Pages

Rabu, 5 Oktober 2011

'Kampung Tenggelam'

Saya ada menerima cadangan daripada rakan seperjuangan untuk mencoretkan kisah pemindahan penduduk Kampung Temengor pada awal 1976. Operasi ini melibatkan pemindahan penduduk sebelum kampung tersebut ditenggelami air disebabkan pembinaan Ampangan Temengor. Masalahnya, susah nak meyakin mereka yang terbabit untuk menceritakan pengalaman tersebut.

Pada 1 Oktober, saya terbaca kisah 'Kampung Tenggelam' dalam Utusan Malaysia. Laporan ini menceritakan pengalaman penduduk yang terpaksa berpindah dan kenangan mereka tentang kampung halaman  yang sekarang berada di dasar tasik. Menurut cerita, pemindahan ini melibatkan seramai 124 keluarga yang terdiri daripada 625 penghuni Kampung Temengor; terdiri daripada Kampung Panggas, Kampung Bukit, Kampung Mingkong dan Kampung Kertei.
Kampung Temengor di dasar tasik

Proses pemindahan bermula pada 24 Jun 1976. Pagi-pagi lagi, 3 buah Nuri telah berlepas dari No 10 Skn, TUDM Kuantan, menuju ke Ayer Ganda, Gerik, untuk misi 'Ops Pindah'. Misi diketuai oleh Lt (U) Azmi  Ibrahim dengan krewnya - Lt (U) Yeow/Lt M (U) Nasrun/mendiang Sjn Hua: nama panggilan ialah 'GADING 489 ALPHA'.  Kapten pesawat 'BRAVO'  ialah Lt (U) Sharif Abbas (gambar) manakala 'CHARLIE' ialah  Lt (U) Sheikh Azhar. Mendarat saja di destinasi, mereka diberi taklimat oleh BASO (Brigade Air Support Officer) untuk mengeluarkan penduduk kampung pada hari itu juga. Ini kerana laporan perisikan menyatakan kemungkinan pengganas komunis akan cuba mensabotaj Operasi Pindah. Mana tidaknya, moral musuh sangat tinggi kerana hanya 2 bulan sebelum ini, iaitu 26 April 1976, petualang negara telah berjaya menembak jatuh sebuah Nuri di kawasan operasi Gubir yang telah mengorbankan kesemua 11 POB (Persons On Board). Kawasan Temengor pun apa kurang 'kepanasannya'.

Trup sudah pun diaturgerak ke kawasan tersebut bagi mempastikan  keselamatan. Anak kapal hanya dikehendaki membawa penumpang sahaja! Mereka diarahkan jangan mengambil barang-barang.

Maka bermulalah misi pemindahan. Oh mak datuk...Bukan main terkejut Bilik Gerakan Pangkalan (BGP) dan juga BASO apabila pesawat membuat transmisi '...POB 48' ketika berlepas dari kampung-kampung terbabit menuju ke Ayer Ganda! Menurut Lt (U) Sharif, purata POB yang dibawa beliau ialah 46 orang. Malah Lt (U) Azmi Ibrahim membawa 60 POB!!

Sumber: Dr Damanhuri

Sumber: Dr Damanhuri

'Confirm POB 48?'....AOC (Air Operation Center, Markas Udara) sendiri bertanya, bukannya BGP! Mana tak terkejut kerana had maksima POB hanyalah 33 orang sahaja dengan 30 seat belts untuk paxs (33 termasuk krew). Walau dalam apa keadaan sekali pun, faktor keselamatan penumpang tidak boleh dikompromi: semua paxs mesti di'strap' di tempat duduk. Kenalah mereka menjelaskan keadaan sebenar. Persoalan 'maximum AUW' tidak timbul kerana paxs yang mereka bawa terdiri daripada kaum hawa, orang-orang tua dan kanak-kanak. Bukan nak ceraikan mak dengan anak-anak, lagi pula, semua paxs dewasa distrap manakala kanak-kanak di atas riba atau didukung oleh ibu mereka.  Lt (U) Sharif menceritakan paxs naik Nuri 'sehelai sepinggang' saja. Dan, hanya dengan cara ini sahaja misi dapat dilaksanakan sebelum 'last light'. Kena fleksibel le sikit. Setelah kesemua orang awam selamat dikeluarkan, barulah trup diterbang ke Ayer Kala.

Jam penerbangan Lt (U) Azmi untuk misi ini ialah 6 jam 10 minit. Misi pemindahan dilaksanakan dengan jayanya dan ketiga-tiga burung  Nuri selamat mendarat di sarang mereka di Kuantan dengan disambut oleh laungan azan magrib. Mission successfully accomplished. 

Baca keratan akhbar tentang pengalaman seorang penduduk menaiki Nuri dalam operasi tersebut.

Warga Kampung Temengor ditempat di perkampungan baru yang disediakan oleh TNB...
Kampung Ganda Temengor

Lt Kol Azmi Ibrahim TUDM (B) & Kapt Shariff....Terima kasih. 

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tn,
    Saya pernah tinggal di kawasan Hulu Perak dan pernah juga mendengar tentang kisah kg temggelam ini di Temenggor. Dengarnya org kg sana simpan syiling dalam tempayan dan oleh kerana berat, tempaya itu ditanam. Apa jadi pada tempayan tersebut wallahualam. Terima kasih tuan kerana membangkitkan kenangan membesar di Hulu Perak.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan

    Cerita ini mengingatkan saya pada pengalaman menyelam di Tasik Pedu untuk membuat clearing pokok balak bagi tujuan aktiviti rekreasi (Jet-ski, kayak, jet boat dll).

    Dinasihatkan agar jgn kisah sekiranya ada "cuitan" di belakang ketika menyelam, kami menjumpai kesan perkuburan dengan batu nesan masih terpacak.

    Tapi disebabkan kekerapan "cuitan" tersebut, kami terpaksa mengupah org Siam utk menghabiskan kerja berkenaan.

    Bila air tasik surut semasa kemarau sekitar tahun 2004 (klu tak silap), terpampang di Sinar Harian kisah sejarah perkampungan berkenaan.

    Sayangnya saya tidak dpt berjumpa dgn org lama-lama di Kg Kota Aur & Belantik yg tahu sejarah perkampungan berkenaan.

    BalasPadam
  3. Ya tuan NOOR, we do wanders for only certain task only, but we know our limit,we did calculation especially the weight of the pax,as long as the weight does not jeperdice the power its ok kan!
    The bottom line is, the task must be completed before day light hour tidak kalo Kaput......
    Those for the days, not to forget the army and the towkay balak and their workers these people realy cooperate to make sure ops goes smoothly on ground especially the transportation of lembu,kerbau etc by road via lorry balak and the road was guarded by the army.Hope Temenggor residence remember this episode the hardship/risk that we take for their better life.

    BalasPadam
  4. adik saya ada kawan satu kelas yang pernah terlibat dalam perpindahan dan pernah tinggal di air ganda. diberitakan ibu nya adalah seorang bidan dan telah meninggal dunia. semasa operasi korek kubur jasadnya masih kelihatan elok kerana semasa hayatnya diberitakan tiada upah yg diminta maklumlah dari kpg tu ke grik naik bot 6 jam. kpd bekas org kpg temenggor cuba risik betul ke tak cerita ni.

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam Anon (6/10 11:01),

    Terima kasih. Apa lagi, moh kita ajak Saudara Kamal menyelam untuk cari harta karun. Jangan marah. Bab tempayan berisi duit ditanam tu saya tak tahulah.

    Saudara Sanusi,

    Penyelam Siam tak kena 'cuit' ke?

    Saudara MOZA AQM,

    Thank you.

    Saudara Anon (6/10),

    Betul kata adik anda tentang jasad yang masih elok ketika digali semula. Saya masih ingat kisah itu yang dilaporkan dalam akhbar ketika itu.

    BalasPadam
  6. salam..

    tok sy,mak sy org jati kg temenggor ni..ada gak mak cite die pindah ke kg air ganda(penempatan baru).yang lelaki pakai baju merah bediri tepi tasik tu lam gambar,sepupu mak sy!..kalau ada masa sy tangkap gambar lapangan terbang gerik.dulu dengar citenye sibuk helikopter turun/naik masa zaman komunis.la ni lapangan tu siap dibuka oleh tentera,petang2 leh joging..pagi ja tak leh joging sebab tentera de aktiviti cm kawad.time kasih kt tentera yg berjuang melawan komunis di gerik.tanpa anda semua,gerik tak kan maju cam sekarang..jasa anda dihargai..penah tejumpe sorang bekas tentera zaman komunis yang sebak melihat gerik membangun.mane taknya situ la tempat die operasi dan masih bangunan2 kat situ yg kebanyak kan dah xde..kami generasi muda sgt2 menghargai anda semua!

    BalasPadam
  7. salam untuk semua,
    Nak tanya orang2 Grik, patong gajah putih kat Grik masih ada lagi?

    BalasPadam
  8. Salam Tuan

    Saya pun tak pasti samada penyelam Siam tu kena "cuit" atau tidak tapi geng depa yg dok buat underwater logging ni terkenal dengan nama "Siam Perut Hijau". Mereka menyelam tak macam kami menyelam lengkap peralatan. Hanya guna compressor angin mcm di bengkel ajer, sumbat tiub dlm mulut.

    Saya rasa, mereka tidak "dicuit" tapi mereka yg "mencuit", heheeheee...

    BalasPadam
  9. Saudara Anon (7/10 12:08),

    Terima kasih kerana menghargai pengorbanan para veteran. Gubir, Kroh, Grik, Lasah, Bt Koman (Raub), Gua Musang & Batu Melintang dah sebati dengan saya, bak kata orang Melayu 'tempat bermain masakan boleh lupa'.

    Saudara Kamal,

    Itu baru betul...'Pencuit' takut pada mangsa...He...He...He.

    BalasPadam
  10. anonymous october 7,5:15

    gajah putih tu dah takde.kami generasi muda pun tak sempat tgk,hanya dengar cite dari orang tua..

    BalasPadam
  11. gajah putih klau tak silap diroboh tahun 1995

    BalasPadam
  12. gajah putih klau tak silap diroboh tahun 1995

    BalasPadam
  13. Patung gajah putih yang dulu megah bediri sebelah barat jalan utama Pekan Gerik (depan pejabat PDRM) telah diroboh 20 tahun lepas & diganti dengan tanduk rusa gergasi. Apa motifnya tak tahu lah saya.
    Nak kata Gerik eksport daging rusa tak de pun...Cuma Lenggong je yang banyak ternak rusa. ( Rusa merit : Jabatan Haiwan Negeri Perak )

    BalasPadam
  14. Nak tahu tak rahsia Gerik Hulu Perak?
    Menurut cerita arwah datuk saya , masa zaman British menjajah Perak - Gerik, Kroh(Pengkalan Hulu) Klian Intan dan Kenering (termasuk Air Ganda-Temengor) adalah dibawah jajahan Siam (Thailand) tetapi diatas 'kebijaksanaan' D.O (Pegawai Daerah) ketika itu - F. Berkerley dibantu Tun Saban, batu sempadan telah diubah setiap malam sedikit demi sedikit secara curi2 100km ke utara sehinggalah hampir kesempadan sekarang (Betong, Thailand).
    Walaupun F. Berkerley itu berjasa, tetapi dia seorang yang kaki betina dan menggunakan 'kuasanya' untuk mendapatkan gadis2 muda darat sebagai 'imbuhan' jika ada penduduk2 jahil agama yang mahukan tanah dan kekayaan....

    BalasPadam
  15. Untuk makluman, selain daripada penduduk Temenggor, terdapat juga puluhan penduduk2 di perkampungan hutan Lembah Belum dihulu Sungai Perak - 50km dari Banding, yang turut ditenggelami oleh air limpahan Empangan Temenggor turut dipindahkan pada tahun 60-an melalui jalan air dan darat oleh pihak tentera (kerana perkampungan itu kerap diganggu oleh pengganas2 Komunis).
    Mereka ditempatkan disebuah kampung yang dinamakan Kampung Belum Baru yang terletak ditengah2 perjalanan diantara Bandar Gerik dan Lenggong, Hulu Perak.

    BalasPadam
  16. salam . boleh tolong saya . saya tengah buat kerja projek untuk kampung ganda termengor dan sejarahnya . jika sesiapa sudi tolong email saya untuk proses temubual . saya harap tuan dapat tolong saya .

    email : sh_ikaanim@yahoo.com
    no tel : 0175079270

    BalasPadam
  17. as salam tuan
    terima kasih kerana sudi menceritakan sedikit sejarah tentang kampungku..
    walaupun aku bukan dilahirkan di temenggor..... tetapi bapaku dan nenek moyangku adalah asal disana....
    begitu besar pahala semua penduduk kampung temnggor demi untuk menerangi rakyat....
    terimakasih tuan jasamu dikenang takala membawa bapa dan kakku ke kg air ganda.

    BalasPadam