanya untuk "hidup untuk makan" demi meneruskan hidup. Namun apa pun samada manusia makan untuk hidup atau tidak, hidup ini sebenarnya ialah untuk mati walau apa pun yang kita makan!

    Kalau manusia kata hidup bukan untuk makan, namun manusia jugalah yang selama hidupnya telah jadi apa yang mereka makan. Bila seorang kaya yang kata hidup bukan untuk makan, tapi dia lupa bila setiap kali dia makan, makanan dia seorang itu saja boleh memberi makan untuk seratus orang miskin. Ingatlah si miskin bukan hanya makan untuk hidup tapi juga hidup untuk makan.

    BalasPadam
  4. Saudara ismi, Anonymous & FMZam,

    Terima kasih. Apa yang cuba saya sampaikan ialah beringatlah sebelum terlambat. Kita hanya mampu berusaha, Allah yang menentukan.

    BalasPadam
  5. Salam tuan,

    Sambil kita beringat sebelum terlambat tu, saya pun nak ingatkan supaya kita jangan lupa kepada saudara kita Sabri Che Hasan, kalau ada ikhsan tuan2 silalah ke Maybank berdekatan, pergi ke Cash Deposit ATM dan tekan nombor akaun beliau lepas tu masukkanlah tunai berapa yang tuan2 nak derma dengan ikhlas ke dalam slot.

    Salam semua.

    BalasPadam
  6. Saudara FMZam,

    Terima kasih. Bantulah agar beliau dapat bergembira di Hari Raya nanti, InsyaAllah.

    BalasPadam