Pembaca...satu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa yang terpahat di minda saya semenjak kecil lagi ialah melihat sang suria ditelan laut di ufuk barat setiap senja tanpa gagal...tiap-tiap hari matahari jatuh dalam laut! Ketika itu saya tinggal di Lumut, awal 50'an. Saya sungguh takjub dengan ciptaanNya ini dan akan pergi ke tepi pantai hanya untuk melihat kejadian aneh ini.
Saya menghubungi En Peter Nunis, mantan Alouette gunner, yang coretannya di sini. Apa lagi kalau tidak minta bantuan beliau: saya memohon sekiranya beliau tidak keberatan untuk mengambil dan menghantar gambar ketika sang suria dibaham laut dan juga gambar Sekolah Kebangsaan Lumut. Sekolah inilah saya bermula alam persekolahan pada 1955. Kebetulan pula beliau tinggal di Manjung.
Hasilnya...
Jam 1910... Jam 1920.... Jam 1925...
Jam 1930... Jam 1933...Ini pula Sekolah Kebangsaan Lumut...
Rumah saya di seberang jalan: 329S Mereweather Road (hanya tinggal tangga batu saja)
Sungguh nostalgik. Peter....Terima kasih.
Mej, perkara yang terlalu jauh bagi kita manusia ia lah masa yang lalu kerana kita tidak akan berupaya untuk kembali kebelakang.
BalasPadamPerjuangan maj, untuk mendapat perakuan dalam beberapa isu dalm blog maj amat lah murni dan teruskan perjuangan itu dan semoga di hari baik bulan yang mulia ini keinsafan akan ada di hati mereka yang berkuasa.
Walau pun "out of sight, out of mind" semua kenangan pasti mengusik jiwa.
Salam eidul fitri.
Salam Tuan!
BalasPadamMemang Indah ciptaan Allah SWT tapi kita saja yang tak mensyukuri segala ciptaan sebegini...Merujuk kpd ceramah Ust Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad ,seorang pendakwah bebas di Utara dlm kuliahnya terkini bertajuk BUEH...menjelaskan ttg Tafsir Surah Ar Raddu...Ayat 15: Sunattullah atau Peraturan Allah dalamana MATAHARI dengan TAAT mematuhi Perintah Allah naik di sblh TIMOR dan turun di Ufuk BARAT...Dalam sebuah Hadis ttg Tanda Besar Kiamat memperincikan Allah akan perintah MATAHARI utk naik disblh BARAT dan turun di UFUK TIMOR ....MATAHARI-satu makhluk yang begitu BESAR/HEBAT masih tertakluk/ikut perintah Allah SWT...kita bagaimana? Tepuk dada tanya Iman? Hanya satu renungan buat semua di awal Syawal 1431...!
Saudara Anonymous & Basri,
BalasPadamTerima kasih. Kebanyakan kita ni 'take thing for granted'. Saya dah e-melkan coretan tentang pusara tu kepada PM & mereka yang berwajib. Manalah tahu terlepas dari saringan 'gate-keepers' dan tergerak hati mereka untuk membuat sesuatu, wallahualam. Selagi tak cuba ...tak tahu!
Sungguh pilu dan syahdu.. Teringat saya ketika tinggal dan dibesarkan di LUMUT dulu antara tahun 66-71. Telah banyak berubah dah sekarang. Di padang Sek. Kebangsaan itu la tempat saya bermain bola sepak dengan rakanx berek polis yg berada di atas bukit sebelah kiri. Bukit yg dibelakang sekolah itu ialah Bukit Bungsu tempat kami bermain dan mendaki serta mencari kayu apa utk emak memasak. Maklumlah ketika itu dapur minyak pun susah nk dapat. Sedih dan sentimental jugak...LUMUT..
BalasPadamSaudara telokperang,
BalasPadamSaya bersekolah di SK Lumut dari darjah 1 hingga 6. Ramai kawan saya tinggal di quaters polis di belakang rumah saya. Salah seorang kawan sedarjah ialah Murad, anak kepada anggota PDRM. Di penghujung Jalan Mereweather ini ialah rumah Pak Hussin, bapa kepada Dato' Talaat. Anda kenal beliau?