Pages

Jumaat, 3 Ogos 2012

Sejarah Pulau Layang Layang

Saya telah memohan secara rasminya, melalui surat, kepada PTL untuk mendapatkan gambar-gambar semasa proses mentransformasikan sebuah atol kepada sebuah pulau - Pulau Layang-Layang. Permohonan dicorekkan di sini.

Dari hanya sebuah terumbu...
Gambar 'ori' 'Swallow Reef' ketika dituntut oleh Malaysia pada 1981

Ke akhirnya, syurga bagi penyelam skuba untuk berenang dengan 'hammer-head sharks' ...
Dari sudut yang sama 30 tahun kemudian - Oktober 2010

Penghuni awal Stesyen Lima/Terumbu Layang Layang - ketika air surut

Saya terima jawapan rasmi daripada pihak TLDM...
Tatkala bersembang dengan seorang rakan seperjuangan berkenaan dengan topik ini, beliau menyuarakan bahawa penglibatan ATM membangunkan pulau berkenaan, sepatutnya dibukukan. Fikir punya fikir, betul juga kata beliau. Apa lagi, tanpa mengira orang nak berehat pada hari minggu, melayanglah emel berikut kepada PTL....

From: nor ibrahim sulaiman
Date: Sun, 29 Jul 2012 07:23:06 +0800
To: Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar
ReplyTo: nor ibrahim sulaiman
Cc: Kept Zaman TLDM; Kdr Ismail MTL
Subject: PULAU LAYANG LAYANG

Assalamualaikum Tan Sri,

Berhubung perkara di atas, saya mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kesediaan Tan Sri memberi kerjasama yang dipohon. Dewasa ini, saya berkomunikasi dengan Pegawai Memerintah PUSMAS untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.

Melalui perbualan dengan seorang rakan seperjuangan berkaitan dengan topik ini, saya setuju dengan pandangan beliau supaya transformasi Pulau ini didokumentasikan dalam bentuk bukunya tersendiri sepertimana yang diterbitkan oleh TUDM, 'OPERASI PIRAMID - TUDM DI BARISAN HADAPAN', yang dilancarkan oleh Menteri Pertahanan pada 2 Ogos 2011. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui kewujudannya melainkan mereka yang menonton laporan cuaca di TV1. Tetapi mereka mungkin tidak menyedari signifikan Kepulauan Spratly tanpa membaca akhbar-akhbar aliran perdana. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat artikel dan laporan tentang pergolakan yang melibatkan negara-negara ASEAN dengan China keatas tuntutan atol-atol tersebut. Silap percaturan menangani masalah ini boleh mencetusnya konflik di rantau ini. 

Justeru, sekiranya saya boleh memberi cadangan, mungkin TLDM menerbitkan buku berkenaan. Ini kerana TLDM terlibat secara langsung daripada mula sehingga sekarang dan masa hadapan bagi menentukan keselamatannya. Lagi pula, TLDM mempunyai material yang diperlukan. Saya tidak pasti tentang sambutan terhadap buku itu nanti, sekiranya menjadi kenyataan. Pada saya, apa yang penting ialah buku-buku tersebut diedarkan ke semua perpustakaan, IPTA, agensi-agensi kerajaan, agar dijadikan bahan rujukan. Saya percaya buku itu nanti akan menyentuh pelbagai aspek, terutama sekali keselamatan. Manakala buku yang saya rancangkan, insyaAllah,  hanyalah satu bab yang menyentuh aspek pengorbanan warga ATM, melalui gambar-gambar, ketika proses awal mentransformasikan sebuah atol kepada sebuah pulau.

Tan Sri sedia maklum, saya telah mengesyorkan agar ANM menganjur majlis seminar/wacana/pengkisahan berkaitan topik ini.  Syukur alhamdulillah, respons agensi berkenaan agak memberangsangkan; kemungkinan akan dilaksanakan tahun depan. Objektif saya hanyalah semata-mata mengharapkan agar isu tersebut disedari oleh rakyat dan  pengkaji-pengkaji sejarah mempunyai akses kepada bahan sejarah ini, wallahualam. 

Sekiranya TLDM akan menerbitkan buku itu, hanya satu permohonan yang saya pinta. Harap Tan Sri dapat menyumbang satu naskah, yang ditanda tangani oleh Tan Sri, kepada saya. Itu sahaja. 

Akhir kata, diharap cadangan ini mendapat pertimbangan Tan Sri. Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) 

Wow!...Tak diduga sama sekali, macam kilat saya terima respons berikut...

From: Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar ;
To: Nor Ibrahim Sulaiman, Lt Kol (B) TUDM ;
Subject: Re: PULAU LAYANG LAYANG
Sent: Sat, Jul 28, 2012 11:41:17 PM (kesilapan tarikh/hari)

Terima kasih atas cadangan tersebut.

Sebenarnya kita bertujuan membukukannya tetapi belum bermula kerana sedang mengenal pasti penulis yang sesuai. Your proposal further reaffirms the requirement to start doing it now. Insya-Allah akan dilaksanakan dan akan mengarahkan penulis mendapatkan some input from you accordingly. Tq once again.

Saya juga mengucapkan Selamat berpuasa, dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kembang hidung saya dibuatnya...Saya sebagai 'catalyst' mempercepat penerbitan buku...He...He...He. Saya berharap agar buku tersebut akan diterbitkan sebelum majlis yang akan dianjurkan oleh ANM berkaitan dengan subjek ini tahun depan. Dan sejarah Terumbu Layang Layang/Stesyen Lima/Pulau Layang Layang akan berkekalan untuk selama-lamanya, insyaAllah. Dan PTL telah men'insyaAllah'kan permintaan saya untuk senaskah buku itu nanti.
Satu-satunya pulau berlogokan Malaysia

Bila dapat bahan daripada TLDM kelak, bolehlah mula memerah otak untuk buku kedua nanti, insyaAllah.

Tan Sri PTL & Kept Mohd Zaman TLDM....Terima kasih.

6 ulasan:

  1. Mejar ..
    well done and good luck for your next book.

    Baru-baru ini saya menonton Majalah Tiga berkenaan anggota2 yang bertugas di Pulau ini memang mengagumkan.

    Juga mereka menunjukan tapak asal stesen yang kini dipindahkan keatas tapak sedia ada. Jika dahulu mereka berada di tapak tersebut, saya salute berganda kerana terlalu kecil dan nampak merbahaya...

    apapaun Malaysia melakukan terbaik untuk menjada pulau ini sebagai kedaualatan negara..

    Well done fo all..
    Selamat Berpuasa...

    Jack

    BalasPadam
  2. saya Doa kan buku yang kedua nanti akan berjaya di terbitkan dengan jaya nya....Tuan saya nak b'tanya... ada harapan kah untuk saya miliki buku tulisan tuan yang pertama....maksud disini cetakan kali ke-2.... :)

    BalasPadam
  3. Saudara Sham,

    Terima kasih telah memaklumkan tentang program Majalah 3. Saya tidak menontonnya. Akan cuba menghubungi mereka untuk mendapatkan tarikh siaran nanti bagi saya tonton nanti.

    Sauadara Anak Watan,

    Terima kasih kerana berminat nak membaca buku saya yang tak sepertinya itu. Saya sedang berurusan dengan sebuah agensi kerajaan bagi mereka menerbitkannya, insyaAllah.

    BalasPadam
  4. Major Sir,

    CN or Tan Sri Aziz mmg seorang yg sgt mudah di 'approach'... Beliau mmg disenangi kerana sifatnya yg terbuka dlm menerima sebarang komen atau cadangan.
    Sy sendiri pernah beberapa kali menghantar komen kpd beliau dan tidak menyangka beliau membalasnya dlm masa yg sgt pantas.

    Bravo Zulu Tuan, kerana usaha Tuan yg sgt murni. Sy sgt mengagumi dan menghormati kesungguhan Tuan dlm memartabatkan jasa dan pengorbanan warga ATM.

    Semoga Tuan akan terus menulis .

    BalasPadam
  5. Saudara Seacat,

    Terima kasih. Mula2 saya ingatkan buku ke2 yang dirancang mengandungi koleksi pengalaman para veteran. Tapi apabila difikirkan semula, mungkin saya akan terbitkan transformasi Pulau Layang2 berasingan. Buku itu tak tebal, lebih kurang 40 halaman sahaja tetapi mengguna kertas glossy dan gambar colour, something like 'cofee-table' book tapi taklah 'high-end' standard. Benda2 macam ni melibatkan kos yang tinggi.

    Dan melalui pengalaman, tanpa sokongan daripada para pembaca setia blog ini, sukar untuk dijual. Secara menyeluruh, anggota ATM sendiri tidak berminat. Kesian saya!!

    BalasPadam
  6. Major Sir,

    Terus terang sy sgt sedih dgn generasi hari ini. Kebanyakkan mereka yg masuk askar hari ni sbb nak dpt kerja....dpt gaji. Bkn disebabkan passion ataupun kecintaan kpd profession ketenteraan itu sendiri.

    Sy ada seorang kwn yg langsung tak minat dgn dunia askar nie...at last masuk jugak tentera sbb uncle dia pak jeneral. Berat lar bahu dia dgn 3 paku skrg. Seharusnya budaya 'cable' ini harus dihentikan. Sy sgt risau jikalau org2 yg dipertanggungjawabkan utk mempertahankan negara dibarisi golongan yg memandang 'dollar' n 'cents' sebagai perkara utama. Apalah yg hendak diharapkan pada mereka. Minta dijauhkan...tapi tidak mustahil sejarah Melaka akan berulang.

    Perkara ini amat serius dan tidak boleh dipandang ringan. Apa akan jadi jika golongan ini pada suatu hari nanti akan mengepalai kepimpinan tertinggi ATM? Tidak mustahil isu pangkat ATM mahu digunapakai oleh Rela bakal berulang. Lihat saja isu ini, yg bersuara..semua yg ada bracket ( BERSARA). Mana pergi yang Panglima dan servicemen yg masih dlm service?? Takkan hak diri sendiri mengharapkan org lain utk pertahankan??

    Menyentuh baris terakhir komen dari Tuan, sy tidak hairan ianya berlaku.... Salah satu puncanya adalah dari apa yg saya nyatakan diatas.
    Insya Allah Tuan, sy akan seberapa daya menyokong usaha penerbitan edisi ke 2 buku Tuan. Tq

    BalasPadam