Pages

Khamis, 21 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxiii

Bersambung dari SINI...

18 Nov 1955. Pada pagi itu, H. R. Middleton, O.S.P.C. dan I. C. McElwain (ADO  Kroh) pergi ke Kpg Khek untuk menjemput Chen Tien. Untuk pertemuan kali ini, hanya melibatkan Chen Tien sementara Lee Chin Hee tidak turut bersama. Dia menunggu di Kpg Khek. Chen Tien duduk di depan dalam kereta yang dipandu oleh Middleton sementara ADO duduk di belakang. Mereka tiba di Town Hall pada jam 0933. Sebelum naik ke tingkat atas dewan, Chen Tien sempat memberi senyuman kepada para wartawan yang mengambil gambarnya (The Straits Times, Smiles After Talks In Half-Light, 19 Nov 1955, hlm. 1).

Cuaca pada pagi itu mendung tetapi lebih kurang 200 orang penduduk dan juga dari pekan berhampiran setia menunggu di sepanjang jalan berhampiran Town Hall (rumah kedai sebenonya) untuk melihat PGK ini; ada pekerja-pekerja mengambil cuti. Suasana di Klian Intan dalam keadaan holiday mood. 

Para wartawan pula mencari tempat tinggi supaya membolehkan mereka melihat tingkat atas deretan rumah kedai tersebut.

Sebagai langkah mencegah eavesdropping, semua penghuni di deretan kedai-kedai tersebut di arah mengosongkan premis. Sementara itu, seluruh kawasan deretan kedai di cordon oleh pasukan keselamatan yang lengkap dengan senjata api. Mata-gelap (detektif) pula berkeliaran di kalangan para penonton.

Tapi 2 orang wakil kerajaan masih belum tiba; pesawat mereka mendarat di Kroh pada jam 0917 dan selepas itu pergi sarapan pagi sebelum bertolak ke Klian Intan. Sementara menunggu ketibaan wakil-wakil gomen, menurut Khoo Sian Hock, beliau melihat Chen Tien menjengok ke luar tingkap sebanyak 4 kali dan "...we could see him pacing up and down the room" sebelum duduk atas kerusi yang membelakangkan tingkap (caption gambar kiri: CHEN TIEN looks out of the window of the conference room while waiting for the arrival of the Government representatives. Sumber: The Straits Times, 19 Nov 1955). Dia terpaksa menunggu lebih kurang 40 minit kerana wakil-wakil gomen hanya tiba lebih kurang jam 1014.

Setiba sahaja di Town Hall pada jam 1010, Wylie dan Too terus naik ke bilik mesyuarat di tingkat atas. Tuan A.D.O. dan O.S.P.C. pula ditugaskan sebagai sentri kat pintu masuk dewan...jatuh standard bebeno. Orang ramai dapat melihat Chen Tian bangun dan berjabat tangan dengan Too sebelum duduk semula menghadapi Chen Tien sementara Wylie duduk sebelah Too. Tapi tak lama kemudian, Wylie pergi tutup semua tingkap supaya orang ramai tidak dapat melihat apa yang berlaku. Bilik tu pula hanya ada 1 lampu sahaja dan tanpa kipas. Tu sebab tajuk berita kata "...Half-light" saje.

Tidak lama kemudian, pada jam 1230, Wylie turun ke bawah dan keluar dewan. Mengapa Wylie meninggalkan bilik mesyuarat? Kerana Chen Tien minta nak cakap sesuatu dengan Too privately. Apabila hanya mereka berdua sahaja berada dalam bilik, Chen Tien memaklumkan kepada Too bahawa dia ada mesej dari Chin Peng untuk Tunku. Dia bertanya sama ada Too boleh mengatur untuk dia berjumpa dengan Tunku untuk menyerahkan mesej itu sendiri. Too hanya menyatakan yang beliau akan sampaikan hajat Chen Tien kepada Tunku (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S., (Secret), 19th November, 1955, pg. 1).

Apa lagi, para wartawan pun serbu le dia. Mereka bertanya sama ada boleh menemubual Chen Tien. Wylie dengan tegas menjawab "...No, you can't ask him any question-not even one." Lepas itu dia masuk dewan semula dengan senyuman meleret sambil bersiul. Kemudian kelihatan Too pula turun ke bawah dan berbincang dengan Wylie selama 3 minit sebelum bergegas ke bilik mesyuarat di tingkat atas.

Apa agaknya dibincangkan oleh mereka? Too memberitahu Wylie mengenai permintaan Chen Tien. Justeru, mereka bersetuju supaya Chen Tien tinggal hingga 21 Nov sementara menunggu jawapan Tunku (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S., (Secret), 19th November, 1955, pg. 1). Lain pula penjelasan seorang pegawai Information Services yang mengiringi Wylie dan Too balik ke KL. Dia menyatakan bahawa "...the "hurried conversation" was to decide how Chen Tien could be taken out of the building past the crowd outside."

Pada jam 1240, Wylie dilihat turun dari tingkat satu dan keluar dewan, diikuti oleh Chen Tien dan Too 5 minit kemudian. Mereka semua senyum. Musyuarat yang mengambil masa 2 jam 35 minit telah tamat.

Melihat saja Too, para wartawan pun apa lagi. Mereka bertanya hasil mesyuarat tesebut. Too hanya menjawab "...I must say today's atmosphere has improved. I cannot tell if we will meet again but I hope so. We are flying back immediately to Kuala Lumpur to report to the Chief Minister."

Chen Tien pula enggan memberi sebarang kenyataan apabila disoal oleh wartawan.

Wylie dan Too dibawa ke Kroh untuk makan tengah hari di Rumah Rehat dan berlepas balik ke KL pada jam 1413 dengan pesawat Beaver untuk melaporkan kepada Tunku.

Chen Tien pula dihantar balik ke Kpg Khek oleh H. R. Middleton dan I. C. McElwain yang dikawal rapi oleh anggota Polis. Kedua-dua PGK dilarang keluar dari Kpg Khek dan mereka dilihat beberapa kali keluar dari rumah penginapan untuk menyedup udara nyaman dan bercakap dengan Puan Kong. Pada jam 1350 Chen Tien dilihat memotong kayu dan bercakap dengan beberapa orang kanak-kanak berhampiran dengan rumah penginapannya. Para wartawan pula dilarang bertemu dengan mereka berdua (The Straits Times, The Tengku Names The Day, 20 Nov 1955, hlm. 1).

Chen Tien menaiki kereta untuk dihantar balik ke Kpg Khek. Sumber: The Straits Times, 19 Nov 1955

Para wartawan bergegas naik ke bilik mesyuarat. Mereka ditemui 19 puntung rokok di atas lantai. Hairan juga asbak (ashtray) tidak disediakan oleh pihak penganjur!

Apakah hasil mesyuarat ini?

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan