Pages

Khamis, 23 Ogos 2012

'The Humble Hut'

Akhirnya, saya terima gambar-gambar berikut pada 15 Ogos daripada pihak TLDM sebagai respons kepada surat saya ini....

Penjaga keselamatan negara

Proses pembinaan 'the humble hut'

Masih dalam pembinaan

The humble hut yang pernah melihat Tun Mahathir bermalam pada Sep 1983

Lt Johari bersama PAT & PTL 1983

Penghuni Terumbu dengan PAT & PTL

Memetik Tun Dr Mahathir dalam bukunya, 'DOKTOR UMUM' '....Pada tahun sama, apabila saya menjadi Perdana Menteri, langkah pertama yang saya ambil adalah menempatkan orang kita di Layang-Layang serta mula membangunkannya sebagai sebuah pangkalan kecil dan pusat peranginan' (ms 367).  Kehadiran warga tentera kita bagi mempastikan tuntutan kita lebih berwibawa. Alasan inilah salah satu punca utama kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada negara jiran....TIADA KEHADIRAN RAKYAT DI PULAU TERSEBUT!!!

Saya telah menghubungi Kept Johari TLDM (B) untuk mendapatkan kisahnya. Beliau memaklumkan bahawa 2 orang pegawai TLDM telah bertandang ke rumah  beliau pada awal Ogos untuk menemuramahnya. Beliau mencadangkan supaya saya menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan bahan ceritanya. Malah 5 keping gambar di atas, adalah daripada koleksi peribadi beliau. Apa lagi, saya pun bertanya kepada pegawai berkenaan. Dimaklumkan bahawa bahan tersebut masih belum diedit. Beliau akan menghantarkan kepada saya apabila siap nanti, insyaAllah. 

Dengan adanya bahan-bahan yang sedia ada, bolehlah saya memikiokan karangan untuk bab transformasi ini. Sesiapa yang berminat nak tahu sikit tentang Pulau ini, boleh le baca di sini.

TLDM & Kept Johari (B)....Terima kasih.

5 ulasan:

  1. Salam Tn Mejar Nor Ibrhim,

    TAHNIAH atas usaha Tuan dalam transformasi tersebut! Do look forward to reading them for sure…

    p/s ….bagi saya, kehilangan hak dalam tuntutan Pulau Batu Putih amatlah menyedihkan dan kini pemilikan Pulau Layang2 tidak boleh dipandang remeh kerana ia sebahagian daripada ZEE Negara dan perlu terus dipertahankan. Aset fizikal seperti penempatan paskal TLDM bakal menyokong tuntutan pemilikan negara terhadap kawasan itu jika ia dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Bravo for the very quick thinking by Tun Mahathir and perhaps by the MAF officials!

    BalasPadam
  2. Cik nur_emyinda12,

    Saya berjumpa dengan seorang xkomando yang dihantar ke 'Swallow Reef' sebelum adanya sebarang pembinaan. Menurut beliau, terlalu panas dan bila air pasang, terpaksa tidur atas batu. Semasa pembinaan 'living module' pula, warga jurutera hanya boleh berkerja ketika air surut, tak kira masa. Ada kala terpaksa berkerja jam 2-3 pagi.

    Saya harap TLDM akan mempercepatkan penerbitan buku yang dirancang. Kisah pulau ini dalam buku yang saya rancang hanyalah 1 bab sahaja. Lebih kepada gambar-gambar pembinaan awal infrastruktur.

    BalasPadam
  3. Salam Tn Mejar Nor Ibrahim...

    MasyaAllah...Begitu besar dan hebatnya pengorbanan para perajurit ini.

    Dari respons Tuan, memang X terjangkau pemikiran saya betapa jerih payahnya berada di SR ini. Semoga segala pengorbanan ikhlas mereka2 ini senantiasa mendapat keberkatan Allah swt dan kehidupan mereka senantiasa dilimpahi rahmat kasihNya...InsyaAllah...Amin...

    Walau apapun Tn,TAHNIAH atas "joint forces" demi penerbitan buku yang dirancang.

    p/s... rakyat Msia perlu celik sejarah! DAN segala jasabaik pengorbanan 'pahlawan2' ini perlu mendapat pengiktirafan sewajarnya dari seluruh masyarakat Msia.

    TERIMA KASIH KALIAN SEMUA,PAHLAWANKU - KHUSUSNYA DI ATM.

    BalasPadam
  4. salam tuan,

    ayah saya bekas anggota komando dan masih ada lagi simpan gambar - gambar semasa beliau di tempatkan di terumbu layang - layang semasa awal tahun 80an..jika tuan mahukan gambar itu utk koleksi dan tatapan untuk generasi sekarang saya sudi untuk dikongsikan bersama..

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam Saudara Norfadluzan,

    Terima kasih diatas tawaran tersebut. Sayang sekali ditawarkan selepas buku diterbitkan. Saya akan menyiarkan dalam ini nanti. Malah jika ada rezeki untuk pencetak semula buku ke2 tu, mungkin akan dimasukkan gambar2 tersebut, insyaAllah.

    Sila emelkan kpd saya - nibsny@yahoo.com.

    BalasPadam