Assalamualaikum,
Sungguh sedih melihat pusara seorang wira negara...Adakah ini penghargaan TDM amnya, RAMD khusus, terhadap arwah Lt M Abdul Hamid SP? Mujurlah ada pasukan 305 RAW!!
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
E-mel kepada Pegawai Daerah Padang Terap...
Pusara Lt M Abdul Hamid Bin Ismail SP
Pusara Lt M Abdul Hamid Bin Ismail SP
Assalamualaikum,
Berhubung perkara di atas, bersama ini di 'copy & paste' coretan saya di http://xnuripilot.blogspot.com untuk perhatian dan kemungkinan tindakan tuan selanjutnya. Saya mencadangkan agar pihak jawatan kuasa Madrasah berkenaan menukar nama bangunan tersebut kepada 'MADRASAH ABDUL HAMID'. Mereka sepatutnya berbangga mempunyai seorang anak watan yang terkorban demi untuk mempertahankan agama dan negara.
Diharap saranan ini mendapat respons yang positif dari tuan. Terima kasih.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Selagi tak cuba...tak tahu. Manalah tahu terbuka hati mereka yang berada di tampuk kuasa untuk membuat sesuatu, InsyaAllah.
5 ulasan:
Ini e-mel yang saya terima (mungkin dari pej PTD)...
From: Khairul Johdi
To: nibsny@yahoo.com
Sent: Tuesday, 14 September 2010 16:04:30
Subject: KUBUR PAHLAWAN TIDAK TERJAGA
ASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKTUH.
TERIMA KASIH DIATAS KEPERIHATINAN PIHAK TUAN TERHADAP KUBUR PEJUANG YANG TIDAK OLEH PIHAK TD.
TETAPI BAGI PIHAK SAYA, SAUDARA JUGA SEHARUSNYA BERTINDAK DAN TIDAK SEMESTINYA PIHAK TD SAHAJA YANG HARUS DIPERSALAHKAN DAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB TERSEBUT0. KITA SAMA SEAGAMA DAN KETURUNAN WAJIB MEMBANTU AGAR KUBUR PARA PEJUANG KITA TIDAK DIABAIKAN.
KENAPA KITA MESTI MENDUDING JARI KEATAS ORANG LAIN, YANG SEPATUTNYA KITA BOLEH MEMBANTU. SELAIN DARIPADA ITU PIHAK TENTERA BERDEKATAN BOLEH DIMAKLUMKAN UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA. INSYALLAH
WALLAHALAM
Ini respons saya...
Re: KUBUR PAHLAWAN TIDAK TERJAGA
From:
nor ibrahim sulaiman
Add to Contacts
To: Khairul Johdi
Cc: Tan Sri Azizan ; PTD ; Dato' Zahid Hamidi
Waalaikumussalam,
Whoever you may be...Saya sungguh hairan mengapa anda terlalu 'defensive'! Sekiranya beginilah sikap pihak tertentu di TDM...Sungguh mengecewakan. Bukankah saya mencadangkan agar unit-unit terdekat melakukan sesuatu sempena menjelang Hari Pahlawan setiap 31 Julai? Saya hanya seorang pesara, bukan Pang5 6Bde yang boleh mengarahkan orangnya ke lokasi berkenaan.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
http://xnuripilot.blogspot.com
Mej, Orang yang berada di tampuk kuasa mana ingat mati.
Maaf kalau terkasar bahasa.
Kita tunggu apa kata PAT yang rasa dia hebat dan bijak lagi bersih.....! ataupun kita nanti bila Zahid Hamidi nak ketok kepala mereka supaya berfikir sedikit!
tetapi e-mail yang saudara terima tu memang mesra dan kuat aroma nya dari tentera... alahai kan dalam tentera ni ramai yang hendak pangkat sahaja tetapi tak mahu bertanggung jawab!!!! biasa lah.... cari makan kat dunia ni.
Saudara Anonymous,
Terima kasih. Saya pasti respons itu dari staf PTD. Ini kerana saya hanya menghantar mereka yang berwajib sahaja. Nak harap Pak Menteri atau PAT? Mari kita ketawa. He...He...He.
Salam tuan,
Pada apa yang saya lihat, semua sama aja, baik Menteri, PAT, PTD sebenarnya tak layan tuan, jadi baiklah kita ketawa aje untuk mereka semua tu. Yang jawab email tuan tu kalau hanya balaci PTD aje dan jawapannya memang KURENG, itu tanda PTD tak ambil peduli tentang apa balaci dia jawab, asalkan jawab. Rasanya PTD pun tak tau yang tuan ada email kat dia, malah saya percaya PTD tak akan jawab begitu KURENG macam si balaci tu jawab. Dan balaci tu tak tunjuk pun jawapan dia pada PTD sebab dia tau PTD bukannya kisah sangat apa orang email kat dia kalau balaci boleh tentukan email mana yang dia tau PTD suka baca dan mana yang PTD tak perlu layan. Jadi dia sendiri sajalah layan. Itu sebab jawapan dia memang KURENG.
Malas saya nak cakap banyak2 tentang perkara ni, cukup kalau saya kata " Negara kita ni semakin maju, tapi orang2 hipokrit pun makin ramai dan makin berani memperbodohkan rakyat yang mengundi mereka".
Saudara FMZam,
Memang benar apa yang anda katakan. Pertama sekali, PTD tak tahu pun kewujudan e-mel tersebut kerana sibut berhari raya di kawasan operasi. Dan mana mungkin beliau menjawab e-mel sebegitu rupa kerana ianya akan mencerminkan 'ketokohan' kepimpinannya (He...He..He). Yang jawab itu mungkin seorang pegawaiberpangkat Lt Kol yang masih perlu bimbingan bagaimana nak berurusan dengan orang awam.
Catat Ulasan