Followers

Thursday, December 15, 2011

Bukannya 'Reunion'

13 Disember 2100, jam 1200, memandulah saya ke Kuala Lumpur selepas bermain 9-lubang. Tujuan adalah untuk memenuhi jemputan xbos, Brig Jen Dato' Richard Robless, bagi menghadiri program 'Legacy of Heroes' di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur yang saya coretkan di sini. Kan tak pergi kut kerana beliau sedia membiayai penginapan saya di Seri Pacific Hotel. 

14 Disember, jam 0800...Saya pun beradalah di Pangkalan. Sementara menunggu jam 0900 apabila program dijangka bermula, saya telah terbaca laporan ini dalam NST. Seramai 70+ warga TUDM yang ada kaitan dengan Nuri, telah diraikan oleh Sikorsky pada 13 Disember.

Apakah sebenarnya 'Legacy Of Heroes'? 
Bukanlah apa yang saya sangkakan...Bukannya satu 'reunion of Nuri aircrew'! Ia hanyalah satu program dimana syarikat Sikorsky sedang giat mempromosikan pesawat S92 mereka ini di seluruh negara Asia. Sebagai wakil syarikat Uncle Sam ini, Rajawali Aerospace dipertanggungjawabkan untuk mengurus keperluan Sikorsky. Saya dan Lt Kol Frank Chong TUDM (B) adalah tetamu kepada Dato' Robless. Tetamu yang dijemput hari itu ialah anggota Cawangan Udara PDRM.

Dari kiri: Dato' Richard Robless, Lt Kol Frank Chong, He...He...He

Saya ini macam  dinosaur.... spesies yang dah pupus! Mana tidaknya, 'instrumentation' di kokpit memang jauh beza dengan apa yang saya tahu. Sekarang ini orang dah tak main dengan 'analogue instruments'; tak sibuk mengawasi 'Ts & Ps', tak letak tangan dekat SSL (Speed Selector Lever) ketika 'take-off' atau 'landing', dan lain-lain. Dah tak pakai 'FMS' (Fuel Management System) seperti gambar ini. Sekarang orang cakap pasal 'glass cockpit (GC)'. (Sebenarnya GC dah lama wujud tapi hanya saya tidak berkesempatan 'merasa' penggunaannya).

Sungguh teruja dibuatnya apabila diberi peluang untuk mengikuti 'demo flight'. Tak kisahlah hanya sebagai penumpang sahaja. Penerbangan ini selama 30 minit. Mana tidaknya, kali terakhir saya terbang dengan helikopter ialah pada 27 Januari 1992 dengan Alouette 111 ketika menduduki ujian bagi lesen ATPL. 

Lihatlah perbezaan instrument panel. Gambar bawah 'glass cockpit'. Ini sungguh memudahkan juruterbang mengendalikan pesawat.

Yang paling saya kagum ialah helikopter ini dilengkapkan dengan kemudahan bagi membantu Kuatermaster  Udara (KU) ketika membuat 'winching'. Bila pesawat dalam mode 'auto hover', kapten pesawat boleh menyerahkan 'control' kepada KU untuk mengendali pesawat ke kiri, ke kanan, ke depan atau ke belakang dengan had laju tidak melebihi 15 knots. Ini memudahkan  kerja KU. Beliau tidak lagi perlu membuat 'pattering' kepada juruterbang supaya 'survivor' berada selari dengan 'hoist'. KU hanya perlu menggunakan 'hand-held portable control' bagi menentu arah yang diperlukan. Walaubagaimana pun, kapten pesawat boleh 'override'

Bergambar bersama Test Pilot

Saya sempat menyarankan kepada Regional Sales Manager agar Sikorsky turut menghargai para veteran anak kapal Nuri terdahulu. Mengapa pengiktirafan hanya dihadkan kepada mereka yang masih berkhidmat? Menurut beliau memang ada cadangan dan mungkin akan diadakan pada April 2012 sempena DSA. Tunggu dan lihat sajalah.

Lepas makan tengah hari yang disediakan, paculah kereta balik ke 'home sweet home'. Apa pun, memang berbaloi perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini. Syukur Alhamdulillah.

Dato' Richard....Terima kasih.

8 comments:

Anonymous said...

As salam,

Tuan turut turunkan t/tangan pada badan S-92 tak?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Waalaikumussalam,

Kerana terlalu teruja, terlupa yang turunkan t/tangan pada badan S-92...Eh...Eh...Eh.

Mohd Arshad Raji said...

Saudara Nor,

Nice to see my classmate Robless and my squad mate Frank Chong.

nur_emyinda12 said...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Congratulations for having fulfilled the invitation. Sure it is far from what i myself;too,expected. Anyway, hopefully what Tn had forth suggested would be materialised next year...insyaAllah..complying to the phrase on the heli "celebrating those who serve" - Legacy of Heroes. Of course, those who are still serving actually took up, and have to keep up to the legacy set from those who had served to the utmost ;-D

p/s interesting to read the print on the heli" fall 2011-spring 2012"...its a 6 mths promotion tour alright.

Anonymous said...

assalamualaikum

info....auto hover system turut dipasang pada beberapa pesawat nuri di KL dan Bwth. penggunaannya sama seprti di s92 yg saudara lihat tu

Robert Rizal Abdullah said...

Well done Squad.

WO I (M) AZANI said...

salam, saya dah diberi pendedahan oleh wakil sikorsky semasa di LIMA'11, memang bagus a/c ni, sistem lebih kurang DAUPHIN, kelebihan dia punya endurance dan cabin yang luas dan tinggi, senang untuk crewman to control auto hover & winching operation.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Assalamualakum Dato',

Thank you. I'm thankful to Dato' Robless for inviting me to the demo flight. Col Chong told me that your Intake (8th) is organising a reunion soon. Well, may I wish a happy reunion.

Waalaikumussalan nur_emyinda12,

Thank you. I sincerely hope my suggestion would be given due consideration by Sikorsky. Wallahualam.

Waalaikumussalam Anonymous,

Adakah Nuri di No 3 & No 10 Skn turut dipasang dengan sistem dimana AQM boleh menggerakkan pesawat ketika Nuri dalam 'hover mode'? Kalau dah pasang...Wow!

Squad,

Thank you.

Waalaikumussalam En Azani,

Terima kasih. It's a 'beautiful' and pilot- friendly aircraft. memang benar heli ini memudahkan AQM melaksanakan tugas winching.