Pages

Isnin, 30 Januari 2012

Dari Album XPegawai Memerintah - Bhg 2

Sambungan daripada coretan ini. Gambar Tun Dr Mahathir di sini dirakamkan pada 09 Oktober 1976. Berikut adalah beberapa keping gambar semasa lawatan beliau ke Pangkalan TUDM Butterworth....

Berdiri dari kiri: Mendiang Kapt (U) Toh BF, Mej (U) Abdullah Mohd, Brig Jen (U) Sharuddin Ali, Mej (U) Amirul Ghani, Tun, Lt Kol (U) Jaafar Ismail, Lt Kol (U) Fauzi, Mej (U) Looi KH, Kapt (U) Tan KH, Lt (U) Victor Emanuelle
Depan dari kiri: Lt (U) Jusoh Embong, Lt (U) Shukur Hamidun, Lt (U) Mokhydin Abu Bakar, arwah Lt (U) Shubli, Lt (U) Alwi, Lt (U) Bashir

Tun berbual dengan Brig Jen (U) Shahruddin dan Lt Kol (U) Fauzi sebelum penerbangan dengan pesawat F5F

Pekena 'sekole' kopi selepas penerbangan

Catatan: Harap ada pembaca yang dapat memperbetulkan pangkat dan nama para juruterbang No 12 Skuadron di atas.

Nota: Nama-nama juruterbang telah diperbetulkan pada 31 Jan, jam 1706, dengan ihsan PTU (lihat komen). 

Ada lagi.... 

Sabtu, 28 Januari 2012

Elaun Kenangan

Saya sebenarnya dah nak 'mennoktahkan' isu 'Elaun Kenangan' setelah YAB PM mengumumkan pemberian elaun tersebut di sini. Saya pasti pembaca pun dah cemuih membacanya. Pada saya, pengumuman itu sudah mencukupi dan saya menganggapnya satu kejayaan. Bila gomen akan membayarnya bukan satu persoalan. Sebenarnya, sebelum pengumuman tersebut lagi, saya telah dimaklumkan kelewatan pembayaran kerana banyak proses birokrasi yang terpaksa dilalui. Paling utama sekali ialah satu akta khusus perlu diluluskan oleh Parlimen.

Masalahnya, ada rakan yang bertanya bila mereka akan menikmati elaun berkenaan.  Bagi meredakan kegusaran ini, saya telah menghantar e-mel kepada seorang penjawat awam terbabit. Respons beliau yang saya terima pada 4 Jan 2012, petikan '.....Saperti yg Tuan sedia maklum, sebuah akta khusus utk elaun kenangan tsb perlu  digubal dan kemudiannya di luluskan oleh Parlimen sebelum elaun tsb blh mula di bayar.Apa yg tlh di maklumkan kpd saya , JPM yg bertanggungjawab tentang perkara ni tidak dpt membentangkan rang undg2 berkaitan di sesi Parlimen di hujung tahun lepas kerana terlalu byk rang undg2 lain yg menanti giliran utk di bentangkan. Saya juga di fahamkan bahawa rang undg tsb di jangka akan di bentangkan di sesi Parlimen pada Mac akan datang. Oleh itu, saya menjangkakan elaun kenangan tsb hanya akan mula dibayar seawal awal nya pada pertengahan tahun mengambilkira proses legislatif rang undg2, penwartaan dan lain2 urusan pentadbiran JPM. 

Utk makluman Tuan semasa menguatkuasakan kadar baru elaun SP dan PGB, ia mengambil masa 10 bulan selepas pengumuman sebelum ia mula di bayar.'

Saya pun 'forwardkan' e-mel ini kepada rakan-rakan  terbabit untuk pengetahuan mereka. Semenjak itu, tiada lagi soalan   'bila' diajukan kepada saya! Tut...Tut...Diam tak diam, saya terbaca surat daripada 'MENUNGGU SAMPAI TUA' dalam kolum Forum Utusan Malaysia bertarikh 27 Jan 2012. Mana boleh mejar pencen ini duduk diam begitu saja. Jawabnya, melayanglah surat berikut....


Bagi memastikan surat tersebut membolos 'gate-keepers' penjawat awam terbabit, ia turut dihantar  melalui e-mel. Tak sangka juga apabila terima respons daripada salah seorang 'bos' di JPM...

From: Datuk Othman Bin Haji Mahmood
To: YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim
Cc: Chong KL ; khalid Ali ; Capt Murad ; Md Som ; Dato Zaini Utusan ; nor ibrahim sulaiman ; Dato Abu Bakar JPA ; YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan ; YBrs. Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad
Sent: Friday, 27 January 2012 10:23 PM
Subject: RE: ELAUN KENANGAN

 Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh,

YBhg. Datuk, 

Harap dapat disampaikan maklumat yang sama kepada pengadu sepertimana cadangan jawapan kita kepada pihak akhbar. Harap dapat diselaraskan.

Terima kasih. 

 "Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"  
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti" 

OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD 
27 Januari 2012 
( 03 – 887 21800 | 6 03 – 8888  3834 | * othmanm@pajpm.gov.my

Sebenarnya, Datuk Othman tidak tersenarai dalam 'Salinan kepada' surat di atas. Tapi dalam e-mel saya masukkan namanya kerana beliau adalah bos kepada Datuk Wan Hamidah. Saya ada musykil sedikit apa maksud '..cadangan jawapan kita kepada pihak akhbar.' Cadangan? Saya akan ajukan kemusykilan ini kepada Datuk nanti, Insya-Allah. 

Rabu, 25 Januari 2012

Lagi Panggilan Ilahi

25 Januari 2012 = 1 Rabiulawal 1433H, lebih kurang jam 1600, saya terima panggilan telefon daripada squad-mate, Brig Jen Dato' Muslim Yusof (B), memaklumkan bahawa Lt Kol Jamaluddin Bin Tajuddin TUDM (B), telah kembali ke rahmatullah pada jam 1400.....إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Saya difahamkan arwah telah lama mengidap barah pankreas. Ketika panggilan dibuat, jenazah  masih di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Taman Melewar, Batu Caves.

Dari kiri: Kapt (U) Raja Mohd, mendiang Mej (U) Stephen Ngiau, arwah Mejar (U) Jamaluddin, Lt Kol (U) Richard Jalleh, Mej (U) Ooi Ah Bah

Saya mengenali arwah ketika mengikuti kursus peralihan pesawat Nuri sebagai ko-pilot pada Jun 1974 selepas tamat kursus penerbangan di SEA Helicopter Sdn Bhd. Malah, semasa fasa penerbangan selepas tamat 'ground school', arwah adalah jurulatih pertama yang terbang dengan saya. 

19 Jun 1974 - Penerbangan pertama saya dengan pesawat Nuri 

Saya kerap terbang sebagai ko-pilot arwah, terutama penerbangan VVIP. Salah satu penerbangan yang masih segar dalam ingatan ialah membawa Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah. Mengikut 'tasking sheet', kami dikehendaki mengambil Tuanku di Grik dan 'offload' di Taiping. Seterusnya, terbang ke Butterworth untuk Ops Bamboo Xpress keesokan hari. Pagi-pagi 4 Feb 1975 lagi, kami telah terbang dari Kuantan. Mendarat sahaja di Grik, sebuah kereta telah dihantar menjemput kami ke Rumah Rehat untuk sarapan pagi dengan Tuanku. Pergilah kami bertiga bersarapan semeja dengan Tuanku, Y.M Datuk Sri Sharifah Salma, isteri Baginda dan seorang lagi. Sungguh teruja dibuatnya. Manakan tidak...Siapalah saya diberi peluang makan pagi semeja dengan seorang Sultan!

Sebelum berlepas dari Grik, Tuanku memaklumkan arwah Kapt (U) Jamaluddin yang beliau berhasrat untuk melawat arwah YM Raja Shariman, OBJ Dinding (Orang Besar Jajahan, Manjong) yang ketika itu berada di Hospital Besar Ipoh. Menjadi tugas saya untuk memaklum Bilik Operasi Pangkalan tentang 'diversion' yang dipinta oleh VVIP pax. Dari Ipoh, kami mendarat di Padang Esplanade, Taiping. Lagi sekali, Tuanku menjemput kami makan tengah hari di Rumah Rehat. Saya masih ingat, orang yang membawa kami ke Rumah Rehat ialah Dato' Razak, seorang 'dignitary' di Taiping. Para hadirin hanyalah Tuanku dan isteri, Dato' Razak dan kami bertiga. Kami makan di bilik VVIP. Salah satu hidangan yang sehingga sekarang saya masih ingat ialah sambal tumis ikan bilis. Selepas makan, kami pun berlepas ke Butterworth.

Kali terakhir saya terbang dengan arwah ialah pada 11 Disembar 1975. Beliau telah bertukar ke KEMENTAH pada Januari 1976. Semenjak itu, seingat saya, kami tidak pernah bersua sehingga berita yang saya terima ini.

11 Disember 1975 - Penerbangan terakhir dengan arwah Kapt (U) Jamaluddin 

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh allahyarham. Al-Fatihah.

Selasa, 24 Januari 2012

Dari Album XPegawai Memerintah - Bhg 1

Saya telah menghantar e-mel kepada Mej Jen Dato' Fauzi bin Hussain TUDM (B), mantan Timbalan Panglima Tentera Udara. Saya telah bertanya kepada beliau bilakah gambar-gambar di coretan ini diambil. Ketika itu beliau, berpangkat Wing Commander (Lt Kol), adalah Pegawai Memerintah TUDM Butterworth. Beliau, sebaliknya, telah menghantar beberapa keping gambar serta kapsyennya sekali, petikan '.... See and take whatever you can use'. Saya terpaksa membuat 'Mayday call' kepada saudara 'mangchikla' untuk membantu saya 'copy & paste' gambar-gambar tersebut untuk diposkan dalam blog ini. 

LAWATAN PERDANA MENTERI, ARWAH TUN ABDUL RAZAK, PADA 31 DISEMBER 1974  

The visit by the PM of Malaysia Tun Abdul Razak and Toh Puan Rahah – 31 Dec 74

Inspecting the quarter guard accompanied by the commander Sqn Ldr Looi

Walking past the saber aircraft, a squadron of this aircraft were donated by Australia

Visiting the No 3 Sqn

Toh Puan Rahah, the PM wife at the CO’s residence – 31 Dec 74

Toh Puan Rahah with the CO’s wife
Banyak lagi....

Dato'  Fauzi & Saudara Mangchikla....Terima kasih.

Khamis, 19 Januari 2012

AWAS/AMARAN

AMARAN...JANGAN SAMA SEKALI MEMPERCAYAI APA YANG TERCATAT DALAM E-MEL SEPERTI YANG SAYA TERIMA INI. INI HANYALAH HELAH PENYANGAK/PENYAMUN/PENIPU UNTUK MENGAUT SIMPANAN ANDA DALAM BANK. PERCAYALAH, BANK TAK AKAN MEMINTA BUTIR-BUTIR AKAUN ANDA MELALUI INTERNET. LAGI PULA, SAYA TIDAK TERFIKIR SIAPA YANG HENDAK MEMBUAT BAYARAN KEPADA SAYA DAN UNTUK APA. PALING TIDAK PUN, PERHATIKAN KETIADAAN ALAMAT PENERIMA.

BANK MEMPUNYAI BUTIR-BUTIR LENGKAP AKAUN PELANGGAN MEREKA. DELETEKAN SAJA APABILA MENERIMA E-MEL SEPERTI INI. KALAU TIDAK PUN, HUBUNGILAH BANK UNTUK MENDAPAT PENGESAHAN.
From: CIMB 
To:
Sent: Wednesday, 18 January 2012 9:42 AM
Subject: You have a pending incoming bill payment

   

Dear Valued Customer, 
You have a pending incoming bill payment from 10130006094524 to your account. This transaction cannot be completed due to errors present in your account information.
Kindly click on 'Submit' below and ensure you fill in the required information to have the money credited in your account
Thank you for your continuous support
All rights reserved. Copyright © 2011 CIMB Bank
   
Saya tiada masa untuk klik kat 'Submit' sebaliknya telah cuba 'forward'kan e-mel kepada CIMB melalui'cimbclicks@cimb.com' tetapi tidak berjaya dengan alasan....

Your message was not sent.
Suspicious activity was detected on your account. To protect your account and those of our users, your message was not sent. Please follow the guidelines outlined on our help page to resume sending mail.
If this error continues, please contactahoo! Customer Care for further help.
We apologize for the inconvenience.

Selasa, 17 Januari 2012

Yop Min Yang Saya Kenali

15 Januari 2012, Ahad, jam 0830. Terima panggilan telefon daripada adik, Ahmad Kamarudin @ Mek, memaklumkan bahawa Yop Min dimasukkan ke CCU, Hospital Tuanku Bainun, Ipoh kerana diserang sakit jantung. Saya memberitahunya untuk memaklumkan perkembangan selanjutnya.

16 Januari 2012, Isnin, jam 1244. Terima panggilan telefon daripada adik, Wahinuddin @ Aii, memaklumkan bahawa Yop Min 'sudah tiada lagi'....إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ! Jenazah  diuruskan di Ipoh sebelum dibawa ke kampung halamannya di Lenggong. Apakan daya, disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, saya tidak pergi ke Lenggong untuk pengkebumiannya.

17 Januari 2012, Selasa, jam 0730. Selepas memberi makan kucing-kucing di DGCC, saya pun terus memandu ke Lenggong untuk menziarah kaum keluarga arwah Yop Min.

Arwah Mohd Jamil bin Mohd Azraai, 74, atau lebih dikenali Yop Min di kalangan keturunan Khairuddin bin Haji Sulaiman, adalah sepupu saya. Bapanya, arwah Pak Mat Azraai, adalah abang kepada arwah bapa saya. Arwah Yop Min sangat dihormati dan disegani oleh kami semua. Beliau mempunyai budi pekerti yang tinggi. Pertuturannya lemah-lembut dan mengatur apa yang akan dituturkannya.

Arwah adalah pesara dalam perkhidmatan Jabatan Ukur, Kuala Lumpur. Setelah isterinya, arwah Hawa Binti Hassan yang pulang ke rahmatullah pada 17 Oktober 1993, beliau membuat keputusan untuk kembali ke kampungnya di Lenggong. Arwah menghabiskan sisa-sisa hayatnya mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak berdekatan dan bertindak sebagai  siak/bilal/iman apabila keadaan memerlukan. 

Dari kiri: Arwah Wan Shaari, Wan Ismail Khairuddin, arwah Yop Min, arwah Sulaiman (bapa)

Jenazah telah disemadikan di tanah perkuburan masjid yang arwah adalah seorang kariahnya. 
Di sini juga bersemadinya arwah Pak Mat Azraai (ayah), Wan Zan (ibu) dan Kak Mah (adik) 

Mana saya boleh Yop Min! Pertama kali saya memijak tanah Kota Bharu ialah ketika arwah berkhidmat di Jabatan Ukur, Kota Bharu. Saya telah mengambil cuti untuk melawat Kelantan ketika mula berkhidmat di pasukan 3 Meriam, Taiping. Dari Taiping, saya telah menaiki keretapi ke Kota Bharu dan tinggal di rumah arwah. Ketika itu arwah masih bujang dan tinggal bersama rakan-rakannya. 

Semasa bertugas sebagai Pegawai Gaji 7 RAMD, Pengkalan Chepa di awal 70'an, arwah telah tinggalkan keretanya, Mini Minor, untuk kegunaan saya semasa arwah balik bercuti ke Lenggong. Arwah menggunakan perkhidmatan keretapi menerusi Golok-Padang Besar dan seterusnya ke Kuala Kangsar. Nombor pendaftaran kereta ini, AM 7314, telah menyelamatkan saya daripada dikenakan saman oleh  Pak Dato'. Satu malam, saya telah 'termasuk' jalan 'No Entry' di pekan Kota Bharu.  Apabila ditahan, dengan muka penuh 'welfare', saya merayu kepada Pak Dato' yang saya ini tidak 'familiar' dengan bandar Kota Bharu kerana baru tiba dari Perak untuk melawat saudara.  Syukur Alhamdulillah, saya dilepaskan.

Kereta tersebut masih kekal di Lenggong...Satu kenangan yang mengusik jiwa. Tapi tuan punya kereta sudah pergi buat selama-lamanya. Namun demikian, arwah Yop Min sentiasa segar dalam ingatan. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Bersama Muha (adik arwah Yop Min) di Lenggong

Sabtu, 14 Januari 2012

Ketibaan F5F

Sambungan dari posting di sini, sekarang diturunkan pula gambar-gambar ketibaan pesawat Northrop F5F - 'Tandem seats' yang diemelkan oleh Saudara Xxxxxxx...
No 2 dari knan: Brig Jen Yunus Tasi




Dato' Seri Dr Mahathir turut terbang dengan Mejar (U) Abdullah

Dari kiri: Mejar (U) Jaafar, Dato Seri Dr Mahathir, Lt (U) Alwi. Kol (U) Fauzi memegang 'kole' (mug)

Saya tak pasti bila gambar-gambar tersebut diambil. Sesiapa yang sudi melengkapkan sebarang fakta terhadap peristiwa ini sangat dialu-alukan. 

Saudara Xxxxxxx....Terima kasih.

Rabu, 11 Januari 2012

Ketibaan Pesawat F5E Tiger

Dalam buku 'Coretan Xnuripilot', saya ada menyatakan kekesalan kerana tidak merakamkan pelbagai peristiwa ketika masih berkhidmat sebagai seorang juruterbang 'the old but faithful Nuri'. Salah satu peristiwa ialah menyaksi pendaratan pesawat Lockheed C5 'Galaxy',  pesawat pengangkut terbesar di dunia di waktu itu kepunyaan Military Airlift Command,   dengan muatan pesawat Northrop F5E Tiger. Ketika itu, krew Nuri dari No 10 Skn - arwah Kapt (U) Ismail Saud, saya & mendiang Sjn Leong - membuat detasmen di No 3 Skn, TUDM Butterworth mulai 15bh hingga 23 Mei 1975. Saya tak pasti tarikh sebenar ketibaan Galaxy. Bangunan skuadron ketika itu berhampiran dengan ORP Selatan (Operational Readiness Pan); difahamkan bangunan ini sudah tidak wujud lagi. Oh ya, saya masih ingat duduk di luar bangunan No # 3 Skn untuk menyaksikan Galaxy mendarat di runway 36. Wow...What an awesome sight! Agak kecewa sikit kerana tidak berpeluang untuk melihatnya dengan lebih dekat kerana terpaksa terbang ke Lasah untuk Ops 'Bamboo Xpres'.

Saya percaya ramai para pembaca yang berminat untuk mengetahui sejarah ketibaan pesawat pejuang F5E yang dibeli baru oleh negara dan seterusnya tertubuhnya No 12 Skuadron. Sebelum ini, pesawat pejuang dalam inventori TUDM untuk mempertahankan ruang angkasa Malaysia hanyalah pesawat  Cav Avon F86 'Saber' (No 11 Skn), vintage Peperangan Korea, yang dihadiahkan oleh kerajaan Australia.

Seorang pembaca, Saudara Zulfatah Ibeni, telah menghantar sekeping gambar menunjukkan F5E dikeluarkan dari perut Galaxy. Bagi melengkapkan lagi bahan sejarah ini, saya telah menghubungi seorang kenalan memohon agar beliau menghantar gambar-gambar ketibaan pesawat  pejuang tersebut. Hasilnya adalah seperti berikut....






Harimau sebagai lambang pesawat F5E Tiger - Sungguh comel

 31 Mei 1975 - Perasmian No 12 Skuadron oleh ?????? Kelihatan AVM Dato' Sulaiman Sujak, PTU, bersama dengan 2 ekor anak harimau

Sekiranya terdapat kesilapan fakta atau ingin menokok-tambah sejarah tentang penubuhan skuadron ini, sila e-melkan kepada saya.

Saudara Zulfatah Ibeni dan Xxxxxxx....Terima kasih.

Isnin, 9 Januari 2012

Oh Komer, Deghoyan Udah Lughuh

OOh komer, deghoyan udah lughuh
lebeh baik, cepat pergi suluh
Lamat siket, komer dapat habuk
Kalau tido, jawabnyer tinggei pokok
(Deghoyan Bebunge - Mr Os)
(((
Yeop oi...Negeri teman dah musim durian. Tapi teman tak ada dusun. Namun demikian, itu semua tak menjadi masalah kerana ramai di antara ahli kariah surau saya, Surau Darulaman,  memiliki dusun di Perak. Ini terbukti apabila salah seorang daripada mereka membuat kenduri durian bersama pulut dan santan. (Gambar ihsan 'wardahilmu.blogspot.com')

Terpapar pada papan kenyataan di surau, semua ahli kariah dijemput ke majlis tersebut pada Sabtu, 7/1/2012 selepas isyak. Semasa nak masuk ke perkarangan surau untuk solat isyak, dah menyusuk hidung terhidu bau raja buah ini. Aroma ini datangnya dari sebuah Mitsubishi Triton yang sarat dengan durian dari, mana lagi kalau tak bukan....Batu Kurau!

Selesai saja solat dan doa kesyukuran dilimpahNya rezeki, bermulalah sesi fiesta durian. Saya ni boleh dikategorikan peminat setia durian tapi sekarang ni terpaksa mengawal diri sikit. Jangan main yeop oi....Buah ini kandungan gulanya boleh tahan juga. Dalam mengawal diri tu pun, malam tu punyalah panas badan.

Sebahagian daripada pencinta buah tempatan 

Sebelum ini, seorang ahli kariah telah membuat kenduri buah berduri ini hasil dusun beliau di Tanjung Malim. Bila musim dokong pula, ada pula pemilik dusun yang meletakkan guni penuh dengan buah dokong untuk sesiapa  yang nak mengambilnya. Ada juga yang menjemput ahli kariah ke rumah untuk kenduri buah cempedak.

Sesiapa yang ada dusun durian tu....Jemput-jemputlah saya. Melawak saja....He...He....He.

Sungguh murah rezekiNya. Apa yang dikehendakiNya daripada hambaNya....Hanyalah bersyukur! 

Sabtu, 7 Januari 2012

Masih Belum Mengalah

Saya masih lagi tak nak mengangkat bendera putih tentang isu yang dicoretkan di sini. Apa nak dibuatkan sekiranya akhbar berkenaan tiada masa untuk menyiarkan berita tersebut...Itu hak mereka! Justeru, cuba pula menghantar emel berikut kepada wartawan NST. Saya tak kenal beliau; hanya sekadar membaca rencana beliau dalam New Sunday Times sahaja.  

From: nor ibrahim sulaiman 
To: Leslie Andres NST 
Sent: Tuesday, 3 January 2012 2:10 PM
Subject: UNSUNG HEROES

Dear Leslie,

May I wish you a HAPPY & PROSPEROUS NEW YEAR 2012. And congratulations for being  given a rare chance of a lifetime flying in an aerobatic aircraft during the recent LIMA. You're one of the few fortunate Malaysians given such an honour. I never had the opportunity to fly with those young and brave daredevil pilots when I was still in the service...Lucky you:) happy:) happy.

Just to let you know, I'm now embarking on a lonely struggle to convince the state governments to honour those unsung and forgotten heroes. My classification of heroes are those who are  physically handicapped, eg, totally blinded, legless/armless, etc, etc, due to their sacrifice in defending the sovereignty of this nation during the counter-insurgency era.  And also the recipients of KPK (Kepujian Perutusan Keberanian). As you may be fully aware, KPK is one of the nation's 5 Gallantry Awards. However, unlike the others, ie, SP, PGBJPP &PTU, KPK holders do not enjoy the benefit of the monthly 'Elaun Kenangan'.  

What  I would like to see is that these heroes be given monetary incentives every 'Hari Pahlawan' on 31 July. I've started with the state of Kedah and Perak. Kedah allocated a budget for Raya bonus to the caddies of Royal Kedah Club (RKC) whilst Perak gave RM34k for the annual function of Ex-Servicemen Association conference held at Lumut on 1 December 2011. (Copies of the RKC bulletin and newspaper cutting are attached). I had sent an e-mail and a letter to the two states suggesting that they consider extending their generosity to the heroes as well. Regrettably, till today I'm yet to receive any response whatsoever:( sad:( sad.

I have no avenues to express my struggle other than writing to the agencies concerned. However, as an irrelevant and unknown rakyat, I don't think my letters receive the attention of the addressees. But, if it is highlighted in the mainstream newspapers, eg, NST especially from a popular columnist like you, I'm quite certain the relevant authorities might give some serious consideration.  
I would really appreciate if you could consider touching a little on this subject matter in your coming article. Thank you.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Well....Sehingga sekarang tiada sebarang respons. Walau apa pun, saya telah berusaha. Sekarang terpulanglah kepadaNya untuk menentukan. Semua ada hikmahnya!!

Selasa, 3 Januari 2012

Masih Belum Terlambat

Seperti biasa, habis saja 9-lubang, ke-empat-empat pro ini pun beredar ke 'De Kembong' untuk menyelesaikan masalah negara...He...He...He.
Roti canai di sini boleh tahan juga

Setelah semua urusan negara dibereskan, saya pun pandu kereta ke RHB Bank di Jitra untuk mengemaskini buku ASB. Sebenarnya, saya sudah pun buat anggaran dividen/bonus yang akan diterima sebaik saja pengumuman dibuat pada pertengahan Disember 2011. Kebiasaannya, lari +/- RM2-3K saja. Memang betul pun, angka saya kurang RM2K saja. Boleh tahan juga pengiraan mejar pencen ni. He...He...He. 

Serius sikit. Sepertimana yang saya coretkan di bawah label 'Financial Management', saya sungguh sedih apabila membaca kepahitan kehidupan yang terpaksa dilalui oleh segelintir veteran ATM. Saya pasti ramai para pembaca yang dah cemuih membaca tentang perancangan kewangan. Tapi saya tak kisah. Malah, untuk makluman, saya telah menulis surat kepada bos PNB menawarkan diri saya untuk memberi ceramah kepada para warga ATM ketika mereka (PNB) membuat kempen di kalangan tentera. Pada pandangan saya, ramai lagi warga tentera akan melabur sekiranya mereka di'sedar'kan oleh seseorang yang bercakap dalam 'lingo' mereka. Mudahkan cerita...saya ni dijadikan sebagai 'role model'. Syukur alhamdulillah, sehingga kini walaupun pesara sepenuh masa, saya tiada sebarang hutang....tiada hutang rumah, kereta, kad kredit, dll. Hidup tanpa hutang....gambarkanlah sendiri!! Semuanya kerana saya telah merancang dengan melabur apabila ASB mula dilancarkan pada 1990 lagi. (Klik untuk membaca). Seperti yang sudah dijangka, pengesahan penerimaan surat tersebut pun tiada!!!

Kepada mereka yang berminat, sekali lagi saya turunkan peluang yang menanti di luar sana....
Andainya anda meminjam RM100K selama 25 tahun, dividen/bonus ~8% dan buku di'ghaib'kan sepanjang tempuh itu. 

25 tahun kemudian, apabila buku dikemaskinikan, jumlah yang tercetak adalah...

                                      FV=RM10 0000(6.8485)=RM684850!!

Nota: Jumlah ini setelah sijil RM100K yang dipegang oleh bank sebagai cagaran, ditukar dalam bentuk buku setelah semua pembayaran dijelaskan.

Anda hanya membayar - RM588x12x25tahun=RM176400!!

Tapi mesti diingati....Sesiapa pun tidak boleh meramal apa akan jadi di masa hadapan. Kita dikehendaki untuk merancang dan berusaha. Selepas itu berserahlah kepadaNya untuk menentukan. Wallahualam.