Setelah mendapat restu daripada ibu tercinta, Cikgu Khadizah bt Khalid, inilah gambar keluarga arwah yang diemelkan kepada saya...
Belakang dari kiri: Affandi Khalid, Wan Amirul Mukhriz bin Wan Muzaffar Shah, Mohammad Zuhair bin Zailani, Mohammad Arman bin Zailani, Cikgu Khadizah bt. Khalid, Wan Nur Sofia bt. Wan Muzaffar Shah
Depan dari kiri: Zailani bin Aziz, Wan Mirzana bt. Wan Munsiff, Roshina bt. Tahirdin, Wan Muzaffar Shah bin Wan Munsiff
Sebenonya saya telah banyak menghantar emel kepada pelbagai agensi kerajaan mencadangkan agar mereka menjemput para veteran sebagai pengkisah. Setakat ini, hanya PPA Negeri Perlis dan PNM yang menyahut saranan saya itu. Arkib Negara dan IPG Temenggong Ibrahim mengundang saya dan rakan atas inisiatif mereka sendiri. Saya terpaksa menolak jemputan IPG kerana terlalu jauh. Saya telah mengesyorkan mereka menjemput rakan seperjuangan. Apa pun saya sungguh menghargai jemputan tersebut. PLKN hanya akan menjemput penerima SP & PGB sahaja dalam 'pilot projet' mereka, klik di sini. Saya pasti nama saya tidak akan dipertimbangkan dalam senarai 'potential' pengkisah PLKN kerana kelantangan saya mempertikaikan tindakan mereka...No problem. Jangan sama sekali beranggapan yang saya mahukan agensi-agensi berkenaan hanya menjemput saya. Itu bukannya objektif utama saya. Sekiranya saya dijemput oleh mana-mana agensi, saya akan mencadangkan agar mereka turut mengundang lain-lain para veteran. The more the merrier.
Terus terang saya katakan, saya ni bukannya pandai berceramah....cakap merapu boleh le sikit-sikit...He...He...He. Saya terpaksa memberanikan diri kerana objektif saya hanyalah mahukan rakyat negara ini memahami sejarah negara dan menghargai pengorbanan wira-wira yang dah dimamah usia dan setiap saat menghampiri destinasi terakhir. Jangan dibiarkan 'the untold stories' itu bersemadi dengan jasad apabila tiba masanya nanti.
Pada Hari Raya ke2 di Taiping, anak penakan saya telah mengajar saya bagaimana nak insert video dalam power point. Baru nak belajar...He...He...He. Sedih dibuatnya apabila beliau menyatakan yang dia ingat selepas Merdeka pada 31 Ogos 1957, negara dah aman seperti sekarang ini. Beliau memang hairan apabila melihat gambar-gambar di era 70-80'an. Tiada askar terkorban di sana sini. Dia tu penuntut politeknik. Tak salah le bila saya katakan ramai rakyat yang 'buta sejarah' di sini. Eh...Eh...Eh!!! Jadi, petah atau pun tidak....saya akan bulldoze sajalah nanti, insyaAllah.
Cikgu Khadizah & Wan Muzaffar....Terima kasih.
Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,
BalasPadamSelagi hayat dikandung badan, GO AHEAD TUAN NOR...segala usaha dan niat murni Tn pasti mendapat sokongan. Mantan Presiden Indonesia, Sukarno, ada menyatakan "Bangsa yang besar ialah bangsa yang tahu menghargai jasa Pahlawan Negaranya". Sy pasti dan yakin, lambat laun jauhari jugak yang mengenal manikam! Walau sekecil manapun jasa para perajurit terdahulu di mata beberapa orang, namun mereka adalah pahlawan2 negara yang sepatutnya menerima penghargaan sewajarnya atas pengorbanan yang dilakukan. Mereka wajar dijemput sebagai pengkisah selagi hayat mereka masih ada. Betul sepertimana hasrat Tn. PLKNlah platform yang paling dekat dengan generasi muda pewaris bangsa pendukung kedaulatan negara di masa depan...Sayang jutaan kali sayang jika segala pengalaman dan ceritera perjuangan para wira pahlawan ini terus ‘terkubur’ dan ‘bersemadi’ bersama jasad mereka kelak...tanpa dikongsikan bersama generasi kini. Sesungguhnya keamanan yang dikecapi kini bukanlah diperolehi dengan sekelip mata, tetapi dari titisan keringat darah dan airmata pahlawan terdahulu yang berjuang bermati2an demi menegakkan maruah dan kedaulatan sebuah Bangsa, Agama dan Negara…
To Tn Mejar Nor Ibrahim,
Semoga Tuan terus berjaya – ‘kelantangan’ sptmana yang Tn katakan itu pastinya berbaloi… kerana kelantangan Tn adalah Maruah Bangsa dan Kedaulatan Negara.
To all grateful Malaysians,
Remember, Cherished and Honour our Nation Unsung Heroes – for without them We won’t be able to stand tall till now - 55 years Malaysia !
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Cik nur_emyinda12,
BalasPadamTerima kasih. How I wish lain-lain agensi turut menjemput para veteran menceritakan pengalaman mereka!!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN
Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,
BalasPadamDon't mention it Tuan ;-)
InsyaAllah...mudah2an ada nanti yg bakal menjemput para veteran tu Tuan.
I did as well 'promote these veterans and ex-servicemen- including you Tuan, to friends in some other agencies and higher learning institutions/schools. Mungkin ini saja yang dapat saya lakukan demi kelangsungan dan kesinambungan maruah,kedaulatan dan keamanan sebuah negara tercinta...Apa yang sy lakukan taklah sehebat sebesar pengorbanan pahlawan2 dan Tuan sendiri di ATM ;-)
p/s the entire nation; the younger generations specifically, need to be well-informed of the country's history.
Cik nur_emyinda12,
BalasPadamTerima kasih. Saya pasti ramai para veteran di Johor sedia menerima undangan sebagai pengkisah jika diundang. Jemputan itu sendiri sungguh bermakna kepada kami. Secara tidak langsung, ia adalah penghargaan oleh rakyat terhadap pengorbanan kami.
Real pity if all those invaluable but untold experiences would be gone forever once we reach our final destination.