Pages

Jumaat, 11 Januari 2013

"Sekapur Sireh 1"

Wow....Memang tak diduga berjaya juga simejar pencen ini diberi penghormatan oleh seorang negarawan, TUN DR MAHATHIR, untuk 'menghiasi' buku saya yang tidak sepertinya itu nanti - "Perbatasan Terhadapan Negara & Lain-Lain Kisah"....Syukur alhamdulillah!

Tidak dinafikan saya mengenali bukan hanya sekadar orang-orang beso di Malaysia saja, malah di seluruh dunia. Masalahnya, depa yang tak kenal saya...He...He...He. Saya sungguh menghargai nukilan Tun.

Macam saya katakan di 'Pra-kata' di sini, buku ini adalah hasil 'copy & paste' coretan-coretan tertentu dari blog saya. Justeru, ia masih mengekalkan gaya penulisan 'talking writing', istilah seorang rakan seperjuangan. Komen beliau apabila dimaklumkan kesudian Tun itu "....Poooh la mak aku tabik spring kat hang. Aku pun tersentoh dengan tulisan tun. memang banyak horse's mouth yang masih hidup kalau tak di manafaatkan amatlah rugi dan betul kata tun tu generasi akan datang tak kan dapat tahu cerita yang sebenar dan tepat. semoga hang terus menzahirkan lagi buku sebegini seterusnya. Syabas and wellllll done". 

Sekarang tunggu lagi satu dokumen 'ori' sebelum beri lampu hijau kepada Pencetakan Negara Malaysia Bhd (PNMB) untuk memulakan pencetakan. Tebal buku 140 halaman, kertas 'matt' atau 'gloss' dan mana-mana gambar yang berwarna, dikekalkan, insyaAllah. Bab 1- '1 Transformasi...Terumbu Ke Pulau Layang-Layang', gambar yang banyak. Saya hanya mampu mencetak 1k naskah sahaja. Kemungkinan penghujung Februari siaplah agaknya dicetak, insyaAllah.   

Sekali pandang, bukannya susah sangat nak melariskan 1k naskah. Kalau 1k warga ATM beli....Sekelip mata habis. Namun realitinya tidak semudah itu sepertimana yang pernah saya lalui dengan buku pertama dulu! Percayalah...BUKANNYA SENANG!!  Tapi saya kira nasib saya baik kerana Datuk Zaini Hassan telah membuat ulasan dalam ruangan 'Cuit' beliau. Publisiti itu punyalah banyak membantu. Kerana tulisan itu jugalah mejar pencen ini dijemput ke program MHI TV3....Terima kasih Datuk. 

Apa pun, saya bersyukur kepada-Nya kerana Perpustakaan Negara/Negeri, serta para pembaca blog saya yang banyak membantu. 

Apabila penerbitan ini menjadi kenyataan nanti, insyaAllah, bermulalah proses melobi agensi-agensi tersebut. Sudah pasti saya menaruh harapan agar para pembaca akan terus menyokong saya dengan membeli buku saya yang tak sepertinya itu nanti. TERIMA KASIH.

13 ulasan:

  1. Bertanya.... adakah cara perolehan sama seperti buku yang terdahulu??.. masuk $$$ dlm akuan & SMS nama serta alamat....terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tuan.Saya pernah mendengar Tuan bercerita ketika majlis Bicara Tokoh di Perpustakaan Awam Perlis.Dan sekarang saya dah mula baca buku yang tuan tulis..Tapi belum habis.Tahniah.catatan tuan memang menyentuh hati terutama bab operasi Gubir. Buku ini patut dibaca oleh anak muda sekarang ini sebagai kesedaran dan motivasi diri.

    BalasPadam
  3. Anak Watan,

    Terima kasih kerana berminat nak membeli buku saya. Maaf, kesemuanya telah habis dijual.

    Anonymous (10:52 AM),

    Terima kasih kerana sudi membaca buku saya. Saya harap ramai lagi golongan ini berminat mendengar kisah para veteran.

    Anonymous ( 11:02 AM),

    Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan, saya booking 1 tuan buku terbaru ni,membaca blog dgn membaca buku x sama hehehe

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Tuan,

    Saya ingin membeli buku tersebut. Beritahu berapa RM yang harus saya bank in kepada tuan.

    Kalau ada buku yg 1st pun saya nak juga.


    Saleem

    BalasPadam
  6. Tuan; boleh tak cetak lagi buku pertama? Buat jualan beli buku kedua dapat diskaun 10% utk buku pertama. Amacam ok tak?

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam Saudara Saleem,

    Terima kasih. Sepertimana yang saya katakan, mungkin penghujung Feb akan siap dicetak. Jika semuanya berjalan lancar, akan akan maklumkan dalam blog nanti, insyaAllah.

    Saudara Anonymous,

    Terima kasih. Mencetak semula boleh tapi masalahnya ialah, paling minima, kena cetak 500 naskah. Melalui pengalaman, bukan mudah nak jual. Macam saya katakan dalam coretan terdahulu, hanya 22 buku dijual semasa hari pelancaran di KEMENTAH oleh Pak Menteri. Di satu majlis anjuran 6 Briged, Sg Petani, 1 buku. Majlis Kutipan Derma sempena Hari Pahlawan yg dirasmikan oleh penaungnya, isteri PM, di Kompleks Kraftangan, ~22 buku. Ini kenyataan.

    Penerbit persendirian hanya mengharapkan perpustakaan negara/negeri membelinya. Ada 1 negeri hanya beli 5 naskah saja. Lepas tu kena tunggu 3-4 bulan nak dapatkan bayaran.

    Bukan semua outlets mahu terima buku penerbit persendirian. Ada 1 outlet buku, jika diambil pun, komisen ialah ~55%. Kedai buku di airport Kepala Batas, Kedah, kenakan ~40% komisen. Bayangkan, hanya 6 penerbangan sehari. Lepas tu, bayaran at the end of financial year....kalau laku!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Tuan,

    Saya ada satu cara untuk tuan buat dgn banyak. Kena lobi Hishammuddin Tun Hussien. Sebelum ni dia ada banyak buku VAT69, ZABHA dan Tribute to Tan Sri Noah. Semuanya dia akan beri percuma kepada follower twitter dia. Saya adalah salah seorang follower twitter dia dan selalunya tweet dari follower akan mendapat reply dan balasan. Saya sendiri telah mendapat banyak buku2 daripada Hishammuddin sendiri.

    Saya ada mention di twitter dia ttg blog tuan. Semalam saya dapat tahu ttg Ex-Insp Wilfred Gomez PGB sedang sakit (colon cancer). Beliau berada di Kuching. Terus saya tweet Khairy Jamalauddin dan Hishammuddin... dan telah mendapat respon yg positif. Beliau akan usahakan sesuatu untuk saudara Wilfred.

    Twitter adalah medium yg paling mudah dan cepat untuk berhubung dgn menteri2 dan selalunya akan mendapat response dengan segera.

    Sekadar berkongsi.


    Saleem

    BalasPadam
  9. Alahai, dah la buku pertama tak dapat.. Buku kedua pun tak melepas jugak..

    rasa nak marah pun ada kat Tuan ni. :(

    BalasPadam
  10. Dear All Veterans PDRM/ATM,
    PGB Ex Insp. Wilfred Gomez of Sarawah passed away this morning at 07ooHrs. Condolenances to his family.
    The recipients of our war heroes are getting shorter by the day.He passed away exactly one month after the late Datuk Kanang a/l Langkau. Just spoke to him last week the night before he goes in for the major surgery.
    May his soul rest in peace. Good-bye bro Wilfred.

    Paul Kiong & family

    BalasPadam
  11. Tuan saya cadangkan kalau ada lagi buku tuan yg pertama tuh dan yang akan menyusul hujung Feb nih diukar dalam bentuk ebook. Jimat seratus peratus. untuk rujukan lebih lanjut macam mana nak buat ebook nih saya sarankan tuan layari www.wangcyber.com. Forum nih kalau nak jadi member biasa FOC,kalau berbayar(lifetime) ada privileges.Kat situ ramai warga WC yang sudi membantu.Sayang rasanya kalau buku nih tidak diterbitkan dalam bentuk digital yg bernama ebook yg tuan boleh jimat 100% kos penerbitan.Just my 2 cent.

    BalasPadam
  12. Saudara Alfie,

    Terima kasih di atas cadangan itu. Saya sungguh menghargainya. Memang berhasrat mengguna kaedah itu tapi tak tahu bagaimana caranya. Saya akan minta bantuan melalui laman sesawang itu, insyaAllah.

    BalasPadam