Pages

Khamis, 11 Ogos 2011

Jualan Murah

Sementara nak fikirkan bagaimana nak dapat cerita 'combat', apa kata saya muatkan gambar buah-buah yang banyak terdapat di Jitraq yang saya beli petang tadi. Kesian tuan punya dusun.....Disebab puasa, hasil dusun mereka kurang mendapat sambutan. Tak percaya?

  Dokong & Rambutan

RM2.00 bagi setiap 1kg dokong & rambutan: 2 kg=RM3.00. Jadi, tadi beli 2 kg setiap jenis buah-buah tersebut. Ketika singgah di Tapah R & R pada 1/2 Ogos baru-baru ini, terkejut saya dibuatnya apabila melihat harga dokong...RM8.00/kg...Eh...Eh...Eh. Tapi yalah...Siapa pula sasaran penjual tu!

Jitraq ni, walaupun dipersamakan dengan tempat 'ULU', pasal buah memang 'sempoi'. Saya sebenar tak tahu apa makna perkataan ini. Jadi, bila seorang pembaca kata buku saya 'sempoi', tanpa segan silu, saya tanyalah apa makna istilah golongan muda ni. Maklum sajalah, saya golongan yang nak hampir masuk isyak...manalah nak tahu istilah-istilah anak muda sekarang ini. Kepada mereka dalam golongan saya, ia bererti 'BEST'. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih kepada beliau. 

SELAMAT BERBUKA PUASA 

6 ulasan:

  1. Sebelum rambutan tu jadi layu, elok iris dia ambil isi saja buat macam laici. Lepas tu masak air dengan gula putih dan masukkan isi rambutan tadi dan biarkan dia sejuk sebelum dimasukkan dalam peti ais. Lepas tu minum dia...cuba try mesti 'sempoi'.

    BalasPadam
  2. Saudara Anonymous,

    Terima kasih. Setengah dah habis. Mana tidaknya, lepas terawih saja mengadaplah buah-buah tu. Terlalu manis...pasti kandungan gula dalam badan melambung naik. Beli durian pula dah buat lempuk. Tahun ni buah-buahan memang menjadi di Jitraq ni.Tak payah ada dusun, memadai 'baja' warna 'hijau' atau 'merah' yang cop 'Zeti' dah gerenti lebat buah tu. He...He...He.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan

    Berkunjung ke Langkawi sebelum puasa juga mengejutkan saya dengan harga rambutan nih... seikat lebih kurang sekilo lebih hanya RM1.00 sahaja kerana terlebih penawaran dari permintaan. Tak pasti pulak bila time puasa ni, mau turun lagi harganya.

    Bagus jugak cadangan Anon di atas tu tapi sugar content dlm badan dilupa jangan.

    Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka kepada semua pembaca

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..Rezeki di bulan Ramadhan

    BalasPadam
  5. Saudara Semua,

    Memang betul...Rezeki di bulan Ramadhan yang diberkatiNya. Jaga-jaga makan tu bila berbuka.

    BalasPadam
  6. Tak perlu ada dusun sebab pokok cap payung ada dimana2, Jitra, Tanah Merah, Tok Jalai he3

    BalasPadam