Followers

Monday, March 3, 2014

Bermulanya Di Sini

Saya terima keratan akhbar 'The Straits Times' (7/8/1969) ini dari Dr Damanhuri. Jujur saya katakan, saya tak tahu pun yang Nuri telah ditembak buat pertama kalinya pada 6/8/1969. Saya ingatkan Nuri Brig Jen Dato' Abd Rahim TUDM (B) PGB di tembak di Weng pada  22/12/1974 adalah insiden pertama. Saya perlukan kisah ini untuk penyelidikan saya. Apa lagi, saya pun melilau le mencari butir-butir insiden tersebut; siapa krew, apa yang berlaku, apa kerosakan pada pesawat.

Dalam tercari-cari tu, terbaca tentang Sejarah 1 Renjer coretan Mej D. Swani dalamnya blog 7renjer.blogspot.com. Ia mengisahkan unit RAMD yang diletak di bawah 1 Renjer, kena serang hendap oleh pengganas komunis di Sintok yang mengakibatkan 6 warga unit tersebut terkorban dan beberapa lagi cedera angkara jerangkap samar pada 29 Julai 1969. Menurut beliau lagi, insiden ini adalah buat pertama kalinya dalam sejarah ATM anggota tentera menjadi mangsa jerangkap samar (saya masih menunggu pengesahan kenyataan tersebut).

Ini sudah menarik. Tapi, apa cerita sebenarnya kat Sintok? Buka buku 'Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989' dan 'Tentera Darat 1933-2008' tidak langsung menyentuh kisah ini. Buku 'Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia' oleh Mohd. Reduan Haji Asli ada mencatatkan tentang pembunuhan seorang wanita di Sintok, xpengganas komunis, oleh gerila komunis 24/7/69. Menurut beliau, pembunuhan ini juga merupa salah satu permulaan kebangkitan semula insurgensi oleh pengganas komunis.

Mana boleh habis begitu saja. Selidik punya selidik, saya difahamkan unit RAMD yang terlibat ialah 4 RAMD. Apa lagi, hubungi CO unit tersebut yang berpangkalan di Tapah. Depa pun poskan buku 'Gurkha Malaya' yang ada menceritakan sikit tentang kejadian tersebut. Malah dalam sajak di pembukaan buku itu, disebut jangan dilupakan insiden Sintok. Melalui mukabuku, saya telah bertanya sesiapa yang mengetahui kisah itu. Seorang squad-mate mencadangkan saya menghubungi seorang squad-mate yang ditukar ke 4 RAMD selepas kami ditauliahkan. Jadi, saya pun telefonlah beliau. Menurutnya, beliau adalah Ketua 'No 2' Platun, Kompeni 'A', 4 RAMD, yang terlibat dalam operasi berkenaan. Beliau menceritakan apa yang berlaku pada hari insiden tersebut.  Tidak habis di situ saja, saya menceritakan kisah ini kepada penyelia saya di UUM dan masalah yang dihadapi untuk mendapatkan butir2 insiden. Beliau meminjamkan buku 'Sintok: Perkembangan Sebuah Petempatan' oleh Mej Mior Ahmad Noor Mior Hamzah. Buku ini menceritakan pengalaman salah seorang daripada anggota yang terselamat semasa serang hendap tersebut semasa Majlis Pengkisahan di UUM pada 31/7/2004. Nama operasi terbabit ialah 'Ops Semai'. Ini juga yang disebut dalam 1 rencana di Utusan Malaysia pada 2000.

'Ops Semai' - 1 operasi menentang pencetusan insurgensi ke2; pertama kali anggota keselamatan menghadapi kewujudan musuh 'halimunan' (jerangkap samar); pertama kali Nuri ditembak; pelaksanaan  'Briggs Plan' dengan penempatan semula penduduk Sintok pada 1969. Apabila semua penduduk telah dipindahkan, pekan dan petempatan ini telah dibakar menjadi pada jarak padang terkukur dikendalikan oleh pasukan keselamatan yang mewakili pihak kerajaan. Objektif ialah untuk menghalang pengganas komunis mendapat bekalan makanan dan pelindungan. Penghijrahan semula apabila tertubuhnya UUM pada 1984. Tapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam sejarah!!!!

Bersambung....

3 comments:

AMANI JIBRIEL said...

Salam tuan, saya suria dari jabatan penerangan perlis... kami nak buat program bersama pelajar sekolah di negeri perlis. Saya perlukan nombor contact tuan utk program bicara tokoh. Arahan dari tuan Lokman mahmood pengarah penerangan negeri. Ni nombor saya 012-4817970.

COLTORAS said...

Salam Tuan Hj Nor Ibrahim. Saya mengenali Dr Ahmad Damanhuri, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta juga melalui blog/facebook. Banyak keratan akhbar dalam blog saya adalah ehsan dari beliau. Wpun seorang yang penting dalam bidang pendidikan, beliau memmunyai minat yang amat tggi dlm bidang aviation. Beliau mempunyai Master dalam bidang aviation studies dan mempunyai APL. Saya pasti, beliau boleh banyak membantu thesis tuan. TQ

Izwan Rosley Din said...

Salam tuan. Boleh komen mengenai SOP SAR TUDM dlm melibatkan nahas pesawat awam.byk sgt komen2 negatif mengenai dlm operasi SAR mh370.