Mejar Sawaluddin Lamin sudah lama saya kenali semenjak beliau menjalani latihan kadet Tauliah Jangka Pendek Intake 14 di MTD. Kami ditauliahkan pada hari yang sama...14 April 1969. Kali terakhir saya berjumpa beliau sebelum 15 Mei 2011 ialah pada Januari 1982 ketika mengambil alih jawatan Ketua No 5 skuadron, TUDM Labuan, daripada beliau.
Beliau ditauliahkan sebagai seorang pegawai muda di 7 RAMD yang ketika itu berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Lt Sawaluddin (tengah) di Pengkalan Chepa pada 1972
Kami berdua telah berlepas dari 7 RAMD, Miri, untuk mengikuti kursus penerbangan....
Lt Sawaluddin (5 dari kiri) dan Lt Ismail Malek (7 dari kiri) ketika kami mengikuti kursus penerbangan di SEA Helicopter, TUDM Kuala Lumpur pada 1973
Pada 12 November 1977, beliau telah membuat 'emergency landing' di Pulau Langkawi semasa membawa KSN.....
Keadaan Alouette 111 akibat hentakan di atas batu-batu
Kesan kemalangan tersebut setelah beberapa tahun kemudian.....
Dari kiri: Saya, Mejar Sawaluddin, Mej Ismail Malek di rumah Mej Sawaluddin pada 15 Mei 2011
Akibatnya, kesihatan beliau banyak terganggu. Beliau sekarang tidak terdaya untuk berkerja. Keadaan lebih mendukacitakan lagi kerana isteri beliau juga tidak begitu sihat. Jangan salah anggap ya....beliau tidak menagih simpati. Beliau menyara kehidupan harian secara ala kadar dengan simpanan yang setiap hari terus menguncup! Tapi, tanpa sebarang pendapatan, berapa lamakah ia boleh bertahan...Alangkan bukit jika setiap hari di'jentolakkan' akan menjadi rata, malah akan menjadi lubang!!!!
Sebagai golongan yang prihatin terhadap rakan seperjuangan, jengok-jengoklah kawan kita itu di No 11, AU 2/18. Janganlah kita tergolong dalam kumpulan sepertimana dalam lirik lagu 'Resam Dunia' nyanyian J. Sham.....
"Teman Ketawa Senang Dapat
Teman Menangis Sukar Dicari"
Saya bersyukur kerana masih ada segelintir rakan yang kerap melawat beliau dan turut menyumbang bagi meringankan bebanan Mejar Sawaluddin Bin Lamin TUDM.
3 ulasan:
Salam Tuan.. seringkali terbaca dan menonton di TV berkenaan bekas veteran yang terpinggir.
sedih dan pilu bila mendengar kisah keperitan hidup veteren veteren ini.
kenapa nasib mereka tidak terbela?? sedangkan satu ketika dahulu mereka lah yang mengorbankan masa muda mereka untuk masuk berkhidmat menjaga keselamatan negara.Tetapi bila sudah bersara dari perkhidmatan kebanyakan dari mereka ini terbiar tanpa perbelaan yg sewajarnya.
sudah sampai masa dan ketikanya pihak berkenaan memcari 1 jalan penyelesaian utk selesaikan nasib vateren2 ini.
ketepikan lah setimen politik kerana mereka ini adalah wira yang tidak didendang
Saudara senapangpatah,
Terima kasih. Pagi tadi saya telah menghantar e-mel kepada KP JHEV memohon jasa baik beliau bagaimana Veteran boleh membantu Mej Sawaluddin. Harap-harap beliau membuat sesuatu bagi meringankan beban Sawaluddin.
Ini saja yang termampu saya lakukan kepada sahabat saya ini.
Hi, Mejar Nor.
I first met Sawal in Miri in 1972/73 when I was a young MNI staff in Miri. In mid 1973, I was transferred to Kuching and I bumped into Sawal at Aurora Hotel. Every now and then we would get together and became very close friends. I left Kuching for KK for a new job and we lost contact.
In 1981, I got in touch with Sawal when he was a squadron leader in Labuan. I left for England to read law in 1984 and in 1988 while doing my bar exam in MU, I managed to contact Sawal through the phone directory but could not meet up because I was too busy with my course.
Last month, while I was baring2 suffering from dengue at home in Bintulu, I was trying to locate old friends and Sawal came to my mind. Through your blog, I managed to get his number.... we had a long chat.
Today, I am in KL and I spent an entire afternoon with Sawal reminiscing good old days. Thank God Sawal looked better than his photo here in 2011. Speech and memory-wise, he is very normal and I am very confident he will recover.... nevermind 100%, 70% pun dah cukup.
I come to KL often and I will try my best to catch up with this good old friend. What a small world, partner lawyer yang dia pakai untuk kes dia sekarang was my junior in law school! When I called the lawyer while having lunch with Sawal, we were all laughing. Old mates of his I hope will find time to give our dear friend company.
Thank you, Mejar Nor. Your blog contains many useful and interesting stories.
God bless.
Catat Ulasan