Pages

Khamis, 9 September 2010

Bantulah Beliau!

Dalam kaum Muslimin & Muslimat bergembira menyambut hari lebaran dan sedia berbelanja sehingga RM150 seorang untuk berbuka puasa yang mana tahap "HALALnya" meragukan, renungilah rayuan segolongan mereka yang kurang bernasib baik...terpaksa menagih simpati hanya untuk menyara kehidupan di usia senja ini (klik untuk membacanya)...

Saya telah menghar berikut kepada pihak berwajib di KEMENTAH dengan harapan tindakan sewajarnya akan diambil bagi membantu saudara Zamri Kassim. Oleh kerana laporan tidak memberi butir bagaimana beliau boleh dihubungi, saya telah memanjangkan e-mel tersebut ke laman sesawang rasmi TUDM untuk mendapatkan # akaun bank beliau. Saya juga turut menghubungi seorang ahli jawatankuasa salah satu cawangan PBTM Melaka supaya 'tengok-tengok'lah keadaan sebenar Zamri.

Tolong & Bantulah Beliau
Wednesday, 7 September 2010 18:22:42
From: nor ibrahim sulaiman
To: Dato Zahid Hamidi; Tan Sri Azizan; PTU; KP Veteran

Assalamualaikum Tan Sri/Dato'-Dato',

Ketika umat Islam sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh riang gembiranya, kasihani mereka yang tidak bernasib baik seperti saudara kita En Zamri ini... (keratan akhbar di atas).

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
http://xnuripilot.blogspot.com

'Hari Ini Dalam Sejarah'. Terkejut berok dibuatnya kerana tanpa diduga, dalam sekelip mata (18:31:56) saya menerima respons dari PTU...'Salam. TUDM telah menghulur sedikit bantuan hari raya selepas saya baca di akhbar. Harap saudara jua bermurah hati menderma. PTU'. 
Saya akan menyiarkan # akaun bank Zamri nanti sekira TUDM tidak keberatan memberikannya.

7 ulasan:

  1. Salam Tuan NIBS dan tuan2 semua,

    Bukan saya nak menggahkan perbuatan saya dengan berulang ulang bercakap dalam blog ini agar saudara2 pergi ke bank dan dihadapan Cash Deposit ATM tu masukkanlah derma saudara seberapa ikhlas kepada sipenerima, namun kalau sudah Tuan NIBS keluarkan dalam blog rayuan derma tu, tak ada ertilah kalau setakat keluar dalam blog tapi tak dapat sambutan. Sama juga halnya yang saya lihat dalam blog lain bila ada rayuan derma, lepas tu rayuan itu akan tenggelam begitu sahaja.

    Kita semua askar sudah belajar tentang makna tanggungjawab, bila kita diarahkan oleh ketua melakukan satu2 tugas, tanggungjawab kita bukan hanya selepas mengarahkan perlaksanaan kepada orang2 kita sahaja, tapi menentukan setiap tahap perlaksanaannya kita pantau dan periksa agar matlamat tercapai hingga jaya. Kita tidak pernah lepaskan orang bawahan kita melakukan arahan kita dan kemudian duduk "idling around" tunggu berita dari dia kata tugas selesai. Kita sentiasa akan pergi tengok apa yang orang2 kita buat sama seperti apa yang kita arahkan.

    Kita mungkin bukan seorang penderma besar yang bergelar dermawan (philanthrophist), namun kalau setiap seorang dari kita derma RM 50 (ialah tak kan masuk derma melalui ATM nak derma RM 10, 20 je kan?), itu boleh membantu mengurangkan beban beliau sementara menanti bantuan besar datang (itupun kalau datang).

    Marilah kita sahut rayuan Tuan NIBS dan dermalah dengan ikhlas. Saya yang hidup dengan duit pencen saja dan sebuah basikal pun rela derma apa yang mampu, inikan pula tuan2 yang pakai Merc, BM, Honda dan main Golf.

    Maafkan saya berkata begini. Selamat Aidil Fitri semua.

    BalasPadam
  2. Salam mej, PAT dan PTU dengar cerita menguasai banyak kontrektor yang berurusan dengan TUDM dengan nilai kontrek berjuta juta ringgit setahun takkan benda macam ini pun tak bolih bantu.
    Contoh nya AIROD, ZETRO dan macam macam ada lagi pasti bolih membantu dan lebih baik lagi dari mereka membawa General general dan pegawai pegawai berbuka puasa di hotel hotel dan kelab kelab. Tanya PAT dan PTU mesti banyak duit raya dapat!!!
    Kekadang pening juga lah asyik nak mengharapkan inisiatif mej pencen je!
    Anyway mej, salam eidul fitri maaf zahir bathin.

    BalasPadam
  3. Sdr Anon,

    Bila2 pun saya dan ramai lagi askar yang boleh luahkan tentang PAT, PTU, PTD atau mantan2 PAT, PTD, PTU, PTL dan mantan2 jeneral2 ATM, yang hidup bergelumang dengan duit tapi mata hati tertutup bila tiba soal memberi bantuan kepada bekas2 tentera yang melarat dan merayu meminta bantuan, padahal cukup seorang mantan jeneral kaya sahaja sudah lebih dari mampu untuk menghulurkan derma yang diperlukan bagi membiayai apa yang diperlukan.

    Tapi kita tak usah harapkan mereka, kita jangan tunggu untuk mereka sedar kerana mereka sudah terlalu taksub dengan kemewahan yang diperolehi dengan cara mudah hingga tertutup pintu hati atas kesusahan askar2 yang tidak bernasib baik. Persetankan mereka! Kita jangan cakap tentang meminta dari mereka. Jangan cakap pasal orang lain, biar kita sahaja yang lakukan apa yang kita mampu lakukan untuk askar yang memerlukannya. Salam.

    BalasPadam
  4. Saudara FMZam,

    Terima kasih atas ingatan saudara. Saya bersyukur kerana saudara Sabri menghantar sms mendoakan kesahjeteraan saya.

    BalasPadam
  5. Tuan,

    Keratan akhbar yang tuan emailkan kepada saya telah saya cetakkan dan keratan tersebut akan saya serahkan kepada Pihak PBTM/JHEV Negeri Melaka dalam masa yang terdekat. Itu sahaja lah yang termampu yang boleh saya lakukan. Nak derma pun saya pun bukan lah dari keluarga yang senang-lenang atau mempunyai harta yang bertimbun-timbun. Saya hanyalah seorang pesara tentera 100% makan duit pencen juga.

    BalasPadam
  6. Salam Tuan dan Sdr FMZam!

    Syukur masih kedapatan manusia yang berhati MULIA....tak sat baca SIASAH terkini ada satu ungkapan' Wartawan boleh menangisi nasib orang lain tetapi tidak boleh mengharapkan orang lain akan menangisi nasib wartawan'....tu lah dia DUNIA,moga2 kita di berkati ALLAH di akhir Ramadhan ini...Insyaallah diketemukan lagi pada Ramadhan akan datang!

    BalasPadam
  7. Saudara Abah,

    Terima kasih kerana akan memanjangkan rayuan saudara Zamri kpd PBTM & Veteran. Apa yang anda lakukan itu adalah satu amal jariah.

    Saudara Basri,

    Terima kasih. Diharapkan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.

    BalasPadam