Pages

Isnin, 8 Ogos 2011

Sungguh Menginsafkan

Pembaca....Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, tidakkah anda tersentuh apabila menatapi gambar kanak-kanak ini yang terpaksa menghadapi kebuluran? Tanpa bantuan, kemungkinan beliau tidak dapat meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Sungguh malang sekali ramai saudara kita terpaksa menghadapi kepahitan hidup disebabkan berbagai musibah.....
 Mingguan Malaysia 7 Ogos 2011

Sungguh jauh bezanya keadaan di negara tercinta Malaysia ini....ramai rakyat 'terkorban' angkara gejala penyakit 'apa saja-in-one' disebabkan TERLEBIH MAKAN. Kesannya, kerajaan terpaksa memperuntukkan bajet yang besar bagi menangani masalah kesihatan. Pembaziran sudah menjadi satu budaya apabila tibanya bulan 'Pesta Jom Makan' setiap Ramadhan bagi kebanyakan rakyat. Tidak dinafikan ramai yang begitu prihatin terhadap kesengsaraan saudara kita yang kurang bernasih baik, tetapi terdapat golongan yang diberiNya rezeki yang melimpah-ruah terlupa bahawa... 

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.”  (al-Isra' 27). 

7 ulasan:

  1. Tuan Nor,
    sungguh menginsafkan.Tetapi bagaimana mahu menyedarkan generasi sekarang yang tidak pernah merasa kesusahan sebenar?Baru diuji sedikit sudah merungut berjela2.Oleh kerana tiada kesedaran mereka merasakan nikmat yang ada sekarang adalah hak dan privelleged mereka.Ambil contoh pekerjaaan Tentera zaman Tuan yang penuh bahaya dengan gaji serta benefit yang tak seberapa dan zaman sekarang.Bukanlah bermaksud memperkecilkan anggota tentera zaman sekarang,tetapi perlu disedarkan apa yang ada ini kalau tidak bersyukur,Allah boleh ambil balik.

    BalasPadam
  2. saya kurang pergi ke bazar ramadhan tahun ini kerana harga makanan yang dijual mahal melambung-lambung...masak sendiri lagi bagus ,

    BalasPadam
  3. Saudara MOHAMAD,

    Terima kasih. Warga tentera sekarang ini memang bertuah. Terkejut dibuatnya apabila diberitahu Base Commander pangkalan utama, seperti Kuantan, Gong Kedak, Subang, Labuan, berpangkat Brig Jen...wow! CO skn pula, paling rendah, Lt Kol. Di era saya ketika menjawat OC No 5 Skn, aset saya ialah Nuri dan Alouette. Tugas termasuk terbang ke Pulau Layang Layang (PLL) dengan peralatan paling asas. Sekarang skn hanya mempunya Nuri sahaja dan pesawat pula dilengkap dengan peralatan moden walaupun tidak perlu terbang ke PLL lagi. Tuah badan dan dah rezeki mereka.

    Saya percaya TUDM tidak menghadapi anggota mereka yang tidak dedikasi melaksanakan tugas. Mana ada pilot menolak tugas penerbangan...kan itu adalah 'bread & butter' mereka?

    Saudara yankeeALPHA,

    Syabas kerana masak sendiri. Bukan saja menjimatkan, persoalan terhadap tahap kebersihan tidak timbul. Sehingga kini, saya tidak pergi ke pasar Ramadhan kerana masakan di Jitraq ni terlalu manis dan berminyak.

    BalasPadam
  4. Zaman dah berubah tuan...Walaupun gaji naik, tapi harga barang dan kos sara hidup tinggi..Kalau nak maintain sama dengan gaji dan perjawatan macam orang dahulu, memang tak makan lah anak bini kami.

    BalasPadam
  5. Betul lah tu zaman berubah memang tak sama gaji dan kos dulu dengan sekarang memang berbeza, cuma yang tak berubah dari dulu sampai sekarang ialah tentang kebuluran dan perang di Somalia dan di benua Afrika. Berat mata kita memandang namun berat lagi bahu orang2 Afrika yang memikul. Kita yang disini kata insaf tapi mereka disana tak insaf pun untuk membazir duit beli senjata dari beli makanan. Banyak lombong belian di Afrika malah banyak juga belian terbaik datang dari sana, namun yang kekal ialah kebuluran yang tak putus2 dan perang yang tak berkesudahan.

    BalasPadam
  6. "It doesn't matter how rich a person can b, but the focal point here is how much can they share with the don't haves". Here, we do have "Jom makan2 fiesta", Jalan2 cari makan as on TV, buffets here and there; especially now during Ramadhan. Hence,we do find food wastage everywhere throughout the country. Just look at our garbage and ponder...what have we dumped? In fact, we even had surveyed and research statistics indicating the huge disposals of garbage throughout the country...Well perhaps, just watch Bersamamu and then we'll be more grateful of the consumptions we had had in our daily life...Hence, let's reach our hands out there and share our part and portion of food to save these innocent young souls...May God bless the kind souls!

    BalasPadam