Pembaca...Tak tahulah saya bagaimana nak meyakinkan pihak tertinggi di KEMENTAH agar mereka lebih prihatin terhadap pahlawan mereka sendiri! Sepertimana yang saya 'copy & paste' dalam komen di sini, saya sungguh kecewa dengan respons dari staf PTD. Saya pasti itu bukannya pendirian TDM atau PTD. Tidak mungkin seorang PTD boleh memberi jawapan sebegitu rupa, walaupun melalui stafnya. Secara jujur, saya yakin PTD tidak pun membaca e-mel yang diterima oleh anggota Pejabat PTD. 'Gate-keepers' akan menyarinkan kemasukan e-mel/surat menyurat. Apatah lagi e-mel yang dianggap tidak 'sedap' didengar oleh seorang pang5.
Cuba secara berhemah tidak dipedulikan, malah tindakan saya pula dipertikaikan...mengapa beliau terlalu defensive, Wallahualam! Jawabnya guna kemudahan media massa. Tak sangka pula Utusan Malaysia sedia menyiarkan e-mel saya berikut...Syukur Alhamdulillah.
Forum Utusan Malaysia 17 September 2010
Saya telah menghantar e-mel berikut kepada MAIK (Majlis Agama Islam Kedah) tentang cadangan pertukaran nama madrasah tersebut (petikan)..."Bersama ini saya 'forward' e-mel saya kepada Pegawai Daerah Padang Terap berkaitan dengan cadangan saya agar Madrasah Alkhairiah di Felda Bukit Tembaga di tukarkan kepada 'MADRASAH ABDUL HAMID' mengambil sempena seorang pahlawan negara yang disemadikan dikawasan perkuburan bangunan tersebut.
Secara ikhlas saya menyatakan yang saya kurang arif bagaimana mahu memajukan cadangan ini. Itu sebabnya saya telah menghantar e-mel tersebut kepada Pegawai Daerah dengan harapan beliau bersedia menyalurkan kepada pihak berwajib. Kecewa sekali tiada sebarang respons...tak apalah!"
Pak Menteri, PAT, PTD, PTL & PTU...Ingatlah," PUJIAN MENGKHAYALKAN (walhal banyak yang tak kena), KRITIKAN MEMBINA (tiada siapa yang sempurna)." Tiba masanya nanti, anda juga bukannya lagi 'relevant' dan akan hidup dalam alam kenyataan...Fikir-fikirkanlah!!!
Salam Mejar Nor,
BalasPadamSaya berasa dukacita apabila membaca entri Mejar hari ini.
Jika diikutkan hati saya, mahu sahaja saya menaiki bas dengan membawa baldi, sabun dan berus sabut ke Padang Terap untuk mencuci pusara beliau bersih-bersih agar orang ramai tahu bahawa ini pusara seorang pahlawan negara.
Saya pernah melawat tanah perkuburan yang dikelolakan oleh Commonwealth War Graves Commission (www.cwgc.org) seperti di Taiping, Chungkai dan Don Rak di Kanchanaburi dan berasa teruja melihat bagaimana suruhanjaya yang didokong oleh negara-negara besar itu memelihara pusara-pusara askar Komanwel yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Saya membayangkan betapa bangganya kita jika pusara pahlawan negara kita diberi penghormatan sama seperti itu.Sanak saudara mereka tentu boleh melawat dan memberitahu dengan bangganya cucu-cicit bahawa arwah datuk mereka ada seorang pahlawan dan ini pasti akan meniup semangat patriotisme pada mereka agar sentiasa taat dan cintakan negara.
Mejar, janganlah berputus asa dan teruskanlah usaha memberi kesedaran agar orang ramai danpihak berwajib membuka mata dan sedar bahawa peri pentingnya mengangkat martabat pahlawan negara ke tempat yang selayaknya.
DR Bubbles,
BalasPadamTerima kasih. Saya sedang berusaha agar media elektronik membuat liputan perkara ini, InsyaAllah. Cuba...jangan tak cuba!
Beginilah nasib pahlawan negara yang dilayan begitu cara yang menyedihkan.
BalasPadamAgak2nya nasib bekas anggota Komunis PKM lebih baik nampaknya : mereka diberi tanah, rumah dan kebun secara percuma di Perkampungan Bekas Anggota2 Komunis Malaya di Selatan Thailand, atas kerjasama dengan Kerajaan Malaysia....
Saudara Dr Bubbles dan Nota Fikir,
BalasPadamSaya dan Mej (U) Nor Ibrahim adalah kawan karib semenjak kami masuki RMC pada tahun 1967 hingga 1969. Sebagai pilot keberanian beliau memang terkenal dan saya amat kagum dengan keberanian dan komitment beliau menjalankan tugas.
Saya juga pemegang anugerah PGB dan saya bersama rakan-rakan SP & PGB telah menubuhkan "Kelab SP & PGB".
Saya telah mengikuti dengan rapat cerita yg Mej Nor tulis mengenai nasib pusara pahlawan negara ini. Kami pemegang SP dan SP amat terasa dan kecewa sekali mengenai pusara yg tidak dijaga ini.
Kami telah mengambil keputusan untuk berbuat sesuatu. Lihat dan perhatikanlah ruang ini dan juga blog saya http://pgbwarrior.blogspot.com/ untuk perkembang lanjut.
Squad,
BalasPadamTerima kasih. Saya terangkat dengan pujian anda. Saya rasa PTD peka dengan perkara sebegini. Malang sekali beliau 'terpaksa' mengetahui cerita ini melalui media massa kerana e-mel yang dihantar sukar untuk membolos 'gate-keepers' yang menyaring kemasukan surat/e-mel. Kemungkinan hanya berita yang 'sedap' didengar sahaja akan diberitahu.