Pages

Jumaat, 11 Februari 2011

"Alamo" Malaysia

Saya tertarik dengan komen 'Arunzab' di sini. Jadi, buatlah sedikit homework tentang kisah Bukit Kepong. Apabila membaca coretan ini, jawabnya saya pun menghantar e-mel kepada 'Forum' Utusan Malaysia pada 3 Februari 2011. Ingatkan dah tak disiarkan setelah menunggu... terus menunggu. Tiba-tiba pada 10 Februari tersiarlah surat tersebut....Syukur Alhamdulillah. 


Saya terima e-mel Puan Sulasteri daripada Arkib Negara yang menyatakan kebetulan ANM akan menyiarkan insiden Bukit Kepong dalam program 'Hari Ini Dalam Sejarah' pada 23 Februari nanti. Petikan e-mel beliau '...Harap tuan sudi menontonnya di TV 1, RTM, waktu siaran seperti biasa selepas Berita Perdana jam 9.00mlm dan Berita akhir. Sementara pula di Radio RTM, Klasik Nasional selepas berita jam 7.00pg, 11.00 pg dan 5.00ptg'.

Saya juga turut menerima e-mel daripada cucu arwah Sjn Jamil yang bertanyakan laman sesawang berkaitan cerita 'tok' beliau.

Harapan saya agar pihak berwajib memikirkan apa yang wajar dilakukan bagi mengiktiraf kategori 'wira'  yang sanggup berkorbankan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara walaupun bukan mengharumkannya....Wallahualam!
  
Dato' Zaini Hassan...Terima kasih.
Nota: Internet di kawasan perumahan saya mengalami kerosakan cable semenjak malam 9 Feb. Baru saja dipulihkan.

4 ulasan:

  1. Salam Tuan..
    Saya pun sama mcm saudara Jibeng..
    hanya Bukit Kepong yg benar2 memremangkan bulu tengkuk saya bila menontonnya..
    Diharap pihak berkuasa memberikan sesuatu sesuai dengan semangat kepahlawan yg ditunjukkan mereka.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Saudara Semua,

    Saya berdoa agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya. Ini sajalah yang termampu saya lakukan.

    BalasPadam
  3. salam tuanx semua..

    It is very sad to think tht those guys died fighting for our country..they gave their lives so that we all can live in peace but our government did nothing to appreciate them..


    Khaidir

    BalasPadam
  4. Dear Lt Khaidir,

    Very sad indeed! Might as well become a footballer...RM50K each for winning Suzuki Cup.

    BalasPadam