Pages

Isnin, 26 Disember 2011

Mungkin Menjadi Kenyataan?

Mungkin ramai dah cemuih membaca coretan berkaitan kisah 'Reunion' di sini. Tapi tak kisahlah, janji saya akan cuba sedaya upaya meyakin pihak terbabit untuk mempertimbangkan cadangan saya. Manalah tahu, tut...tut...dipersetujui. Jadi, saya pun hantarlah e-mel berikut kepada PTU....   

From: nor ibrahim sulaiman 
To: PTU 
Cc: Dato Roslan TPTU ; PS1 Muzium ; Dato Muslim 
Sent: Friday, 23 December 2011 11:37 AM
Subject: PERJUMPAAN PARA VETERAN ERA INSURGENSI

Assalamualaikum Tan Sri,

Maklum balas daripada pembaca-pembaca buku saya - Coretan Xnuripilot - menunjukkan ramai rakyat Malaysia  sebelum ini tidak mengetahui peranan yang dimainkan oleh TUDM di era insurgensi. Saya bersyukur kepada Ilahi kerana sedikit-sebanyak sumbangan saya telah menonjolkan TUDM. Tidak lagi penentangan negara terhadap pengganas komunis hanya fokus kepada Tentera Darat dan PDRM sahaja.

Di sini, saya ingin mencadangkan kepada TUDM agar menganjurkan satu perjumpaan bagi mereka yang terlibat dalam operasi-operasi menentang pengganas komunis. Ia seharusnya turut melibatkan warga TDM dan juga balu-balu/anak-anak wira-wira yang terkorban dalam Tragedi Gubir 26 April 1976  serta  2 orang warga 'Air Rescue Team' yang terkorban dalam pesawat Nuri ketika Ops Selamat Sawadee.

Pada saya, tarikh yang difikirkan sesuai ialah 1 Jun 2012 sempena Hari TUDM manakala lokasinya pula ialah Muzium TUDM.

Sekian untuk pertimbangan pihak Tan Sri. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) 

Tanpa diduga, saya terima respons ini...

From: "rodzalinov@hotmail.com" 
To: nor ibrahim sulaiman 
Cc: Dato Roslan TPTU ; PS1 Muzium ; Dato Muslim 
Sent: Friday, 23 December 2011 11:57 AM
Subject: Re: PERJUMPAAN PARA VETERAN ERA INSURGENSI

Dear nor,
A good idea but need to identify if it can jive with the concept next year's celebration. Will pass the matter to TPTU, the chairman of HUT, for further deliberation.

Warm regards and happy 2012

Apa lagi, saya pun sms pula kepada TPTU. Petikan '....Sekiranya cadangan dipersetujui, ia tak semestinya diadakan pada 1/6/2012. Saya sedia maklum jadual TUDM pada hari itu terlalu padat. Anyway, harap mendapat pertimbangan sewajarnya dpd Dato'. TK'.

Hanya syukur Alhamdulillah yang boleh saya ucapkan sekiranya perjumpaan ini menjadi kenyataan...Tak kisahlah bila. Apa pun, saya telah mencuba....Allah yang menentukan.

14 ulasan:

  1. salam, serpihan bangkai pesawat yang terlibat kemlangan seperti 'Gubir Tragedy' adakah di bawa pulang ke pengkalan? juga pesawat2 lain yang terhempas dalam Malaysia ni? kalau masih ada sepirhan nuri kat Gubir tu,saya nak pegi cari la...ekor pun takpe

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam,

    Terima kasih. Kalau tak silap saya, bangkai pesawat yang terlibat dalam 'Gubir Tragedy' tidak dibawa balik ke pangkalan. Ada juga yang dibawa pulang, seperti yang jatuh di Gunung Korbu; ada juga yang terpaksa ditinggalkan di lokasi nahas. Wallahualam.

    BalasPadam
  3. Tuan Nor,

    Perkataan sibuk dalam TUDM memang dah lama didengar,sejak bila TUDM tak sibuk? sebab itulah tugas2 lain banyak diberi kpd BOMBA dan PDRM,dan TUDM sekarang tertumpu pada Air Show sahaja.....Demo Heli baru dari Syskosky telah pun dibuat terpampang perkataan "Legacy of hero" tetapi yang datang siapa eh?sabenarnya the word hero adalah pesawat NURI bukan crewnya memang, cekap American, tulah dia kebolehan TUDM masakini ditengelamkan olih Bomba dan Pdrm,persoalannya are the heli squadron going foward or backword?

    Sepatutnya perkara ini lama dulu dibuat sekiranya pehak atasan peka dengan insiden tersebut,tapi masaalahnya ialah sikap sedangkan crew yang terlibat dengan operasi yang dialami pada 1968 -1989 masih ada dalam TUDM sahingga sekarang,tidak terdetikkah difikiran mereka untuk membuat sesuatu untuk rakan2 mereka yang telah gugur? its take Major pencen untuk menengahkan perkara tersebut,anyway weldone for the efford Tuan.TQ

    BalasPadam
  4. Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

    Congrats Tn...an early, good indication...a new beginning indeed! Well, to achieve anything requires faith and belief in ourselves, vision, hard work, determination, and dedication. All things are possible for those who believe. PERSIST...with an idea, determination, and the right tools, am sure Tn and all the ex-servicemen can do great things. All the very best and good luck Tn and hopefully what is planned and forwarded to the the authorities concern would soon be materialised; insyaAllah. Its about time; in fact long should be,these fallen souls cum unsung heroes and those who had strived and served to the utmost for the nation's independence, pride and dignity be cherished, respected and honoured...be them in the TDM, TUDM and TLDM. I believe your effort is worthwhile Tn and your comrades are all for it and they must be proud of you. Bravo Tn!

    BalasPadam
  5. salam tuan, klu mcm ni la attitude our armed forces skrg... no wonder la byk generasi muda skrg lagi tau Operation Overlord or Pointblank atau pn Operation Rolling Thunder or Linebacker I & II daripada Operasi Selamat sawadee or Daoyai Musnah....aduihh keciwa betul...

    BalasPadam
  6. masalahnya kerajaan terlampau berRAHSIA sangat dengan operasi-operasi masa insurgensi dulu sampai ada rakyat kita yang jadikan komunis sebagai idola, inilah masanya segala mak-nenek cerita masa insurgensi dulu di hebohkan ..

    BalasPadam
  7. Salam Tuan Nor Ibrahim & all the blog followers.

    Selamat Tahun Baru 2012.....

    Best Regards,
    JeffNSP
    Subang, Selangor

    BalasPadam
  8. Salam tuan, sy came across suatu perkara yg pada sy is puzzling.i tried to search for literature review dlm internet utk OPERASI SELAMAT SAWADDEE n DAOYAI MUSNAH n GUBIR INCIDENT. reference to ur blog came out top.ha ha ha ur blog seems to be the leading reference. to me,this mean only u r the ones who cares to write about it.n all like minded vets like u sir continues to fill in the vacumm of pengkisahan sejarah tersebut.our higher authorities? They r a bunch of jokers.its is a heartbreaking for me to go to bookstores,only to find western military histories,chin peng's my story n all political figures books of crap about self glorification!!! Tv pn sama,dh xde lagi HARIMAU RIMBA etc...raya puasa ari tu je ada DARAH SATRIA n PREBET LAPOK n WIRA ANGKASA.aduhai apa nk jadi malaysia ku yg tercinta.all i can say is our gov TIDAK JUJUR dalam menghargai n angkat martabat perjuangan veteran kita.TIDAK MENGENANG BUDI dan TIDAK MENDIDIK generasi skrg ttg dari mana datagnye keamanan dan kemakmuran yg ada skrg.xkan nk tunggu komunis angkat senjata balik kot?

    BalasPadam
  9. Saudara arief joko,

    Betul tu. Saya pun tak faham mengapa pihak berwajib begitu berat untuk 'declassified' dokumen. Sepatutnya, rakyat diberi peluang untuk membuat kajian terhadap operasi-operasi yang dilancarkan. Semuanya ini sepatutnya boleh diperolehi di arkib.

    Saudara JeffNSP,

    Terima kasih. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012. SEMOGA AZAM 2012 AKAN TERCAPAI DAN DIBERKATINYA.

    Saudara zulfatah,

    Terima kasih. Tak tahulah saya macam mana yang menyakinkan para veteran untuk mendokumentasikan pengalaman mereka. Sepertimana yang saya katakan, kemungkinan besar saya akan menerbitkan sebuah lagi buku sekiranya ada bahan cerita. Kalau tiada yang sudi menerbitnya, saya akan terbitnya sendiri, insya-Allah.

    BalasPadam
  10. Salam tuan mej nor ibrahim. tertarik dgn komen zulfatah dan your comment. Selepas saya balik daripada berkursus Staff College di Wellington Nilgiris, tamilnadu, india pada tahun 2001, pernah saya mengutarakan supaya ATM (negara mungkin susah sikit kot) menubuhkan jabatan/sekolah atau apa saja namanya khas membicarakan tentang tektik dan strategi peperangan/pertempuran utk generasi muda.
    Tapi as usual, u know what the answer will be.
    Rakyat India sangat berbangga dgn askar depa. kalau setakat 3 generasi dlm tentera tu, quite common le tu. Sebab? sebab negara india sentiasa bergolak dgn jirannya. Kargil war, sekadar contoh, diperbahaskan dlm kelas semasa staff college.
    Kita..??? woww, best, gaji penjawat awam sudah naik.

    salam.
    razaksalim
    lt kol TUDM Bersara

    BalasPadam
  11. Waalaikumussalam Kol Razak Salim,

    Tiada apa yang saya boleh komen! Kebanyakan negara mewujudkan War Memorial untuk disemadikan wira-wira negara, tidak ikut pangkat dan darjat. Kita?

    BalasPadam
  12. salam,tuan nor dan semua.
    rasanya bukan sy seorang je yg menanti dgn penuh x sabar nk miliki ur second publications....sy nk awal2 lagi BOOKING mcm ari tu,5 naskhah.insya allah sy akan sebarluaskan hasil karya tuan.this is the least i can do to honour u n all the vets over what u guys had done.SALUTE to all.the retired,the wounded and the fallen.those canvassing the entire jungle,manning isolated posts.patrolling the high seas/combating pirates and those who flew among the clouds,providing assurance that no matter what,their buddies on d ground n seas will not b forgotten- all hopes will not b lost!a true 1 MALAYSIA team at work minus the rethoric n brouhahah.may ALLAH bless u all.THANK YOU sirs.

    BalasPadam
  13. Dear Zulfatah,

    Thank you. Just to let you know, maybe in August, a book on the experiences of our silent heroes would likely be published by Capt Muhammad Zuraiman of Muzium Tentera Darat, insya-Allah. Recently,I watched a programme on tv - 'Al-Hizrah' - about an 'adventure' of an xWO2 in Gua Musang...Interesting.

    The writer told me of his book and I told him to reserve one for me.

    BalasPadam
  14. Dear Zulfatah,

    Thank you. Just to let you know, maybe in August, a book on the experiences of our silent heroes would likely be published by Capt Muhammad Zuraiman of Muzium Tentera Darat, insya-Allah. Recently,I watched a programme on tv - 'Al-Hizrah' - about an 'adventure' of an xWO2 in Gua Musang...Interesting.

    The writer told me of his book and I told him to reserve one for me.

    BalasPadam