Pages

Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka...Merdeka...Merdeka

SELAMAT MENYAMBUT HUT KEMERDEKAAN KE 55

Syukur alhamdulillah, saya masih dapat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55. Ya...Sudah 55 tahun negara mencapai kemerdekaan. Tetapi keamanan yang dikecapi oleh rakyat dewasa kini tidak ternoktah pada tarikh keramat 31 Ogos 1957. Nawaitu golongan tertentu untuk melahirkan, petikan '...to reaching our ultimate goal of an independent Democratic Republic of Malaya' (Chin Peng 'My Side Of History', ms 92)  hanya terpendam pada 2 Disember 1989. Pada tarikh tersebut, termeterailah 'Perjanjian Perdamaian' yang ditandatangani di Haadyai.

Persoalannya....Adakah kebanyakan rakyat, terutama 'the so-called 'X' and 'Y' generations', menghayati apakah itu 'kemerdekaan'? Mungkin terdapat mereka yang beranggapan 'kemerdekaan' hanya sekadar beriadah di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos dan menyaksi perarakan keesokan harinya. Saya tidak maksudkan semua...Ramai golongan remaja yang sungguh patriotik terhadap negara tercinta ini. Saya tidak menyalahkan mereka semata-mata kerana mereka tidak didedahkan sejarah negara. Bagi kebanyakan mereka, tiada tumpahan darah lagi selepas penjajah memberi kemerdekaan pada tarikh tersebut. Ini adalah satu kenyataan. Noktah.

Pada pandangan mejar pencen ini, Kerajaan telah mengambil tindakan yang tepat dengan mewujudkan PLKN dan menjadikan subjek 'SEJARAH' sebagai wajib...1Transformasi yang positif. 


Dedikasi kepada Bapa Kemerdekaan - Almarhum TUNKU ABDUL RAHMAN

6 ulasan:

  1. sekarang ni bekas2 anggota komunis terutama dari rejimen ke 10 pula mendakwa mereka adalah pejuang kemerdakaan,jika darurat pertama mungkin ya mereka lawan british tetapi darurat ke 2 1968-1989 utk apa mereka angkat senjata? jika tidak utk menubuh kn negara komunis?
    sesuatu harus dilaku kn sebelum ejen2 mereka menyusup masuk dan menanam kan ideologi komunis di jiwa anak2 muda,sudah tiba masa nya pihak2 tertentu membawa masuk bekas2 anggota keselamatan yg berjuang menentang komunis ke sekolah2,ipta ipts dan plkn bagi memberi motivasi dan mencerita kn kisah mereka menentang keganasan komunis agar generasi muda celik dan tahu apa yg komunis laku kn dahulu

    BalasPadam
  2. Saudara SENAPANG PATAH,

    Terima kasih. Saya memang kecewa dengan sikap kebanyakan agensi kerajaan. Dah jem jari-jemari mematuk keyboard komputer untuk menghantar emel agar menjemput para veteran menjadi pengkisah. Akuan penerimaan pun jauh panggang dari api. Siapa ada masa untuk mejar pencen ini!!!

    BalasPadam
  3. Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

    PLKN dan Kurikulum sekolah dengan penambaikan ‘subject content’ Sejarah adalah langkah permulaan transformasi melahirkan generasi yang lebih bersemangat patriotik, ikhlas cintakan negara dengan tidak berbelah bagi...Semangat Kerana Agama, Bangsa dan Tanahair Bonda/Pertiwi tercinta ! After this phrase (apologies; forgotten where i've read this), "History not learned is history that is on its way to be repeated". Justeru, dari sekaranglah ianya patut bermula... Permulaan menanamkan sifat lebih tahu bersyukur dan BERTERIMA KASIH oleh generasi X and Y kepada PAHLAWAN PEJUANG NEGARA YANG SEBENAR2NYA, YANG TELAH MEREALISASIKAN SEBUAH KEAMANAN, KESEJAHTERAAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA sehinggakan kita semua hidup selesa dan tidur nyenyak dibuai mimpi...Mudah2an mimpi enak kita tidak melalaikan kita dari mengingati dan menghargai akan sejarah silam yang telah nenek moyang kita harungi dengan jerihpayah, darah keringat, nyawa dan pengorbanan bermati2an mereka demi harga sebuah KEAMANAN dan KEDAULATAN DAN MARUAH SEBUAH NEGARA.

    p/s…Janganlah bertanya apa yang telah Negara lakukan kepada kita, tetapi bertanyalah pada diri kita sendiri apakah yang telah kita lakukan kepada Negara kita.

    SALAM KEMERDEKAAN TUAN. SEMOGA TUAN DAN KALIAN PARA PEJUANG PAHLAWAN NEGARA SENTIASA TERUS SIHAT DAN DIRAHMATI ALLAH SWT...JASA PENGORBANAN KALIAN PASTI ADA GANJARANNYA, INSYAALLAH...

    BalasPadam
  4. Saudari Nur,
    If I may assist you to the correct usage :

    “Those who fail to learn from history are doomed to repeat it.” Sir Winston Churchill

    BalasPadam
  5. Salam Tn Mejar Nor Ibrahim and Sdra Arunzab,

    I cant agree more to what had been said. TQVVVVVM for the well said phrase. Very much appreciate the assistance.

    p/s Really scares me when i recalled the recent Dat Merdeka incident and the idea of having 'a new Msia flag'???!!! I'm devastated... ;-(

    May Allah swt The Almighty and The Gracious, bless the fallen souls and the Unsung Heroes of the Nation.

    BalasPadam