Berbalik kepada mukabuku, saya perhatikan topik yang rancak dibincangkan bergenre 'patriotisme'. Banyak gambar dan kisah di era insurgensi yang melibatkan Pasukan Keselamatan, iaitu ATM dan PDRM, disiarkan. Saya pun tak pernah tengok atau baca.
Saudara Senapang Patah telah menghantar peta berikut...
Pos-Pos (Forts) di era darurat
Mungkin soldadu-soldadu kini tidak tahu pun kewujudan pos-pos tersebut. Saya bernasib baik kerana berpeluang terbang ke semua lokasi berkenaan. Memang tidak asing bagi 'veteran' pilots di era saya. Seorang kenalan saya di Royal Kedah Club, xpegawai PDRM, telah menceritakan kisah beliau dan para anggotanya yang terlibat dalam pembinaan landasan terbang di Pos Tapong. Mereka hanya mengguna parang untuk memotong pokok-pokok sebelum diterbangkan alatan-alatan lain. Beliau telah mengabadikan pengalamannya dalam buku yang diterbitkan secara persendirian. Saya adalah pembeli pertamanya.
Saya pasti peta ini banyak membawa kenangan kepada para veteran. Mungkin ada yang sudi kongsi bersama pengalaman tatkala itu. Emel pada saya untuk disiarkan dalam blog ini.
Sejujurnya saya katakan, memang saya teruja dan bersyukur kerana perkara ini dibicarakan di luar 'musim patriotisme', iaitu Ogos dan September. Ini kerana, semenjak 2009 lagi, saya telah menulis kepada beberapa pihak berwajib menyarankan agar program menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara dilaksanakan sepanjang masa....bukannya bermusim. Saya bersyukur kerana akhirnya PLKN telah melaksanakan program 'Jejak Pahlawan' mulai tahun ini. Squad-mate saya, penerima PGB, memaklumkan yang beliau telah dijemput sebagai pengkisah untuk para peserta PLKN di Kem Semanggol pada 6/2/2013. Kekesalan saya hanyalah kerana para 'Pahlawan' yang diundang terhad kepada penerima SP dan PGB sahaja! Dan, menurut laporan akhbar, selepas ini undangan akan dipanjangkan kepada 'wira-wira' sukan. Anyway, better than nothing at all.
Pada 11/2/2013, saya terserempak dengan VC UUM. Saya memang mengenali beliau, hanya beliau saja yang tak kenal si Pak Penyibuk ni. Saya memberikan pandangan tentang topik ini dan, tak puas dengan tu, diikuti dengan emel, petikan...
'Sepertimana yang saya katakan, saya tidak menyalahi sepenuhnya sekira semangat kecintaan terhadap negara Malaysia kita ini, terutama di kalangan remaja, agak terhakis. Pada pandangan mejar pencen ini, salah satu faktor wujudnya keadaan begini adalah disebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang sejarah negara. Jujur saya katakan, saya agak kecewa kerana topik 'Patriotisme' ini bermusim, tak ubah seperti musim buah-buahan. Ia hanya hangat diperkatakan bila tiba musimnya, iaitu 31 Ogos dan 16 September, sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Selepas itu, sepi sesepinya!
Jika dibenarkan memberi cadangan, saya berpandangan IPTA perlu meng'hidang'kan para siswa-siswi dengan kisah-kisah pengorbanan para veteran secara berkala. 'Musim' yang difikirkan sesuai ialah pada setiap pengambilan para siswa-siswi baharu, sebelum konvokesyen dan juga program ROTU. Apa yang perlukan hanyalah lebih kurang 1-2 jam setiap sesi.' Sungguh kurang asem mejar pencen ni...Pakai bulldoze saja tak kira siapa dan di mana...He...He....He.
Apa pun, tak kisahlah sama ada saranan ini mendapat 'perhatian' orang beso-beso di atas sana. Janji, saya dah mencuba dan berusaha, hanya Allah menentukannya, wallahualam.
Macam mana nak order buku rakan Tuan tu? Tq.
BalasPadamSaudara Faisal,
BalasPadamTerima kasih kerana berminat membeli buku saya yang tak sepertinya itu. Bila sudah siap dicetak, saya akan poskan dalam blog nanti, insyaAllah.
Salam Tuan!
BalasPadamTk paparan....semasa melawat Muzium Royal Engineers (RE) di Chatam,England dalam bulan Feb 2006 dulu,Sudut Khas The Malaysian Engineers mempamirkan salah satu persembahan berbentuk diorama..FORT LEGAP ..MASYA ALLAH..terkedu/teruja kerana belum pernah ketemu sedemikian....Kebanyakan Fort2 di bina oleh RE.
Dear Major Nor Ibrahim,
BalasPadamApart from Fort Chabai and Fort Kemar, did the Nuris ever operate from any other Forts during the 2nd Emergency?
Also, how many radios were fitted in the Nuri, was it a VHF, a UHF and a VHF radio - a total of 3?
Was the 'seat ladder' [for access to the passenger cabin] always mounted or was it sometimes taken off for certain flights?
I was told by Flight Sgt Chen that in the 1970's, some U.S Sea King pilots visited 3 Squadron to share their Vietnam experiences, as well as some Royal Navy Sea King pilots. Did you meet them?
Thank you,
Fariz.
Waalaikumussalam saudara Basri,
BalasPadamTerima kasih. Apa nak katakan...nak tahu sejarah negara kita sendiri terpaksa pergi ke negara penjajah kita dulu. Sungguh menyedihkan. Macam le sejarah Pulau Layang-Layang. Kemana le perginya gambar-gambar dan tulisan berkenaannya! Syukur alhamdulillah kerana ramai individu yang sedia kongsi bersama gambar peribadi mereka untuk didokumentasikan dalam buku saya yang tak sepertinya itu. Untuk itu, terima kasih kepada anda.
Saudara F,
Thank you.Through my personal experiences, I used to send troops (PFF) and supplies to most of the forts, especially in Pahang, Perak and Kelantan.
Nuri is equipped with HF, UHF & VHF radios.
'Seat ladder' is taken out on certain flights, eg, sea winching.
I'm sure Vietnam's veterans had visited No 3 Sqn in the '70s. However, I can't recall. Those days, we were busy flying and most of the time 1 or set of crew were on detachment away from the Base.
salam Tuan dan selamat sejahtera..
BalasPadamFort iskandar tu kampung saya tu..banyak sejarah perjuangan anggota keselamatan menentang pengganas komunis. dulunya ada LZ kat situ tapi banyak kesan sejarah telah dipadam oleh pembangunan sekitar kawasan tersebut..bangkai pesawat british yang rosak pun dah ranap dek kaki jual besi apatah lagi kotak simpan peluru mortar yang dulu tersusun di satu tempat pun dah hilang entah ke mane.. cucu-cicit kepada fort commander yang pertama iaitu Jim Spearman pernah datang ke post iskandar dalam tahun 2006 rasanya untuk nak tengok kawasan tersebut tapi takda apa yang tinggal..2 tengkorak komunis yang di penggal oleh orang tempatan pun dah mana perginya..