Pages

Jumaat, 27 Mei 2011

Peluang Keemasan

Masih lagi tentang Mejar Sawaluddin Bin Lamin yang saya coretkan di siniWalaupun beliau tidak meminta sebarang 'pertolongan', saya rasa saya perlu membuat sesuatu bagi membantu beliau. Ini masa beliau memerlukan bantuan...Apa guna kawan sekiranya tidak sedia membantu ketika berada dalam kesusahan!

Mana boleh saya duduk diam saja. Saya telah e-melkan coretan tersebut kepada pihak berwajib di KEMENTAH, diikuti dengan e-mel kepada KP JHEV. Jeng....Jeng....Jeng.....Ini respons KP pada 23 Mei....
'......Ybhg Tuan, tanx for the info. I'll get my staff to contact Mej Sawaludin soonest possible. If you can just tell me where he lives now, I can direct my nearest Pgh Jhev negeri to follow up on him. 
Salam, Zul' 

Saya sudah pun memberi maklumat yang beliau pinta.

25 Mei....Saya telah dijemput oleh TV3 untuk program 'Malaysia Hari Ini'; slot saya jam 0815. Tentu para pembaca dah dapat agak mengapa mejar pencen ini tut...tut jadi popular....tak lain tak bukan pasal "Coretan Xnuripilot". Jeng...Jeng....Jeng....PTU juga turut diundang sempena Hari Ulang Tahun ke 52 TUDM pada 1 Jun ini; slot beliau jam 0800. Sungguh tak disangka dan hanya satu kebetulan!

Dari kiri: Kol Termizi (KESEK), Mej Kamarul (PRO MTU), PTU, saya di Bilik Menunggu di TV3

Memang betul jangkaan anda semua! Sementara menunggu, saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengesyorkan kepada PTU agar TUDM 'jengok-jengok' le mantan warga TUDM yang uzur ini. Beliau telah mengarahkan KESEK untuk mengambil 'tindakan sewajar'nya. Buat permulaan....Menziarah Mej Sawaluddin. Saya telah memberi # telefon dan alamat rumah beliau kepada KESEK.

Inilah yang termampu saya lakukan....Sekurang-kurangnya saya telah berusaha dan terus berusaha....Hanya Allah yang menentukan semuanya!!! Saya berdoa agar pihak berwajib akan mengambil tindakan positif bagi mengurangkan 'bebanan' yang ditanggung oleh sahabat saya itu; paling tidak pun membantu beliau mendapatkan laporan pakar E&T bagi membolehkan beliau di'medical board'kan. Sekiranya berjaya, beliau layak menerima pencen...itu yang saya difahamkan.

Selain isu Mej Sawaluddin, saya juga telah mencadangkan agar Muzium TUDM mempamerkan Cannon 20mm yang digunakan oleh Alouette 111 Gunship. Cannon tu pun telah dilucutkan tauliahnya dan apalah salahnya ia ditontonkan kepada pengunjung-pengunjung muzium. Dan, mengapa tidak mempamerkan juga 'Strecer Salleh'. Saya telah memberitahu beliau asal-usul strecer dan bagaimana ia mendapat nama tersebut. Sehingga kini, nama 'Salleh' masih kekal digunakan tetapi sayang seribu kali sayang....tiada siapa pun yang berminat untuk mengabadikannya. Kita sepatutnya berbangga dengan heritage kita!!!

Respons PTU agak positif juga apabila beliau menyatakan lebih baik menjemput WO1 Salehuddin (B) datang ke muzium jika ada sesuatu perasmian nanti. Ini yang saya mahu dengar....Satu pengiktirafan kepada mereka yang berinovatif walaupun telah lama meninggalkan perkhidmatan! 
'Proto type' dibuat di bengkel TUDM Kuantan

PTU & KP JHEV.....Terima kasih di atas keprihatinan Tan Sri & Dato'.

Nota: RTM1 turut menjemput saya tapi masalahnya pada hari dan waktu yang sama. Justeru, terpaksa ditolak. 

14 ulasan:

  1. Mej...
    Alahai! PTU dan TUDM.
    Bolih caya ke tu?

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Mej
    Tahniah 'masuk TV'! Rugi tak lihat. Saya pun lama 'berehat' dari alam maya ni. InsyaAllah dah balik. Sehari dua ni nak urus dapatkan buku Mej tu. Conratulations again. Have a nice weekend!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tuan atas usaha tuan selama ini..Semoga Allah memberkati usaha tuan dalam memperjuangkan nasib ex-service .

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Mejar
    Tahniah di atas kelahiran buku X Nuri Pilot dan Tahniah juga kerana muncul di TV3.
    Sekurang - kurangnya buku Mejar tersebut dapat dijadikan iktibar dan panduan untuk generasi seterusnya.
    Saya pun nak usaha dapatkan buku Mejar tersebut. Rupa2nya tak ada dijual dikedai buku biasa.
    Anyway..... Selamat maju Jaya.
    Wassalam

    BalasPadam
  5. Kalau saya pergi Seremban saya akan ikut Felda Sendayan, takde apa apa yang menarik kat kawasan ini , hanya kelapa sawit jer yang banyak tetapi malam tadi PM mengumumkan Sempang (SG. Besi) Air Base akan berpindah ke Sendayan...Sendayan nie kalau ikut jalan shot cut hanya 15 mins dari KLIA.....seronoklah saya lepas nie tengok heli dan acft TUDM berlegar ,ini dah lama asyik tengok commercial acft jer...

    BalasPadam
  6. Saudara Anonymous,

    Saya berharap pihak terbabit akan mengotakan janjinya, Insya-Allah. Saya hanya boleh berusaha...Allah menentukannya.

    Saudara Katon Tin Ton,

    Terima kasih. Saya akan cuba mendapatkan satu salinan nanti.

    Waalaikumussalam Cikgu,

    Terima kasih. Bagaimana Mekah ketika membuat umrah baru-baru ini?

    Saudara Shafik,

    Terima kasih. A friend in need is a friend indeed! Masa kita tak tahu lagi. Tak rugi pun membantu rakan-taulan.

    Saudara Zulkhairi,

    Terima kasih. Diharap begitu le. Dilupa jangan pengorbanan mereka yang terdahulu.

    Saudara Anonymous,

    Pangkalan TUDM Kuala Lumpur atau 'Sempang' akan kekal dalam program "Hari Ini Dalam Sejarah" terbitan Arkib Negara!!!

    BalasPadam
  7. Salam Semua,

    Mari kita sambut HUT TUDM yang ke 52 pada 01 Jun 2011 nanti di Pangkalan Udara Butterworth.

    Lepas ni pula jangan lupa kita pergi ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan Istiadat Mengarak Panji-Panji Agong.

    Bukannya apa, kedua-dua event the Mighty NURI will leading all the helicopter flypast.....

    Best Regards,
    JeffNSP@hotmail.com

    BalasPadam
  8. Tuan ada dijemput ke Pengkalan Udara Butterworh kelmarin??
    Kalau ada gambar yang menarik boleh dikongsi bersama.

    BalasPadam
  9. salam tuan,

    saya masih ingat lagi pada tahun 1980an,salah sebuah pesawat A4-skyhawk dari Kuantan ke Labuan terhempas di laut Cina Selatan. Kalau tak silap saya, arwah juruterbang bernama Lt Wahi Anuar dan mayatnya tidak dijumpai sehingga sekarang.bolehkah tuan ceritakan serba sedikit sekiranya tuan mengetahui kejadian tersebut.

    BalasPadam
  10. Saudara Anonymous,

    Saya tidak dijemput. Semenjak bersara, saya tidak pernah dijemput untuk apa-apa upacara TUDM walau pun rumah saya hanya 5 km dari KTU. Tak apalah...kehadiran kami (bukan berstatus jeneral) tidak diperlukan. Out of sight...out of mind!! Walau apa pun, saya tetap berbangga yang saya adalah xanggota TUDM.

    Saudara Hafiz,

    Maaf saya tidak boleh menceritakan kisah ini kerana tidak 'privy' kepada laporan lembaga penyiasatan. Mungkin ada pilots yang mengetahui cerita ini sedia berkongsi dengan kita semua...dipersilakan.

    BalasPadam
  11. Salam..sy masih igt kejadian skyhawk terhempas di laut china selatan yg menyebabkan pilotnya (Lt Wahi Anuar) hilang sehingga sekarang..kejadian itu berlaku pd thn 1988..mengikut cerita dr bapa saudara sy yg merupakan anggota handau yg ikut operasi SAR bg mengesan dan menyelamat pilot malang tu pd awal pg kejadian (dlm kul 4 pg kalau tak salah) 4 x skyhawk telah berlepas dr kuantan menuju ke labuan..walau bagaimanapun 2 drpd pesawat skyhawk tersebut developed masalah teknikal dan terpaksa return to base meninggalkan 2 x skyhawk yg diterbangkan oleh Lt Wahi dan sorang pilot lain..semasa meneruskan penerbangan ke labuan itulah pesawat skyhawk Lt Wahi secara tiba2 hilang dan dipercayai terhempas ke dlm laut..sama ada benar atau tidak cerita ini sy tak pasti tp itulah yg diceritakan oleh bapa saudara sy..

    Khaidir

    BalasPadam
  12. Salam Tuan,
    Kalau mengikut dari blog tuan, Tuan ditauliahkan ke Rejimen Meriam (kini RAD). Berapa lama tuan berkhidmat di Rejimen tersebut??

    BalasPadam
  13. Saudara Anonymous,

    Saya dalam 3 Meriam mulai 20/5/69 hingga 29/9/70. Dalam masa sesingkat itu, pernah ke Kuching, Tawau, Kota Belud, Kebun Jati (Perlis) & Batu Melintang. Kecewa sekali, satu butir peluru pun tak tembak.

    BalasPadam