Pages

Jumaat, 6 Ogos 2010

Dah Mula Bergolek

Masih lagi isu 'jemputan' ke Hari Pahlawan...Puan Rosliana Bt Mohamed dari Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, JPM, memperakui di sini akan membawa cadangan saya untuk penerima-penerima JPP, PTU & KPK dijemput ke Hari Pahlawan setiap 31 Julai. Menurut beliau Bahagian Istiadat akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Sambutan untuk dipertimbangkan. Syukur Alhamdulillah.
Saya telah menghantar e-mel ini kepada Pak Menteri, PAT & Ketua Pengarah JHEV (KP). Tak sangka pula KP sudi memberi respons berikut ...

Re: HUT
Wednesday, 4 August 2010 10:27:30
From: Zul Mazlan
To: nor ibrahim sulaiman
Assalamualaikum Tuan, terima kasih diatas pandangan Tuan tentang jemputan/kehadiran bagi Hari Pahlawan. Saperti Tuan saya juga berkongsi pendapat tsb, bahkan saya amat mengharapkan dan mengalu alukan bukan sahaja kehadiran veteran veteran ATM malahan kehadiran orang awam dgn ramai. Saya berpendapat bahawa Hari Pahlawan sepatutnya di sambut semeriah Hari kebangsaan agar semangat menghargai dan memperingati Pahlawan Negara kekal masyhur dan semarak di kalangan masyarakat negara ini. Walaubagaimanapun, utk makluman Tuan penglolaan termasuk tanggungjawab utk menentukan jemputan ke sambutan tsb adalah di bawah bidangkuasa JPM dan Markas ATM.
       Walaupun begitu, saya akan mengangkat pandangan baik Tuan itu kpd pihak berkenaan utk di sempurnakan di masa akan datang. Salam dan terima kasih.
M/Gen Dato Zul Mazlan
KP JHEV

Ha...Ini satu perkembangan baru. 2 agensi kerajaan memperakui akan membawa usul ini ke pihak atasan. Apa pun, kita tunggu dan lihat saja. Wallahualam.

Pembaca...Isu ini di KIV sehingga Julai 2011, itu pun sekira ada rezeki (masih bernafas). InsyaAllah.

7 ulasan:

  1. Salam Tuan

    I hope you can continuously do a follow-up action in reminding those people who tend to forget on this issue despite having noted it will be put on KIV till July 2011. We need to design another avenue towards bringing up this issue and obtain support from any many parties as possible.

    If we remain silence till the said date, it might be too late and have to wait for another year. "Terlepas pandang" is a sentence which I hate most. Another one is "Kami akan pantau.."

    BalasPadam
  2. Saudara kamal.

    Thank you. Another standard response is 'akan dipertimbangkan'. InsyaAllah, I'll keep reminding them. You know, I send a fax to PLKN on 7 Aug 2009 and received a response on 27 Aug thanking me for a 'cadangan yang bernas'...that was the last time I heard from them.

    BalasPadam
  3. Salam tuan,

    Rasanya sudah lebih dari memadai dengan apa yang tuan telah lakukan dengan usaha yang payah jerih untuk meminta dari orang yang 'harapannya tidak sama dengan harapan kita'. Tidak perlulah lagi tuan terpaksa 'berlengan' dengan orang itu setiap menjelang hari berkenaan untuk memperingatkan dia kalau sudah dia tidak ikhlas. Kita tidak payah berlanjutan menagih harapan, cukup kita tau hanya dari cara orang itu melayan kita, sudah nampak keikhlasan dia, bukankah kita sudah lebih dari dewasa untuk tau 'terkilat ikan di air sudah tau jantan betinanya'? Lagipun tuan bukanlah 'Paladin of the hour' yang terpaksa pula memantau perkara ini setelah dengan sukarela berusaha untuk memenuhi harapan kita semua. Tuan sudah lebih dari mencuba dan kita sepatutnyalah lebih berterima kasih pada tuan dan menghargai tuan atas cubaan tuan, berjaya atau tidak cubaan tuan itu tidak penting, yang penting tuan sudah lakukan sesuatu yang baik walaupun sekali dalam seumur hidup tuan, dan tuan telah lakukan bukan sekali, malah dua, tiga dan berkali2 dalam hidup tuan. Terima kasih tuan.

    "Bila kita berharap pada orang yang harapannya tidak sama dengan harapan kita, kita kena bersedia untuk mati sepuluh kali dengan hanya satu pukulan dia".

    BalasPadam
  4. Saudara FMZam,

    Terima kasih atas pandangan anda. Memmang betul kata anda tu. Saya melakukan ini untuk mempastikan rentetan warga ATM tidak dilupai begitu sahaja. Iktiraflah pengorbanan mereka ini.

    Pada saya, perakuan JPM & JHEV untuk mengenengahkan cadangan kepada pihak berwajib merupakan satu permulaan kepada perjalanan yang masih jauh. Sekurang-kurangnya...the 1st step. Sama ada dipersetujui nanti...lain cerita.

    SELAMAT BERPUASA

    BalasPadam
  5. Reading Saudara FMZam take on this issue reminds me of a story told to me my my former CO . One day in the 16 th Century as a young lad was preparing to go to battle. His father gave him a match box sized box to keep. With instructions that it was only to be opened in case his life was threatened to the point that he stared at imminent death.

    Before that moment came he must promise to fight on with all his might and never ever give up even if he is on the brink of death. If that fails then he should pray to the all mighty God for help. If that too fails then he may open the box for the answer.

    The lad came back from battle some years later battle scarred and weary and told his father. "I was involved in many battles and was severely wounded and was at the brink of death but still fought on bravely. At one point of imminent death I was very tempted to open the box but I remembered you words and I prayed to the all mighty God and my life was spared."

    "By the way father I am very curious as to what is in the box can I open it now" and the father said yes go on open it. When he did he was shocked there was nothing in the box it was empty. Turning to his father he said angrily "there is nothing in it" To which his father replied " Look son you fought bravely long and hard with all your might and strength, and then you prayed to God the all mighty for help if all that could not have saved your life, then of course nothing possibly could"

    By the same token as FMZam has implied, Sudara Nor you have fought long and hard and in your own words said " Saya sudah berusaha sedaya upaya....Allah menentukan!! Sudah tiada rezeki dan sudah ditakdirkan....!"

    It's time to let go bro and move on. I too have been awarded one of these awards and feel there is no need to fight on just to make up the numbers in a parade, especially when authorities don't even have the decency to invite us. It's humiliating to say the least.

    However you can be very proud of your self for the sterling effort that you put in this cause. You could not do any better.

    Salam

    BalasPadam
  6. salam tuan... kalau tuan sebagai pemengang pingat PTU, kalau dijemput secara rasmi nanti pasti akan disediakan kerusi bernombor. Kalau veteran spt kami yang tak punya apa2 pingat keberanian, kalau dijemput melalui surat khabar atau RTM, pastinya akan berdiri ditepi padang bersama orang2 awam. Tak bebaloi rasanya nak travel jauh2 dari utara untuk tujuan itu. Jika JHEV dan PBTM boleh organise bas rombongan mungkin terasa juga dihargai..

    BalasPadam
  7. Saudara Arunzab,

    Thank you for the story.

    Saudara Hamzah,

    Pada saya, apa yang perlu ialah dijemput di peringkat negeri sudah memadai. Sama ada diberi tempat duduk atau tidak bukannya satu persoalan. Secara jujur saya katakan, kemungkinan saya tak pergi ke KL sekiranya dijemput. Tetapi saya pasti ramai dari para jemputan akan hadir. Kalau di Alor Setar, saya akan hadir...InsyaAllah.

    BalasPadam