Pages

Ahad, 2 Oktober 2011

Berani Merubah

Krew Nuri saya sebelum 1981 untuk penerbangan VVIP hanyalah 3 orang sahaja - kapten, ko-pilot & Kuatermaster Udara (KU) (lihat catatan 'Buku Log' di sini). Nuri pula hanya dipasang dengan permaidani dan tempat duduk pula dialas dengan kusyen. Itu sahaja.

Nak tahu apa dia tugas KU? Pagi-pagi lagi beliau akan menarik Strecer Salleh yang dimuatkan 3 survival packs, bertin-tin minyak enjin, 'mae west', dll, ke dalam perut Nuri. Dan tentukan pam bahan api turut dinaikkan. Semua peralatan ini diatur dan di'strap' dengan rapi dan selamat. Kemudian, buat preflight check - panjat Nuri untuk menentukan bahagian enjin semuanya OK. Bila VVIP sudah naik, beliau masih berada di luar pesawat dengan 'fire extinguisher' bagi menentukan semuanya selamat untuk kapten 'start & engage rotor'. Lepas tu baru beliau naik pesawat. Dan, dalam penerbangan operasi di kawasan 'panas', beliaulah krew yang paling terdedah kepada tembakan musuh kerana beliau akan membuka 'cargo door' untuk 'mempatter' juruterbang ketika mendarat dan berlepas.

Ketika dalam penerbangan pula, beliau terpaksa menghidang para VVIP dan lain-lain penumpang. (Kalau penerbangan bermula dari TUDM KL, makanan dibekalkan oleh MAS Catering). Dengan 'flying suit' yang berpeluh-peluh tu, faham-faham sajalah baunya. Tambah pula kalau membuat penerbangan mengambil dua-tiga hari 'night stop'. Kesian KU!

Jadi, bila saya jadi Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan, pada 1981, saya membawa 2 orang KU. Tugas KU tambahan ialah sebagai 'Permugara'. Beliau bertanggungjawab untuk melayan keperluan VVIP ketika dalam penerbangan.
4 orang krew untuk penerbangan VVIP. Dari kiri: Sjn Jaafar, Sjn Yeap, Lt M (U) Ridzuan

Lepas tu, terfikir pula mengapa permugara ni pakai flying suit? Mengapa tidak pakai baju tangan panjang? Jawabnya, saya telah menempah pakaian seragam untuk krew VVIP melalui Skuadron Bekalan.  Tak ada pula komen daripada Pegawai Memerintah apabila beliau melihat permugara dengan flying uniform baru ni.

Dengan uniform baru, kan ke nampak smart permugara tu...kapten pula yang nampak tak terurus dengan rambut tak bersikat. He...He...He.
Penerbangan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong ke Padang Sasar Kota Belud. Dari kiri: Sjn Hood (permugara), Lt (U) Ali, Lt Kol (U) Hussein, Sjn Yeap. 

Saya bersyukur kerana berjaya mempengaruhi kerajaan negeri Sabah untuk menganugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK) kepada 3 KU No 5 Skuadron. Penganugerahan ini TIDAK langsung melibatkan TUDM. Sepanjang menjadi Ketua Skuadron, tidak pernah pihak atasan pangkalan bertanyakan kami, Ketua-Ketua Skuadron/Cawangan, tentang pencalonan pingat untuk anak buah kami. Oleh kerana saya kerap membawa VIP Sabah, saya tidak melepaskan peluang ini dan telah 'sound-sound'kan sikit pada orang tertentu. Tut...Tut...Terpaparlah nama mereka dalam akhbar sempena Hari Kelahiran TYT Sabah pada 1 Oktober 1983. (Saya dianugerah BSK pada 1984 setelah dicalonkan secara rasmi oleh pihak berwajib).

Itulah kisah saya yang cuba membawa pembaharuan kepada Skuadron. Dedikasi kepada semua KUATER MASTER yang pernah berkhidmat bersama saya walau dimana sekali pun....Terima kasih.

5 ulasan:

  1. jauh berbeza dgan penerbangan vvip skrang ya tuan ?

    BalasPadam
  2. Assala-mualaikum Mejar,

    Sekadar nak tanya : Mengapa kita lemah dalam SAR berbanding Indonesia.

    Baru2 ini di Indonesia berlaku helikopter dan kapalterbang terhempas dalam hutan tebal, cuma sehari saja dah ditemui mangsa2 dan bangkai frame.
    Tetapi jika keadaan yang sama berlaku di Malaysia; contohnya, di Bario, Bah Kelalan, Genting Sempah dan Gunung Gerah, sampai 1 minggu dan ada yang 2 minggu baru jumpa mangsa (mayat) dan bangkai frame.

    Memang aneh dan agak memalukan - bukankah kita lebih maju daripada Indonesia?

    BalasPadam
  3. Sebenarnya kita ni ramai yang pandai,ada agensi yang cuba nak menunjuk2 maalumlah nak tunjuk/tonjol department masing2 nak justified to buy the asset, dulu chakap SAR TUDM regardless sea or ground, sekarang bila SAR sahaja Bomba,Polis tujuk belang mereka,untuk pengetahuan anonymous TUDM sekarang is consider relek tak ade apa2. You talk about experience.....alamak. Sea SAR now APMM,ground Bomba and Polis,bila dah buntu.....suruh dia orang buat jungle winching nak tau,So TUDM buat ape? bila TUDM nak beli asset...just imagine NURI(Sikorsky S61N) yang TUDM pakai dah berapa lama the ac masih bolih pakai why can't they upgrade the ac,the heli MARINE ONE use by Barak Obama is the same type/version use by TUDM heli squadron No 10,5,3,and 7sqn just upgrade the proper equipment especially the INSTRUMENT.To be frank the nuri is the life wire of security forces during fighting CT operation so why waste the asset.TQ

    BalasPadam
  4. Saudara senapang patah,

    Memang jauh bezanya, seperti langit dengan bumi. Adatlah...semuanya dinamik. Ketika menonton 'Beret Hijau' Jumaat lalu, saya telah sms kepada seorang yang berpengaruh bertanyakan mengapa tidak buku saya diadaptasi dalam bentuk filem. Jawapan beliau sungguh positif dengan syarat '...Kena cari penulis skrip komersial supaya cerita menarik'. Sapa-sapa kenal penerbit/penulis skrip yang berwibawa?

    Saudara mangchikla,

    Betul tu...Dato' Hussein Sopian.

    Waalaikumussalam Saudara Anonymous,

    Banyak faktor melibatkan kelewatan menjumpai bangkai pesawat dalam operasi SAR: cuaca salah satu faktor utama. Selain itu, 'route' sebenar yang diambil oleh pesawat juga memainkan peranan. Dalam insiden pesawat CASA di Indonesia baru-baru ini, saya percaya pesawat tersebut terbang mengikut route yang telah tercatat dalam 'flight plan', katakan terbang dari A ke B 'in straight line'. Secara ringkasnya, SAR party menjadikan route tersebut sebagai landasan untuk ops SAR. Dalam banyak insiden melibatkan helikopter, pesawat ini jarang mengikut route ketika cuaca buruk kerana terikat dengan SOP 'IFR...I Follow Road/River'. Dan, hutan kita MEMANG TEBAL, setakat pesawat ringan tu mudah ditutupi oleh hutan dara kita. Wallahualam.

    X-Nuri Crewman,

    Terima kasih.

    BalasPadam