Pages

Rabu, 31 Ogos 2011

Apakah Rasionalnya?

Saya masih menggaru kepala untuk mencari jawapan....Apakah rasional pihak Pos Laju  memulangkan (return to sender) kiriman saya ke Labuan?

23 Ogos...Saya telah menghantar 6 naskah buku yang dipesan oleh pegawai No 5 Skn, Pangkalan Udara Labuan. Walaupun beliau mengkreditkan RM270 (termasuk RM30.00 untuk kos penghantaran), bagi menjimatkan kos, saya telah menggunakan sampul surat Pos Xpres berharga RM7.00 untuk 1kg. Besar sampul surat ini boleh mengisi 2 buku. Ini bermakna hanya memerlukan 3 sampul surat dengan kos RM21.00: baki RM9.00 dikembalikan bersama dengan buku tersebut.

27 Ogos...Saya dimaklumkan bahawa hantaran saya telah dikembalikan dan boleh diambil di Pusat Pos Laju, Jitra (PPLJ). Alasannya '...KERANA TIDAK MEMATUHI PERATURAN PENGEPOSAN POS EKSPRES'. Saya yakin bukan melebihi had berat kerana staf PPLJ sendiri telah menimbang di depan saya setiap satu sampul surat tersebut. Untuk makluman, syarat yang dimaktub pada sampul surat itu ialah 'SURAT DAN DOKUMEN SAHAJA'. Saya anggap buku saya sebagai dokumen juga kerana ia tidak melebihi 1 kg, saiz: 340 mm x 250 mm dan tebal 25 mm. Apakah yang maksudkan dokumen seberat dan bersaiz yang tercatat pada sampul surat, malah buku saya lebih kecil, tidak tebal dan tidak melebihi berat yang dihadkan? 

Apa yang saya tak faham ialah ....ITEM DIKEMBALIKAN 'From: Pusat Poslaju Labuan'. Buku-buku tersebut telah pun berada di Labuan!!! Kalau tidak diterima penghantaran di 'posting point', iaitu Jitra atau pun di KL semasa nak masukkan ke dalam pesawat, masuk akal jugalah. Tapi ni dah sampai ke destinasi. Eh...Eh...Eh...Mana le logiknya. 

27 Ogos...Bagi mengatasi masalah ini, saya pun hantar semula dalam 6 sampul surat berharga RM4.50 setiap satu. Saya tak boleh ramalkan apa tindakan Pejabat Pos Labuan apabila menerimanya nanti. 

29 Ogos jam 1230....Saya telah menghubungi Pos Laju di 1 300 300 300 untuk mengetahui status penghantaran. Alangkah terkejutnya  apabila dimaklumkan yang Labuan dalam proses menghantar kembali ke-enam-enam kiriman tersebut. Untuk maklumat lanjut, saya disyorkan untuk menghubungi Pejabat Pos Labuan. Nasib baik saya menelifon Labuan kerana mereka sedang dalam proses penghantaran 'return to sender' buku-buku tersebut kerana ketebalan sampul surat melebihi had yang dibenarkan - 10mm. Oh no...not again!! Saya sempat memintas proses ini. Tak malu saya katakan yang saya terpaksa merayu agar mereka menyerahkan kepada penerima memandangkan keesokan hari, 30 Ogos,  kaum Muslim akan menyambut  Hari Raya Aidilfitri. Mungkin kesian dengan rayuan saya, beliau menyatakan akan 'lepaskan kali ini sahaja' atas budibicara apabila menerima lampu hijau daripada Pengurusnya.

Seterusnya, saya telah menghubungi No 5 Skn dan memohon kepada AQM yang bertugas (standby) untuk mengambil buku-buku tersebut di Pejabat Pos. Akhirnya, buku-buku itu selamat tiba di destinasinya.   

Betul-betul saya tak faham mengapa Labuan 'rigidly abides by the book'...langsung tiada 'flexibility'! Sebelum ini, saya telah menghantar 4 naskah buku ke Labuan dengan mengguna sampul surat RM4.50 tanpa menghadapi sebarang masalah. Saya telah mengguna sampul surat RM4.50 ini untuk mengepos lebih kurang 400 naskah: sampul surat RM7.00 lebih kurang 5 kali. Tempat lain perkara ini tidak timbul. Di masa hadapan, sekiranya ada pesanan dari Labuan, saya akan pos mengguna mel biasa sajalah nampak gayanya bagi mengelakkan ding-dong ding-dong seperti ini.

Catatan: Untuk makluman, Pos Malaysia menyediakan 2 perkhidmatan kurier - Pos Laju & Pos Ekspres. Pos Laju memerlukan pengirim mengisi borang sama ada di pejabat pos atau kedai Pos Laju. Penerima dikehendaki menandatangani penerimaan. Pos Ekpres hanya untuk 'dokumen' sahaja dengan membeli sampul surat berbagai saiz daripada pejabat pos, kedai Pos Laju atau ejen-ejen yang dilantik. Ia boleh dipos melalui peti surat berwarna kuning. Penerima tidak perlu mengesah penerimaan. 

Apa komen pihak Pos Laju?

Ahad, 28 Ogos 2011

Siapa Hero?

I'M SPEECHLESS....SEHINGGA TAK TERKATA! BETUL KE APA YANG DIKATAKAN OLEH  POLITIKUS INI?
Jawabnya....terpaksa dengarlah rakaman ceramah yang dimaksudkan di sini. Memang benar laporan akhbar tersebut. Macam mana dia boleh kata begitu? Jangan salah anggap ya. Dari mula lagi saya dah kata blog saya ini 'apolotical' tapi dalam isu ini tak ada kena mengena dengan politik. Pendirian saya tentang PKM sudah saya utarakan di sini dan dalam 'Pendahuluan' buku Coretan Xnuripilot. Kerana tidak dapat menerima Chin Peng dan konco-konconyalah mendorong saya mewujudkan blog ini. 

Sungguh mengecewakan!!  Memang PKM dibawah pimpinan Chin Peng menentang penjajah Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan tapi kita mesti ingat apa objektif utama beliau.....UNTUK MEWUJUDKAN NEGARA 'DEMOCRATIC REPUBLIC OF MALAYA'. (Klik untuk membaca).
Petikan buku 'alias CHIN PENG - MY SIDE OF HISTORY'

Ambil petikan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sepertimana yang dilaporkan dalam New Sunday Times pada 28 Ogos '....He asked if Mohamad was aware that the communists in Malaya were part of a world movement and never had any intention to make Malaya an independent state but part of a communist order with no boundaries between nations'. 

Dalam laporan yang sama, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Yusof Hashim pula berkata '....whether the policemen had been working for the British or anybody else was immaterial as the important point was that they had defended the nation against communism and, therefore, should be regarded as heroes. Mohamad Sabu's views may not be wrong from the communists' point of view but, as a historian, my view is that the ones who fell defending Bukit Kepong are the heroes, not the communists'.

Hai...Kan kot fakta yang terlalu asas ini pun tak tahu!

Saya setuju bebeno dengan apa yang ditulis oleh Shamsul Akmar (...SUNDAY NOTES) dalam akhbar yang sama '....how can a company of 200 CPM members attacking a police station and barracks defended by less than one tenth of the attackers be heroic? Furthermore, if those killed included women and children (some burnt to death), what is so heroic of the CPM bandits who attacked Bukit Kepong? By any count, it is the 20 odd policemen and their families who defended the station from the time the attack started at 5am until they were murdered to the ground. So who are the heroes?'

Bolehkah kita anggap jumlah besar mengalahkan jumlah kecil termasuk perempuan & kanak-kanak  - 200+ vs 25+ - sebagai hero?

 Saya percaya majoriti mereka yang merasa kekejaman pengganas komunis atau waris-waris mereka, sudah pasti terlalu kecewa dengan apa yang diperkatakan oleh politikus tersebut. Memang isitilah 'kecewa' ini begitu 'mild'. Inilah luahan perasaan saya!! 

Jumaat, 26 Ogos 2011

Glamor Beb

Eh...Eh...Eh....Glamor bebeno sekarang ni. Mana tidaknya, daripada seorang mejar pencen yang 'obscure', sekarang ni dah masuk tv dan akhbar. Sendiri masuk bakul, Utusan tolong angkat...He...He...He.

Apa yang saya banggakan? Ha...Sekarang ini sekurang-kurangnya pembaca akhbar Utusan Malaysia sudah tahu apakah 'Anugerah Perkasa'....Bukannya hanya terhad kepada SP & PGB sahaja!! Saya ada menghantar sms kepada seorang penerbit program tv mencadangkan agar beliau membuat dokumentari tentang 'PTU'. Respons beliau....'Wat is ptu?'.

Saya sama sekali tidak lupa penerima KPK. Ini terbukti dengan luahan saya dalam rencana tersebut. Saya tidak tahu di mana silapnya sehingga KPK tidak dipertimbangkan. Saranan saya agar ada penerima anugerah tersebut, terutama mereka yang berpengaruh dan jujur untuk membantu penerima-penerima yang kurang berkemampuan dari aspek kewangan, mengambil alih 'baton' daripada saya untuk meneruskan perjuangan ini. Saya telah menghubungi 3 organisasi - PBTM, PBPM & RAFOC - agar membawa isu ini ke pihak berwajib. (PBPM=Persatuan Bekas Polis Malaysia & saya telah menghantar senarai penuh penerima KPK kepada Yang DiPertuanya). Why not unite to fight for a common cause that will benefit all the members. After all, unity is strength!! Put aside, quote '...not to steal the thunder' (petikan 'x2 bintang' apabila saya menyarankan agar beliau  turut membawa usul ini dalam forum organisasinya).

Dan, saya percaya rakyat sekarang mulai sedar terhadap peranan TUDM menentang pengganas komunis di era insurgensi. Saya telah dijemput 2 kali oleh Kedah FM ke studio RTM Kedah untuk ditemubual. Pertama kali sempena Hari Pahlawan dan kedua menjelang Hari Kemerdekaan. Sudah pasti saya menekankan peranan TUDM. Inilah sumbangan saya bagi mengangkatkan lagi imej satu agensi kerajaan yang pernah saya berkhidmat dulu....My Way.

 Di studio RTM Kedah pada 31 Julai 2011, jam 1900

Pada 7 Ogos pula, anggota 'Klasik Nasional' pula telah datang ke teratak saya untuk membuat rakaman...apa lagi kalau tak bukan program 'Di ambang Merdeka'. Bila dan sama ada disiarkan...Wallahualam.

Bersama staf Klasik Nasional & RTM Kedah

Saya juga turut menerima undangan daripada penerbit Radio Fxxx untuk ditemubual pada 23 Ogos bagi program di ambang merdeka juga. Tetapi saya menolaknya kerana malas nak ke Angkasapuri. Apa yang dipinta ialah agar penerbit mempromosikan buku saya. Untuk itu, beliau menghantar sms ini '...btw i can giv a slot to u...can u come to angkasapuri? i can arrange for next month...is it ok w u?'. Terima kasih tetapi sekali lagi saya menolak jemputan tersebut. Peluang dah diberi tapi menolaknya....Memang tak reti cari makan!

Dato' Zaini Hassan ('Cuit' UM), wartawan Mohd Shariza (UM Kedah), Klasik Nasional, RTM Kedah, Radio Fxxx & PR MTU....Terima kasih.

Rabu, 24 Ogos 2011

Insiden 8 Februari 1977


14 Ogos 2011....Saya terima e-mel daripada Saudara Ahmad Shihan bin Shaharuddin, anak kepada arwah Lt (U) Shaharuddin. Beliau bertanya tentang '....my late father's crash in any website... Do you mind to share? I am working now as senior engineer, banned by my mother from involving in any airborne related job he he he ...'.

Lt (U) Shaharuddin, juruterbang helikopter Alouette 111 dari No 3 Skn, TUDM Butterworth, telah terkorban dalam satu kemalangan di atas  gunung berhampiran Pos Chabai pada 8 Februari 1977. Arwah telah membuat penerbangan 'Flying Doctor Service' untuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Ketika dalam penerbangan balik ke Ipoh, beliau terperangkap dalam cuaca buruk dan nahas tersebut berlaku di lereng gunung ketinggian lebih kurang 4-5 ribu kaki, berhampiran dengan Pos Chabai. Daripada 5 orang yang berada dalam pesawat, dua orang asli telah terselamat dan telah berjalan turun dari kawasan kemalangan ke Pos Chabai.
(Keratan akhbar The New Straits Times bertajuk 'Wreckage Found' ini bertarikh 12 Februari 1977, Sabtu, halaman 18. Helikopter Alouette III TUDM ini jatuh terhempas pada hari Selasa 8 Februari 1977.  Ihsan Kapten Dr Ahmad Damanhuri).

Saya seterusnya telah menghubungi 2 orang kapten pesawat Nuri yang terlibat dalam operasi M&M, iaitu Lt (U) Ismail Yahya (bersara Lt Kol) dan Lt (U) Sharif 'Uban'. Operasi M&M berpusat di Pos Chabai.

Lokasi Pos Chabai (Ihsan jang_riusgnal) 

Pos Chabai terletak dalam Lembah Dakoh  dengan gunung mencecah melebihi 5ooo kaki di kiri dan kanan. Untuk ke Ipoh, terbang melintasi gunung di sebelah kanan. Gambar ini jauh bezanya....

...dengan apa yang ada di era saya dulu!(Ihsan http://askari_mb.tripod.com/fort_chabai.htm) 

Operasi M&M melibatkan beberapa buah pesawat Nuri daripada No 10 Skn dan Alouette daripada No 3 Skn. Ikuti cerita Lt (U) Sharif yang menghantarkan cerita beliau melalui sms....


It's at the Dakoh valley beside Fort Chabai where the crash occured if I can remember correctly now. Lt Shaharuddin was carrying out flying doc service  and was crossing the Dakoh gap when he was caught up with bad weather which can cloud  cover the area very very fast if you are not quick enough to cater for it's change. Many a time during my Alouette days that scared the shit out of me too! Rather than getting caught and killed by extreme weather, it's better to land somewhere to play it safe. But then the CTs were also around to pick a shot at you too!!!!Catch 22?

It took us about a week to recover the bodies but because of the high altitude, the bodies were still in good order when we managed to bring them out. The badly damaged Alouette helicopter was left at crash site cos. to recover it was too dangerous. Don't think the Engineers were sent back to blow the chopper up. We knew the whereabouts of the crash area but could not reach it due to cloud covered plus heavy rain and strong wind! Even after the 2 x crash victims reached Fort Chabai, we had trouble to reach the crash site until the weather window opened up. Rescue team members were winched down and I was together with the team. In fact, the crashed chopper almost made it across but crashed against the trees at the mountain edge before the drop into the valley to Fort Chabai. Must be the weather plus clouds that closed up the escape path, which many of us had passed during better days. The strong wind plus turbulence could also be another factor that late Shah got caught with then there. The bodies were winched up by the Nuri helicopter  piloted by Ismail Gayong, if am not mistaken. (Yes, it was winched by  Lt (U) Ismail with 2Lt Ajir Juman as co-pilot and Sgt Lee the AQM). From Fort Chabai, Shah's body was flown back to RMAF Butterworth. His body had stiffened on the pilot seat in a sitting position. I remenber lifting him out from that position and how strong was his physique!

I flew the others back to Ipoh by climbing to 9000ft in IMC condition, homing  on radio Malaysia station using the ADF and carried out an instrument approach to Ipoh airport late in the evening in bad weather too. I could just imagine how Shah had to fly in such weather then. My sqn commander was on board my chopper and he was pretty worried when I took off from Fort Chabai and climbed up to the height...I told him that was my standard procedure for bad weather flight, ie,  climb to safety altitude, trust the instrument and IFR along the route! Unfortunately, the Nuri helicopter in the RMAF were not fully instrumented for IFR flights since it did not have the back up instruments.

The other thing I will remember is that he was much more darker in complexion than me, wh0 is also a dark fellow! We used to call him Shaharuddin Pak Hitam and me as Shariff Uban cos of my gray hair! He was a great strong and friendly guy!


Those were the days and some of us got away lucky with such flying conditions! Please tell his son that his father was a great guy but it could have happened to any of us then cos that the technic and standard protocol to operate in the Malaysian  jungle area. Nil GPS or Nav equipment except for our mark two eye balls to fly around and with the bad weather condition. It has not changed very much too even to these days, if I am not mistaken. The RMAF still need better instrumentation  for their helicopters lah! They should be further upgraded to ATPL standard from what I can recommend....Al-Fatihah'.


Memang benar apa yang dikatakan oleh Sharif Uban. Cuaca di kawasan pedalaman sungguh tidak boleh diramal. Ketika membuat 'Bamboo Express' yang turut meliputi Pos Chabai, saya tentukan keluar dari kawasan pedalaman sebelum jam 1600 kerana selepas itu pasti akan menghadapi masalah ketidaktentuan cuaca....notoriously unpredictable!! 


Saya memberitahu saudara Ahmad Shihan bahawa saya telah menerbangkan sebuah Nuri ke Kota Baru pada 24 September 1978 membawa rombongan untuk menziarah keluarga arwah. Pada tarikh tersebut, saya telah membawa Kol (U) Fauzi, Pegawai Memerintah TUDM Butterworth, dan rombangan untuk menziarah keluarga arwah Lt (U) Shaharuddin. Turut menumpang ialah Dato' Zaman Khan yang ketika menjawat CPO Pulau Pinang. Saya ingat lagi mendarat di 'LP' yang merupakan sawah padi yang kering kontang tapi nama tempatnya dah lupa pun. 'Marker' pula dibuat dari cadar berwarna putih. Lepas menurunkan CPO, kami meneruskan penerbangan ke Kota Baru.

Saya mencadangkan agar Ahmad Shihan menulis kisah beliau yang dibesarkan  oleh ibunya setelah pemergian bapa. Ini respons beliau....

'I am not good in writing, may be i should start one sooner or later. Yes it was hard for both of us. I build my strength despite the lost of my father, off course with love, doa and support from my mother. Kelantan was the best place for us. I grew in Kelantan until form 4 where I went to MRSM Taiping, later UKM, and now working in Petronas, before this at several companies. 
My mom still in Kelantan live in the same house, she is enjoying her retirement, sometimes her friends came from all over the country visiting Kota Bharu.  

I am thinking to scan some photo from my old family album so that I could upload it in the net and share with all of my father's friends. 

I still have the photo of your visit on 24th Sep 1978. 

Sometimes when I see the newspaper regarding airplane crash, it reminds me about what exactly happened to me, I hope I could contact those poor kids and hope I could ease their pain. But then at that time no FB, Blog etc. Now i dont know where to start...

Anyway nice knowing you, hope we could starts to communicate. May be if someday you guys (x-RMAF pilots) plan to have a gathering, may be you could invite me as well.'

Saya meminta sekira beliau tidak keberatan menghantar gambar keluarga ibu-bapa dan juga lawatan kami yang beliau masih simpan. Sekiranya dihantar nanti, saya akan masukkan dalam coretan ini.


Dedikasi kepada mereka yang terlibat dalam operasai M&M dan mereka yang terkorban....
Arwah Lt (U) Shaharuddin Bin Ishak...Al-Fatihah
Mendiang Dr Tan Lip Tiong
Mendiang Alang Pedik
dan yang terselamat....
Saudara Along Sinar
Saudara Aboi Anjang 

Lt Kol Ismail, Kapt Shariff & Saudara Ahmad Shihan...Terima kasih.

Isnin, 22 Ogos 2011

Kebajikan Ala Australia?

Ada sesiapa yang terbaca laporan Utusan Malaysia pada 19 Ogos 2011 berikut?

Saya mengaku memang jahil tentang '...model pengurusan kebajikan yang diamalkan oleh Australia terhadap anggota tentera negara itu yang dikatakan terbaik di dunia'. Adakah model kebajikan ini hanya terhad kepada mereka yang masih berkhidmat atau pun termasuk para pesara? 

Sesiapa yang arif dengan model berkenaan, harap sudilah menjelaskan kepada saya dan sesiapa yang berminat tentang kelebihan skim Aussie sehingga gomen menghantar rombongan ke negara 'Down Under' '....bagi melihat dan mempelajari model tersebut'.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Mari Kongsi Bersama


Saya setuju bebeno dengan apa yang dikatakan oleh Lt Khaidir TLDM dalam komen beliau di coretan ini.....petikan 'Sy percaya semua exservicemen mempunyai cerita mereka sendiri yg sesuai utk dikongsi bersama rakyat Malaysia yg lain yg tidak berpeluang utk mencurah bakti sbg anggota tentera...'. Masalahnya, bagaimana nak meyakinkan mereka agar menulis atau menceritakan pengalaman mereka itu!! Saya dah melalak sana...melalak sini, tapi hasilnya? Sangat kurang memberangsangkan!!!

Saya terima keratan akhbar berikut daripada seorang pembaca, Saudara Azman Yusof...

Ha...9 kali bertempur dengan musuh...tu memang hebat. Sekiranya sesiapa mengenali S/Sjn Ramli yang kini tinggal Bukit Selambau, Sungai Petani, harap beritahu saya. Saya akan cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan ceritanya dengan lebih terperinci untuk bacaan pembaca semua. Pengalaman para veteran sepatutnya didokumentasikan agar tidak berkubur bersama dengan empunya badan bila tiba masanya nanti.

Pembaca....Siapa yang boleh dipersalahkan sekiranya generasi akan datang memandang enteng terhadap laungan keramat 'MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA'? Mereka membesar dalam sebuah negara yang begitu aman sejahtera, tanpa perlu berkorban nyawa dan raga. Mana mereka nak tahu apa yang terpaksa dihadapi oleh tok nenek mereka? Jadi, kita yang 'bertuah' kerana turut terlibat secara langsung ketika negara menghadapi berbagai cabaran sebelum berada di tahap sekarang ini, rekodkan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Mintak simpang dan dijauhi Allah jika xpengganas komunis (XPK) pula yang dianggap sebagai wira negara kerana XPK membukukan kisah mereka untuk bacaan rakyat. Ini bukan satu yang mustahil! 

Blog saya ini merupakan satu 'avenue' untuk sesiapa yang sudi menceritakan pengalaman mereka. Sekiranya cukup bahan dan ada tajaan, mungkin boleh diabadikan dalam bentuk buku. Fikir-fikirkanlah.....! 

Saudara Azman Yusof....Terima kasih.

Isnin, 15 Ogos 2011

"Pembukuan" Peranan TUDM

Saya terima mesej ini daripada seorang kenalan, seorang xnuripilot juga...
Musa Copter posted in NOSTALGIA TUDM

Message extension : BG (TUDM) Dato Rosli Mohd Yusof is to compile stories and episodes, adventures and light moments, and anything WE all did during our service in TUDM especially during the times of fighting the insurgencies. Anyone keen to share your story and photos etc... can contact him at rosliyusof@yahoo.com
Musa Copter13 August 11:33
Message extension : BG (TUDM) Dato Rosli Mohd Yusof is to compile stories and episodes, adventures and light moments, and anything WE all did during our service in TUDM especially during the times of fighting the insurgencies. Anyone keen to share your story and photos etc... can contact him at rosliyusof@yahoo.com

Bagaimana bermulanya terbuka hati TUDM nak mengabadikan peranannya di era insurgensi?  Tentera Darat Malaysia (TDM) telah lama menerbitkan buku ini. Ha...Ini adalah kerana terbitnya buku "Coretan Xnuripilot". Kisahnya begini.....

16 Mei 2011...Saya telah menghantar 200 naskah buku yang dipesan oleh Pak Menteri ke Pejabat Menteri Pertahananan, KEMENTAH. Selepas itu, pergilah melawat rakan-rakan seperjuangan, termasuk Brig Jen Rosli Mohd Yusof TUDM di tingkat 20. Tanpa banyak bicara, beliau telah membeli 1 naskah. Beliau memberitahu bahawa beliau akan mencadangkan kepada pihak atasan TUDM supaya TUDM merakamkan aktiviti Perkihdmatan tersebut ketika negara menghadapi ancaman pengganas komunis. Buku saya hanya daripada perspektif seorang xnuripilot, bukannya daripada TUDM amnya. Selain Nuri dan Alouette 111, pesawat Caribou, Tebuan, F5E, C130 Hercules, Dart Herald dan F28 turut memainkan peranan. Tidak lupa juga mereka di belakang tabir. Saya difahamkan agenda ini telah dibincang diForum PTU tak lama selepas perjumpaan saya dengan beliau. 

2 Ogos 2011...Jen Rosli telah datang berjumpa saya di 'foyer' KEMENTAH selepas pelancaran buku oleh Pak Menteri. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah dilantik untuk menulis buku tersebut. Kami berbincang tentang sumber maklumat. Salah satu sumber paling mustahak ialah 3011. Secara ringkasnya, dokumen ini merumuskan aktiviti bulanan skuadron seperti jam penerbangan operasi/latihan, sukan, keadaan pesawat, dan sebagainya. Di era saya, ko-pilotlah yang dibebankan dengan tugas ini. Tapi taklah seteruk mana kerana kami ikut saja format yang terdahulu...hanya 'update'kan maklumat untuk bulan tersebut. Masalah yang mungkin dihadapi ialah di mana nak mendapatkan 3011 ini? Sepatutnya bukan menjadi masalah sekiranya dokumen-dokumen rasmi seperti 3011 dihantar ke Arkib Negara. Sama ada arahan ini dipatuhi...itulah persoalannya!

Bersama Brig Jen Rosli Mohd Yusof ( 2 dari kiri) di foyer KEMENTAH pada 2 Ogos 2011 

Satu lagi sumber ialah 'Scrap Book' skuadron. Saya pasti semua 'flying squadrons' masih simpan buku ini sejak penubuhan sesuatu skuadron.  Sama juga 'Hostile Action Report' dan 'Laporan Lembaga Penyiasatan' seperti Tragedi 26 April 1976. Dokumen-dokumen ini mungkin masih disimpan di Bahagian Inspektor Jeneral TUDM.

Perasaan saya?...Sudah pasti saya berbangga kerana 'Coretan Xnuripilot' menjadi 'catalyst'   sehingga TUDM akhirnya bersetuju untuk menerbitkan buku lebih kurang seperti buku TDM yang bakal ditulis oleh Brig Jen Rosli. 

Harapan saya?...Agar buku itu nanti akan turut dijual kepada umum. Saya akan cuba mendapatkan senaskah nanti untuk koleksi peribadi saya. Saya percaya, dengan sumber yang tidak mungkin mudah diperolehi oleh penulis-penulis lain,  buku ini akan menjadi bahan rujukan untuk generasi akan datang.  

Peringatan saya?... Saya yakin mereka yang terkorban dalam tragedi 26 April 1976 sudah pasti diabadikan dalam buku yang bakal diterbitkan nanti. Sebagai peringatan, harap tentukannya dan jangan lupa juga 2 orang warga 'Air Rescue Team'arwah L/Kpl Ismail & arwah L/Kpl Sibki  turut diabadikan.

Sumbangan saya?...Saya izinkan sebarang 'cedokan' daripada buku saya sekiranya difikirkan wajar: ia merupakan satu penghormatan bagi saya. Hanya 'Acknowledgement' saja yang dipinta. 

Xwarga TUDM...Marilah kita memberi sokongan padu dengan menyumbang artikel/gambar kepada Brig Jen Rosli bagi memudahkan beliau menerbitkan buku tersebut.
Brig Jen Rosli...Selamat datang ke alam persaraan.

Khamis, 11 Ogos 2011

Jualan Murah

Sementara nak fikirkan bagaimana nak dapat cerita 'combat', apa kata saya muatkan gambar buah-buah yang banyak terdapat di Jitraq yang saya beli petang tadi. Kesian tuan punya dusun.....Disebab puasa, hasil dusun mereka kurang mendapat sambutan. Tak percaya?

  Dokong & Rambutan

RM2.00 bagi setiap 1kg dokong & rambutan: 2 kg=RM3.00. Jadi, tadi beli 2 kg setiap jenis buah-buah tersebut. Ketika singgah di Tapah R & R pada 1/2 Ogos baru-baru ini, terkejut saya dibuatnya apabila melihat harga dokong...RM8.00/kg...Eh...Eh...Eh. Tapi yalah...Siapa pula sasaran penjual tu!

Jitraq ni, walaupun dipersamakan dengan tempat 'ULU', pasal buah memang 'sempoi'. Saya sebenar tak tahu apa makna perkataan ini. Jadi, bila seorang pembaca kata buku saya 'sempoi', tanpa segan silu, saya tanyalah apa makna istilah golongan muda ni. Maklum sajalah, saya golongan yang nak hampir masuk isyak...manalah nak tahu istilah-istilah anak muda sekarang ini. Kepada mereka dalam golongan saya, ia bererti 'BEST'. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih kepada beliau. 

SELAMAT BERBUKA PUASA 

Isnin, 8 Ogos 2011

Sungguh Menginsafkan

Pembaca....Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, tidakkah anda tersentuh apabila menatapi gambar kanak-kanak ini yang terpaksa menghadapi kebuluran? Tanpa bantuan, kemungkinan beliau tidak dapat meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Sungguh malang sekali ramai saudara kita terpaksa menghadapi kepahitan hidup disebabkan berbagai musibah.....
 Mingguan Malaysia 7 Ogos 2011

Sungguh jauh bezanya keadaan di negara tercinta Malaysia ini....ramai rakyat 'terkorban' angkara gejala penyakit 'apa saja-in-one' disebabkan TERLEBIH MAKAN. Kesannya, kerajaan terpaksa memperuntukkan bajet yang besar bagi menangani masalah kesihatan. Pembaziran sudah menjadi satu budaya apabila tibanya bulan 'Pesta Jom Makan' setiap Ramadhan bagi kebanyakan rakyat. Tidak dinafikan ramai yang begitu prihatin terhadap kesengsaraan saudara kita yang kurang bernasih baik, tetapi terdapat golongan yang diberiNya rezeki yang melimpah-ruah terlupa bahawa... 

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.”  (al-Isra' 27). 

Jumaat, 5 Ogos 2011

'CAR'

Dalam coretan di sini dan halaman 121 buku "Coretan Xnuripilot" bertajuk 'Terkorban', saya menceritakan kisah 'CAR (combat air rescue)' yang pertama kali dilakukan dalam sejarah TUDM. Misi ini melibatkan penerbangan untuk mengambil seorang 'casevac' 6 RAMD - L/Kpl Majeni bin Abd. Rahman (Pbt ketika itu). Nuri yang diterbangkan oleh Kapt (U) Chong Keng Lay bersama Lt M (U) Johan, Sjn Mohsain (KU) serta arwah L/Kpl Ismail (salah seorang daripada 2 anggota Air Rescue Team) telah ditembak di LP dan mengorbankan L/Kpl Ismail PGB. Itu cerita daripada perspektif juruterbang.

Ketika membelek buku "PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia", JILID 2, saya terbaca bab tentang 'LKpl. Ismail dalam Op Selamat Sawadee 1'. Jadi, untuk melengkapkan coretan saya tersebut, jawabnya 'copy & paste' cerita Pbt Majeni yang cuba diselamatkan oleh Kapt (U) Chong (klik untuk membaca).....
Pembetulan:

1. Nuri tidak '...menggunakan mesin-gan yang telah dipasang pada pesawat Nuri (ms 170)'. Tiada mesin-gan dipasang pada Nuri.  Anggota ART hanya dilengkap dengan M-16 sahaja.

2. Alouette Gunship akan membuat 'straffing' sebelum Nuri mendarat di LP, bukannya anggota ART menembak ke arah kawasan yang disyaki kedudukan musuh (ms 170) sebelum Nuri mendarat.

3. Nuri berkenaan bukannya ditembak '...sedas tembakan ke arah pesawat (ms 171)'. Ia telah ditembak bertubi-tubi dan telah menembusi windscreen, main rotor blade (terpaksa diganti) dan fuselage.

Saya difahamkan L/Kpl Majedi telah kembali ke rahmatullah...Al-Fatihah.

Rabu, 3 Ogos 2011

Pelancaran Buku

Tunggu punya tunggu, akhirnya pada 2 Ogos 2011, "Coretan Xnuripilot" dan juga "OPERASI PIRAMID" karya Lt Kol Dr Mohd Yunos TUDM,  dilancarkan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan, di KEMENTAH. Sebelum bertolak dari Jitraq, saya telah menghubungi rakan yang pernah menulis, bertanya berapa jumlah saya patut bawa bersama. Saya mana ada pengalaman begini. Menurutnya, beliau telah membawa lebih kurang 300 naskah kerana ramai yang membeli. Jadi, pada 1 Ogos (hari pertama berpuasa) bertolaklah ke KL dengan lebih kurang 170 naskah buku. 

Peristiwa bersejarah dalam kehidupan saya ni didokumentasi dalam gambar-gambar berikut....
Semenjak bersara, kot pun tak boleh pakai kerana badan dah mengecut...dulu 'kus semangat'

 Bersama Lt Kol Dr Mohd Yunos

Lawatan Menteri & PTU ke kiosk

Menteri menandatangani poster 'Coretan Xnuripilot'

Lebih kurang jam 1300, bertolak balik ke Jitraq.

3 Ogos....Apa yang tersiar dalam Utusan Malaysia hanyalah....

Tak apalah, sekurang-kurangnya nampak juga buku saya tu!!!

Jualan pula? Jangan terkejut....22 naskah saja! Lagi sekali tak pulang modal....Kesian saya!! Dari aspek wang ringgit...memang tak berbaloi. Yang 'intangible'nya pula...pertambahan kepada pengalaman yang tidak boleh dinilai dengan RM. Apa pun, saya bersyukur kepada Allah kerana Pak Menteri masih sedia melayan kerenah mejar veteran ini.

Oh ya....Ramai yang 'berbintang' di bahu mengucapkan tahniah kepada saya di atas kegigihan saya yang tidak mudah mengaku kalah sehingga akhirnya gomen meluluskan elaun untuk JPP & PTU. Ini  bererti nama mejar ni dah termasuk dalam senarai 'Kaki Penyebuk'...He....He...He. 

YB Dato' Dr Ahmad Zahid, PTU & Semua mereka yang  banyak membantu saya untuk upacara tersebut....BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.

Catatan:


Depa ni (pihak yang menyediakan program - bukan MTU)....Tajuk buku pun salah tulis...Catatan XNURI-Pilot...Eh...Eh...Eh!

Isnin, 1 Ogos 2011

Ketibaan Ramadhan

Kepada Kaum Muslimin & Muslimat....SELAMAT BERPUASA.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs205.snc4/38588_117312154986469_100001230549851_106869_7785038_n.jpg


Surah Al-Baqarah. Ayat: 183. Wahai  orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (diceduk dari sini).


Harap-harap janganlah jadikan Ramadhan Al-Mubarak ini sebagai 'Pesta Jom Makan'.