Pages

Rabu, 29 Ogos 2012

"Pahlawanku: Nubari Yang Terluka"

28 Ogos, 2012 jam 1100...Saya dan Lt Kol Basri Omar berlepas dari rumah saya ke Perbadanan Perpustakaan Awam (PPA) Negeri Perlis, Kangar. Majlis pengkisahan bertajuk "Pahlawanku: Nubari Yang Terluka" diadakan di Dewan Syarahan agensi berkenaan. Walaupun acara dirancangkan bermula dengan pendaftaran pada jam 1430, tetapi saya pergi lebih awal kerana nak belajar mengguna LCD projektor. Maklum sajalah...Saya ni kan tahu sangat  tentang alatan 'visual aids' yang serba canggih.

Saya teruja apabila dimaklum kehadiran Cikgu Khadizah, balu arwah Wan Munsiff (klik di sini). Inilah kali pertama saya bertemu beliau setelah 36 tahun (April 1976) berlalu. 1-2 minggu sebelum majlis tersebut, saya telah mengesyorkan agar PPA menjemput beliau. Tujuannya adalah sebagai menghargai pengorbanan arwah suaminya sementelah pengkisahan turut berkisar tragedi dimana suami beliau telah terkorban. Saya juga telah menghubungi Wan Muzaffar Shah, anak beliau, tentang majlis tersebut. Saya difahamkan bahawa PPA telah cuba menghubunginya tetapi tidak berjaya.

Apabila giliran saya untuk bercerita, sebagai 'intro', saya telah mengumumkan kehadiran Cikgu.

Dari kiri: Mej Ishak, Lt Kol Basri, saya, Cikgu Khadizah

2 dari kiri: En Mohamed Lokman, Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, sebagai Moderator

Dari kiri: En Lokman, Lt Kol Basri, YB Dato' Yazid (Speaker DUN Perlis), Puan Hajah Norma (Pengarah PPA), Mej Ishak, xnuripilot
Sijil Penghargaan

Orang berbudi, kita berbahasa

Saya ni mana boleh melepaskan sesuatu peluang apabila ada orang yang boleh membuat/mempengaruhi pembuat keputusan!! Tiba saja giliran saya membuat rumusan, apa lagi, saya pun tujukan khusus kepada YB Dato'. Saya mencadangkan agar negeri Perlis mengiktiraf pengorbanan anak watannya, Lt (U) Wan Munsiff bin Wan Salim,  salah seorang daripada 5 warga TUDM yang pada pentafsiran simejar pencen ini, 'literally KIA (Killed In Action)', dianugerah pingat/bintang kebesaran negeri. Saya memaklumkan kepada para hadirin, dan disahkan oleh Cikgu, arwah hanya dianugerah KPK sahaja. Dan sempat juga katakan 'tempiaskan juga pada kami'...He...He...He. Tak habis di situ sahaja. 

Ketika minum petang sebelum majlis bersurai, sekali lagi saya memperingatkan YB Dato'. Menurutnya, beliau akan 'membisikkannya' kepada YAB Menteri Besar nanti, insyaAllah. Kebetulan pula, arwah adalah 'classmate' MB. Saya hanya mampu berusaha....Allah yang menentukannya, wallahualam.

Puan Hajah Norma dan kesemua staf PPA Negeri Perlis dan juga En Dollah Hamzah "Perajurit".....Terima kasih.

3 ulasan:

  1. Salam Tuan, Tahniah saya ucapkan.
    alangkah bagus nya di bulan kemerdakaan ini stesen2 tv menyiarkan temuramah bersama para veteran ketika insurgensi utk paparan dan tatapan generasi muda

    BalasPadam
  2. Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

    Well done Tuan! InsyaAllah, kalau dah sehinggakan KIA memang sewajar dan selayaknya diberikan penghormatan kepada arwah. Hargailah jasa pengorbanannya...anak watan sendiri. Kalau bukan kita sendiri yang menghargai; di bumi tanah tumpahnya darah sendiri , siapa tah lagi??!!!

    p/s Awang anak Raweng - anak Saraak, anak Malaya, anak M'sia - was given the highest honour by the British.

    AL FATIHAH untuk arwah LT (U) Wan Munsiff bin Wan Salim dan mereka perwira Islam yang terkorban bersamanya.

    BalasPadam
  3. Saudara SENAPANG PATAH,

    Terima kasih. Syukur alhamdulillah, banyak juga coverage yang diberikan oleh media massa. Masalahnya ia bermusim. Seperti buah-buahan, musim patriotisme ialah pertengahan Julai hingga pertengahan Sep. Lepas itu sepi-sesepinya. Sepatutnya ia berterusan melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, seperti PLKN, INTAN, BTN.

    Cik nur_emyinda12,

    Terima kasih. Diharapkan saranan saya menjadi kenyataan,insyaAllah. Kita tunggu dan lihat sajalah. Sebentar tadi saya terima panggilan daripada YDP PBTM. Knowing me, saya menyuarakan mengapa persatuan tidak mencalonkan ahli mereka untuk dianugerah pingat/bintang. Beliau menyatakan memang ada pencalonan daripada peringkat negeri tetapi kebiasaannya hanya 'office bearers' yang dicalonkan. Saya memang sedia maklum hal ini. Justeru, saya telah menghubungi KP JHEV agar mereka yang menjadi pencalon...bypass semua persatuan. Respons?....!!!!!

    BalasPadam