Pages

Sabtu, 7 Ogos 2010

Pesta Makan

SELAMAT DATANG KE PESTA MAKAN 
11 OGOS - 9 SEPTEMBER
TEMPAT: HOTEL/KELAB/RESTORAN DI SELURUH MALAYSIA
HARGA: 'BERPATUTAN'

Menjelang sahaja bulan Ramadhan, hotel/kelab/restoran pun berlumba-lumba menawarkan hidangan berbuka puasa. Harga pula terpulang kepada lokasi. Setakat standard Darulaman Golf & Country Club baru RM38++. 'No class' bagi sesetengah warga Malaysia.

Menu istimewa - daging rusa setiap hari Jumaat

Untuk warga KL, RM99++ 'reasonable' lah untuk jamuan berbuka puasa. Kalau nak 'sikit atas', pergi Hotel Istana...baru RM110++ seorang sahaja. What is there...man...Setahun...hanya sebulan sahaja. Betul tak? 

Sungguh pemurah orang Islam di Malaysia. Terdapat syarikat-syarikat swasta dengan rela hati menaja majlis berbuka puasa khusus untuk golonganka berkemampuan tertentu...bukannya untuk golongan 'homeless' yang berkeliaran di kawasan tertentu, terutama di KL. Mujurlah ada banyak NGO yang sanggup mewujudkan 'street kitchens' bagi golongan malang ini. Masalahnya, pertubuhan-pertubuhan ini kekurangan dana untuk meneruskan tanggungjawab sosial ini dan terpaksa merayu  untuk mendapatkan dana untuk menampung kos yang sentiasa meningkat.

Dengan ilmu agama yang cetek ini, saya ingatkan lebih afdal bersedekah kepada mereka yang kurang mampu... bukannya kepada yang termampu. Namun demikian, apabila difikirkan sejenak, apa keuntungan diperolehi sekiranya menjamu golongan merempat ini? Baik jamu mereka yang berkemampuan bagi menghargai 'jasa & kerjasama' yang diberikan. Kerana mereka inilah maka mereka (syarikat) menjadi begitu 'pemurah'. He...He...He.

Saya 'tertonton' program 'Rasa Halal Orient - Kemboja' di saluran Oasis yang memaparkan sebuah sekolah agama 'Cambodia Islamic Centre'. Waktu makan, hanya satu talam nasi dan ikan kering/sayur dimakan bersama 5-6 orang, tanpa minuman. Nak minum...pergi teguk di paip air. Malam...tiada apa untuk dimakan. Malam...gelap gelita kerana ketiadaan elektrik. Nak rasa masakan daging? Jangan harap!!

Tapi, masih banyak syarikat, NGO dan individu yang prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Ada syarikat dan individu yang menaja berbuka puasa sepanjang Ramadhan kepada rumah-rumah anak yatim. NGO seperti Islamic Relief Malaysia (IRM) memberi sumbangan berbentuk 'sembako' (9 barangan pokok/asas) kepada Rumah Kebajikan di Jakarta Utara, Indonesia, melalui program 'Bantulah Mereka Berbuka Puasa'. Sesiapa yang berminat, anda boleh menyumbang RM50 bagi 1 pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga. Sila layari laman web www.irm.org.my. Apa salahnya mengiklankan benda yang baik. Dan banyak lagi...Syukur Alhamdulillah.

Dalam keseronokan berpesta makanan, jangan lupa menghayati peringatan ini...

'Forum' Utusan Malaysia - 6 Julai 2010

Ingatkan puasa ini dapat menginsafkan golongan yang berada terhadap mereka yang daif...tetapi sebaliknya!! Eh...Eh...Maaflah kerana tersasul sikit. Apa yang saya nak menyebuk sangat ini...bukannya duit saya. Suka hati merekalah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui nawaitu seseorang hambaNya. Saya hanya mampu berdoa agar diterimaNya amal ibadat saya. Di mana saya berbuka puasa? Sudah tentulah di rumahku....syurgaku. Dijamin bersih, halal dan tanpa was-was.

8 ulasan:

  1. Salam Mejar Nor,

    Terima kasih kerana menguar-uarkan Program Bantuan Ramadhan anjuran Islamic Relief.

    Di Malaysia kami mensasarkan seperti tahun-tahun lepas, seramai lebih daripada 10,000 penerima akan menerima bantuan makanan di bulan Ramadan dan Syawal.

    Hari ini, kami akan menyalurkan bantuan makanan kepada OKU (Orang Kerdil) di Setapak. Minggu hadapan di Kelantan.

    Di Kedah kami sudah salurkan pada minggu yang lalu.

    Ya, jika ada yang mahu menderm, bolehlah layari www.irm.org.my

    Terima kasih sekali lagi Mejar Nor.

    BalasPadam
  2. Minda orang Melayu telah dijajah oleh satu budaya berbuka yang tidak lebih dari hanya satu 'Pesta Makan Minum' di hotel2 setiap hari dalam bulan Ramadan. Bila berpuasa itu menginsafkan kita kepada kesempitan hidup yang dilalui orang2 miskin, tapi orang2 Melayu sekarang menjadikan Islam sebagai agama orang2 kaya!

    BalasPadam
  3. DR Bubbles,

    Terima kasih kembali. Teruskan urusan murni anda. Selamat berpuasa.

    Saudara FMZam,

    Betul kata anda. Alangkah gembiranya mereka yang hidup dalam kesempitan diberi perhatian sewajarnya terutama di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

    BalasPadam
  4. Tuan,

    Sebagai nostalgia.....

    Bila tibanya bulan Ramadan maka teringat juga ketika mengerjakan ibadah Puasa di tengah hutan belantara. Berbekalkan dengan menu utama standard ration Compo seperti Kari lembu, Kari kambing, Kari ayam dan juga ikan berkuah tomato yang diselang seli dengan Sayur Kacang panjang masak lemak. Jangan diharapkan untuk merasai masakan tumis menumis serta makanan yang meninggalkan aroma. Dengan keadaan yang tidak ada keselesaan serta kegelapan malam waktu berbuka dan juga bersahur.

    Manakala waktu bersahur pun terpaksa menghabiskan baki-baki yang ada dan juga apa yang ditinggalkan waktu berbuka, kadang kala berkongsi pula dengan 'semut gajah' dan terpaksa dikorbankan (tergigit) sama walupun dengan secara tidak sengaja. Maklum dengan kegelapan malam apa pun tidak nampak malah terpaksa meraba-meraba makanan yang sedia ada itu demi sebuah negara tercinta. Semua situasi itu dilalui dengan hati yang tabah dan cekal.


    Kepada semua muslimin/Muslimat saya ucapkan Selamat menyambut Ramadan Almubaraq dan menunaikan Ibadah Berpuasa serta mengerjakan solat Sunat Terawih disamping 5 waktu sehari-semalam.

    BalasPadam
  5. Saudara Abah,

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman berpuasa di hutan. Pokoknya, walau dalam apa pun keadaan, saya berbangga warga tentera tidak lupa tanggungjawab seorang hamba kepada Allah Yang Maha Kuasa. Kita memang kaya...PENGALAMAN YANG TIDAK TERNILAI DENGAN RM!

    BalasPadam
  6. ya memang benar kata mu saudara FMZam dan untuk Abah, kenangan mu itu kenangan ku juga.

    Just for extra knowledge on ramadan www.ezoegypt.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Saya pun pernah rasa berbuka puasa di tengah2 hutan seperti yang dialami oleh anggota2 tentera.
    Cuma profession kita saja berbeza kami hanya bersenjatakan parang - Saya ketika itu bertugas sebagai jurteknik ukur tanah di tengah2 hutan belantara di kawasan Jelebu, Negeri Sembilan pada tahun 1986.
    Alangkah seksanya, sudahlah kami berpuasa, kami terpaksa meredah paya dan hutan yang berbukit-bukau dan bertebing curam. Bagai nak pengsan dan tercabut kepala lutut.
    Tetapi ibadah wajib diteruskan...
    Kalau tak silap ketika itu masih ada lagi ancaman komunis, kerana - pada satu pagi kami ternampak dari kejauhan ada segerombolan(3-5 org) cina sedang berjalan melalui hutan dengan membawa spt senjata. Kami terpaksa mendiamkan diri takut dan merahsiakan penemuan itu atas faktor2 keselamatan, kerana kami perlu lagi 2 bulan berada disitu.
    2 minggu sebelum itu, rakan kami ternampak seekor harimau melompat melintasi jalan balak kerana ia terkejut dengan kehadiran kami yang tiba2 riuh( sengaja bising untuk menghindari binatang buas ).
    Syukur lah kini kami masih hidup dan menikmati kemakmuran hasil dari pengorbanan dan jasa anggota2 pasukan keselamatan termasuk TUDM.
    Terimakasih kepada saudara & rakan
    seperjuangan, anda adalah hero kami

    BalasPadam
  8. Saudara Nota Fikir,

    Terima kasih kerana menceritakan pengalaman anda. Saya terlibat dengan surveyors di kawasan Perlis dan Kedah. Mereka di beri perlindungan oleh anggota tentera darat. Sekirannya anda masih ingat, 2 orang surveyors ditembak mati di sempadan Perlis/Thailand.

    Salah seorang serveyor yang saya masih ingat namanya ialah 'Dicky'. Agaknya dimana beliau sekarang.

    BalasPadam