Pages

Selasa, 12 Februari 2013

Glamor Bebeno

09/02/2013....Saya terima surat & buku berikut melalui 'pos laju'...


Tokoh-Tokoh KK Wilayah Utara

Sempena Program Semarak Rukun Negara Peringkat Wilayah Utara, Kolej Komuniti Wilayah Utara  telah melancarkan buku 'WIRA TAK DIDENDANG' di atas. Setiap Kolej Komuniti (KK) memilih 'tokoh' yang mereka fikirkan 'tak didendang'. Seorang xtenaga pengajar KK Tasek Gelugor, Saudara Mohd Ridhwan yang juga pembaca blog saya, telah menghubungi saya pada penghujung 2011. Beliau memohon kebenaran untuk menjadikan saya tokoh kolejnya. Sudah tentu jawapannya '....dipersilakan'. Yalah, teringin juga nak jadi hero. Boleh juga le syok sendiri....He...He....He.

Buku ini mengisahkan 10 orang 'tokoh'. Selain hero ini, yang lain-lain adalah seperti berikut:
  • HAJI IBRAHIM BIN MAT (tokoh KK Langkawi). Daripada seorang nelayan kepada pemimpin  masyarakat di sekitar Langkawi.
  • HAJI ABDUL WAHAB BIN HAJI ISMAIL (tokoh KK Arau). Seorang pendidik dengan jawatan terakhir sebelum bersara pada 2008 sebagai Pengarah KK Arau.
  • HAJI MUSTAFA BIN ABDUL HAMID (tokoh KK Jerai). Seorang veteran mula berkecimpung  dalam TDM pada 1957.
  • HAJI SANUSI BIN MAT (tokoh KK Bayan Baru). Seorang veteran RAMD yang mula berkhidmat di 12 RAMD, Sg Ara, Pulau Pinang, pada 1960.
  • HAJI AWANG BIN MAN (tokoh KK Bayan Baru). xRAF, xRAMD, xRJD dan pencen xTUDM.
  • SJN (B) ABDUL AZIZ@AWANG BIN SAID@HANAFIAH (tokoh KK Bandar Darulaman). Bermula dengan RAF pada 1949 dan berakhir dalam RAMD.
  • ISHAK BIN TAHIR (tokoh KK Baling). x'Home Guard' di era insurgensi.
  • PW1 (B) HAJI MOHD ZAIN BIN MOHD NOH PGB (tokoh KK Kulim). xRAMD. Jawatan terakhir sebagai SMR 509 RAW, Pulau Pinang.
  • ABDUL RAOF BIN JUSOH (tokoh KK Bukit Mertajam). xPDRM. 
Saudara Mohd Ridhwan...Terima kasih.

3 ulasan:

  1. Menarik. Tapi saya tertanya tanya langsung tiada ke sumbangan oleh bukan melayu yg perlu dibukukan. Sebagai contoh saya google latar belakang pembaca tuan, Paul Kiong tidak kurang hebat juga. Sekadar bertanya, terima kasih.

    http://www.nst.com.my/opinion/columnist/an-unassuming-warrior-1.117331

    BalasPadam
  2. Anonymous,

    Terima kasih. Saya tiada jawapan kepada pertanyaan anda. Sepertimana yang saya katakan, kisah Datuk Paul Kiong memang hebat....bukan calang-calang orang sanggup lakukannya. Sayang sekali sekiranya kisah para perwira, tak kira kaum/agama, berkubur begitu saja bila tiba masanya nanti.

    Saya sedang cuba melobi seseorang untuk melobi ayahnya, seorang anggota VAT, mengizinkan kisah beliau disiarkan dalam blog saya.

    BalasPadam
  3. Sama sama tuan, You and the following heroes deserve the recognition ! Thanks for making my generation leave peaceful and harmony these days. Tq Tuan and 1 salute for you ! :)

    Chef Mohd Ridhwan bin Arshad

    BalasPadam