Sambungan dari sini yang dipetik dari buku berkenaan.
Mengikut laporan polis yang dibuat oleh bapanya, Chen Tai yang ditemani oleh Chan Sau Chan, pada 25 Julai 1969 di Balai Polis Changlon bahawa pada malam kejadian itu seramai 4 orang komunis yang lengkap bersenjata telah merempuh masuk ke rumah Chen Kuan Yen. Mereka berjaya menangkap beliau dan telah menjerut lehernya dengan tali. Seterusnya mereka telah mengheret beliau keluar daripada rumah. Dalam suasana kelam kabut, Chen Kuan Yen tetap tidak melawan demi keselamatan dan nyawa anak-anaknya yang berumur antara empat ke sebelas tahun. Semasa kejadian itu juga suaminya dapat memboloskan diri. Selepas membawanya keluar daripada rumah itu, kira-kira pada jam 2100 mereka yang berada di dalam rumah dan seluruh penduduk Sintok mendengar tiga das bunyi tembakan senapang. Tamatlah riwayat seorang bekas komunis ditangan pihak komunis sendiri. Inilah yang diertikan bahawa perjuangan komunis tidak pernah mengenali erti kemanusiaan. Matlamat boleh mengatasi cara. Bagi komunis, perjuangan boleh mengatasi "darah-daging" sekalipun.
Susulan daripada laporan pembunuhan tersebut, pasukan keselamatan telah mengambil tindakan.Semasa peristiwa ini berlaku, pasukan keselamatan yang bertugas di sini (Sektor [kawasan] Changlon-Sintok-bukit Kayu Hitam) ialah 4 RAMD sejak 30 Jun1969. Batalion ini berpangkalan di Kem Majidi, Johor. Dalam operasi ini mereka berpangkalan sementara di Changlon. Menurut squad-mate saya, Lt M Mohamad Hassan (B) (bersara Lt Kol), beliau adalah Ketua Platun No 2 Kompeni A. Ketua Platun 1 ialah Lt M Xxxx Xxx (ditauliah bersama kami) dan seorang sarjan sebagai Ketua Platun 3. Lokasi platun Mohamad Hassan ialah di tanah tinggi di sebelah kanan jalan selepas Changlon ke Sintok.
Ketua Kompeni ialah Kapt Xxxx. Pada hari kejadian tersebut, Ketua Platun No 1 telah diarahkan oleh Ketua Kompeni untuk membuat rondaan dan menyiasat kejadian tersebut bagi mengumpul maklumat. Xxxx Xxx telah menghantar satu seksyen, Seksyen 3 yang diketuai oleh Kpl Ahmad Hussain bersama-sama 6 anggota, untuk membuat rondaan di sekitar kawasan lombong milik Syarikat Badak Mines di kawasan Sungai Badak Dalam. Seksyen bergerak pada jam 1000 bagi melaksanakan tugas. Mereka telah mengguna laluan jalan lori balak untuk keluar meronda.
Ketika melintasi sebuah jambatan kayu di hulu sungai Sintok untuk menuju ke kawasan Sg Badak Dalam, mereka ternampak bangsal dan pondok-pondok di atas bukit dekat dengan jambatan tersebut. Mereka menyiasat dan mendapati pondok-pondok tersebut tidak didiami oleh penduduk. Setelah meneruskan perjalanan selama lebih daripada dua setengah jama, mereka telah sampai ke destinasi di kawasan kongsi di Sg Badak Dalam. Setelah selesai makan tengah hari, Ketua Seksyen membuat siasatan ke atas penduduk setempat. Manakala anggota lain membuat pengawasan ke atas penduduk dan pondok usang mereka. Penduduk setempat memberi kerjasama dan ada seorang penduduk memberikan buah tembikai untuk dibawa balik. Tetapi mereka tidak menerimanya kerana buah itu terlalu besar dan menyusahkan pergerakan. Setelah selesai membuat siasatan, mereka semua bergerak balik ke pangkalan sementara di Sintok dengan menggunakan laluan yang sama.
Bersambung...InsyaAllah.
Masih kelam-kabut menyediakan proposal. Tu sebab semua terbengkalai..He...He...He.
Pages
▼
Isnin, 31 Mac 2014
Jumaat, 21 Mac 2014
xKomrad
Sambungan dari sini. Salah satu faktor membuatkan Chin Peng melancar insurgensi ke2 ialah dia percaya 'Teori Domino'. Beliau penuh yakin Vietnan Selatan akan jatuh kepada Vietnam Utara (1974) dan seterusnya Laos (1975) dan Kemboja (1975). Dengan jatuhnya Indo-China ke tangan komunis, Malaysia akan ikut bersama. Justeru, dengan penuh keyakinan, insurgensi komunis kedua dilancarkan dengan melakukan serang hendap di sini.
Tidak cukup dengan itu, pengganas komunis (PGK) nak ajar xkomrad yang berpaling tadah daripada meneruskan perjuangan mereka. Ia bermula di Sintok. Memetik Mej Mior Ahmad Noor dalam bukunya (kiri), PGK telah menembak Chen Kuan Yin dengan 3 das dan mayatnya telah dicampakkan dekat pos di Balai Polis lama Pekan Sintok. Mangsa dan suaminya, Li Chan Ki, adalah penduduk Sintok. Semasa insurgensi pertama, mereka merupakan PGK yang bergerak aktif di kawasan Sintok. Mereka berpindah ke kawasan Sadao pada masa pengunduran ke selatan Thailand satelah darurat tamat. Pada Disember 1961, mereka telah meninggalkan perjuangan komunis dan ditangkap oleh pasukan keselamatan (PK) Thailand. Mereka dikenakan hukuman penjara. Setelah menjalani hukuman, mereka yang dikatogerikan sebagai Musuh Menyerah Diri ( Surrendered Enemy Personnel [SEP]) telah pulang ke tanah air. Mereka mahu memulakan kehidupan baru dengan kembali pangkuan masyarakat di Sintork. Namun bagi PKM, kedua suami-isteri ini dianggap sebagai pengkhianat perjuangan atau setidak-tidaknya pembelot. Jika sekiranya mereka tidak mahu berpatah balik ke perjuangan komunis, maka wajarlah menerima hukuman yang setimpal.
Semasa misi komunis untuk kembali semula, kedua-dua suami-isteri telah dihubungi bagi meneruskan perjuangan. Namun mereka tidak mahu lagi memberi kerjasama, malahan menganggap perjuangan mereka selama ini hanya sia-sia. Mereka mahu menjadi warga negara yang baik dan meneruskan kehidupan bagi membesarkan anak-anak mereka yang sememangnya rakyat Malaysia. Hasrat mereka menolak perjuangan komunis kerana mahu menjadi warga negara yang baik lagi bertanggungjawab telah mengundang kematian kepada Chen Kuan Yin. Lebih kurang pada jam 1900-2030, sekumpulan PGK seramai 5-8 orang yang diketuai oleh Chan Chee Yau yang bergerak di kawasan ini telah menemui penyokong-penyokong mereka di sebuah bangsal di tepi Sungai Badak. Sementara itu, 1 kumpula lain seramai 10 PGK (3 wanita) telah bertemu dan mengumpulkan seramai 30 orang pendudukdi bangsal kongsi balak yang berdekatan dengan rumah Chen Kuan Yin. Dalam perjumpaan tersebut, mereka telah menyelar pembelotan Chen dan suaminya. Kedua-dua suami-isteri itu telah dikutuk dan dianggap sebagai pembelot dan menjadi ejen kerajaaan. Maka dengan itu sewajarnyalah di ambil tindakan. Pada malam itu Chen ditembak mati, tetapi usaminya berjaya menyelamatkan diri.

Rabu, 12 Mac 2014
Sintok
Bersambung dari sini. Sedikit tentang Sintok yang dipetik dari artikel Utusan Malaysia pada 2000 yang disiarkan oleh 'Zulsytem' (sapa tahu tarikh harap maklum saya).
"Sintok cukup strategik sebagai pangkalan aktiviti pengganas komunis di kawasan ini yang juga menjadi pintu masuk dari Thailand ke negara ini.
Di Sintok pada masa itu terdapat sebuah balai polis. Anggota polis di balai itu berfungsi hanya sebagai pengawas kepada pelombong dan pekerja balak.
Tugas mereka hanya terhad di kawasan balai sahaja. Bilangan anggota yang kecil dan kelengkapan senjata yang lemah membuatkan mereka tidak berupaya melawan kekuatan PKM.
Dalam sejarahnya, Sintok ditutup dua kali. Kali pertama apabila darurat diisytiharkan pada 1948 bila mana kawasan Sintok dikosongkan daripada sebarang kegiatan perlombongan dan pembalakan selama tiga tahun.
Apabila keadaan kembali aman, lombong bijih timah dibuka semula pada 1952. Penduduk yang dahulunya berpindah keluar dibenarkan pulang. Dalam masa yang singkat kawasan Sintok, Sungai Badak dan Kachi dihuni oleh hampir 3,000 orang, sebahagian besarnya berketurunan Cina. Pembukaan semula Sintok memberi kesempatan baru kepada anggota PKM. Mereka mula menyusun semula strategi keganasan dan menjadikan penduduk Sintok sebagai penyokong mereka. Balai Polis Sintok pada ketika itu berfungsi sebagai tempat membuat aduan dan mengawasi kegiatan penduduk Sintok untuk kes-kes biasa. Anggota-anggota polis memang sedar bahawa mereka sendiri adalah di bawah ancaman anggota PKM.
Apabila penduduk Sintok bertambah ramai dan PKM berjaya melakukan serangan hendap demi serangan hendap ke atas anggota keselamatan, PKM bertambah yakin bahawa mereka akan berjaya. PKM cuba menghidupkan kembali hubungan mereka dengan penduduk Sintok dengan menyebarkan berbagai-bagai propoganda.
PKM juga mengambil peluang untuk membuat dakyah dan menghasut pekerja supaya membenci kerajaan. Di samping itu mereka juga meminta supaya membekalkan makanan. Para pekerja lombong terpaksa melayan anggota PKM dengan baik".
'Zulsystem'....Terima kasih.
Bersambung, insyaAllah...

Isnin, 3 Mac 2014
Bermulanya Di Sini
Saya terima keratan akhbar 'The Straits Times' (7/8/1969) ini dari Dr Damanhuri. Jujur saya katakan, saya tak tahu pun yang Nuri telah ditembak buat pertama kalinya pada 6/8/1969. Saya ingatkan Nuri Brig Jen Dato' Abd Rahim TUDM (B) PGB di tembak di Weng pada 22/12/1974 adalah insiden pertama. Saya perlukan kisah ini untuk penyelidikan saya. Apa lagi, saya pun melilau le mencari butir-butir insiden tersebut; siapa krew, apa yang berlaku, apa kerosakan pada pesawat.
Dalam tercari-cari tu, terbaca tentang Sejarah 1 Renjer coretan Mej D. Swani dalamnya blog 7renjer.blogspot.com. Ia mengisahkan unit RAMD yang diletak di bawah 1 Renjer, kena serang hendap oleh pengganas komunis di Sintok yang mengakibatkan 6 warga unit tersebut terkorban dan beberapa lagi cedera angkara jerangkap samar pada 29 Julai 1969. Menurut beliau lagi, insiden ini adalah buat pertama kalinya dalam sejarah ATM anggota tentera menjadi mangsa jerangkap samar (saya masih menunggu pengesahan kenyataan tersebut).
Ini sudah menarik. Tapi, apa cerita sebenarnya kat Sintok? Buka buku 'Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989' dan 'Tentera Darat 1933-2008' tidak langsung menyentuh kisah ini. Buku 'Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia' oleh Mohd. Reduan Haji Asli ada mencatatkan tentang pembunuhan seorang wanita di Sintok, xpengganas komunis, oleh gerila komunis 24/7/69. Menurut beliau, pembunuhan ini juga merupa salah satu permulaan kebangkitan semula insurgensi oleh pengganas komunis.
Mana boleh habis begitu saja. Selidik punya selidik, saya difahamkan unit RAMD yang terlibat ialah 4 RAMD. Apa lagi, hubungi CO unit tersebut yang berpangkalan di Tapah. Depa pun poskan buku 'Gurkha Malaya' yang ada menceritakan sikit tentang kejadian tersebut. Malah dalam sajak di pembukaan buku itu, disebut jangan dilupakan insiden Sintok. Melalui mukabuku, saya telah bertanya sesiapa yang mengetahui kisah itu. Seorang squad-mate mencadangkan saya menghubungi seorang squad-mate yang ditukar ke 4 RAMD selepas kami ditauliahkan. Jadi, saya pun telefonlah beliau. Menurutnya, beliau adalah Ketua 'No 2' Platun, Kompeni 'A', 4 RAMD, yang terlibat dalam operasi berkenaan. Beliau menceritakan apa yang berlaku pada hari insiden tersebut. Tidak habis di situ saja, saya menceritakan kisah ini kepada penyelia saya di UUM dan masalah yang dihadapi untuk mendapatkan butir2 insiden. Beliau meminjamkan buku 'Sintok: Perkembangan Sebuah Petempatan' oleh Mej Mior Ahmad Noor Mior Hamzah. Buku ini menceritakan pengalaman salah seorang daripada anggota yang terselamat semasa serang hendap tersebut semasa Majlis Pengkisahan di UUM pada 31/7/2004. Nama operasi terbabit ialah 'Ops Semai'. Ini juga yang disebut dalam 1 rencana di Utusan Malaysia pada 2000.
'Ops Semai' - 1 operasi menentang pencetusan insurgensi ke2; pertama kali anggota keselamatan menghadapi kewujudan musuh 'halimunan' (jerangkap samar); pertama kali Nuri ditembak; pelaksanaan 'Briggs Plan' dengan penempatan semula penduduk Sintok pada 1969. Apabila semua penduduk telah dipindahkan, pekan dan petempatan ini telah dibakar menjadi pada jarak padang terkukur dikendalikan oleh pasukan keselamatan yang mewakili pihak kerajaan. Objektif ialah untuk menghalang pengganas komunis mendapat bekalan makanan dan pelindungan. Penghijrahan semula apabila tertubuhnya UUM pada 1984. Tapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam sejarah!!!!
Bersambung....