ARWAH LT MUDA ABDUL HAMID BIN ISMAIL SP
"Dilahirkan pada 1 Jun 1951, Allahyarham Abdul Hamid bin Ismail telah ditauliahkan ke Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kepala Batas Alor Setar. Allahyarham gugur pada 8 September 73 didalam GERAKAN SEDAR di Gunung Inas, Kulim, Kedah Darulaman. Allahyarham mengetuai kumpulan ronda seramai 10 anggota lalu bertempur dengan sekumpulan musuh berkekuatan 15 orang. Walaupun ditembak di dada, Allahyarham masih mampu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah musuh lalu berjaya membunuh seorang PGK. Di dalam kesakitan Allahyarham terus memberi kata-kata semangat dan mengarahkan anggota-anggotanya melancarkan serangan. Allahyarham juga sempat menghubungi Ketua Kompeninya untuk memberikan taklimat berkenaan kejadian tetapi tidak memberitahu tentang kecederaan yang dialaminya. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas perhubungan tersebut."
Sumbangan Oleh
305 Batalion Infantri AW
Sungguh jauh bezanya bagaimana negara asing menghargai anggota tentera mereka yang terkorban mempertahankan negara kita Malaysia yang tercinta ini ketika Peperangan Dunia Ke2. Lihat saja bagaimana "Taiping War Cemetary" bertempat di kaki Bukit Larut yang sentiasa dijaga dengan rapi.
Sumber: http://taipingheritagecult.blogspot.com/
Tak usahlah nak bandingkan dengan "Arlington National Cemetary", USA...
Sekiranya coretan mejar pencen ini dibaca oleh Pak Menteri, PAT dan Bos ketiga-tiga Perkhidmatan (hanya dalam mimpi), saya ingin mencadang agar unit-unit yang berhampiran dengan pusara wira-wira negara membuat sesuatu terhadap pusara berkenaan sempena "Hari Pahlawan" setiap tahun. Am I asking too much?
Impian saya...Negara, dengan izin waris-waris, mewujudkan satu Pusara Nasional ala Arlington, diasingkan mengikut agama, untuk semua wira yang terkorban dalam satu-satu operasi, termasuk di luar negara, seperti di Somalia, Lebanon, dll. Saya puji 'squad-mate', Lt Kol Robert Rizal Abdullah PGB (B) yang telah berusaha dan berjaya membawa anggota-anggota Sawarak Rangers yang terbunuh di Semenanjung dan Singapura ketika Darurat untuk disemadikan di "Heroes Memorial", Kuching, di sini. Kerajaan negeri Sarawak telah memperuntukkan sebidang tanah di Kuching bagi tujuan tersebut....Syabas Rizal.
Oh ya, apa kata sekiranya dicadangkan kepada ahli jawatankuasa madrasah untuk menukarkan nama kepada Madrasah Abdul Hamid. Kalau ada masjid diberi nama Khalid Ibni Walid, Al-Bukhari, apa salahnya Madrasah Abdul Hamid. Lagi pula, arwah adalah seorang anak watan kampung tersebut dan bangunan berkenaan dibina oleh anggota tentera. Mereka sepatutnya berbangga bahawa anak jati mereka terkorban kerana agama dan negara. Lt Kol Basri Omar...Terima kasih.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF DIPINTA SEKIRANYA TERDAPAT KATA-KATA YANG MENYINGGUNG PERASAAN
Salam Aidilfitri Mejar Nor,
BalasPadamSaya teringat bagaimana negara jiran kita Indonesia mempunyai Makam Pahlawan Nasional di Kalibatan dan majoriti pemimpin dan pahlawan mereka disemadikan di sana.
Saya juga masih ingat bacaan saya tentang askar mereka yang mengebom McDonald House di Singapura semasa konfrontasi dihukum mati di Singapura namun apabila dibawa pulang ke Indonesia, mereka diangkat sebagai Pahlawan Nasional dan disemadikan di Kalibata.
Salam Aidil Fitri Tuan & Klrga!
BalasPadamSubhanallah Tuan!....hebat paparan ni...mcm selalu di perkatakan NBC...'No Body Cares'
Siapa nak kisah lagi bila telah pergi...cuma beberapa kerat kawan dan taulan sajalah! Memang benar kata Almarhum Presiden Sukarno dulu 'Bangsa yang MENGHARGAI Jasa Pahlawannya adalah Bangsa yang Besar'....kita bagaimana? Wallahuaklam!
Kita punya Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara...TAPI khas untuk Ahli2 Politik sahaja!!!!!
Ada di war2kan nak di bina Makam Pahlawan di kwsn Tugu Pahlawan...dekat bekas Bangunan Wisma Tugu Mk RAJD SP disblh ISIS (peruntukan RM 125 juta???)di Jln Parlimen...apa jadi tak di KETAHUI(FULUS HABIS KOT)?????
Cadangan untuk menamakan semula AMAT tepat....cadang Tuan salurkan ke Pej Daerah Padang Terap...kerana
kalau tak silap saya peruntukan membina Surau tempohari dari kerajaan Negeri Kedah di salurkan melalui Pej Daerah.
Salam ....Maaf zahir Batin!
DR Bubbles,
BalasPadamTerima kasih & Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda & keluarga. Macam manalah nak menyakin politikus-politikus yang berpengaruh untuk memikirkan keperluan seperti ini!
Saudara Basri,
Terima kasih. Saya akan menghubungi Pejabat Daerah Padang Terap nanti, InsyaAllah. Sekiranya ada pembaca yang berasal dari kampung tersebut, mungkin boleh melobi bagi melaksanakan saranan ini.
Mej, sebenar nya terlalu banyak kisah dan peristiwa yang berkaitan pengorbanan anggota tentera kita tetapi semua nya terpersok hilang bersama masa kerana tiada siapa yang peduli kecuali kepurapuraan-alahai mudah cakap hipokrit kepimpinan yang telah bertapak dalam organisasi begitu lama.
BalasPadamKekadang sedih, kekadang marah dan geram apabila perkara sebegini di timbulkan-sakit hati tetapi pimpinan tentera terus bisu. I think those leading the Armed Forces either they are mediocre or simply half past .... kinda of leaders that only good for apple polishing and selfish and no brainer.
Maaf la mej... di hari raya ni bila membaca cerita sebegini kekadang emotional juga lah. maaf zahir batin semoga roh mereka yang terkorban di rahmati ALLAH amin....alfatiha....
Saudara Anonymous,
BalasPadamTerima kasih. High time kita menceritakan pengorbanan wira-wira tersebut untuk pengetahuan rakyat. Saya tidak menyalahkan rakyat terhadap 'kejahilan' mereka kerana ATM sendiri tidak ambil kisah. Tak tahulah saya bagaimana nak menyedarkan pihak tertinggi ATM!
Salam tuan say amat tertarik dengan artikel-artikel yan tuan siarkan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman tuan dan rakan-rakan penyumbang. Tahniah tuan saya amat menghargainya. Saya ingin memaklumkan kepada tuan saya selaku kurator muzium RAJD telahpun linkup antara laman blog tuan dengan facebook muzium RAJD. Saya merasakan ianya amat berguna untuk pengetahuan generasi baru yang tidak pernah mengalami seperti mana yang kita lalui satu detik dahulu. tk
BalasPadamMej Baharudin,
BalasPadamTerima kasih. Pada saya, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk 'menyedarkan' generasi baru akan pengorbanan orang yang terdahulu.
Kasihan dengan nasib pahlawan negara yang dilayan sebegini rupa.
BalasPadamUntungnya nasib bekas anggota2 PKM yang dilayan dengan baik di Selatan Thailand - diberi tanah, rumah dan kebun hasil kerjasama 3 pihak dengan kerajaan Malaysia setelah perjanjian dibuat menamatkan perjuangan Komunis pada tahun 1989 dulu.