Pages

Khamis, 28 Februari 2013

Hanya Tinggal Kenangan

Saya terima gambar ini daripada Kapten Dr Damanhuri bertanyakan nama-nama krew 'the old but faithful Nuri'. Memang saya mengenali kesemua mereka kerana saya adalah seorang ko-pilot di No 10 Skn, TUDM Kuantan, ketika itu. Mungkin gambar ini diambil di persekitraran Jul - Ogos 1974 sebelum pertukaran Mej (U) Suleiman Mahmud, Ketua Skuadron.

Duduk dari kiri: S/Sjn Isa, Lt (U) Nordin Kassim KPK, Lt (U) Meor Zubir, Lt (U) Ranjit Singh, Kapt (U) Munusamy, Mej (U) Suleiman Mahmud, Kapt (U) Abd Rahim PGB PTU, Kapt (U) Eddy Yong, Lt (U) Raja Badrul, Lt (U) Choy KT, arwah Sjn Rahman
Berdiri dari kiri: Lt (U) Ahmad 'Peng', Sjn Muthu, Sjn Aru, Sjn Salehudin (pencipta 'Strecer Saleh'), Sjn Arokiasamy@Augi PGB, Sjn Hassan, Lt (U) Woo YW, Lt (U) Zahid, Lt (U) Adnan, Sjn Jaafar, Sjn Chong

(Gambar kiri: Strecer Saleh. Ciptaan ini dihasilkan di bengkel Pangkalan. Waulaupun 'crude' tapi 'functional'). Sebenarnya, ramai lagi anak kapal tidak ada dalam gambar, termasuk saya. Antara mereka ialah Kapt (U) Raja Mohamad, arwah Kapt (U) Jamaluddin, arwah Lt (U) Mahidin, arwah Lt (U) Zulkifly Kaliwan, mendiang Lt (U) Chung MT, mendiang Sjn Leong. Ini kerana mungkin kami terlibat membuat tugas penerbangan/detasmen. 
Sebelum penubuhan 'Skuadron Komposit' pada awal 1977, si burung besi ini adalah hak mutlak No 10 Skuadron. Jadi, apa jua tugas yang memerlukan Nuri, termasuk penerbangan VVIP, hero-hero skuadron inilah yang berterabur  di seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia, dimana jua perkhidmatannya diperlukan. Lagi pula, di era itu ancaman pengganas komunis memang panas dan kami terlibat dalam pelbagai operasi yang dilancarkan oleh 'footsloggers'.  Kadang-kadang 2-3 buah Nuri membuat detasmen di kawasan operasi khusus. Dan juga sekurang-kurangnya sebuah Nuri sentiasa membuat detasmen di TUDM Butterworth. 

Saya pula masa tu 'married bachelor'. Jadi, daripada berseorangan di rumah, saya 'volunteer' pergi buat detasmen....kira-kira seorang 'hogger' le.

Kapt Dr Damanhuri....Terima kasih.

Isnin, 25 Februari 2013

AMARAN...WARNING

I received this email from my bank...

From: CIMB Clicks 
To: nibsny@yahoo.com
Sent: Saturday, 23 February 2013 3:51 PM
Subject: Your Cimb account has been suspended..

Dear member,

Your account is suspended due to the number of incorrect login attempts from different locations.For your protection, we've suspended your account . 

To reactivate your account
please Follow this link Bellow to review your account activity.

Account Activity If not completed until February 30, we will be forced to close your account .
Note: If you received these e-mail in your BULK/SPAM section please add to your address book cimbclicks@cimb.com.my

Thank you, 
Customer Support Service.

Readers....PLEASE...PLEASE DO NOT BE VICTIMS OF THESE UNSCRUPULOUS SCOUNDRELS.

One thing for sure, I'm positive that this email wasn't from CIMB. No bank would ask their customers to 'Follow this link' in ensuring that the account would not be closed. Furthermore, the staff duties were atrocious. I simply can't imagine a bank of not being meticulous when writing to their customers. How could a bank 'overlook'  the spelling error of 'Bellow'? I admitted my 'london' is no better and much to be desired, but then I'm just a pensioner; the damage is only to my image, whatever it is...He...He...He. 

Anyway, just to be 100% sure, I checked my account and, syukur alhamdulillah, it was as per normal (reading...barest minimum to meet the annual bank service charges...He...He...He). My next action was to forward the mail to CIMB for their information and actions. I was advised not to give my account no, TAG, or 'clicked' as instructed. 

No matter what I think of these swindlers, they're creative people. It's a real pity that the God-given talent is criminally-abused. But then, no one person is created the same...I've to accept this fact! 

Well, I can only advice, the rest is entirely to the individuals, wallahualam.

Isnin, 18 Februari 2013

'Bermusim'

Kebelakangan ini, saya jarang melayari 'facebook'. Ini kerana saya sibuk dengan buku ke2 saya tu. Percayalah cakap saya, sesiapa yang nak menerbit buku secara persendirian, nasihat saya ialah tentukan anda check...check...dan check manuskrip sebelum dicetak. Jangan sama sekali lepas tangan begitu saja....menyesal nanti. Itu sebabnya buku saya lewat disiapkan; mungkin Mac ini, insyaAllah. Maaf le terlincong sikit.

Berbalik kepada mukabuku, saya perhatikan topik yang rancak dibincangkan bergenre 'patriotisme'. Banyak gambar dan kisah di era insurgensi yang melibatkan Pasukan Keselamatan, iaitu ATM dan PDRM, disiarkan. Saya pun tak pernah tengok atau baca.

Saudara Senapang Patah telah menghantar peta berikut...

Pos-Pos (Forts) di era darurat

Mungkin soldadu-soldadu kini tidak tahu pun kewujudan pos-pos tersebut. Saya bernasib baik kerana berpeluang terbang ke semua lokasi berkenaan. Memang tidak asing bagi 'veteran' pilots di era saya. Seorang kenalan saya di Royal Kedah Club, xpegawai PDRM, telah menceritakan kisah beliau dan para anggotanya yang terlibat dalam pembinaan landasan terbang di Pos Tapong. Mereka hanya mengguna parang untuk memotong pokok-pokok sebelum diterbangkan alatan-alatan lain. Beliau telah mengabadikan pengalamannya dalam buku yang diterbitkan secara persendirian. Saya adalah pembeli pertamanya.

Saya pasti peta ini banyak membawa kenangan kepada para veteran. Mungkin ada yang sudi kongsi bersama pengalaman tatkala itu. Emel pada saya untuk disiarkan dalam blog ini.  

Sejujurnya saya katakan, memang saya teruja dan bersyukur kerana perkara ini dibicarakan di luar 'musim patriotisme', iaitu Ogos dan September. Ini kerana, semenjak 2009 lagi, saya telah menulis kepada beberapa pihak berwajib menyarankan agar program menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara dilaksanakan sepanjang masa....bukannya bermusim. Saya bersyukur kerana akhirnya PLKN telah melaksanakan program 'Jejak Pahlawan' mulai tahun ini. Squad-mate saya, penerima PGB, memaklumkan yang beliau telah dijemput sebagai pengkisah untuk para peserta PLKN di Kem Semanggol pada 6/2/2013. Kekesalan saya hanyalah kerana para 'Pahlawan' yang diundang terhad kepada penerima SP dan PGB sahaja! Dan, menurut laporan akhbar, selepas ini undangan akan dipanjangkan kepada 'wira-wira' sukan. Anyway, better than nothing at all.

Pada 11/2/2013, saya terserempak dengan VC UUM. Saya memang mengenali beliau, hanya beliau saja yang tak kenal si Pak Penyibuk ni. Saya memberikan pandangan tentang topik ini dan, tak puas dengan tu, diikuti dengan emel, petikan...

'Sepertimana yang saya katakan, saya tidak menyalahi sepenuhnya sekira semangat kecintaan terhadap negara Malaysia kita ini, terutama di kalangan remaja, agak terhakis. Pada pandangan mejar pencen ini, salah satu faktor wujudnya keadaan begini adalah disebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang sejarah negara.  Jujur saya katakan, saya agak kecewa kerana topik 'Patriotisme'  ini bermusim, tak ubah seperti musim buah-buahan. Ia hanya hangat diperkatakan bila tiba musimnya, iaitu 31 Ogos dan 16 September, sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Selepas itu, sepi sesepinya!

Jika dibenarkan memberi cadangan, saya berpandangan IPTA perlu meng'hidang'kan para siswa-siswi dengan kisah-kisah pengorbanan para veteran secara berkala. 'Musim' yang difikirkan sesuai ialah pada setiap pengambilan para siswa-siswi baharu, sebelum konvokesyen dan juga program ROTU. Apa yang perlukan hanyalah lebih kurang 1-2 jam setiap sesi.' Sungguh kurang asem mejar pencen ni...Pakai bulldoze saja tak kira siapa dan di mana...He...He....He.

Bagi 3 'musim'. Mana le tahu tersangkut 1. Pada saya le, musim paling sesuai ialah ketika 'program induksi' semasa kemasukan siswa-siswi baharu. 

Apa pun, tak kisahlah sama ada saranan ini mendapat 'perhatian' orang beso-beso di atas sana. Janji, saya dah mencuba dan berusaha, hanya Allah menentukannya, wallahualam.

Selasa, 12 Februari 2013

Glamor Bebeno

09/02/2013....Saya terima surat & buku berikut melalui 'pos laju'...


Tokoh-Tokoh KK Wilayah Utara

Sempena Program Semarak Rukun Negara Peringkat Wilayah Utara, Kolej Komuniti Wilayah Utara  telah melancarkan buku 'WIRA TAK DIDENDANG' di atas. Setiap Kolej Komuniti (KK) memilih 'tokoh' yang mereka fikirkan 'tak didendang'. Seorang xtenaga pengajar KK Tasek Gelugor, Saudara Mohd Ridhwan yang juga pembaca blog saya, telah menghubungi saya pada penghujung 2011. Beliau memohon kebenaran untuk menjadikan saya tokoh kolejnya. Sudah tentu jawapannya '....dipersilakan'. Yalah, teringin juga nak jadi hero. Boleh juga le syok sendiri....He...He....He.

Buku ini mengisahkan 10 orang 'tokoh'. Selain hero ini, yang lain-lain adalah seperti berikut:
  • HAJI IBRAHIM BIN MAT (tokoh KK Langkawi). Daripada seorang nelayan kepada pemimpin  masyarakat di sekitar Langkawi.
  • HAJI ABDUL WAHAB BIN HAJI ISMAIL (tokoh KK Arau). Seorang pendidik dengan jawatan terakhir sebelum bersara pada 2008 sebagai Pengarah KK Arau.
  • HAJI MUSTAFA BIN ABDUL HAMID (tokoh KK Jerai). Seorang veteran mula berkecimpung  dalam TDM pada 1957.
  • HAJI SANUSI BIN MAT (tokoh KK Bayan Baru). Seorang veteran RAMD yang mula berkhidmat di 12 RAMD, Sg Ara, Pulau Pinang, pada 1960.
  • HAJI AWANG BIN MAN (tokoh KK Bayan Baru). xRAF, xRAMD, xRJD dan pencen xTUDM.
  • SJN (B) ABDUL AZIZ@AWANG BIN SAID@HANAFIAH (tokoh KK Bandar Darulaman). Bermula dengan RAF pada 1949 dan berakhir dalam RAMD.
  • ISHAK BIN TAHIR (tokoh KK Baling). x'Home Guard' di era insurgensi.
  • PW1 (B) HAJI MOHD ZAIN BIN MOHD NOH PGB (tokoh KK Kulim). xRAMD. Jawatan terakhir sebagai SMR 509 RAW, Pulau Pinang.
  • ABDUL RAOF BIN JUSOH (tokoh KK Bukit Mertajam). xPDRM. 
Saudara Mohd Ridhwan...Terima kasih.

Rabu, 6 Februari 2013

Pemergian Seorang Rakan

Saya terbaca catatan berikut dalam FB 'NOSTALGIA TUDM' sebentar tadi...

'Musa Copter
Innalillahi wa inna ilaihi rooji 'un....
Saya diberitahu Major Dzulkifly Kaliwan TUDM (Ber) - helicopter pilot
telah kembali ke Rahmat Allah baru sebentar tadi. Almarhum mengidap 'colon cancer' (barah usus).
Alamat rumah SS14/B, Subang Jaya ...

Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas roh beliau !! .... amin'.

Mejar Dzulkifly bin Kaliwan TUDM (B).....Sudah pasti saya mengenali allahyarham kerana kami sama-sama mengikuti kursus penerbangan di SEA Helikopter pada 1973....

Berdiri dari kiri:  arwah Lt Khalil, arwah PO Dzulkifly, PO Othman, Lt Affendi, Lt Sawaluddin, arwah Lt Jalil, Lt Ismail, Lt Darby
Depan dari kiri: mendiang Kapt Thiagarajah, NIBS, Lt James Chong, Kapt Yassin

Selepas berjaya menamatkan kursus tersebut, arwah PO Dzulkifly, Lt Sawaluddin, arwah Lt Jalil, Lt Ismail, Lt James dan saya melaporkan diri di OCU, No 10 Skn, TUDM Kuantan, untuk mengikuti kursus peralihan pesawat Nuri. Seterusnya, hanya arwah dan saya ditukar ke No 10 Skn sebagai ko-pilot manakala yang lain ke No 7 Skn, TUDM Kuching.

Semoga Allah menempatkan arwah dalam golongan orang yang soleh...Al-Fatihah.

Isnin, 4 Februari 2013

1 Kehilangan

Saya 'copy & paste' semula komen Datuk Paul Kiong SP di  sini....

'Dear All Veterans PDRM/ATM,
PGB Ex Insp. Wilfred Gomez of Sarawah passed away this morning at 07ooHrs. Condolenances to his family.
The recipients of our war heroes are getting shorter by the day.He passed away exactly one month after the late Datuk Kanang a/l Langkau. Just spoke to him last week the night before he goes in for the major surgery.
May his soul rest in peace. Good-bye bro Wilfred.' 

Jujur saya katakan, saya kurang 'arif' tentang para penerima 'Anugerah Perkasa' dari PDRM. Apa pun, semalam, 3/2/1013, akhbar berikut melaporkan apa yang dikatakan oleh Datuk Paul...

Perginya seorang wira negara - xInspector Wilfred Gomez

Saya pasti kisah mendiang telah didokumentasikan. Mungkin ada di antara pembaca yang mengetahui kisahnya. Saya sendiri tidak mengetahuinya dan mengalu-ngalukan sesiapa yang sedia kongsi bersama tentang keperwiraan mendiang. 

Berbalik kepada Datuk Paul. Saya tidak mengenali beliau. Namun demikian, saya ada terbaca dalam akhbar, semasa musim patriotisme, tentang 'adventures' beliau. Datuk adalah seorang pegawai PDRM dan terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis di era insurgensi. Memadailah saya katakan bahawa keperwiraannya sungguh hebat! 

Saya sungguh terharu Datuk Paul, seorang hero negara, sudi memaklumkan pemergian rakannya melalui blog saya ini. Bagi saya, ini adalah satu penghormatan. Saya mengalu-ngalukan para veteran, ATM & PDRM, menjadikan blog ini sebagai platfom untuk menceritakan pengalaman mereka. Emel pada saya kisah-kisah tersebut. Sekiranya bahan berkenaan tidak menyinggung mana-mana pihak dan tidak membabitkan Pak 'OSA', saya akan siarkan. Malah, jika cukup bahan dan diizinkan serta dimurahkan rezeki, saya mungkin mempertimbangkan untuk membukukannya, insyaAllah.

Datuk Paul Kiong....You're most welcome to share your stories. Thank you

Jumaat, 1 Februari 2013

Rezeki Di Tepi Jalan

Sapa kata hanya negara 'Uncle Sam' saja 'the land of opportunity'? Terkejut berok saya dibuatnya bila melihat iklan berikut, di ulu  Jitra, mind you!

RM1k hanya menjual 'air di tepi jalan'

Patutlah PATI sanggup bergadai-bergolok dan bersabung nyawa untuk datang ke negara Malaysia tercinta ini. Kesannya berbilion RM mengalir keluar dan di sana-sini heboh dengan masalah sosial yang dicetuskan oleh segolongan mereka yang tidak berterima kasih kepada negara yang memberi mereka rezeki. 

Terdapat segolongan anak jati negara ini pula 'terlepas' pandang peluang yang ada di hadapan mata mereka sendiri, sebaliknya sedia berkorban demi ....APA ye? 

Satu peluang keemasan bagi golongan ini mencipta motor beroda 1 & kaedah menunggang secara 'vertical' untuk di'patent'kan

Di mana 'jaguh-jaguh' ini akan berakhir? Saya percaya mereka sudah merancang masa depan mereka dan dalam proses mengimplimentasikannya. Seterusnya Allah yang menentukannya. Apa pun, buat le rumusan sendiri, wallahualam.