Followers

Wednesday, July 18, 2012

Harap Menjadi Kenyataan

Hari Pahlawan, 31 Julai, dan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos, akan tiba tak lama lagi. Setiap hari riuh satu negara bercakap pasal patriotisme. Baguslah tu. Jadi, dengan gaya sendiri, saya cuba menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara tercinta dengan menonjolkan  sumbangan para veteran tentera dalam proses membangunkan negara. Seperti peranan ATM menentukan atol-atol tertentu di Laut China Selatan tidak dituntut oleh negara yang berkepentingan. Umum mengetahui kewujudan konflik di antara negara-negara yang menuntut 'hak milik' terhadap terumbu-terumbu di kawasan berkenaan. 

Bagi tujuan itu, saya telah menghantar emel berikut kepada Arkib Negara Malaysia (ANM)...
From: nor ibrahim sulaiman [mailto:nibsny@yahoo.com

Sent: Wednesday, June 27, 2012 1:44 PM
To: Hajah Derasah KP ANM
Cc: Md Farizal ANM; Puan Yatimah ANM; Sulasteri; Hj Noh; Lt Kol (B) Basri RAJD
Subject: DARIPADA ATOL KEPADA SEBUAH PULAU

Assalamualaikum,

Berhubung perkara di atas, saya berpendapat ramai rakyat Malaysia hanya mengetahui kewujudan Pulau Layang-Layang melalui laporan kaji cuaca, Berita Perdana di TV1. Manakala mereka yang membaca 'A Doctor In The House', memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pulau tersebut diisytiharkan sebagai hak Malaysia pada 1981 apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Menurutnya, salah satu keputusan terpenting sebaik sahaja menjawat PM ialah menuntut atol 'Swallow Reef'  (nama asal Pulau Layang-Layang) di tengah Laut China Selatan. Bagi menentukan tiada negara lain turut menuntutnya, pasukan keselamatan telah ditempat di atol berkenaan.

Sebelum pembinaan modul kediaman oleh warga Jurutera ATM, warga komando/PASKAL yang bertugas di sana terpaksa mendapat perlindungan di celah-celah batu ketika keadaan bergelora atau tidur di atas batu apabila air pasang. Bagaimana warga Jurutera yang membina modul berkenaan berkerja ketika air pasang dan sang suria membakar tubuh tanpa sebarang perlindungan. Hammock pula dibina di atas scaffolding yang berlantaikan air. Siburung besi,Nuri, digunakan untuk mengangkut barang/alat binaan dari kapal ke terumbu!

Hasil Tun Mahathir  bermalam di 'humble hut' (halaman 344 buku berkenaan) pada 1983,  beliau telah membuat keputusan untuk menjadikan Terumbu Layang-Layang kepada apa yang ada sekarang ini....syurga untuk penyelam berenang dengan 'hammerhead sharks'. 

Saya ada masukkan gambar-gambar proses transformasi ini dalam coretan berikut:

Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak ANM agar dapat menganjurkan majlis pengkisahan proses transformasi Pulau Layang-Layang. Para pengkisah termasuk warga TLDM, krew Nuri dan Jurutera. Saya berpendapat sejarah ini harus disimpan di ANM. Untuk makluman, saya berhasrat untuk mendokumentasikan peristiwa ini jika bahan mencukupi. Untuk itu, saya telah memohan kerjasama daripada Panglima Tentera Laut (surat dikepilkan).

Akhir kata, diharap cadangan ini mendapat pertimbangan Puan sewajarnya. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Respons agak menggalakkan. Petikan emel pertama...

'...Salam Tuan,
Saya terpegun melihat gambar-gambar yang disertakan, amat menarik sekali. Saya akan berbincang lanjut dengan KP Arkib berkaitan hal ini. Buat masa ini  KP dan Sulasteri berada di Bangkok atas urusan rasmi. Kami akan susuli kemudian. Terima kasih atas segala maklumat dan bantuan tuan kepada Arkib Negara.'

Dan petikan ke2...

'...Terima kasih diatas sokongan dan perkongsian maklumat dengan kami di Arkib Negara. Amat menarik sekali pengalaman mereka. Insyaallah jika diizinkan Allah tahun depan mungkin kita boleh rancangkan sesuatu untuk merakam maklumat ini dengan lebih tersusun. Untuk tahun ini mungkin tidak bersempatan kerana beberapa perancangan awal telah ada. Walau bagaimana pun saya dan kawan-kawan di Arkib sentiasa seronok untuk berkongsi dengan tuan segala maklumat yang ada.

Semoga tuan akan terus bersama dengan Arkib dalam mengumpul dan menyebatkan maklumat bersejarah yang amat  berguna untuk bangsa dan Negara'.

SELAMAT BERPUASA

Jika majlis tersebut menjadi kenyataan, pada saya, agensi yang memainkan peranan penting ialah  TLDM, selain Jurutera dan No 5 Skn (mana boleh saya ketepikan xSkn saya...He...He...He). Biasalah, melayanglah emel berikut kepada PTL ....

From: nor ibrahim sulaiman 
To: PTL 
Cc: Kept Mohd Zaman 
Sent: Tuesday, 17 July 2012 6:46 PM
Subject: Fw: RE: Jottings of Xnuripilot:'Seasonal' Patriotism

Assalamualaikum Tan Sri,
Pertama sekali saya mengucapkan terima kepada Tan Sri kerana sudi melayan kerenah saya ini. Agensi TLDM ada menghungi saya dan memberi kerjasama yang diperlukan.
Untuk makluman, saya telah menghubungi Arkib Negara mencadangkan agar mereka menganjur seminar/pengkisahan berkenaan Pulau Layang-Layang. Syukur alhamdulillah, respons memberangsangkan. Sekiranya ia menjadi kenyataan, saya akan terharu kerana penglibatan warga ATM dalam pembinaan negara tercinta ini, seperti Pulau berkenaan, akan diabadikan di ANM.
Akhir kata, sekali lagi...TERIMA KASIH.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Sent from Yahoo! Mail on Android

Saya tidak pasti apa kaedah yang akan dirancangkan. Mungkinkah satu majlis pengkisahan? Biarlah ANM yang menentukannya. Apa yang saya impikan ialah sejarah transformasi Pulau Layang-Layang diabadikan di ANM. Itu saja. Dan sekiranya majlis tersebut menjadi kenyataan, pada saya, ia adalah satu pengiktirafan dan penghargaan buat saya. Dan jika dibekalkan dengan bahan yang dipinta, saya akan jadikannya satu bab dalam buku ke2 yang saya rancangkan, insyaAllah.

ANM...Didahului dengan ucapan TERIMA KASIH.

2 comments:

Major (Rtd) D.Swami said...

I saw your sms, asking about Basri, here you are, copy and paste this url in your browser: http://7rangers.blogspot.com/2005/10/2lt-mahammad-basri-bin-din-pingat.html

nur_emyinda12 said...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Swallow Reef - yes, lovely! Known to be a divers' paradise too. Hopefully this great intention of Tn Mejar Nor to ANM could be extremely very much taken into account and be realised soon. Perhaps its time we Malaysians have to be meticulous in our acts especially after the Batu Putih trial. "Pedra Branca" - something to read. Hopefully we do not end up with a miscalculated strategy again and see - the "Swallow" fly elsewhere.

To Tun Mahathir – Bravo for the good job in 1981!

To Tn Mejar Nor Ibrahim – EXCELLENTE for the never ending, very proactive intention in the name of the RMAF.
God bless

p/s 'History repeats itself, and history too, losts us Batu Putih' ;-( soooooo saaaaaaaaaaaddddddddddd